It involves management of Integration, Scope, Time, Cost, Human Resource, Communication, Procurement, Risk, Quality & HSE
Wednesday, October 11, 2006
Kamu pemalas.. tapi kamu suruh orang jadi rajin
Kamu ajak orang bermujahadah.. tapi kamu banyak bersantai...
Kamu habiskan masa di sejadah.. tapi hati kamu tak khusyuk pun pada Allah...
Kamu baca Al Quran.. tapi hati kamu tak tersentuh pun...
Kamu suruh orang berkorban.. tapi kamu sendiri takut berkorban....
Kamu kata dakwah ini susah.. tapi kenapa hati kamu sangat senang...
Kamu kata kamu dah cukup ilmu.. tapi tindakan kamu tak menggambarkan ilmu mu..
Kamu banyak masa luang.. tapi banyak masa kamu habiskan sia-sia..
Kamu keluar rumah konon untuk berjuang... tapi sebenarnya kamu cari keselesaan...
Kamu tinggalkan tanggungjawab kamu.. Kamu tinggalkan hak orang lain terhadap diri kamu.. konon2nya, kamu ada tugas besar perlu diselesaikan....
Kamu menipu orang lain... sebab kamu suruh mereka itu dan ini..
Tetapi sebenarnya....
Kamulah orang yang paling tertipu sekali....
[Na'uzubillahimin zalik]
Ya Allah, jauhkan aku dari ghurur....
Tuesday, October 10, 2006
Monday, October 09, 2006
“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..” Najwa mengeluh sendirian.
Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”
Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.
Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:
Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?
Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.
Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa...”
Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.
Najwa tersentak... Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.
“Oh.. di situlah silapnya... Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak.... Ya Allah, benar-benar kali ini... Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan... Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”
Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.
Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi..
“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”
Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar... Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap.
Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.
Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.
Najwa terkedu.
“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.
“Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.
“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.
“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.
Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).
Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah... I hope to stay in Ramadhan all the time!”
Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!”
Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err... Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”
“Surah Al Ma’un ayat 4-5.”
“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.
“Alah, mana la saya tau... Awak citer je la” Najwa malas nak fikir.
“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”
“Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar... Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?” Hayati berkata.
Najwa tertunduk. “Jazakillah ukhti...”
Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je......”
Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”
Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”
“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..
..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”
You know what, Najwa...Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa.
Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!
Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.
Friday, October 06, 2006
(A group linked to President Mahmoud Abbas’ Fatah party has threatened to kill leaders of the ruling Hamas party, escalating a power struggle marked by the worst internal violence since the Palestinian Authority was formed in 1994, the BBC reported.
Twelve Palestinians have been killed and at least 100 others injured in two days of clashes between Fatah and Hamas gunmen in the Gaza Strip and the occupied West Bank.
Palestinian President Mahmoud Abbas and Prime Minister Ismael Haniya, of Hamas, have appealed for calm and said the violence must stop.
But Al-Aqsa Martyrs Brigades, an armed wing of the former ruling party Fatah, said in a statement on Monday that it held Hamas’ Damascus-based political chief Khaled Meshaal, Interior Minister Saeed Seyam and senior Interior Ministry official Youssef al-Zahar responsible for the recent deaths.
"We in al-Aqsa announce, with all might and frankness... [that we will] execute the head of the sedition, Khaled Meshaal, Said Siyam and Youssef al-Zahar, and we will execute this ruling so those filthy people can be made an example," the statement from the al-Aqsa group said.
Hamas’ legislator Mushir al-Masri accused al-Aqsa group of "pouring oil on the fire", and said that Hamas would "not show mercy" if its senior leaders were assassinated.
Meanwhile, Youssef al-Zahar said the threat wasn’t representative of the group but the work of "coup seekers who want to achieve what the Occupation (Israel) failed to do.”
“Power struggle”
Abbas and Haniya have been locked in an increasingly bitter power struggle, and have been desperately trying to form a national unity government.
The recent clashes were triggered by the Hamas-led government’s inability to pay full salaries to its workers, many of them from Fatah.
The U.S. and the EU imposed an aid embargo against the Palestinian Authority after Hamas took office in March to pressure the group to recognize Israel, give up anti-Israeli attacks and accept past peace accords with the Jewish state.
The U.S. and Israel are also pressuring Abbas to stall a coalition deal with Hamas until it accepts all their demands.
“Divide and Rule”
In Saudi Arabia, the U.S. Secretary of State Condoleezza Rice, who would also visit Egypt, Israel and the Palestinian territories, called for an end to the bloodshed in Gaza and the West Bank.
She also said that the Palestinians needed a government committed to the already existing international frameworks for peace talks, including the recognition of Israel.
"The Palestinians need to have a government that can serve their needs," Rice said.
Haniya, who reiterated calls for a return to talks on a unity government, accused Rice of trying to "divide and rule."
He also urged Arab and Muslim states "not to be dragged into following the interests and plans" of the U.S. administration.
Sunday, October 01, 2006
-Robert Frost
Frost’s The Road Not Taken is one of my favorite poems. I learnt this poem during my high school in Malaysia as a compulsory literature piece. Human being always confronts with indecisive conditions – perplexed by verdicts with future not so sure.
So often we fell into decisions due to the influence of our environment; we are so cognizant with what will other people perceive us, until we caught in the situation that we were unable to satisfy anyone needs.
The questions that are always aroused:
Which alternative should we choose and which one is better?
Whose need should be satisfied?
What will people say if I do this or that?
Islam is to guide, not to confine human being. It is weird to see people around (I was the weird one before), try to seek fame and contentment but they only plunge themselves into destruction.
