Wednesday, November 28, 2012

Nak pergi haji dengan siapa?

DECISION MAKING PROCESS

Setiap tahun, Tabung Haji akan menyenaraikan dalam 25 syarikat Pengendali Jemaah Haji (PJH) swasta.  Antara dilema bagi bakal jemaah haji adalah, nak pilih syarikat yang mana satu?

Antara kriteria yang menjadi faktor pemilihan adalah:
  1. Imej syarikat dari aspek komersil - selalu keluar surat khabar, radio, TV
  2. Mahukan pakej yang dapat menawarkan kualiti perkhidmatan dan kadar keselesaan yang diperlukan.. Anda boleh pilih pakej RM 20K ++ atau RM 30K ++ atau RM 40K ++ sehinggalah RM 100K ++
  3. Mahukan pakej syarikat yang mempunyai aspek bimbingan keagamaan secara rapat sepanjang berada di Tanah Suci
  4. Mahukan syarikat yang dapat menguruskan untuk pergi lebih awal dari giliran yang telah ditetapkan tabung haji

Saya dan suami telah memilih hajiumrah.com (ejen di bawah Misbah Travel & Tours [202812-K])sejak awal lagi di atas beberapa faktor:

  1. Telah mengenali Mursyid / Pembimbing hajiumrah.com sejak zaman kami muda-mudi, iaitu Al Ustaz Abdul Halim bin Abdullah. Kami yakin Ustaz Abdul Halim mampu dapat memberikan bimbingan terbaik sepanjang kami berada di Tanah Suci
  2. Kami yakin bahawa syarikat Ustaz Abdul Halim dapat menguruskan untuk pergi lebih awal dari giliran kami iaitu tahun 2023 (fuh, lama lagi tu)..
  3. Harga tu standard lah, mana-mana PJH pun kadar harganya adalah seperti yang ditetapkan oleh Tabung Haji.. Iaitu sekitar RM 24,000 (Amaran: Kos dari tahun ke tahun akan meningkat, jadi anda mungkin mahu mempercepatkan menunaikan ibadah haji!)
  4. Pasal kadar keselesaan tu, memadai kadar memenuhi "dharuriyat" dan "hajiyyat", lagipun perlu sentiasa ada mindset bahawa nak pergi haji ni bukan la nak bersuka ria, berjimba dan berlepak di hotel sahaja..
TESTIMONIAL 

Aku tinggalkan dikau, Maryam Athiyyah di bawah jagaan Allah... (gambar hiasan: KLIA, 23 Oktober 2012)

Alhamdulillah, kami telah melakukan pilihan bijak (dengan taufiq dan hidayah dari Allah juga).. Kami terasa aura iman meningkat ke paras super-saiya. Begitu juga, ilmu sirah di-revise oleh Ustaz Abdul Halim pada setiap tempat manasik haji dan tempat ziarah dengan sangat agresif, dan sekiranya esok ada ujian sirah, kami boleh lulus mumtaz! 

Yang penting, bimbingan untuk ibadah-ibadah yang afdal sangat dititik beratkan sepanjang kami berada di Tanah Suci, antaranya doa dan munajat yang berteruskan ketika wukuf di Arafah dari Zohor hingga Maghrib, sedangkan banyak jemaah lain yang ketiduran, bersembang dan minum kopi di waktu yang sangat mustajab ini! Program umrah sebanyak 7 kali di 3 miqat berbeza sekitar Mekah (Tana'im, Ja'ranah dan Hudaibiyah), Qiyamulail dan Kuliah di Arafat dan Mina. Kuliah Zohor harian di Mekah. Para jemaah diajar juga dengan zikir dan doa yang ma'thur. Di Madinah pula, Solat di Masjid Quba' untuk mendapatkan peluang dapat pahala umrah sekerap mungkin. Dan banyak dos-dos peningkat keimanan yang lain. Mabruk untuk Ustaz Abdul Halim di atas madrasah spiritual di sepanjang program haji, umrah dan ziarah kami. 

RUJUKAN


Boleh juga baca entri blog Ustaz Abdul Halim di www.inijalanku.wordpress.com 

Antara rujukan berguna juga www.tetamuallah.com 


Pergi ler masa muda...

Assalamualaikum warahmatullah..

MUKADIMAH

Telah lama bersawang laman blog aku, kini aku rasa ada keperluan untuk meng-update semula.. :-) Alhamdulillah, baru semalam "touch-down" di Melaka setelah bermusafir lagi di sekitar Malaysia selepas tiba dari negara yang terletaknya dua Tanah Haram yang diberkati..

Sementara memori indah tentang perjalanan melakukan ibadah haji pada tahun 2012 M / 1433 H masih segar bugar di dalam ingatan, ada eloknya kalau aku meng-upload memori aku ke blog ini.

