Saturday, September 22, 2007

Ramadhan comes....
It has passed for 9 days...
Cepatnya masa berlalu..
Moga dapat meningkatkan diri dalam bulan ini..
Dan mendekatkan diri kepada Allah...
Serta dapat bertemu dengan lailatul Qadr..
supaya dapat keluar dari madrasah Ramadhan,
menjadi graduate Ramadhan yang bisa menghayun langkah yang lebih kemas
Untuk terus mendamba redha Allah

Tuesday, September 11, 2007

RUKUN AMAL: Tangga Kedua - Membina Baitul Muslim

5 Kewajipan untuk Baitul Muslim

1. Membimbing ahli keluarganya agar menghormati fikrahnya
2. Memelihara adab-adab Islam pada setiap aspek kehidupan rumah tangga
3. Bijaksana memilih calon isteri (suami) dan menunjuk ajar kaitan hak-hak dan kewajibannya
4. Mendidik anak-anak dan pembantu rumah (jika ada)
5. Membina peribadi mereka dengan asas-asas Islam


"Jika kau mahu jadi mujahidah dan serikandi dakwah. Hantarlah mujahid ke pintu dengan senyuman, jangan tayangkan hatimu yang tidak rela atas perpisahan. Dia sekadar pinjaman dari Allah, bila Tuhan itu menuntutnya melakukan sesuatu, pulangkan lah semula apa yang kau pinjamkan kepada Tuannya. Ingatlah bahawa dirimu akan berhadapan dengan perpisahan sementara di dunia, dan pertemuan abadi di jannah. Peliharalah dirimu dan perbendaharan di bawah jagaanmu, pastikan bidadari mencemburuimu"


Thabbit qulubana a'la deenik, wa a'laa to'atik..

Wednesday, September 05, 2007

ini adalah nasyid, yang setiap barisnya
ada ertinya dalam hidupku
::RIMBUN KEAMPUNAN::
(was introduced by cik "mujeebud-da'wah")


Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

Sunday, September 02, 2007

Alhamdulillah a'la kulli haal...
Baru saje pulang dari aktiviti mencabar fizikal di T.G.
Berjumpa ngan ramai ukhti lain, yang jauh yang dekat.. yang kenal dan yang tak kenal.. yang lama tak jumpa...
Macam2 aktiviti ada... dari perkara se'basic' ta'ruf ringkas.. hinggalah se'complicated' war game, bola tampar pantai guna kain batik, captain ball dalam laut, aksi bebas renang serta kuak lentang, sesi tressure hunt yg mencabar minda dan tenaga, senamrobik.. team building, kawad, tepuk dugong, tepuk pembina dan aksi malam ekspresi.. mengimbau juga kenangan lama.. turut membaca ma'thurat selepas subuh menghadap pantai melihat matahari terbit.. kemudian main anak ayam dan musang...
tidak ketinggalan, pengisian yang hebat menghayati Perang Qadissiyah dan mempelajari Manhaj Solahudian Al Ayyubi dalam menakluk Baitul Maqdis..
Dan juga.. tazkirah2 yang berobjektif merawat penyakit hati...
Tentang i'jab bin nafsi (bangga dengan diri)..
Lemah semangat dan kurang komitmen...
Mensia-siakan amal siang dan malam..
Kikir....
dan ada banyak lagi..
Subhanallah... :-) Moga ukhuwah terjalin, dan kekentalan fizikal yang dibina dapat terus melahirkan orang yang mahu bekerja kuat di jalan Allah... :-)

I love Malaysia :-)