Alcohol.. Dancing till they worn out.. Drugs.. Ecstasy.. Spinning their heads in clubs..
More common situations, hanging out with friends who are also bewildered with their lifes… Finding couples (without marrying), so that they could pour out their feelings.. In return, they only got their bodies to pay.. Make-up and dress-up to impress, then see how they distress when they found someone even prettier.. Amusing life to death.. More and more, human beings throw themselves into destruction…
It is all due to Allah who grants us His Guidance. Allah gives us freedom to make decisions, but He warns in advance about what is better.
“By the Soul, and the proportion and order given to it;
Then He inspired it to understand what is right and wrong for it;
He will indeed be successful who purifies it;
And he will indeed fail who corrupts it.”
-Surah Ash Shams: 7-10
Verily, Allah’s guidance comes after what a person decide for him/herself. And then, Allah will set him a path towards what he meant in his heart. If he chooses to deviate himself from Allah, than Allah will make ease a path for him to lead him into astray. If he chooses to the truth, Allah will hold his hand and guide him to the truth.
As Muslims, we always have better alternatives. And if although it seems the choices or decisions that we made seems to have negative impacts, it is still the best! Because Allah said:
“..and it may be that you dislike a thing while it is good for you, and it may be that you love a thing while it is evil for you, and Allah knows, while you do not know.”
- Surah Al Baqarah: 216
Verily, for the believers, Allah said in the Al Quran that, they will neither be sad nor scared because Allah’s trials on them are never beyond their scope of handling them. There is ahadith narrated by Bukhari, “whoever Allah wants for him charity, Allah will put a trial on him.”
Allah amuses us in a way that He realizes the limitations and needs of the human beings, amuse to give a new breath for human’s life. Let you feel the fresh air of living on this earth. When you suffer from a disaster, He provides tranquility. When you need someone to listen to, He is always there to hear and to grant.
Do not desolate yourselves; don’t think that Allah does not listen to you when your wishes have not yet being endowed, because Allah gives what you need, not what you want. There are few ways that He will fulfill your wishes:
1) If Allah does not grant you immediately in this world, Allah will substitute with something better in the Hereafter.
2) If Allah does not grant you immediately, Allah will grant your wishes later at the right time, at the right place, with you in a right condition.
3) If Allah does not grant you with what you want, He actually grant you with what you need. Isn’t that better?
As I travel through different walks of life, I never find anywhere safer and comfy other than finding a place for my heart to rest. “..know that, in the remembrance of Allah do hearts find rest” –Surah Ar Ra’d: 28.
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh
And that has made all the difference.
Thursday, September 07, 2006
Ramadhan is coming!!
Allahumma barikna Rajab wa Sya'aban, wa balighna Ramadhan!!!
Ahlan ya Ramadhan!!
Monday, August 21, 2006
Monday, August 14, 2006

Surah Al Hasyr
Bertasbih kepada Allah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS. 59:1)
Dia-lah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran kali yang pertama. Kamu tiada menyangka, bahwa mereka akan keluar dan merekapun yakin, bahwa benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka dari (siksaan) Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah mencampakkan ketakutan ke dalam hati mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang beriman. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai pandangan. (QS. 59:2)
Dan jikalau tidaklah karena Allah telah menetapkan pengusiran terhadap mereka benar-benar Allah akan mengazab mereka di dunia. Dan bagi mereka di akhirat azab neraka. (QS. 59:3)
Yang demikian itu adalah karena sesungguhnya mereka menentang Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa menentang Allah, maka sesungguhnya Allah sangat keras hukumannya. (QS. 59:4)
Sunday, August 13, 2006
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
Surah Ali Imran:200
Orang mukmin yang lebih mampu
Orang mukmin bukan sahaja menentang musuh luaran bahkan mereka juga menentang musuh di dalam jiwa. Mereka lebih mampu dan berkeupayaan untuk menentang musuh di dalam jiwa atau dada. Begitu juga dalam berhadapan dengan musuh di kalangan manusia sendiri. Orang mukmin sentiasa menyeru dan berjuang. Kalau musuh-musuh berjuang dengan sabar maka mereka pun berjuang dengan penuh kesabaran. Sekiranya musuh kuat maka mereka pun kuat. Musuh Allah itu berazam bersungguh-sungguh untuk hapuskan mereka, maka mereka juga berazam bersungguh-sungguh untuk hapuskan musuh-musuh Allah itu. Akhirnya, hanya orang mukmin yang tetap lebih sabar daripada orang kafir atau musuh Allah SWT. Walaupun yang bathil itu sabar, kuat dan maju tetapi orang beriman lebih sabar dan lebih berkeupayaan untuk kekal di atas jalan jihad. Yang hak itu semestinya mempunyai kesabaran dan kemampuan yang lebih untuk terus di dalam perjuangannya.
Berjihad di mana-mana sahaja
Orang-orang mukmin tetap berjuang dan berjihad. Mereka tetap berjihad melawan kufur melalui dakwah, berjihad menyeru untuk kekalkan Islam dan berjihad mendedahkan kejahatan dalam zuruf al munasabah. Mereka sentiasa berterusan berjihad di mana-mana sahaja.
Sekiranya daulah Islamiah sudah wujud, maka orang-orang mukmin dan tentera-tentera Islam akan berjihad mempertahankan Islam di setiap penjuru yang dimasuki oleh musuh. Di dalam keadaan yang tiada negara Islam sekarang ini maka perjuangan kita ialah berdakwah dan menegakkan kalimah Allah SWT di mana sahaja kita berada.
