Wednesday, April 11, 2007

I believe, there is no copyright in Islam. Justeru, ana meng'copy' karangan di bawah ini drpd blog seseorang yg ana tak kenal pun, lalu mem'paste'nya di blog ana ni... Since, ada yang banyak bertanya tentang isu yang ana sendiri tidak expert ini... So, cerpen bawah ni, ade banyak pengajaran insya-Allah...

.....................................................................................

Aku Tinggalkan Cintaku Kerana Allah

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai
untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.

Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun
peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya.

Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.

Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa panjangkan-panjangkan.

Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu.

Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini.

Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di
situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka.

Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.

Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam
lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya.

Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya.

Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah
dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.

Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi.

Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu.

Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah
hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?


.....................................................................................

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi


C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…


.....................................................................................

O Allah, I implore you, give me sincerity in pursuing Your love, in building my trust and love towards Rasullallah and, let not be in my heart any loves that will deviate me from you..

.....................................................................................

In pursuit of Allah's pleasure..
Aku cuba berteduh di
::rimbun keampunan::

Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan

Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

Betapa aku sangat menyukai nasyid ini, bukan kerana iramanya, tetapi kerana liriknya. Hehe, pada suatu masa dulu, semasa saya pernah naik kereta bersama Cik Bubbly, kami buat "tafsir" lagu Jalan Dakwah.. Hehe.. (Tafsir Al Quran dah habes hadam? :P)
Hehe, kali ni nak bersama akhawati mendalami lagu ini... Kesimpulan yang dapat kita buat,
adalah...


"Dan orang-orang yang berjihad (juang habis-habisan) untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik" Surah Al Ankabut:69

Aku (saya) baru pulang dari pemusafiran. Namun, insya-Allah, moga amalku tidak diikat dengan tanah. Jazakumullahukhayr kepada semua yang telah membantu serta mengajarku pelbagai perkara. Moga Allah redha, walau mungkin saya terlupa nama anda, tetapi, insya-Allah Allah akan mengingati anda dan mengganjarkan setiap kebaikan yang anda lakukan untuk orang lain. Mintak maaf salah silap.... Mudah-mudahan, Allah mengurniakan ku hati yang baik, moga aku tergolong di kalangan orang yang muhsiniin/muhsinaat. Tapi kalau ikut ayat di atas, al-muhsiniin merupakan orang yang berhabis-habisan untuk mencari keredhaan Allah.... Tough job to get that title!!

I'm a little fish, once swimming in a pond, now I'm the wide ocean.. Expect the unexpected...
Moga setiap detik masa, adalah amal untukNya..

Allahua'lam.

Friday, April 06, 2007

salam..
ana kini berada di negara yang telah dilawati oleh mursidul am ikhwanul muslimin,mustafa masyhur.. lalu menyebarkan gelombang islah ke sini.. teka negara apa? hehe... moga saya dapat ikut jejak langkahnye

saya sangat gumbira.. kat sini ada Aldi.. pegi UK ade Aldi juge.. Ireland ade Aldi juga.. teringat di Australia dulu.. saat2 kita down sket oleh kerana dapat ahu Safeway telah menandatangani perjanjian perdagangan dengan israel.. huh! harus diboikot.. lalu Aldi pun ditakdirkan aAllah, dibuka di Franlin St... Menawarkan range of products zang even lebih best dari Homebrand :-P

negara yang saya dok skrang ni, adalah negara asal usul Aldi.. hehe....