Tuesday, August 28, 2007

KATA-KATA HIKMAH
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.
Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. ”
Saidina Ali bin Abi Thalib
Indahnya perasaan... apabila mengharap hanya kepada Allah..
sunyi sepi di kala Subuh,
atau hening di kala usai solat Asar..
Apabila zikir yang ma'thur selesai dibaca..
"Allahumma a-'inni a'laa zikrika wa syukri ka wa husni 'ibaadatik"
Wahai Allah, bantui ku untuk mengingati Mu, dan mensyukuri Mu, dan memperbaikkan ibadahku kepada Mu
Doa ditadah, takut tidak dimakbulkan, berharap agar diterima..
Wahai Tuhan, kami tidak pandai ayat apakah yang paling digemarimu untuk kami meminta..
Kami tidak mampu memujimu seperti mana Engkau mampu memuji dirimu,
apatah lagi hati-hati kami ini penuh kelalaian, penuh dosa.
"Allahumma tamaamal ghinna a'ninnas..
wa hablana haqeeqatal imaani bik..
hatta laa nakhaaf
wa laa narju ghairak
wa laa na'buda syai'an siwaak.."
Wahai Allah, sempurnakanlah kecukupan kami ke atas manusia
dan kurniakan kami hakikat iman dengan Mu,
sehingga tiada bagi kami rasa takut
dan tidak kami kembali kepada selain Engkau
dan tidak kami sembah melainkan Engkau sendirian
Kami memohon kepada Mu, agar Engkau memperbaiki segala urusan kami, dan jangan tinggalkan kami sendirian walaupun pada kadar sekelip mata...
"Allahumma rahmataka arju, fa laa takkilni illa anfusina torfata 'ain, wa aslihli sya'ni kullah, laa ilaa ha illa anta"
O Allah, arrange our life in whatever way that You please, as long as we are nearer to You, we can struggle better in Your Path..
-Lumut, 28 Ogos 2007, 4:51 p.m

Monday, August 13, 2007

I feel like rejuvenated.

With every nikmat comes responsibilities..
How can we thank and praise Allah, when He endlessly give us provisions to ensure us able to undertake each test that He give.
How can we thank and praise Allah, when all what He give is love (rahmah), and even sins come with forgiveness for those who seek it.
How can we thank and praise Allah, when He give us loyal friend to accompany us along the way of our journey in life.

I would like to share my endless happiness, and my regret of not being able to be thankful to Allah.
I would like to express my calmness, of facing unpredictable future, and the tests that are going to be imposed on us.

On top of all, more and more, I fell in love with Allah more day by day.
And thank you Allah, to endow the affectionate feeling towards those who loves You.

Saturday, August 04, 2007

with each capability comes responsibility..
Allah hanya memberi nikmat untuk disyukuri,
dan setiap kelebihan yang Allah beri, lebih banyak taklif yang harus dijunjung..

Alhamdulillah a'la kulli haal..
Everything went smoothly though there's a bit of "syari'at-less" incidents..

How can I thank Allah..
I couldn't praise Him in the way that He praises Himself..

4th August 2007, another journey of struggle, promises, responsibility
It is not a burden, but a provision ;-)

Thursday, July 26, 2007

"Sebagaimana seseorang itu perlu sanggup menelan ubat yang pahit dan bersabar sepenuhnya dari mengambil sesuatu yang menyelerakan demi menyemubuhkan badan yang sakit, demikianlah juga dia perlu sanggup bemujahadah dan terus bersabar mengubati penyakit hati. Bahkan ia lebih dituntut dan lebih utama dilakukan. Ini kerana penyakit badan berakhir dengan kematian tetapi penyakit hati merupakan azab sengsara yang akan terus berkekalan selepas mati.....
Keazaman yang kuat amat diperlukan oleh orang yang ingin membaiki dirinya. Sekiranya dia berbelah bagi dalam melakukannya, kejayaan sukar diperolehi. jika dirasai azamnya begitu lemah, dia perlu memaksia dirinya supaya banyak bersabar. Jika azamnya itu tetap lemah, dia perlu menghukum dirnya sendiri agar sifat lemah tersebut tidak berulang lagi.."

- Ibnu Qudamah Al Maqdisi, Mukhtasir Minhaj Al Qasidin (Ringkasan Jalan Menuju Allah)


...huhu...

Human being is created to be in constant struggle. If he is not struggling for goodness, then he will be struggling for doing something bad. (Al Insyiqaq)

O Allah, thanks for Your bounty and provisions provided for us. We regret that we are forgetful to give You thanks most of the times. And, even worst.. We even forget the zillions of bounty You gave us, when we are struck with a tiny hardship.

O Allah, draw us near to You. Make the Quran the spring of our hearts. Make the Sunnah as our liestyle.

Allah said in the Quran, "..and We made day for living" (An Naba':11), which means, Allah give us day for us to search for provision for our living, and let us rest during the night. (See Al A'raf:10, Al Baqarah:198).