Jihad yang berterusan
Kumpulan Islam tak pernah lalai atau diam. Kumpulan ini tetap bergerak, lebih-lebih lagi dalam suasana sekarang yang mana tiada masa untuk berdiam diri. Masa sepenuhnya digunakan untuk berjihad melawan musuh. Kita hendaklah curahkan sepenuh masa untuk berjihad menegakkan Islam dan menentang musuh. Musuh Allah tidak pernah membuat gencatan senjata dengan kita. Mereka menentang kita di mana sahaja. Mereka sentiasa menentang kebenaran di setiap saat dan ketika. Sejak mula penyeruan menegakkan kalimah Allah lahir di bumi maka sejak itulah musuh Allah tak pernah mengikatkan perjanjian sementara (berhudnah) dengan kita. Kita terus diserang di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu kita pun perlu bersungguh-sungguh dan bertahan dengan penuh keupayaan untuk berjihad di jalan Allah hinggalah akhir zaman.
Sistem Islam yang menguasai keseluruhannya
Dakwah Islam menyampaikan kepada manusia satu sistem hidup yang waki’i (yang benar-benar berlaku dalam realiti). Satu sistem yang menguasai jiwa manusia. Mungkin ada manusia yang berpada dengan Islam menguasai setakat benda-benda yang zahir sahaja. Sesungguhnya yang paling penting ialah sistem Islam dapat menguasai jiwa manusia terlebih dahulu. Selepas itu menguasai harta benda dan segala peraturan hidup manusia.
Kebatilan yang sentiasa memerangi
Sistem Islam adalah satu sistem yang baik, adil dan saksama tetapi kejahatan tidak senang melihat sistem ini, dan kebatilan tidak suka kepada kebaikan, keadilan serta kejujuran. Begitu juga kezaliman tidak pernah menyerah kepada keadilan dan kemuliaan Islam.
Justeru itu kejahatan, kebatilan dan kezaliman sentiasa memerangi dan memusuhi dakwah yang benar ini. Dakwah yang benar ini sentiasa ada musuhnya.
Mereka yang mencari kepentingan maslahat diri sudah barang tentu akan menentang sistem Allah. Begitu juga akan menentang sistem Allah ini, orang yang menyeleweng kerana mereka tak mahu menjauhkan diri daripada sifat penyelewengan itu.
Oleh itu kita mestilah berjihad bersungguh-sungguh menentang mereka itu. Kita perlu sabar dan tahan. Kita perlu berusaha supaya umat Islam tidak dikuasai oleh musuh-musuh Allah. Penyerangan musuh-musuh Allah bermula terhadap jiwa kita. Kita berjihad bersungguh-sungguh melepaskan diri daripada penguasaan musuh terhadap jiwa kita. Manakala kita bebas dari penguasaan musuh ini maka barulah kita boleh berjuang membebaskan manusia daripada musuh-musuh yang berupa manusia dan jin. Sekiranya daripada awal-awal lagi kita tidak dapat membebaskan jiwa daripada musuh-musuh Allah itu maka tak usahlah diharapkan kita akan dapat berjihad untuk melawan musuh-musuh lain yang bercorak manusia. Inilah lumrah dakwah Islam hari ini.
Prinsip asal dakwah
Prinsip dakwah ini bukanlah untuk memusuhi atau mencerobohi orang lain. Tetapi prinsipnya adalah untuk membangunkan satu sistem yang betul dan adil di kalangan manusia. Bukan prinsip asalnya untuk mengkafir atau menghina sesiapa. Dakwah ini ingin mengikuti apa yang dikehendaki Allah dan RasulNya. Allah-lah matlamat dakwah ini dan Rasul-lah ikutannya. Kita berdakwah dengan tujuan untuk menegakkan sistem Islam di kalangan manusia.
Namun begitu dakwah ini sentiasa dibenci oleh golongan yang mencari kepentingan. Sistem yang seperti ini sentiasa ada yang menentangnya dengan segala kekuatan. Kekuatan zahir yang pada musuh-musuh Islam digunakan sepenuhnya menentang Islam. Apabila kita dapat membebaskan jiwa daripada penguasaan musuh-musuh Allah itu maka InsyaAllah kita akan membina satu kumpulan yang mampu menghadapi tentangan siapa sahaja.
Kekuatan Islam melawan kekuatan musuh dalam bermacam-macam bentuk
Banyak kekuatan musuh dari berbagai arah yang menentang sistem dan dakwah yang benar ini. Dengan menggunakan kekuatan lisan dan di‘ayah sistem yang adil ini diganyang. Kebenaran dakwah Islam dipusing-pusingkan dan diselewengkan dengan bermacam-macam alat untuk memesongkan umat manusia. Oleh itu dakwah Islam mesti berusaha membebaskan diri daripada musuh-musuh Allah. Kita perlu melalui perjuangan ini sedaya upaya dengan semua peralatan dan persediaan yang ada pada kita seperti kekuatan jiwa, kekuatan penyusunan dan kekuatan pembentukan yang dijalankan berdasarkan Al Quran dan as Sunnah.
Telah berlalu masa tidur
Orang beriman sekali-kali tidak lalai atau tidur. Masa berehat-rehat atau tidur telah berlalu. Masa untuk bersenang-senang dengan hobi, berkelah-kelahan tanpa tujuan dan berfoya-foya telah berangkat pergi. Kalau kita berkelah atau melancung pun mestilah dengan tujuan takwin Wa’ Islami. Melancong dan berkelah tanpa tujuan takwin wa’ Islami atau ijad rakaiz Islamiah dianggap lalai dan dikhuatiri mengakibatkan terjatuh ke dalam perangkap musuh-musuh Allah. Ini kerana segala sesuatu yang kita usahakan sekiranya tidak membawa pada takwin wa’ Islami dan pembentukan kefahaman serta kesedaran Islam maka usaha itu dianggap amal yang dhaif (lemah).