cuba teka :-P

Wednesday, March 21, 2007

PANDUAN BELAJAR ISLAMI
(plagiarise sorang akhawat ni punye ni :P)
Syarikat Motivasi Hidayah Sdn Bhd
Kenapa study - hadaf jelas!*before study:-Cari tpt yg sesuai.-Ltk setiap madah tpt berasingan-mudah capai.-Ambil berat cara duduk-lama!-Semua peralatan cukup-ada depan mata.-tpt selesa-jauh dr bunyi bising etc.-terus muraja'ah - SEGERA!*macam mana nak muraja'ah.-pastikan muqarrar subject nak muraja'ah.-buat 'time schedule'- bahagikan seminggu semua subject.-bahagi waktu sesuai dgn subject-subject susah-lama-ada waktu rehat.-ihtimam dgn baca quran + solat - tolong tanzimkan kerja.-bagi satu hari in a week to summarize all subject-yg study dlm minggu tu-bagi dua hari in a month to summarize all subject-yg study dlm bulan tuh.-buat jadual-hadkan subject yg nak study everyday..MUHIM: ikut jadual!!!*muraja'ah - how to start.-baca sepotong ayat quran-suara/dengar/tarkiz.-doa.-mulakan dgn madah yg suka/senang..baru yg susah.-muzakarah stp hari perlu ada-yg kena hafal/faham/selesaikan.-hadkan bahagian satu madah yg nak muzakarah.Steps:- Baca laju.- Tanda noktah ptg! gariskan.- Tulis noktah ptg pd kertas yg berlainan.- Hafal elok2 nokthah tue..- Baca balik sekali kat buku.- Tulis/sebut balik yg dah baca/hafal - betulkan- Buat soalan sendiri - betulkan.-jaga masa 'alwaqtu huwal hayah'-tulis kerja dr pagi b4 ke kuliah! susun ikut priority..b4 tidur hisab perlaksanaan kerja harian.-ingat beberapa jenis jadual - jadual harian/mingguan..-ambil waktu rehat mencukupi-ambil berat soal pemakanan.-ingat , kita akan lupa in 24 hours.Baca/study dlm 1 jam, pastu selang ngan something dlm 5 minit (dgr nasyid ke, ziarah kawan study ke..bahaya nih), pastu muraja'ah balik!-letak dlm pemikiran-kejayaan utk masa depan-tafawwuq utk diri/family/ummah-ISLAM.-jgn -ve, think +ve, susah - tanya sampai dapat solve the problem.-Cabar diri sendiri & jgn letak satu benda tak bleh - sabar dan cuba dapatkan!-cuba faham elok2, buat apa cari sekalipun utk faham/ingat-buat peta minda/cerita etc.-peruntukkan masa dgn kawan2 kat kuliah/rumah- nak selesaikan musykilah-jwb masalah.-jgn tinggal sikit pun benda yg tak paham wp benda tue sikit-hilang maklumat.-tpt yg berasingan dgn buku, buat ringkasan - satu maudu', nota ringkas @ peta minda - understand overall satu topic.-cepat2 berwudhu' & solat - bila masuk waktu > berwudhu' dpt kembalikan kecergasan.*camne nak hafal!-pilih time yg sesuai:*waktu sahur-sblm fajar*slps subuh-time rezeki (jgn tidur lps subuh tau..tak elok :))*nisfu nahar-sblm ghada'-jgn cuba hafal benda yg tak faham-jgn hafal banyak2 nokthah ptg satu subjek dlm satu masa - bercelaru & tercampur!-baca doa..-cuba kaedah nie.. # baca & pandang kertas# hafal-guna suara yg didengar.# tulis yg dah hafal banyak kali.-guna cara kad2 - tulis apa yg dah hafal pd kertas @ kad kecil, letak dlm poket..baca berulang2..dlm kenderaan etc-takkan lupa dlm jangkamasa yg lama.-baca syarah maklumat lps hafal point*Camne nak FAHAM.-hafal bkn satu2 wasilah utk ingat, faham-asas.-baca tajuk-keseluruhan banyak2 kali.-Cuba faham satu2 tajuk-cite pasal apa-natijah-apa makna.-jgn tinggal wp satu kalimah tak faham-sekiranya kalimah tue beri kesan pada fahaman keseluruhan.-kalau payah sangat - tanya org lain.*Musykilah STUDY.-Banyak berangan!tak leh tumpu:*guna suara yg kuat.*cuba lupa apa yg dok piker!*ada penyakit-cek.*selesaikan masalah-tanya kawan. -Malas/Futur:*tukar tpt-bilik lain,bawah sutuh,hadiqah.*cepat2 dengar kaset quran/nasyid-kembalikan nasyat.*peruntukkan masa rehat-tp jgn lebih2.*doa-mitak tlg ngan Allah-zikir.*mintak tlg ukhti - selesaikan masalah.*malas sbb tertinggal madah banyak-cuba cover-cari cikgu.-Lupa*ulang2..ulang2 dan terus ulang!

Tuesday, March 20, 2007

continue from previous entry....

