Thursday, June 28, 2007

Al Fatih, sandaran nama kepada sultan muda itu. Pada usia semuda 19 tahun, Sultan Muhammad Al Fatih telah melakar lembaran sejarah perjuangan menegakkan panji Islam.
Rasulallah pernah bersabda, dengan maksud hadith, sesiapa yang membuka kota Rom Timur dan Rom Barat, maka bala tentera itu adalah yang terbaik, dan panglimanya adalah terbaik.
Sejak Rasulallah melafazkan sabda tersebut, ummat Islam yang mempunyai jiwa besar dan cita-cita tinggi, serta semangat yang kuat, berlumba-lumba untuk menjadi panglima terbaik, atau cukup sekadar menjadi salah seorang jundullah yang berada dalam bala tentera yang terbaik itu.

Zaman berlalu, dari satu generasi ke satu generasi, kota Constantinople masih belum berada di tangan ummat Islam. Sehingga pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyyah, Constantinople, atau Rom Timur, dikuasai oleh pejuang salibiyyah bermaharajakan Raja Constantine yang tidak pernah kenyang dengan harta orang miskin.

Tidak perlu diceritakan di sini, apakah strategi ketenteraan yang digunapakai Sultan Muhammad Al Fatih dan tenteranya. Tidak perlu diceritakan di sini apakah peralatan dan senjata yang digunakan. Tetapi, apakah rahsia sebenar kejayaan mereka. Sehingga mereka mampu merealisasikan sabda Rasulallah, walaupun setelah hampir lebih 600 tahun.

Al Fatih merenung Haga Sofia, yang pernah menjadi tempat mensyirikkan Allah. Tempat yang pernah mendustakan kerasulan Isa a.s, dengan menyatakan bahawa dia adalah Tuhan. Binaan bangunan itu indah, kali ini Al Fatih boleh melafazkan hamdalah dengan puas hati, kerana bangunan ini akan dijadikan tempat seorang hamba bertaqarrub dengan Rabb nya yang sebenar.

Hari itu hari Jumaat, Sultan Muhammad bingung memikirkan, siapakah yang akan menjadi imam untuk solat jumaat pada hari itu. Kelihatan jemaah kaum muslimin semakin membanjiri perkarangan Haga Sofia. Semuanya sedang berdiri, masing-masing tidak sabar untuk mengangkat takbir, dan ruku' dan sujud dengan khusyuk.

Sultan Muhammad melihat kepada rakyat jelatanya, lalu dia bertempik,
"Siapa antara kamu yang tidak pernah meninggalkan solat jemaah sejak baligh hingga sekarang untuk solat fardhu di masjid, teruslah berdiri.." hampir-hampir tiada kelibat yang duduk, bermakna hampir keseluruhan rakyatnya bersolat jemaah di masjid.

Sultan Muhammad boleh berbangga dengan prestasi rakyatnya, namun dia masih bingung lantaran imam solat jumaat belum dipilih,
"Siapa antara kamu yang tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib sejak baligh hingga sekarang, teruslah berdiri.." hanya segelintir kecil yang duduk kali ini, tetapi lebih-lebih ramai yang masih berdiri, menandakan sebilangan besar rakyat tidak mengambil solat sunat sebagai sesuatu yang sambil lewa.

Sultan Muhammad kali ini, ada satu idea..
"Siapa antara kamu yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh hingga sekarang, teruslah berdiri.." Semua rakyatnya duduk, hanya Sultan Muhammad Al Fatih yang berdiri. Ya! Sultan Muhammad tidak pernah meninggalkan qiyamulail sejak dia baligh sampai saat selepas kemenangan menawan kota Constantinople.

Lalu, Sultan Muhammad lah yang menjadi imam.

Tidak pelik, dan tidak hairan, itulah panglima terbaik yang pernah disebut Rasulallah. Dan itulah bala tentera terbaik yang pernah juga disebut oleh Rasulallah.