Bekalan yang berkekalan
Bekalan paling berkekalan yang kita perlukan seperti yang tersebut dalam ayat di atas ialah taqwa. Taqwa mestilah sentiasa bersama-sama dengan dakwah, dengan sistem Islam dan dengan jihad yang kita lakukan. Kalau tiada taqwa maka akan tersesatlah kita. Ini kerana taqwa sentiasa menjaga hati. Kalau tiada taqwa maka hati kita akan dikongkong kembali oleh musuh-musuh Allah SWT. Oleh itu kita perlu sentiasa menyediakan taqwa yang mengawasi kita daripada lalai.
Jiwa yang sudah ditawan
Kalau ada di kalangan manusia termasuklah ulamak-ulamak yang berdiam tanpa berjihad, berfoya-foya dan bersenang-senang, maka ini menunjukkan jiwa mereka sudah ditawan oleh ghaflah atau lalai. Amal mereka seperti itu tidak dianggap amal yang berfaedah. Jiwa sudah kehilangan taqwa yang menjaga jiwa daripada lalai dan lemah. Jiwa sedang atau sudah diserang oleh musuh samada disedari atau tidak.
Peranan taqwa
Sistem Allah sentiasa berjalan bersama dengan jiwa yang bertaqwa. Taqwa menjaga kita supaya tidak menceroboh ke lain. Taqwa ialah satu kuasa pengawasan untuk mengekalkan sistem Allah. Takwa mengawasi perjalanan kita sebagai seorang muslim. Taqwa juga mengawasi perlaksanaan sistem Allah SWT.
Saidina Umar r.a pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab tentang taqwa, “Apakah yang dimaksudkan tentang taqwa ya Ubai ?”. Kata Ubai “ tidakkah engkau pernah melalui satu jalan yang banyak duri?”. Jawab Umar, “ Ya, saya pernah”. Kata Ubai, “ apakah yang engkau buat ?”. Kata Umar, “ saya angkat kain dan saya berhati-hati melangkah”. Kata Ubai, “itulah taqwa.”
Taqwa itu satu pengawasan. Untuk sampai ke peringkat taqwa seperti ini, maka seseorang itu perlulah melalui jalan iman dan memahami benar-benar akan Islam terutama perkara-perkara yang fardhu dan wajib difahami. Kalau tidak melalui jalan ini maka seseorang tidak boleh menjadi seorang yang bertaqwa pada Allah SWT dalam ertikata yang sebenarnya. Seseorang itu tidak tahu hendak mengawasi diri, mereka akan terpijak duri dan tidak tahu mengikuti nilai Allah SWT. Justeru itu seseorang mestilah terlebih duhulu beriman pada Allah dan Islam sepenuhnya.
Jamaah yang menjaga taqwa
Jamaah Islamiah wajib memahami hal ini. Kalau tidak, akan mudahlah terjatuh ke dalam ranjau-ranjau dan duri-duri dalam perjalanannya. Sifat dakwah ini ditentukan Allah SWT. Kita tidak boleh menciptanya sendiri. Oleh itu kita hendaklah menjadi orang yang bertaqwa pada setiap kerja kita. Letakkanlah duhulu neraca taqwa kepada Allah SWT bagi setiap penilaian.
Taqwa itu meliputi iman dan Islam. Taqwa itulah yang menentukan amalan-amalan kita betul-betul di dasarkan pada keimanan dan Islam. Taqwalah yang mengawas peribadi, kumpulan, usrah dan daulah Islamiah. Tidak akan lahir amalan Islam yang sebenarnya tanpa taqwa. Oleh itu taqwa mestilah sentiasa bersama-sama dengan sistem Allah. Kalau sistem Islam tidak diawasi oleh taqwa maka ia akan lemah, akan lalai, akan dicerobohi dan akan terdedah kepada penyelewengan-penyelewengan.
Biarlah taqwa itu berasaskan pada iman dan Islam. Kerana itulah kita perlu meningkatkan keimanan dan kefahaman terhadap Islam.
Tidak dirasai perlunya taqwa melainkan.....
Tidak dirasai perlunya kepada pengawasan taqwa ini kecuali orang yang telah banyak berjihad di jalan Allah SWT dan yang banyak menderita dalam berjihad menegakkan kalimah Allah SWT. Mereka ini merasakan amat perlu pada pengawasan ini. Dalam perjalanan nanti mereka akan berjumpa dengan daya penarik yang banyak seperti pangkat, kebesaran, wang, kemewahan dan kedudukan. Tanpa taqwa mereka akan tercicir, tidak tahan dan tanpa disedari akan diperalatkan oleh sistem yang lain. Sedangkan hal ini bersalahan dengan nilai taqwa itu sendiri.
Orang yang tidak biasa berjalan di atas jalan dakwah ini tidak akan berhajat kepada taqwa. Orang yang tidak pernah menderita dalam menegakkan Islam tidak akan berhajat kepada taqwa. Oleh itu daripada awal-awal lagi kita kena ada penjaga ini (taqwa). Apabila seseorang itu baligh atau masuk Islam sahaja maka pengawasan ini kena bersama-samanya. Kalau tidak mungkin dia akan mensia-siakan hidupnya. Dia akan jatuh ke bawah penguasaan musuh-musuh Allah SWT.
