Thursday, May 12, 2005

MARI MENGIRA ...


herm... kenapa kita berkira...
sebab... sebab jari ada sepuluh....
apelah guna jari kalau bukan untuk berkira...
manusia sangat-sangat suka berkira...
sebab kita rasa, kitalah yang susah2 kais pagi..
kita rasa kitalah yang nak terbalik cari rezeki...
kita kira itu dan ini...
memang tak cukup, lalu cari mencari le lagi..
manusia terus kira.. lepas kira cari duit lagi..
lepas dapat duit, tak ingat diri..
terus joli...
lepas tu kira-kira jari..
tak cukup jari tangan, guna pulak jari kaki...
manusia berkira lagi..
bil itu dan ini..
hutan si fulan tak berbayar lagi...
eh, ada baju cantik.. kena beli ni..
wah, ada restoran baru.. kena rasa ni...
kira-kira lagi guna jari...
sambil tu duduk sorang-sorang gigit jari...
kerja-kerja lagi.. kira-kira nak cari duit la ni...
tak perlu jadi cikgu matematik, pun mengira setiap hari
manusia terus mengira...
kerana terlupa... manusia yang kira...
padahal Allah yang menilaikan sesuatu benda...
Allah yang pegang hisab.. Allah yang kira...
Kira amalan kita..
Allah jugak lah yang beri rezeki..
Tapi kenapa kita berkira nak buat kebaikan..
Berkira.. Berkira...
Allah kurniakan rezeki lagi..
Tapi berkira nak korban duit untuk kebajikan...
Apa jadi kalau rezeki kita Allah tahan....
Nak berkira lagi?

Wednesday, May 11, 2005

ERTINYA DOSA...


...dosa itu apa yang bergetar di hati kamu, dan kamu takut orang lain mengetahui mengenainya - Maksud hadith


terkadang, malah selalu... dalam diri menyampaikan haq kepada manusia.. dalam lidah petah bicara amar ma'ruf nahi mungkar... tetapi diri... agak tak serupa bikin...

manusia seringkali begitu.. lantaran namanya juga insan... iaitu pelupa...

lantas, peringatan amatlah diperlukan... daripada sahabat yang beriman...

agar diri tak bergelumang ke dalam lembah hina...

manusia... mohon lah keampunan kepada Allah...

jangan jadi manusia yang mengatakan apa yang tidak kamu perlakukan.. kelak, besar kemurkaan Tuhan ke atas diri mu...

sedarkah kamu siapa itu manusia?

manusia itu adalah kamu....

adalah aku....

sesungguhnya setiap anak Adam membuat dosa...
dan sebaik2 anak Adam adalah mereka yang bertaubat...

Monday, May 02, 2005

Salam...

Ape kah nak diceriterakan pada hari ini? Saya assume tak de orang baca blog ni, so lebih kurang cam suka hati la nak tulis ape2... Heh, kecuali laili lah kot yang setia nak baca :D Sebab blog ni dia punya gak...


Muadz bin Jabal berkata :
Ilmu itu adalah ketua dan amalan itu adalah pengikut

Antara ilmu dan amal manakah yang lebih penting?

Dua2 sekali penting, tapi suatu amalan mesti lah didasari dengan ilmu, dan untuk memastikan amalan itu mendatangkan natijah yang dikehendaki, kita hendaklah yakin dengan ilmu yang dimiliki itu...

Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah. (still ada manfaat, boleh jadi tempat berteduh, tapi kita tak dapat rasa kemanisan nye lah)

Kalau kita belajar Chemistry lah.. Kita ada teori kuprum (II) Sulfat apabila dilarutkan dalam air jadi kaler biru... Pastu, kita buat la eksperimen.. nengok2 betul2 kaler biru... Kita pun bertambahlah yakin ngan ilmu / teori yang kita miliki tu...

Islam terbina di atas iman.. Syariat hanya akan terlaksana apabila ia berdiri di atas jiwa2 yang beriman dan mempunyai keyakinan yang utuh kepada Allah dan Rasul.

Orientalis Barat ramai yang belajar tentang Islam.. diorang tahu pasal Al Quran dan Sunnah, kengkadang knowledge diorang lagi power tuh... Tapi, mereka tak pernah mempercayai, tidak meyakini bahawa Islam itu adalah satu sistem yang sebenarnya diturunkan kepada manusia oleh Pencipta yang Esa... Islam hanya teori dan idealogi.. Maka tiada nila2 keimanan dalam jiwa mereka dalam memahami Islam.. Lantas, mereka tidak dapat rasakan ketenangan berada di bawah naungan Ilahi...

mari kita belajar...
kemudian, mari kita beramal...
kita yakin, kerana Allah...

Wallahua'lam.