Belum lagi cerita, bagaimana Sultan Muhammad Al Fatih memilih tentera yang akan berjuang di barisan hadapan. Sultan Muhammad berjaga di waktu malam, untuk meninjau siapakah tentera yang bertahajjud kepada Allah, tatkala orang lain tidur. Lalu merekalah yang dipilih.

Jiwa yang rapat dengan Allah, tidak gentar untuk berhadapan dengan musuh, ibadah yang tanpa jemu. Kini, dunia menanti ciri-ciri panglima dan bala tentera sebegitu untuk membuka Rom Barat pula.

Tapi, apabila aku menoleh diri sendiri, ataupun aku melihat masjid, masih jauh perjalanan.

Allahua'lam

Saturday, June 23, 2007





Allah has created mankind with different language and color (refer Surah Ar Rum). And also has created mankind diversely, with different culture, lifestyle and opinions! Yes.. What a boring world it would be if we are indifferent in every aspect of our life! But Allah asks mankind to preserve one thing to be in common, which is the tie in faith, aqeedah! This one cannot be compromised!

Perbezaan pendapat memang banyak je berlaku kan.. Jangan kata peringkat negara, peringkat kelas darjah 1 pun bleh ada perbezaan pendapat, sama ada nak cat kelas kaler kuning ke kaler merah..

Different opinions are something to be appreciated.
Jangan lah pula, apabila ada orang yang berbeza pendapat dengan kita, we kill the person's personality habis-habisan. So unprofessional..

Or other common cases, when someone has different argument, we tend to be, "excuse me, I know better, I'm right, you're wrong, thank you..."

Or.. in other situation.. who so ever goes with the different opinions, they are sort of an "enemy"... Or, other word, they are not with us... Does not belong to our 'clan'?

Khilaf is rahmah? (Was it a hadeeth ke? Someone please tell me..)
Yes, indeed for me, I would agree that it is rahmah!

Is it so hard, to sit at a round table... and discuss... Be adult (because you are!)
If you end up still having different arguments, look deeper, you are actually have more in commons than differences. Why emphasize differences?

And, if you result in different opinions still, appreciate others who different for you. Appreciate why he/she choose to be that way.

The ground rule for having different opinions: do not affect your personal relationship, and don't involve others around you, i.e. give other people understandings about the issues, not flood their minds with what you think. Allow others to have their own degree of freedom to think.

For me, I respect people who can appreciate others' opinion and respect them still though they might have differences :-)

Friday, June 15, 2007

saya baru pulang dari satu kursus yang sangat askari..
saya tidak berapa suka dengan suasana di sekitar kursus itu, tapi saya dapat belajar banyak perkara..
yang pasti, dalam kepala saya, saya membayangkan saya seolah-olah mujahidah palestin yang sedang melalui latihan utk melawan tentera yahudi..

hari pertama saya belajar, SEA SURVIVAL TRAINING...
macam mana kalau bot karam, kalau pelantar terbakar.. di tengah-tengah lautan...
:-) yang penting, saat cemas cam tu paling best untuk kasi tazkirah kat semua orang, supaya ingat mati... teringat surah Sajadah.. Allah citer tentang orang2 yang telah dimatikan, meminta untuk dihidupkan semula, dengan harapan supaya konon2 dia boleh buat amal soleh yang telah dia tinggalkan... tapi Allah dah cakap, they will not do what they say... Ya Allah, moga aku mati dalam keadaan muslim...

hari kedua saya belajar, FIRE FIGHTING..
hari yang panas, pakai baju 3 lapis, baju bomba kalis api yang tebal macam comforter... lawan api.. teringat, oh! api neraka lebih panas... pegang hose bomba, kuat sungguh tekanan air, sampai seluruh tubuh badan macam kena pulas. pastu kena pakai breathing apparatus bersama tangki oksigen seberat 6 kg, kena merangkak, berjalan, panjat tangga tegak dalam kegelapan smoke house, rumah yang panas, gelap dan berasap. oh! dalam kubur seperti itukah untuk orang yang tidak beriman. Yang pasti, balik rumah tengok lebam sana sini.. Mujahidah la katakan...