Since I've started working, I just could not stop blaming the tiresome of 9 long hours at work. But I forgot one thing, that... "mencari rezeki, kurniaan Allah", is actually an ibadah! And I should be enjoy working!! Al Bukhari narrated from the Prophet Muhammad (pbuh),
"Makanan yang paling baik yang dimakan oleh seseorang ialah makanan daripada hasil usahanya sendiri." Even Prophet Zakaria a.s was a carpenter (he got a job to support his life, being a Prophet did not mean he only waited for provisions fall freely from God).

Even, the bird if we can observe.. Pagi keluar perut lapar.. Balik dia cari cacing ke apa.. Kenyang..

Mari kita semangat kerja.. Kerana kerja bukan untuk boss.. Sebab untuk Allah, yeah!!

O Allah, do not leave us even within a blink of an eye.. And correct all our affairs for us, there is none worthy of worship but You!!

Wednesday, July 25, 2007

... Teringat sorang ukhti pernah diskusi ngan ana, Rasulallah orang yang paling rapat dengan Allah, apatah lagi for sure kalau Nabi nak minta pertolongan, of course Allah bleh bagi direct je... Tapi, he planned and worked hard for each of things that he did... Mcm peristiwa hijrah.. Mcm mana Nabi buat penyusunan untuk jadikan Madinah tu negara islam pertama... etc... lah...

Kadang2 kita niat nak mujahadah.. Tapi terlupa jalan dakwah ini jalan panjang... Kita terlupa nak minum air seteguk sekali minum.. tapi kita habiskan air satu botol.. Lalu, sepanjang perjalanan, perut rasa kembung dan rasa asyik nak berhenti sbb nak terbuang air... (hehe.. paham ke analogi ni).. Kesimpulannya, take one thing at one time, although we prefer multi-tasking, but kena consider keupayaan diri.... Ingat analogi cL.. Kita nak jalan jauh, tak kan nak buat kerja sampai patah kaki, patah tangan skang ni.. Nanti di masa depan, kita akan handicapped...

Tak ke payah, bila fitnah melanda kita.. kerana kita tersilap langkah.. tersilap susun prioriti..
(uhu.. cakap melalui pengalaman sendiri)..

BAB II

Pehtu.. Pasal ke'syadid'an pulak... Kdg2 kite ade tendency utk syadid tak bertempat... Smpi kdg2 timbul keraguan dan fitnah dari pelbagai pihak... Cth, seperti seorang junior lelaki menahan kita di tengah jalan untuk bertanya, "Kak kat mana lecture theatre XYZ?" Lalu kita berlari mencari tiang atau pokok... Kesian budak tu, lambat gi lecture theatre.. Then, mungkin dia akan pegang2 muka dia kemungkinan dia rasa ada topeng naga kat muka dia... (You know what I'm saying..)

Saya ada lesson learnt, sejak saya join kompeni P, of course lah, tak dapat nak elak drpd berkomunikasi dgn lelaki ajnabi because they are large by numbers and of my colleagues and bosses. Berterus terang on what is your principle is much more helpful rather than running2 away.. Of course lah, kena terang cara yang dia bleh faham... Ada satu kursus that I have to attend, kena main game spider web.. Iaitu setiap orang kena keluar kan diri dari jaring2 yang ada lubang..So kena ada aksi dokong2 lah... Saya cakap siap2.. Kalau boleh tak nak ada body contact dgn any guys. Instructor tu orang India, dia tak faham, dia marah saya, dia kata, "If u dont want to work with the team. You have to work on your own".. Tapi, team saya, alhamdulillah, sangat memahami, diorang terus cakap, "tak pe2, kita arrange strategy cara supaya dayah tak payah kena dokong2.." Subhanallah, saya kagum dgn akhlak insaniyah mereka...

Ada sorang ukhti citer pada saya, ada sorang akh nak pinjam pen dari sorang perempuan Cina, tapi lepas perempuan Cina tu bagi tau pen tu milik ukhti tersebut, akh tersebut terus lari.. *Blur~

Menjaga adab perlakuan sebagai seorang mukmin, bukan bermaksud mengasingkan diri dari masyarakat.. Walau kita kata, masyarakat kita 90% berada dalam keadaan jahiliyah (well, kita pun masih ada fi'il2 jahil lagi juga)... Menjaga prinsip tidak semestinya menyebabkan kita tidak boleh berkomunikasi dgn baik dgn org lain (especially ajnabi)... Jaga jarak, jaga suara, be direct to certain point... Of course, and doa pada Allah banyak2 supaya kita dihormati, dan maruah dijaga.. dan doa supaya kita tidak menjadi fitnah kepada Islam.