2. Dzaka’ Fikri

Umat Islam dibekali Allah SWT. intelektual yang cerdas. Di antaranya daya ingat yang tajam, sistematik dalam berpikir dan merumuskan persoalan, menyikapi persoalan secara simpel dan lain sebagainya, seperti kemampuan umat Islam menghafal Al Qur’an dan Hadits serta rumusan berpikir dalam ilmu mantiq.

Keistimewaan ini karena kasih sayang Allah SWT. pada orang-orang mukmin. Keimanan yang bersemayam dalam dada mukmin menghantarkan mereka memiliki kecerdasan intelektual. Rasul SAW. memberikan petanda orang yang cerdas intelektualnya adalah fokusnya pada satu titik yang jelas, berpikir cerdas sehingga tidak mudah tertipu dan selalu dalam keadaan siap siaga.

"Apabila cahaya Islam telah masuk ke dalam hati maka hati akan menjadi terang dan lapang. Para sahabat bertanya: apa tanda-tandanya ya Rasulullah?. Beliau menjawab: Kembali kepada negeri yang abadi, jauh dari tipu daya dan mempersiapkan kematian sebelum datangnya kematian”. (H.R. Thabari).

Kecerdasan intelektual juga akan memberikan jalan keluar ketika menghadapi keadaan sulit. Bentuknya dapat berupa alternatif pemecahan yang beragam, menaklukkannya melalui cara yang ringan dan lain sebagainya.

Rasulullah Saw. ketika berhadapan dengan para pencari rahsia kafir di Perang Badar, beliau ditanya dari mana anda?. Beliau menjawab: ana minal ma’a (saya dari air). Sementara si-kafir menyangka Rasul dari tempat yang bernama ma’a (wilayah Jordan).

Abu Bakar as. pun pernah mengalami hal yang sama ketika menyertai perjalanan hijrah Rasulullah SAW. ke Madinah. Pertengahan perjalanan Abu Bakar as. berjumpa dengan peserta sayembara pembunuhan terhadap Rasulullah SAW. Abu Bakar as. ditanya: Siapakah orang yang berada di depanmu itu?. Abu Bakar as. menjawab: Huwal Hadi (dia petunjuk jalanku). Petunjuk jalan yang dimaksud Abu Bakar as. adalah yang menunjuki jalan dari jalan kegelapan jahiliyah kepada jalan terang benderang Islam. Sedangkan orang kafir mengira orang yang di depan Abu Bakar as. adalah pemandu perjalanan.

Kecerdasan intelektual memunculkan rumusan yang boleh digunakan untuk mewujudkan sebuah tumuhat. Karenanya peranan kecerdasan intelektual sangat berarti terhadap pencapaian tumuhat.

3. Dzaka’ Jismi

Amal Islam lebih banyak dari pada waktu yang ada, dan sedikit orang yang dapat memikulnya. Banyaknya amal dalam Islam memerlukan orang yang siap dan mampu menunaikannya. Di antara kriterianya adalah mereka yang memiliki kecerdasan fizikal. Maksudnya adalah mereka yang mempunyai tubuh yang kuat dan sehat.

Tidak sedikit tugas dan tanggung jawab dalam Islam akan terlaksana dengan baik bila dilakukan oleh badan yang sehat dan kuat. Misalnya dalam beribadah, akan terasa nikmat dalam menjalankan ibadah apabila keadaan badan dalam keadaan sehat. Akan tetapi bila keadaan tubuh menurun apalagi sakit, pelaksanaan ibadah sering mengalami ketidaksempurnaan.

Hasan Al Banna sangat perhatian dalam masalah kekuatan dan kesehatan badan untuk mencapai kecerdasan fizikal ini. Perhatian beliau baik yang bersifat ajakan, pencegahan dan pemeriksaan. Kita dapat jumpai pandangan beliau dalam wajibatul akh (kewajiban al akh) di Majmu’atur Rasail.