hari ketiga saya belajar, HELICOPTER UNDERWATER ESCAPE TRAINING
masuk dalam satu helicopter tipu2, anda kena pakai seat belt.. kemudian anda direndam dalam air, dan kena lepaskan diri... kemudian lagi, 2nd trial akan di'capsize'kan... 3rd trial, capsize + pintu dipasang.. so kena buka pintu dan buka seat belt di kala kamu di dalam air.. sedapnye, air masuk telinga, hidung... sakit bibir terlanggar besi helikopter tu.. huuh...


aku menghitung hari-hari di masa hadapan... ntah lah kan... kerja cam nih dahsyat.. moga tak terabdi pada kompeni..

hari ini aku gumbira la tapinye.. ari tu ada hantar e-mail kat Snr Mgr psl soh conduct sesi tazkirah masa hari jumaat.. hari ni ;-) alhamdulillah... berjalan satu sesi tazkirah tersebut....

moga terus thabbat dalam iman dan islam.. di mana jua anda berada.. allahua'lam

Tuesday, June 12, 2007



Tak perlu kamu gembar gemburkan ideologi
Tak perlu kamu gembar gemburkan formula kamu yang panjang lebar
Kerana formula itu tidak aku fahami
Kerana kamu belum berjaya terangkan aku tentang perkara asas
Mengapa perlu begitu berputar belit..
Sedangkan....
Pada senaskhah buku
Pada helaian kertas
Pada bibir dan lidah yang ikhlas
Dari hati yang tulus
Pada Al Quran
Pada hadith-hadith daripada Rasulallah SAW
Ada pedoman
Ada pembuka kepada hidayah Allah
Bukan kerana beribu buku di perpustakaan
Tetapi, mungkin lantaran satu kitab lama
Manusia mampu berubah fikiran
Jangan harapkan aku menunggang kuda
Sedangkan aku belum diajar bagaimana memegang tali kekang kuda

Saya sangat marah dengan diri sendiri, dan juga mungkin orang lain. Kadang2 sibuk cerita tentang fikrah, dakwah, benda2 yang besar.. Ustaziyatul alam , khilafah islamiyah... Namun... Akhlak menjadi korban.. Sehingga tiada unsur tolak ansur dan sabar... Sehingga mana menghilang sikap pemaaf.. Atau mana sepatutnya kita ambil pengajaran dari kisah surah Abasa. Atau, mungkin ada perkara yang tidak saya faham? Jadi terangkan lah pada saya.

Jangan suruh keldai yang lapar berlari sambil mengangkat bebanan yang berat. Tambahan pula, keldai dikenakan peraturan cara-cara untuk berlari, sedangkan lupa untuk mengajar keldai cara berjalan.

Apa yang kita mahu sebenarnya? Adakah kita mahu orang bergolek-golek gugur dari medan dakwah hanya kerana bekalan padanya tidak cukup? Adakah kita mahu orang yang mengikut kita sehingga dia dalam keadaan cedera parah? Atau kemungkinan dia boleh dirawat dan berjalan dengan normal sekiranya kita korbankan sedikit perangai "aku lebih betul".

Jatuhkah maruah dengan hanya melafazkan "minta maaf".. Atau hina terus kah diri kita, apabila kita mengakui kesilapan diri kita, dan mahu memperbaiki diri kita, dan meminta orang lain beri tunjuk ajar dan nasihat.

petikan
-budak kecil -

:: ajarkan lah anak kamu 3 perkara ::
1. berenang
2. memanah
3. berkuda

-maksud hadith.