Allahua'lam..

BAB III to be continued

Saturday, July 21, 2007

mujahadah... maksudnye struggle..
perkataan ni jadi salah satu fixed vocab kita..

"Mujahadah nak tahan mengantuk..."
"Mujahadah nak abeskan satu chapter Digital Communication...."
"Mujahadah nak lawan penyakit dengki.."
"Mujahadah nak dakwah.."

Tapi, kadang-kadang.. Apa yang kita buat adalah menyibukkan diri, memenatkan diri, dan menjadikan diri banyak kerja untuk dibuat... Sebenarnya ini bukanlah konsep yang betul..

Memang betul perlu mujahadah.. Tapi perlu ada penyusunan kerja... Penyusunan waktu study.. Penyusanan segala-galanya...

Jangan rasa tertipu dengan sibuk dan aktif buat kerja banyak.. Tapi ukurlah consequence nya..
Mungkin kita boleh rasa syoq sebab dalam sebulan, tak de weekend yang left unoccupied, tapi consequence nya.. kita telah pile up 5 chapter each subject yang kita belajar...

Kadang mungkin juga kita rasa, oleh kerana Allah akan tolong kita, kerana kita tolong agama Allah.. Lalu kita kurang berusaha untuk kerja kita, untuk study kita.. Kerana sangka Allah akan tolong kita... Allah akan tolong, hanya lepas kita berusaha.. Dan berusaha dengan kadar terbaik..

to be cont

Thursday, July 19, 2007

::WISH LIST ::

1. Ya Allah, rezekikanlah kami dengan kesempatan membaca Al Quran pada waktu siang dan malam.

2. Ya Allah, kurniakan kami waktu yang barakah, moga kami sentiasa berkesempatan untuk menjadi golongan yang berbakti untuk deen Mu.

3. Ya Allah, kurniakan kami hati yang tenang, khusyuk, bersih, iaitu selamat dari penyakit2 hati yang menjadi hijab antara kami dan Engkau.

4. Ya Allah, berikan kami teman yang baik, yang mampu membawa kami lebih hampir kepadaMu, dan mampu membantu kami untuk menyucikanMu, membesarkanMu, serta mengingatiMu.

5. Ya Allah, cukupkanlah bagi kami apa yang halal, sehingga kami tidak mencari-cari sumber yang haram.

6. Ya Allah, lindungilah kami dari hasutan dan bisikan iblis serta syaitan, dan teguhkan kami melawan nafsu yang jahat.

7. Ya Allah, kurniakan kami kekuatan untuk berjuang di jalan agamaMu, tidak kira di mana kami berada, tidak kira dengan siapa kami bersama, tidak kira sama ada waktu susah atau senang.

8. Ya Allah, kejutkan lah kami pada 1/3 malam, atau 2/3 malam, moga kami dapat bertahajjud, kerana itu sumber kekuatan

Saturday, July 14, 2007

:: TO LOVE IS EASY, TO LOVE BECAUSE OF ALLAH IS NOT THAT EASY ::

To love someone for the sake of Allah is a grand act for which much merit and many rewards have been promised.


To love someone for the sake of Allah is a grand act for which much merit and many rewards have been promised.

"To love for the sake of Allah" means loving someone, not for worldly gain, but because he/she is more religious and pious or busy in serving Muslims and Islam, or because loving him or her is commanded by Allah; like loving parents.

Prophet Muhammad (pbuh) said:

"Allah shall ask on the Day of Judgment; ' Where are those who loved for the sake of my greatness? Today when there is no shade, I shall have them in my shade.'" [Sahih Muslim]

Allah (swt) says in the Qur�an:

"The Believers are but a single brotherhood."[49:10]

Prophet Muhammad (pbuh) said:

�There are three things, that whoever attains, will find the sweetness of faith: If Allah and his messenger are dearer to him than anyone else; if he loves a person solely for the sake of Allah; and if he would hate to return to disbelief (kufr) after Allah has rescued him from it, as much as he would hate to be thrown into fire."[Agreed upon]

Having love for Allah's pious and good bondsmen is actually an outcome of one's love for Allah, so it earns the same rewards and merits as the latter.