Mudah-mudahan dapat menjadi penyegar iman di kala terbolak-baliknya hati
Mudah-mudahan menyemarakkan jiwa untuk sampai ke sana lagi
Mudah-mudahan jadi peringatan diri ketika menyelusuri jejak sirah Rasulullah s.a.w
Mudah-mudahan terketuk pintu-pintu hati insan lain untuk menyegerakan ibadah haji

"Auni Insyirah, tolong beri Ummi kerjasama ya.. Jangan ganggu masa Ummi sedang blogging.."
Gambar ini di ambil di KLIA, pada 23 Oktober 2012 iaitu pada hari pelepasan kami untuk ke King Abdul Aziz International Airport, Jeddah. Insyirah memang  macam tak sedih langsung.. hurm..

LANGKAH BERMULA

Antara soalan yang kerap ditanya oleh orang, 
"What makes you decide to go (for hajj) at this age?"
"Mudanya pergi haji... Kenapa?"

Jawapan Teknikal: Sudah cukup segala persiapan dan perbelanjaan haji, dan juga untuk ahli keluarga yang akan ditinggalkan

Sebelum saya pergi ke haji, saya membuat keputusan bersama dengan suami supaya kami segera menunaikan ibadah haji sebaik saja dana dalam Tabung Haji telah mencukupi dan setelah kami layak mendapat cuti haji. Jadi, tahun 2012 merupakan genap saya berkhidmat dengan PETRONAS selama 5 tahun (kalau suami dah 6 tahun lah..), dan ditakdirkan Allah syarikat agak bermurah hati memberi bonus durian runtuh untuk prestasi tahun 2011. Dan kami juga masih mempunyai ibu bapa yang kuat untuk membantu menjaga anak-anak yang akan ditinggalkan.Jadi apakah alasan lagi yang perlu kami kemukakan untuk menangguh perjalanan haji kami.

Jawapan Spiritual:  Tiada jaminan boleh hidup, atau sihat, atau kaya apabila usia makin menginjak lanjut. Dan kerana menangguhkan ibadah haji iaitu salah satu rukun Islam yang sangat digalakkan untuk disegerakan.

Tiada mazhab fiqh yang menyokong penangguhan ibadah haji. Boleh rujuk pelbagai buku berkenaan ibadah haji yang mengupas lanjut tentang isu ini.Untuk buku-buku bimbingan Tabung Haji  boleh download aje kat Android Market, Apple Market, atau google aje .pdf copy, atau beli di kedai. Walau anda mungkin tidak bercadang nak pergi dalam jangka masa terdekat, eloklah banyakkan bacaan berkenaan haji untuk menyemarakkan lagi semangat untuk pergi haji (rather than baca buku Mingguan Wanita, Cleo,  Harian Metro dan bacaan "sampah" yang lain).

MERANCANGLAH...
Berikut adalah langkah-langkah asas untuk mengerjakan ibadah haji:
  1. Memastikan simpanan dalam Tabung Haji minimum RM 1,500 dan bolehlah mendaftar haji. Anda jangan terkejut, sekiranya anda mendaftar tahun 2011, giliran anda adalah tahun 2050++ . Sebenarnya anda boleh mengemukakan rayuan kepada Tabung Haji untuk mengawalkan giliran dengan cara menghantar surat rayuan pada bulan Muharram hingga Safar tahun yang ingin anda  tunaikan haji. Untuk sesiapa yang tunaikan haji tahun 2013 M / 1434 H bolehlah hantar surat rayuan ke cawangan Tabung Haji berdekatan SEKARANG kerana telah masuk bulan Muharram 1434 H. 
  2. Antara cara lain untuk mempercepatkan giliran haji adalah, melantik ejen-ejen Pengendali Jemaah Haji (PJH) swasta untuk menguruskannya untuk anda. Tapi syarat pertama mesti dipenuhi, iaitu tabungan minimum RM 1,500, telah mendaftar giliran dengan tabung haji, dan telah submit surat rayuan.Ya, ongkosnya agak sedikit tinggi. Tapi, daripada kau pergi tukar kereta yang canggih kepada kereta yang terlebih canggih, eloklah kau pergi dengan PJH dan segerakan haji..  ;-)
  3. Mula buat persediaan seolah-olah"confirm" lah anda boleh pergi tahun ini. Mindset influences reality. Persediaan ilmu, persediaan fizikal, persediaan kewangan, persediaan ahli keluarga yang ingin ditinggalkan, dan lain-lain
  4. Doa yang tidak henti-henti. Doalah di waktu-waktu yang mustajab. Dan banyakkan bertalbiah.
OK, itu sahaja episod pertama pada hari ini. Saya cuba siapkan beberapa lagi entry pada hari ini.