hari ini, saya ada latihan renang di kala kecemasan.. mengapa ya saya perlu ambil kursus sebegini? oh ya! lupa kerana saya kena kerja di pelantar minyak nanti. insya-Allah. bagaimana cara lompat dari ketinggian sekian2... bagaimana kalau "life raft" terbalik, bagaimana anda mahu keluar daripadanya.. bagaimana-bagaimana pelbagai lagi.. saya cuma membayangkan bahawa saya seorang mujahidah palestin, sedang menjalani latihan. terasa bersemangat. ya! badan yang kuat adalah salah satu 10 muwosafat yang perlu pada akh/ukht. saya bersyukur kerana saya telah menjalani latihan renang gaya bebas dan sukahati di Yarra bersama Team Memerang yang lain pada musim panas tahun lepas.

dan teringat kenangan memanjat tangga pada pokok oren di Murray River, dan pokok ceri di Wandin, telah membekalkan saya sedikit pengalaman untuk menurun dan memanjat tangga di pelantar minyak setinggi bangunan 5 tingkat, yang masih dalam fabrication. dan juga, untuk memanjat work barge bagi kerja2 untuk mengHUC&decom pelantar.

dan kehidupan saya di bumi kanggaru itu telah membekalkan saya pelbagai perkara, untuk menjadi orang yang tegar (insya-Allah, ameen). biarpun mungkin ada orang yang memandang wanita bertudung labuh sebagai "incapable for certain percentage", tetapi alhamdulillah, mungkin mereka mula bertukar fikiran.

Wednesday, June 06, 2007

Kesatuan kesal ahli tidak hafal Cemerlang, Gemilang, Terbilang

KUALA LUMPUR 5 Jun – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kesal dan kecewa dengan sikap segelintir kakitangan awam yang gagal menghafal lagu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Presidennya, Omar Osman berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana lagu itu sering dimainkan di majlis-majlis rasmi kerajaan.

‘‘Lirik lagu ini menggambarkan tekad kerajaan dan rakyat negara ini untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan dipandang mulia oleh masyarakat dunia.

‘‘Oleh itu saya tidak faham mengapa ada kakitangan awam kita yang gagal menghafal lirik lagu ini. Ini merupakan lagu wajib yang sering dinyanyikan dalam majlis rasmi kerajaan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad mengenai segelintir kakitangan awam yang masih tidak dapat menghafal lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang sering kali dinyanyikan pada majlis-majlis rasmi kerajaan.

Perdana Menteri berkata, walaupun makin ramai yang menghafalnya, masih ada segelintir yang tidak menyanyikan lagu itu.

‘‘Saya perhatikan bila nyanyi lagu ini, makin ramai yang dah hafal, tapi masih ada lagi yang tak nyanyi, senyap saja.

‘‘Nyanyian ini bukan haram, bukan ditegah. Seni katanya pun bukan seni kata yang kotor tetapi sebagai satu peringatan kepada kita dalam nada menggembirakan dan memudahkan seseorang itu menghayati setiap perkataan dalam lagu itu,” kata Abdullah.

Omar berkata, CUEPACS amat berharap supaya kakitangan awam mengambil berat terhadap teguran yang dibuat oleh Perdana Menteri itu.

‘‘Diharap semua kakitangan awam selepas ini dapat menghafal lagu ini dengan baik.

‘‘Bagi CUEPACS setiap lagu yang wajib dinyanyikan pada majlis-majlis rasmi atau perhimpunan jabatan seperti Negaraku dan lagu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang wajib diingati liriknya dan perlu dinyanyikan dengan penuh bersemangat,’’ tambahnya.



****** Oh Al Quran... Sedangkan lebih ramai manusia tidak menghafalmu (termasuk lah aku) ********

Tuesday, June 05, 2007



****************************

kepada akhawati yang sedang ber'struggle'an untuk ber'exam'..
ni ada hadiah.. save la figure di atas ni. hehe
"Ma'at taufiq wan najah"

****************************
... satu kan lah hati kami ya Allah ...
persaudaraan ini lebih kami cintai daripada kelihatan mantap berdakwah tetapi longgarnya ukhuwah..