Prophet Muhammad (pbuh) was asked:

"When shall come the Day of Judgment?" Our Prophet (pbuh) asked him : �What preparation have you made for the Day?" The man said, "Nothing, but I have love for Allah and for his messenger." The Prophet (pbuh) said: "You shall be (on that Day) with whom you love."

The above saying (hadith) has been quoted by Anas. He said that these words of the prophet Muhammad (pbuh) pleased us as nothing had ever done. He added: "I have great love for the Prophet Muhammad (pbuh) - may he be eternally blessed - and with Abu Bakr and Umar, may Allah be pleased with them, and because of this love, I shall be in their company, even though my deeds are not equal to theirs." [Sahih Bukhari]

Allah has commanded Muslims to love one another, to take one another as friends and brothers and care and help each other, Allah (swt) says in the Qur�an:

(And hold fast by the covenant of Allah all together and be not disunited, and remember the favor of Allah on you when you were enemies, then He united your hearts so by His favor you became brethren; and you were on the brink of a pit of fire, then He saved you from it, thus does Allah make clear to you His communications that you may follow the right way.)[3:103]

Our love for each other for the sake of Allah implies a willingness to sacrifice our needs for the sake of our fellow Muslims� needs in a manner that far outweighs normal sacrifice for the sake of friendship. This pure love is crucial to maintaining Muslims� faith, if Muslims don�t have strong relations with each other, their faith will automatically decrease.

Prophet Muhammad (pbuh) said:

�The relationship between believers is like a wall, parts of which support other parts.�[Muslim]

The concept of love for the sake of Allah doesn�t recognize nor permit �friendship" between men and women that is outside of marriage and familial bonds. However, Muslims wives and husbands shouldl love each other for the sake of Allah, their children will love them and love each other for the sake of Allah. This will sure result in strong family relations and a healthy Muslim community.

A Muslim should not forsake or abandon his brother, Prophet Muhammad (pbuh) said:

�There should be no breaking off of ties, no turning away from one another, no hating one another. Be brothers, as Allah has commanded you.�[Muslim]

Also Prophet Muhammad (pbuh) advised Muslims to show their love for one another, he said:

�If a man loves his brother in faith, he should tell him that he loves him.�[Abu Dawud]

There are so many sayings of our Prophet (pbuh) showing that having love for someone for the sake of Allah is an act of great merit, which grants one the opportunity of doing good in this world and being in exalted company in the Hereafter.

Hence, one should love good people for the sake of Allah and with the intent of becoming good oneself and earning Allah's pleasure.
Source: Islamiway
i've been abandoning this blog for such a long time..

in my blog, i write random things.. mostly about things happening around me...

well... this is just the another angle of myself.. i have 360 different angles :-P well, i have to do 360 entries to explain each degree of angle of my self.. ngeh ngeh..

my friend once told (she WAS an active blogger), "i hope that no one would judge me 100% from my blog. it is not a fair to do so"
.. hehe.. who are we to judge people lah to begin with ;-)

O well... Here the story goes...

I've been quite disappointed with myself, since I did not manage to manage myself well.. Uhuh... Let me say, this is my transition period, I need time to adapt with things...

Finally, I found this one ayah from my manual (i.e. the Quran).. which soothes my heart..

"Hai orang2 yg beriman, bertaqwalah kpd Allah dan carilah jalan yg mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya supaya kamu beroleh kejayaan" Al Maidah:35

In this ayah, it says "wabtaghuu ilaihil waseelah" ... search towards Him a path (that may draw you near to Allah)..

Tiba-tiba teringat lagu Tombo Ati, ado limo perkaronye...
1. moco quran dan maknanye..
2. berkumpul dgn org2 soleh
3. solat malam dirikanlah
4. perbanyakkan berpuasa
5. zikir malam berpanjanglah...