Thursday, August 10, 2006
For the most part, the members of Neturei Karta are descended from Hungarian Jews that settled in Jerusalem's Old City in the early nineteenth century. They were tradesmen and craftsmen, who devoted most of their time to studying the Talmud and other sacred texts. Most of their livelihood was based on the halukah, or distribution of charitable donations from wealthy Jews in the Diaspora. In the late nineteenth century, they participated in the creation of new neighborhoods outside the city walls to alleviate overcrowding in the Old City, and most are now concentrated in the neighborhood of Batei Ungarin and the larger Meah Shearim neighborhood.
At the time, they were vocal opponents to the new political ideology of Zionism that was attempting to assert Jewish sovereignty in Ottoman-controlled Palestine. They resented the new arrivals, who were predominantly secular, and claimed that Jewish redemption could only be brought about by the Messiah. Among the proofs they brought for this argument was a talmudic Midrash (legend) that God, the Jewish People, and the nations of the world made a divine pact, when the Jews were sent into exile by the Roman Empire. One provision of the pact was that the Jews would not rebel against the non-Jewish world that gave them sanctuary; a second was that they would not immigrate en masse to the Land of Israel. In return, the legend states, the Gentile nations promised not persecute the Jews too harshly. By rebelling against this pact, they argued, the Jewish People were engaging in open rebellion against God.
In fact, this position was adopted by the bulk of the Orthodox world (with the exception of a small faction of Orthodox Zionists, led by Chief Rabbi Abraham Kook and his followers) well up until the United Nations voted to partition Palestine on November 29, 1947. Representatives of another Orthodox party, Agudat Israel, actually asked the General Assembly to vote against partition. Tensions were at their highest between the Zionist and non-Zionist Jewish communities in Palestine in the 1920s, following the assassination of Jakob de Haan, a Dutch poet, former Zionist, and spokesman for Agudat Israel against the creation of a Jewish State.
Nevertheless, Agudat Israel reevaluated its position upon the establishment of Israel and has been a participant in most governments since that time (though it still will not accept a ministerial portfolio as a result).
This switch of allegiance by Agudat Israel caused a radical shift in the ideology of Neturei Karta, which felt betrayed by their Orthodox Allies. Their attacks against Israel and Zionism became all the more extreme, especially under the leadership of Rabbi Amram Blau and his wife, a convert and former member of the French Resistance, who had rescued Blau during the Holocaust. The community became more insular, while forming alliances with other sects that rejected the pragmatic support given by Agudat Israel to Israel's secular government after independence. Among their allies were the large and affluent Hasidic group Satmar, under the leadership of Rabbi Joel Teitelbaum, formerly of Hungary and later of New York City, as well as other hassidic groups, some in Israel and others in the Diaspora. With their help, Neturei Karta was able to withstand paying taxes to the state that they did not recognize and conversely, to avoid obtaining any benefits from that state by revitalizing the halukah distribution of funds that characterized earlier generations. As such they became a self-contained community within Israel with few formal ties to the surrounding political infrastructure.
While many in Neturei Karta chose to simply ignore the State of Israel, a fringe element took proactive steps to condemn it and bring about its eventual dismantling until the coming of the Messiah. Chief among these is Rabbi Moshe Hirsch, Neturei Karta's self-proclaimed "Foreign Minister," who serves in Yasser Arafat's cabinet as Minister for Jewish Affairs.
Hirsch and his followers oppose Israel on religious grounds. Devoutly committed to their faith, they reject Jews who do not share their level of observance as heretics. Nevertheless, they also maintain that an Orthodox community of Jews can and should be a viable minority in an Arab-dominated Palestinian state. According to their ideology, the Jews were first sent into exile for their sins, so that a secular Jewish presence in Israel could be grounds for further expulsions and exile. At their most extreme, they claim that the Holocaust was divine punishment for the sins of secular Jews, but at the same time they also believe that the time will come when all Jews will repent or be lost and the Messiah will come to redeem them. Their website claims that the Zionists deliberately condemned thousands of Jews to die in Nazi gas chambers, rather than allow them to emigrate to destinations other than Palestine, in order for the Zionists to claim a Zionist State.
They also claim that the mass media deliberately downplays their viewpoint and makes them out to be just a few, while there are a large number of Jews with the same beliefs.
Wednesday, August 09, 2006
[105] Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan...
sesekali pandanglah ke belakang, kutiplah duri-duri di jalanan..n lemparkan ia ke tepi..agar tidak tercalar n terluka..sesekali ambillah tongkat melepas lelah dijalanan..sesekali berhentilah sebentar..melihat kembali peta kehidupan..agar arah n hala tujuan tak tersasar...renungilah dgn mata hati..fikirlah dgn berbekal taqwa n iman...sesekali terimalah jua walau sering kita yg memberi...sesekali kutiplah mutiara..bekalan utk ke sana..sesekali terimalah jua dgn hati terbuka..fikirlah sejenak...jangan cepat melatah..jangan mudah membenci..jangan mudah menyalahkan orang lain..
antara wasiat 10 adalah :
-jangan berbantah-bantah dalam apa sahaja urusan kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan..
-jangan banyak ketawa kerana hati yg berhubungan dgn Allah sentiasa berkeadaan tenang..
-jangan terlalu bergurau kerana umat yg berjihad itu tidak tahu melainkan kesungguhan..