Orang yang sehat dan kuat berpeluang menunaikan tugas dan kewajiban dengan baik. Bahkan dapat melaksanakannya secara optimun untuk mencapai afdholiyatul amal. Ia akan dapat menyelesaikan tugasnya, sanggup pula membantu tugas orang lain serta mampu memberikan saham kepada ramai orang. Oleh itu fahamlah kita bila Allah SWT. lebih menyukai mukmin yang sehat dan kuat dari pada mukmin yang lemah, sebagaimana sabda Rasulullah SAW.:

"Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah meskipun keduanya dalam keadaan baik". (HR. Muslim)

Fizikal yang cerdas juga menentukan keberhasilan pencapaian tumuhat. Ia akan dapat mengukur sejauh mana dan seberapa besar kemampuan diri untuk merealisasikannya. Tidak kalah penting juga ia dapat menilai kemampuan dirinya untuk menghadapi berbagai kendala dalam mewujudkan tumuhat tersebut.

4. Dzaka' Amali

Kecerdasan amal merupakan sikap tanggap dan cepat dalam merespon sesuatu dengan tindakan yang nyata. Sikap inilah yang mendorong seseorang untuk terdepan dalam beramal. Tidak menunda-nundanya hingga hilang kesempatan untuk menjadi pemula dan peneraju.

Islam menganjurkan kita selalu menjadi yang terdepan. Baik dalam beribadah kepada Allah SWT. juga dalam bermuamalah antara manusia seperti shalat, bersedekah, beramal shalih, bergotong royong ataupun yang lainnya.

Demikian juga dalam kehidupan Rasulullah SAW banyak kita temukan riwayat tentang kesegeraan beliau untuk menunaikan sesuatu dengan cepat. Dalam suatu riwayat, sesudah salat Rasulullah SAW. pernah segera berdiri lalu melangkahi orang lain kemudian masuk ke salah satu bilik isterinya. Para sahabat juga hairan dengan kejadian ini. Tidak lama kemudian beliau segera kembali ke tempat semula, sesudah itu beliau ceritakan bahwa dia tadi teringat ada emas yang harus segera dibagi-bagikan. Maka beliau perintahkan isterinya untuk secepat mungkin membagi-bagikan emas tersebut.

Rasulullah SAW. bersabda: "Bersegeralah kalian beramal shalih sebab akan terjadi fitnah besar bagaikan gelap malam yang sangat gulita". (HR. Muslim)

Kecerdasan amal membentuk si pemiliknya untuk segera berbuat sebelum orang lain sempat berpikir. Melalui hal ini tumuhat akan relatif cepat untuk tercapai.

Monday, March 19, 2007

"Wahai manusia, kami akan mempersiapkan diri dengan bekal yang kami miliki (iman dan keyakinan), dan kami akan menggenggam dunia sebagaimana para pendahulu kami" (Hasan Al Banna, Majmu’atur Rasail)

"Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: "inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita". Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan". (QS. Al Ahzab : 23)

Suasana Perang Ahzab begitu mencekam lantaran rasa lapar dan dingin yang menusuk hingga ke sumsum tulang. Persoalannya ditambah lagi dengan pengepungan orang-orang kafir beserta kuncu-kuncunya. Namun rasa suka dan gembira tetap terserlah di wajah Rasulullah SAW. dan para sahabatnya. Terpancar dari raut wajah mereka perasaan optimis yang besar untuk menyambut kemenangan.

Ketika beliau bersama para sahabat menggali parit, terdapat bongkahan batu yang keras sehingga mereka menyerahkannya pada Rasulullah SAW. Beliau pun memecahkan batu tersebut dengan palu kuatnyanya. Pukulan Rasulullah SAW. memercikkan api. Waktu itu beliau mengucapkan Subhanallah. Kejadian itupun berulang lagi hingga tiga kali. Hal ini menakjubkan para sahabat.

Kemudian Rasulullah SAW. menceritakan bahwa tatkala muncul percikan api, terpancar gambaran istana Farsi disusul dengan istana Rom dan selanjutnya istana Mauqaqis. Beliau mengatakan sebentar lagi istana Persia menjadi milik kita, istana Rom akan kita taklukan dan istana Mauqaqis akan kita miliki. Pernyataan tersebut disambut dengan ucapan gembira dari para sahabat, Allahu akbar wa lillahilhamd.