Uhu.. May Allah help us.. to makan ubat hati ini... Walau ubat, mmg pahit (i.e. the struggle to do good things is always sangat susah.. tapi the healing effect sangat best :-)

Pray for me ya kawan2... :-)

Thursday, June 28, 2007

Al Fatih, sandaran nama kepada sultan muda itu. Pada usia semuda 19 tahun, Sultan Muhammad Al Fatih telah melakar lembaran sejarah perjuangan menegakkan panji Islam.
Rasulallah pernah bersabda, dengan maksud hadith, sesiapa yang membuka kota Rom Timur dan Rom Barat, maka bala tentera itu adalah yang terbaik, dan panglimanya adalah terbaik.
Sejak Rasulallah melafazkan sabda tersebut, ummat Islam yang mempunyai jiwa besar dan cita-cita tinggi, serta semangat yang kuat, berlumba-lumba untuk menjadi panglima terbaik, atau cukup sekadar menjadi salah seorang jundullah yang berada dalam bala tentera yang terbaik itu.

Zaman berlalu, dari satu generasi ke satu generasi, kota Constantinople masih belum berada di tangan ummat Islam. Sehingga pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyyah, Constantinople, atau Rom Timur, dikuasai oleh pejuang salibiyyah bermaharajakan Raja Constantine yang tidak pernah kenyang dengan harta orang miskin.

Tidak perlu diceritakan di sini, apakah strategi ketenteraan yang digunapakai Sultan Muhammad Al Fatih dan tenteranya. Tidak perlu diceritakan di sini apakah peralatan dan senjata yang digunakan. Tetapi, apakah rahsia sebenar kejayaan mereka. Sehingga mereka mampu merealisasikan sabda Rasulallah, walaupun setelah hampir lebih 600 tahun.

Al Fatih merenung Haga Sofia, yang pernah menjadi tempat mensyirikkan Allah. Tempat yang pernah mendustakan kerasulan Isa a.s, dengan menyatakan bahawa dia adalah Tuhan. Binaan bangunan itu indah, kali ini Al Fatih boleh melafazkan hamdalah dengan puas hati, kerana bangunan ini akan dijadikan tempat seorang hamba bertaqarrub dengan Rabb nya yang sebenar.

Hari itu hari Jumaat, Sultan Muhammad bingung memikirkan, siapakah yang akan menjadi imam untuk solat jumaat pada hari itu. Kelihatan jemaah kaum muslimin semakin membanjiri perkarangan Haga Sofia. Semuanya sedang berdiri, masing-masing tidak sabar untuk mengangkat takbir, dan ruku' dan sujud dengan khusyuk.

Sultan Muhammad melihat kepada rakyat jelatanya, lalu dia bertempik,
"Siapa antara kamu yang tidak pernah meninggalkan solat jemaah sejak baligh hingga sekarang untuk solat fardhu di masjid, teruslah berdiri.." hampir-hampir tiada kelibat yang duduk, bermakna hampir keseluruhan rakyatnya bersolat jemaah di masjid.

Sultan Muhammad boleh berbangga dengan prestasi rakyatnya, namun dia masih bingung lantaran imam solat jumaat belum dipilih,
"Siapa antara kamu yang tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib sejak baligh hingga sekarang, teruslah berdiri.." hanya segelintir kecil yang duduk kali ini, tetapi lebih-lebih ramai yang masih berdiri, menandakan sebilangan besar rakyat tidak mengambil solat sunat sebagai sesuatu yang sambil lewa.

Sultan Muhammad kali ini, ada satu idea..
"Siapa antara kamu yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh hingga sekarang, teruslah berdiri.." Semua rakyatnya duduk, hanya Sultan Muhammad Al Fatih yang berdiri. Ya! Sultan Muhammad tidak pernah meninggalkan qiyamulail sejak dia baligh sampai saat selepas kemenangan menawan kota Constantinople.

Lalu, Sultan Muhammad lah yang menjadi imam.

Tidak pelik, dan tidak hairan, itulah panglima terbaik yang pernah disebut Rasulallah. Dan itulah bala tentera terbaik yang pernah juga disebut oleh Rasulallah.

Belum lagi cerita, bagaimana Sultan Muhammad Al Fatih memilih tentera yang akan berjuang di barisan hadapan. Sultan Muhammad berjaga di waktu malam, untuk meninjau siapakah tentera yang bertahajjud kepada Allah, tatkala orang lain tidur. Lalu merekalah yang dipilih.

Jiwa yang rapat dengan Allah, tidak gentar untuk berhadapan dengan musuh, ibadah yang tanpa jemu. Kini, dunia menanti ciri-ciri panglima dan bala tentera sebegitu untuk membuka Rom Barat pula.