-berkenalan dgn sesiapa saja yg kamu temui meskipun dia tidak meminta kita berbuat demikian kerana sesungguhnya asas dakwah kita adalah kasih sayang..'kita hanya ada hati n perasaan..;))
bi taufiq wannajah..InsyaAllah..trying all our best to be the bestto achieve the best for the sake of Islam.....'dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"...pada yg berduka..masih terdapat harapan yg cerah..kerlipan cahayanya..moga2 esok mentari kan kembali bersinar..n mendung kan berarak pergi..'kau menerangi hatiku..bak mentari terangi siang..kau menghiasi hatiku..yg dahulu kekosongan...'
-from another Hidayah (miss u fillah, ukht...)
"Hai orang2 yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?" As-Saff : 2
Seringkali dalam kehidupan kita berkira-kira hendak melakukan itu dan ini.. Sehinggakan kadangkala tak terbuat apa yang sepatutnya kita buat... "Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan terhadap sesuatu:
"Sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok pagi, kecuali (dengan menyebut) : "Insya-Allah)." Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah, " Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini." Al-Kahfi : 23-24
Sesungguhnya, sekarang ini kita sedang berada di atas bumi yang mana kalimah yang hak, syariat Allah tidak diangkat setinggi-tingginya... Hukum taghut berlegar di sana-sini, diamalkan dengan "gembiranya" oleh tangan2 yang mengaku "lebih arif" dalam menguruskan soal dunia...
Teringat cerita seorang ukht, ada seorang pak cik ni berkata kepada seorang mamat ni (mamat ni rajin gi masjid..budak baik ah..). The Pak Cik said to the Mamat, "What are you doing now will only help you up there (sambil menuding jarinya ke langit), but not here (sambil menuding jarinya ke tanah)" ... Apa nak jadi dengan masyarakat sekarang ni? Jari yang sepatutnya dituding semasa melafazkan syahadatain dalam solat, berani dituding-tudingkan untuk menegakkan nafsu sendiri....
Apa tindakan dan peranan kita? Berdiam diri?... Iye... Iye.. Berdiam dirilah kita sehingga satu hari nanti Allah turunkan satu bala bencana untuk menggegarkan jiwa kita yang beku dan kaku agar barulah kita nak sedar? Itu pun, andainya Allah mencampakkan hati kita dengan hidayah-Nya... Kalau tak, alahai... tercampaklah kita ke dalam neraka .... Nauzubillah!!
Merujuk Surah As-Saff : 2 tadi.. Lidah kita hebat melontarkan debat dan hujjah mengenai Islam, bercerita itu ini, apa nak buat, mana nak pegi.... Sehinggakan kadar pergerakan lidah kita itu lebih tinggi daripada pergerakan tubuh kita untuk bergerak sebenar2nya utk Islam.. Betulkan, medan cakap lebih besar daripada medan amal...
Aduhai.. mengenangkan diri.. Terasa lemah nak mencapai tahap mujahadah dalam amalan kita sebagai hamba-Nya... Sedangkan dah menyedari hakikat diri sebagai penyeru ke jalan Allah....
Perjuangan yang besar itu bermula dari diri!!!!
Saturday, August 05, 2006
Kepada rakan yang membawa insan kepada kebaikan
Kepada sahabat yang mengejutkan orang lain dari kelalaian
Terima kasih....
Moga Allah mengasihi kalian, dan meredhai kalian..
Mudah-mudahan, Allah hidupkan kita bersama iman...
Moga Allah matikan kita bersama iman...
Moga Allah mengumpulkan kita bersama iman..
Moga Allah memasukkan kita ke dalam jannah bersama iman....
Kepada rakan, taulan dan teman....
Terima kasih, jasamu tak dapat ku balas....
Hanya Allah yang mampu membalas...
Dan moga Allah sentiasa bersamamu...
-Tribute to Akhawat Fillah-
Thursday, July 27, 2006
O Allah, make him a precursor, a forerunner and a treasure for his parents and an answered intercessore.
O Allah, make him weigh heavily in their scales (og good) and magnify their reward.
Make him join the righteous of the believers.
Place him in the care of Ibrahim.
Save him by Your mercy from the torment of Hell.
Give him a home better thann his home and a family better than his family.
O Allah, forgive those who have gone before us, our children lost (by death) and those who have preceded us in faith.
-Ibn Qudamah, Al Mughni 3/416 & Ad-Duroosul-Muhimmah li-`Aammatil-`Ummah, p.15 by Sheikh 'Abdul 'Aziz bin Baz
Tuesday, July 25, 2006
Monday, July 24, 2006
Min "Malbun" ila "Adilayd"
....Qalbi ma'akum....
Pertemuan kita kali ini
Bukan sekadar kawan lama tak jumpa
Tapi kita bertemu ada satu makna
Kita punya satu perjuangan
Andai ada kasih antara kita
Kita kembalikan kepada Yang Esa
Agar ia suci tulus dan ikhlas
semoga Alloh memberkati
Sambutlah tangan sahabat saudaramu
Pimpinlah ia melangkah bersama
Satukan hati kita teguhkan ia
Berdiri bersama untuk kebenaran
Perjuangan itu artinya berkorban
Berkorban itu artinya terkorba
Janganlah gentar untuk berjuang
Demi agama dan bangsa
Inilah jalan kita
Min "Malbun" ila "Adilayd"
....Qalbi ma'akum....