Peristiwa ini menjadi pelajaran berharga bagi kita semua, betapa Rasulullah SAW. telah mendidik para sahabatnya untuk berjiwa besar. Dengan jiwa besar, mereka mampu membangun tumuhat meski dalam keadaan lapar, dingin, terkepung dan mencekam. Inilah thumuhat dakwah dan tarbawiyah (pandangan dakwah dan tarbiyah). Tumuhat yang luar biasa. Tidak pernah terbayangkan oleh pikiran ramai orang ketika itu. Keadaan yang mencekam, lapar yang menggeliat, dingin yang menusuk. Namun keyakinan akan memperoleh kemenangan selalu bersama mereka. Kemenangan yang akan datang segera atau kemudian.

Perwujudan tumuhat boleh datang dalam waktu yang relatif singkat dapat juga hadir di waktu mendatang. Malah realisasi dari sebuah tumuhat sering tidak di anggar oleh si pemiliknya. Memang terkadang tumuhat lebih panjang dari pikiran orang bahkan ia lebih panjang dari usia manusia itu sendiri. Meski demikian tumuhat selalu ada dalam dinamika kehidupan manusia, karena ia sebahagian dari tabiat manusia.

Keinginan-keinginan besar menjadi sebuah tabiat manusia sejak ada di muka bumi. Sejak lama kita mendengar ada ungkapan ingin memiliki dunia ini. Ada pula yang ingin hidup seribu tahun lamanya. Juga ada yang ingin bermegah-megah di muka bumi dengan segala kemewahan nya. Ada pula yang ingin menguasai kerajaan langit dan bumi dan masih banyak lagi keinginan besar lainnya. Keinginan besar ini sering pula mengarah pada hal-hal negatif namun tidak sedikit juga pada hal-hal positif. Keinginan besar yang bernilai negatif dinamakan thama’ (tamak, rakus), sedangkan keinginan besar yang bernilai positif dinamakan tumuh (tumuhat).

Sifat ini merupakan bagian dari kehidupan manusia maka semua kader semestinya juga memiliki tumuhat yang besar, meskipun dalam keadaan yang serba minima sarana(wasilah) dan prasarana. Akan tetapi satu hal yang tidak boleh terabaikan adalah bahwa tumuhat ini mesti bersandar kepada karunia dan kebaikan Allah SWT. sehingga Dia menganugerahkan kepada orang-orang mukmin sesuatu yang mahal nilainya. Yakni kecerdasan imaniyah (Dzaka imany) untuk mewujudkan keinginan-keinginan besar itu. Kecerdasan imaniyah ini perlu disokong dengan:

1. Dzaka’ Syu'ury (emosi)

Kecerdasan emosi yang dimaksud adalah kemampuan mengendalikan emosi hingga tidak mudah goyah ataupun patah dalam menghadapi berbagai tantangan.

Rasulullah SAW. bersabda: Orang cerdas adalah orang yang mampu mengendalikan diri dan berbuat untuk hari esok (HR. Muslim).

Emosi terkadang cenderung mengikuti suasana yang terjadi di sekitarnya. Bahkan acap kali menggelembung kegilaan mengikuti irama sekelilingnya, sehingga berpotensi tidak dapat dikendalikan. Emosional yang tidak terkendali dapat mengakibatkan tumpulnya akal jernih. Dampaknya adalah lahir panik sehingga kehilangan jalan penyelesaian terhadap persoalan yang sedang dihadapi.

Nabi Musa as. pernah mengalaminya, ketika tiba di kampung halamannya sepulang dari negeri lain. Didapati kaumnya kembali pada perilaku yang menyimpang dari ajaran yang telah disampaikannya. Melihat kenyataan ini Nabi Musa as. sangat emosi. Apa yang telah dilakukan oleh Nabi Musa as? (QS. Al ‘Araf: 150 - 153)

Islam mengajarkan pemeluknya untuk mencerdaskan emosi. Emosi yang cerdas memberikan manfaat besar bagi si empunya. Daya pandang yang jernih, melihat persoalan dengan pandangan jauh ke depan serta jelas dan terangnya solusi yang harus diambil. Pencapaian tumuhat diperlukan juga kecerdasan emosional agar fokus-fokus sasaran yang hendak diraih dihadapi dengan perasaan dan jiwa yang tenang. Para ulama menyebutnya hal ini sebagai indera keenam, yaitu firasat mukmin.

"Takutlah kamu pada firasat orang mukmin karena mereka melihat dengan cahaya Allah". (HR. An Nasa’i)

to be continued...