Tapi, apabila aku menoleh diri sendiri, ataupun aku melihat masjid, masih jauh perjalanan.

Allahua'lam

Saturday, June 23, 2007





Allah has created mankind with different language and color (refer Surah Ar Rum). And also has created mankind diversely, with different culture, lifestyle and opinions! Yes.. What a boring world it would be if we are indifferent in every aspect of our life! But Allah asks mankind to preserve one thing to be in common, which is the tie in faith, aqeedah! This one cannot be compromised!

Perbezaan pendapat memang banyak je berlaku kan.. Jangan kata peringkat negara, peringkat kelas darjah 1 pun bleh ada perbezaan pendapat, sama ada nak cat kelas kaler kuning ke kaler merah..

Different opinions are something to be appreciated.
Jangan lah pula, apabila ada orang yang berbeza pendapat dengan kita, we kill the person's personality habis-habisan. So unprofessional..

Or other common cases, when someone has different argument, we tend to be, "excuse me, I know better, I'm right, you're wrong, thank you..."

Or.. in other situation.. who so ever goes with the different opinions, they are sort of an "enemy"... Or, other word, they are not with us... Does not belong to our 'clan'?

Khilaf is rahmah? (Was it a hadeeth ke? Someone please tell me..)
Yes, indeed for me, I would agree that it is rahmah!

Is it so hard, to sit at a round table... and discuss... Be adult (because you are!)
If you end up still having different arguments, look deeper, you are actually have more in commons than differences. Why emphasize differences?

And, if you result in different opinions still, appreciate others who different for you. Appreciate why he/she choose to be that way.

The ground rule for having different opinions: do not affect your personal relationship, and don't involve others around you, i.e. give other people understandings about the issues, not flood their minds with what you think. Allow others to have their own degree of freedom to think.

For me, I respect people who can appreciate others' opinion and respect them still though they might have differences :-)

Friday, June 15, 2007

saya baru pulang dari satu kursus yang sangat askari..
saya tidak berapa suka dengan suasana di sekitar kursus itu, tapi saya dapat belajar banyak perkara..
yang pasti, dalam kepala saya, saya membayangkan saya seolah-olah mujahidah palestin yang sedang melalui latihan utk melawan tentera yahudi..

hari pertama saya belajar, SEA SURVIVAL TRAINING...
macam mana kalau bot karam, kalau pelantar terbakar.. di tengah-tengah lautan...
:-) yang penting, saat cemas cam tu paling best untuk kasi tazkirah kat semua orang, supaya ingat mati... teringat surah Sajadah.. Allah citer tentang orang2 yang telah dimatikan, meminta untuk dihidupkan semula, dengan harapan supaya konon2 dia boleh buat amal soleh yang telah dia tinggalkan... tapi Allah dah cakap, they will not do what they say... Ya Allah, moga aku mati dalam keadaan muslim...

hari kedua saya belajar, FIRE FIGHTING..
hari yang panas, pakai baju 3 lapis, baju bomba kalis api yang tebal macam comforter... lawan api.. teringat, oh! api neraka lebih panas... pegang hose bomba, kuat sungguh tekanan air, sampai seluruh tubuh badan macam kena pulas. pastu kena pakai breathing apparatus bersama tangki oksigen seberat 6 kg, kena merangkak, berjalan, panjat tangga tegak dalam kegelapan smoke house, rumah yang panas, gelap dan berasap. oh! dalam kubur seperti itukah untuk orang yang tidak beriman. Yang pasti, balik rumah tengok lebam sana sini.. Mujahidah la katakan...

hari ketiga saya belajar, HELICOPTER UNDERWATER ESCAPE TRAINING
masuk dalam satu helicopter tipu2, anda kena pakai seat belt.. kemudian anda direndam dalam air, dan kena lepaskan diri... kemudian lagi, 2nd trial akan di'capsize'kan... 3rd trial, capsize + pintu dipasang.. so kena buka pintu dan buka seat belt di kala kamu di dalam air.. sedapnye, air masuk telinga, hidung... sakit bibir terlanggar besi helikopter tu.. huuh...


aku menghitung hari-hari di masa hadapan... ntah lah kan... kerja cam nih dahsyat.. moga tak terabdi pada kompeni..