Pertemuan kita kali ini
Bukan sekadar kawan lama tak jumpa
Tapi kita bertemu ada satu makna
Kita punya satu perjuangan
Andai ada kasih antara kita
Kita kembalikan kepada Yang Esa
Agar ia suci tulus dan ikhlas
semoga Alloh memberkati
Sambutlah tangan sahabat saudaramu
Pimpinlah ia melangkah bersama
Satukan hati kita teguhkan ia
Berdiri bersama untuk kebenaran
Perjuangan itu artinya berkorban
Berkorban itu artinya terkorba
Janganlah gentar untuk berjuang
Demi agama dan bangsa
Inilah jalan kita
Saturday, July 08, 2006
I hope I will never do that to anyone...
Mendoakan si zalim mendapat hidayah dan memaafkannya, adalah lebih baik daripada mendoakan supaya dia mendapat balasan azab.....
To all the hearts that I've scuffed
forgive me for my vulgar words...
Tuesday, June 20, 2006
Malah menjadi kewajipan anda agar derma tersebut disumbangkan tanpa berlengah-lengah lagi.
Ini kerana Aman Palestin Berhad benar-benar wujud bagi memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai, malah semua bantuan tersebut telah dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin.
Sebuah banglo di Bandar Baru Bangi adalah manifestasi keprihatinan seorang korporat Islam yang membenarkan Aman Palestin menjadikan banglo tersebut sebagai ibu pejabatnya.
Mereka baru sahaja berpindah di situ walaupun Aman Palestin telah bergerak sebagai NGO sejak akhir 2004. Pada Januari lalu, ia berjaya didaftarkan sebagai satu yayasan bagi membantu rakyat Palestin secara lebih kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.
Malah ketika penulis menemui Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman, beliau baru sahaja pulang dari sebuah kem pelarian Palestin di Lebanon bagi menyampaikan bantuan RM150,000 yang terkumpul bulan lalu serta menyelia beberapa projek kebajikan dan kemanusiaan yang dianjurkan oleh Aman Palestin di sana.
Sejak tahun 2005 hingga kini, Aman Palestin menyumbang RM500,000 kepada rakyat Palestin hasil kutipan daripada orang ramai.
Aman Palestin, menurut Abdullah Zaik, ialah satu sekretariat yang dibentuk khusus oleh rakyat negara ini bagi menangani secara terus masalah Palestin berdasarkan tiga isu yang utama.
“Pertamanya faktor kemanusiaan kerana apa yang berlaku di Palestin merupakan satu perlanggaran hak asasi manusia yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah kemanusiaan. Malah ia berlaku pada saat manusia dikatakan semakin moden dan tahu erti nilai nyawa dan kemanusiaan,” katanya. Terlalu banyak kemalangan jiwa dan harta benda berlaku di wilayah itu sehingga hampir 400 kampung dihancurkan oleh rejim Israel. Mereka bertindak meruntuhkan kediaman milik rakyat Palestin dengan penghuni masih berada di dalamnya.
“Namun yang paling menyayat tentulah nyawa rakyat Palestin itu sendiri. Dalam serangan baru-baru ini satu keluarga rakyat Palestin yang sedang berkelah di tepi pantai hancur berkecai seluruh tubuh badan mereka akibat diserang dari sebuah kapal marin Israel. Hanya seorang anak perempuan keluarga itu yang terselamat.
“Yang lain termasuk ibu bapa, malah adiknya yang masih bayi, turut terkorban. Tidakkah sasaran tembakan seharusnya kepada tentera musuh? Tetapi mengapa orang awam turut menjadi sasaran?” katanya.
Disebabkan tidak mahu menjadi mangsa kekejaman seperti inilah kira-kira 6 juta rakyat Palestin kini menjadi pelarian dan hidup dalam suasana yang penuh dengan kedaifan di kem-kem pelarian.
Di kem-kem pelarian tersebut hidup, rakyat Palestin tidak ubah seperti anai-anai membina busut. Mereka membina rumah berlapis-lapis, daripada setingkat kepada bertingkat-tingkat tetapi bukan rumah dalam erti kata yang sebenar.
Selain itu, Aman Palestin ditubuhkan kerana persaudaraan sesama Islam. Apa yang berlaku di Palestin seharusnya turut ‘dideritai’ bersama oleh rakyat Malaysia kerana tidak ada apa yang membezakan antara rakyat negara ini dan mereka. Rakyat Malaysia dan penduduk Palestin menyembah Tuhan yang sama dan mengamalkan ajaran Islam yang sama.
“Tetapi apalah maknanya semua ini sehingga menyebabkan rakyat Palestin terpaksa merayu-rayu meminta bantuan, sedangkan kita di sini hanya sekadar menonton dan tidak melakukan apa-apa untuk meringankan bebanan mereka. Jadi di manakah persaudaraan Islam kita yang sebenarnya?” katanya.
Abdullah Zaik berkata, Aman Palestin juga menetapkan matlamat membebaskan Masjid Al Aqsa.
“Selama mana kita mahu membiarkan kiblat pertama umat Islam, tempat berlakunya Peristiwa Besar Israk dan Mikraj, Kota Islam Ketiga Terbesar dan Negeri Kenabian ini terlepas ke tangan Yahudi?
“Tidakkah kita mempunyai hubungan sentimental dan spiritual yang kuat terhadap Masjid Al Aqsa yang strukturnya kini semakin goyah dan menanti saat sahaja untuk roboh dan runtuh berikutan usaha-usaha puak Yahudi membuat dan menggali berpuluh-puluh terowong bagi mencari apa yang mereka maksudkan sebagai Kuil Mount Temple atau Haykal Nabi Sulaiman itu,” katanya.