hari ini aku gumbira la tapinye.. ari tu ada hantar e-mail kat Snr Mgr psl soh conduct sesi tazkirah masa hari jumaat.. hari ni ;-) alhamdulillah... berjalan satu sesi tazkirah tersebut....

moga terus thabbat dalam iman dan islam.. di mana jua anda berada.. allahua'lam

Tuesday, June 12, 2007



Tak perlu kamu gembar gemburkan ideologi
Tak perlu kamu gembar gemburkan formula kamu yang panjang lebar
Kerana formula itu tidak aku fahami
Kerana kamu belum berjaya terangkan aku tentang perkara asas
Mengapa perlu begitu berputar belit..
Sedangkan....
Pada senaskhah buku
Pada helaian kertas
Pada bibir dan lidah yang ikhlas
Dari hati yang tulus
Pada Al Quran
Pada hadith-hadith daripada Rasulallah SAW
Ada pedoman
Ada pembuka kepada hidayah Allah
Bukan kerana beribu buku di perpustakaan
Tetapi, mungkin lantaran satu kitab lama
Manusia mampu berubah fikiran
Jangan harapkan aku menunggang kuda
Sedangkan aku belum diajar bagaimana memegang tali kekang kuda

Saya sangat marah dengan diri sendiri, dan juga mungkin orang lain. Kadang2 sibuk cerita tentang fikrah, dakwah, benda2 yang besar.. Ustaziyatul alam , khilafah islamiyah... Namun... Akhlak menjadi korban.. Sehingga tiada unsur tolak ansur dan sabar... Sehingga mana menghilang sikap pemaaf.. Atau mana sepatutnya kita ambil pengajaran dari kisah surah Abasa. Atau, mungkin ada perkara yang tidak saya faham? Jadi terangkan lah pada saya.

Jangan suruh keldai yang lapar berlari sambil mengangkat bebanan yang berat. Tambahan pula, keldai dikenakan peraturan cara-cara untuk berlari, sedangkan lupa untuk mengajar keldai cara berjalan.

Apa yang kita mahu sebenarnya? Adakah kita mahu orang bergolek-golek gugur dari medan dakwah hanya kerana bekalan padanya tidak cukup? Adakah kita mahu orang yang mengikut kita sehingga dia dalam keadaan cedera parah? Atau kemungkinan dia boleh dirawat dan berjalan dengan normal sekiranya kita korbankan sedikit perangai "aku lebih betul".

Jatuhkah maruah dengan hanya melafazkan "minta maaf".. Atau hina terus kah diri kita, apabila kita mengakui kesilapan diri kita, dan mahu memperbaiki diri kita, dan meminta orang lain beri tunjuk ajar dan nasihat.

petikan
-budak kecil -

:: ajarkan lah anak kamu 3 perkara ::
1. berenang
2. memanah
3. berkuda

-maksud hadith.

hari ini, saya ada latihan renang di kala kecemasan.. mengapa ya saya perlu ambil kursus sebegini? oh ya! lupa kerana saya kena kerja di pelantar minyak nanti. insya-Allah. bagaimana cara lompat dari ketinggian sekian2... bagaimana kalau "life raft" terbalik, bagaimana anda mahu keluar daripadanya.. bagaimana-bagaimana pelbagai lagi.. saya cuma membayangkan bahawa saya seorang mujahidah palestin, sedang menjalani latihan. terasa bersemangat. ya! badan yang kuat adalah salah satu 10 muwosafat yang perlu pada akh/ukht. saya bersyukur kerana saya telah menjalani latihan renang gaya bebas dan sukahati di Yarra bersama Team Memerang yang lain pada musim panas tahun lepas.

dan teringat kenangan memanjat tangga pada pokok oren di Murray River, dan pokok ceri di Wandin, telah membekalkan saya sedikit pengalaman untuk menurun dan memanjat tangga di pelantar minyak setinggi bangunan 5 tingkat, yang masih dalam fabrication. dan juga, untuk memanjat work barge bagi kerja2 untuk mengHUC&decom pelantar.

dan kehidupan saya di bumi kanggaru itu telah membekalkan saya pelbagai perkara, untuk menjadi orang yang tegar (insya-Allah, ameen). biarpun mungkin ada orang yang memandang wanita bertudung labuh sebagai "incapable for certain percentage", tetapi alhamdulillah, mungkin mereka mula bertukar fikiran.