Atas kesedaran yang begitu tinggi Aman Palestin ditubuhkan dengan Penasihat utamanya pada masa itu bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yaacob dan dianggotai barisan sukarelawan yang begitu komited menjayakan pelbagai program membantu rakyat Palestin.
Pertubuhan itu kini mempunyai 15 petugas sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan profesion. Bagi melatih sukarelawan itu, Aman Palestin juga mengadakan kursus-kursus untuk mempersiapkan mereka dengan pengetahuan mengenai perkhidmatan sukarela.
Aman Palestin juga melancarkan program mengambil anak-anak yatim piatu Palestin sebagai anak angkat. Di bawah program yang mendapat sambutan positif ini, rakyat Malaysia boleh menyalurkan derma sebanyak RM130 sebulan untuk menaja kehidupan anak-anak Palestin.
Surat
“Setiap enam bulan kita akan menyampaikan tajaan itu kepada anak-anak angkat Palestin di kem-kem pelarian. Keluarga angkat di Malaysia boleh menghubungi kanak-kanak itu melalui surat,” katanya.
Menurut Abdullah Zaik, sumbangan berbentuk kewangan rakyat Malaysia sebenarnya amat sedikit berbanding jumlah derma yang dihulurkan oleh negara-negara Islam lain yang angkanya mencecah berbilion dolar Amerika.
Namun Palestin sangat mengharapkan agar rakyat Malaysia dapat membantu dari aspek teknologi dan lain-lain kepakaran dalam pelbagai bidang. Mereka menganggap Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan terkehadapan.
“Mereka mengharapkan agar kita dapat memberikan mereka ‘joran’ bagi membolehkan mereka tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan dan menguatkan lagi kedudukan dan kehidupan mereka.
“Justeru, jika ada kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama ingin berkongsi kepakaran dan kemahiran menerusi Aman Palestin, mereka boleh menyumbangkan bakti kepada pelarian-pelarian ini,” katanya.
Utusan Malaysia juga sempat menemui salah seorang daripada lapan jurulatih Aman Palestin iaitu Dr. Zainur Rashid Zainuddin. Beliau merupakan sukarelawan yang begitu komited dalam mengendalikan pelbagai misi Aman Palestin.
Walaupun bertugas di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) selain berkhidmat sebagai Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Seremban, Dr. Zainur sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengadakan road show dari satu negeri ke satu negeri yang lain, menulis buku dan melakukan pelbagai kajian mengenai isu Palestin.
“Walaupun saya belum berkesempatan untuk membantu rakyat Palestin itu di kem atau di tanah air mereka sendiri, namun tugas menyedarkan rakyat Malaysia mengenai isu Palestin ini merupakan satu tugas yang mencabar.
“Ini kerana ramai orang menganggap isu ini tidak lebih satu konflik Arab Israel yang berebutkan tanah semata-mata. Ia kononnya tidak ada kaitan dengan Islam, jauh sekali sehingga boleh menggugat akidah.
“Sedangkan jika isu ini tidak diketengahkan, mungkin ramai anak muda kita tidak mengetahuinya langsung,” jelasnya.
Menurut Dr. Zainur, respons orang ramai terhadap road show yang diadakan amat menggalakkan terutama dalam membangkitkan kesedaran tentang penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin.
“Mereka begitu terkejut dan tidak menyangka betapa isu Palestin sebenarnya soal maruah umat Islam di seluruh dunia. Perkara ini tidak dapat diceritakan oleh guru-guru di sekolah mahupun majikan-majikan, jadi Aman Palestin bertanggungjawab ‘mengajar’ isu Palestin supaya ia menjadi satu subjek pelajaran yang penting untuk rakyat negara ini,” katanya.
Aman Palestin, kata Dr. Zainur, mengadakan penerangan mengenai Palestin tanpa sebarang batas sempadan dan politik.
“Kami pergi kepada sesiapa sahaja, baik di peringkat sekolah, universiti dan mana-mana sektor pekerjaan, masjid mahupun surau bagi memastikan semua orang memahami isu sebenar di sebalik isu Palestin ini,” tambahnya.
Sehubungan itu, Abdullah Zaik berkata, umat Islam negara ini tidak harus berlengah lagi untuk membuat sumbangan.
“Sedikit atau banyak bukan soalnya, tetapi derma yang berterusan bukan sahaja menolong rakyat Palestin namun yang lebih penting kita menolong agama Allah. Jangan sampai semuanya sudah terlambat. Ketika itu menangis air mata darah sekalipun tidak akan berguna lagi kecuali Yahudi akan terus bermaharajalela,” katanya.
Senarai Misi Kebajikan dan Kemanusiaan Aman Palestin di Kem-kem Pelarian Palestin di sekitar Lubnan,Syria dan Jordan
1. Pembiayaan Anak-anak Yatim dan Projek Anak Angkat Yatim Palestin
2. Pembiayaan Ibu Tunggal
3. Bantuan Pelajaran
4. Projek Pusat Jahitan
5. Pembinaan Rumah Anak-anak Yatim Palestin
6. Projek Wakaf Palestin
7. Projek Hospital
8. Projek Bantuan Ubat-ubatan
9. Projek Korban Aidil Adha
10. Projek Bantuan Pakaian dan Beg Sekolah
11. Projek Berbuka Puasa Ramadan
12. Projek Pembinaan Pusat Al Quran
13. Projek Pembangunan Sekolah Untuk Anak-anak Pelarian dan Yatim Palestin
14. Wakaf Kenderaan Aman Palestin
15. Projek Pakaian Musim Sejuk
16. Wakaf Bangunan Aman Palestin