Monday, March 12, 2007

:: NATIONAL GEOGRAPHIC SPECIAL : AMERICAN'S DEADLIEST GANG ::

National geographic, ini adalah rancangan TV yang telah diwajibkan oleh parents saya untuk saya tengok sejak saya kecil lagi. That means, semua kerja kena adjourn, dan kena pegi tengok National Geographic (NG). Walaupun NG ada kaitan ngan contribution terhadap Zionis, walaubagaimanpun, it has a lot of benefit that we can learn and gain to watch such documentary (rather than watching AF produced by Muslim, sigh**).
Hehe, in fact, banyak juga NG punya special series have bias fact apabila membicarakan tentang isu terrorism (as usual), but, let's expand our mind. Since there are no Muslims (that I know) come forward to produce an outstanding documentary series, or any other type of productions such as NG, Discovery Channel, etc. thus we cannot blame why the media may sometimes (or oftenly) giving the wrong impressions on what Islam is really is.
Well, this is actually a motivation for us, to strive hard in every field possible, so that we can contribute to ummah. Anyhow, credits to brave individuals such as Mustaffa Akad (who produced The Message and Lion of Dessert), producer of Muhammad The Last Messenger, and ada lah lagi yang tak tersenarai. But insha-Allah, Allah will regard and honour the efforts of the sincere ones.

Tadi, I've watched NG, on American's Deadliest Gang. Huh. The title explains. Well, the documentary was about Pelican Bay (sounds so friendly, macam nama National Park).. Hehe..
Well, you can surf the net about Pelican Bay State Prison (PBSP) here: http://www.corr.ca.gov/Visitors/fac_prison_PBSP.html
(Huhu. however, website ni tunjuk macam tempat ni just an ordinary penjara)

NG citer pasal PBSP, yang menempatkan the most dangerous, hazardous individuals who are the members of deadliest gangs in North America. When NG interviewed the wardens of PBSP, they commented,
"None of the prisoners here goes out from Pelican Bay without bringing new skills, they just do not become better, but worst," lebih kurang cam tu lah

"Blood in, blood out," ini adalah prinsip orang2 yang dah join certain gang. Maksudnya, diorang buat blood tie sesama ahli gang, tapi sape2 yang keluar dari gang tu, means "blood". He will be killed. As a result, walau diorang dah masuk penjara, diorang still berada dalam gang tu (tak mo taubat), sebab kalu "taubat" pun, bila kuar penjara akan kena bunuh dengan "member" gang dia tu...

NG tunjuk security yang sangat tight, dengan warden yang sangat bengis. Kalau the inmates/prisoners have the opportunity to communicate with each other, that means chaos! Catastrophe.

Warden tu ade tunjuk teknik2 diorang berkomunikasi such as lempar surat guna tali kecik ke cell yang berdekatan, dioarang communicate through batang paip sink. Imagine! These people are actually genius! They have their own code of language, which urge the FBI to take 1 week time to crack the code of a simple letter.

Each prisoners are separated in different cells/cubes. There are only few cubes in a block, and there are only few blocks in a wing. Ni semua nak make sure security ketat habis. For 17 years period, no one escaped from Pelican Bay State Prison.

Ada masa2 tertentu, that the prisoners (less harmful) dibenarkan untuk lepak2 kat padang, tapi there are a number of occasions, the field turned into battle field, the prisoners raged with each other, taking the opportunity to hurt/kill others.

Lupa nak citer, what is the purpose of keeping these wild people still? In order that they can be rehabiliated, changed. But as I said earlier, the warden commented that, none of them goes out from PBSP without bringing any new skill to cause casualties. Dengan harapan, supaya member of such and such gangs will leave their gangs. But most of them, do not dare to do so. Because, leaving their gangs mean they will be huntered to death by their "colleagues".

...... Sesak nafas bila tengok documentary ni tadi... Huuu... Well, it is a long-looong-looong way to go to buat kerja mengislahkan manusia..... Kengkadang, orang tak mo pegi solat jemaah pun kita dah cam nak berputus asa, haiyoo... Tak de ke orang nak masuk Pelican Bay dakwah kat diorang.. haha! We have a world to change! ......

Malaysia pula skang, sibuk isu dengan "katak rempit", kes bunuh, kes rogol, buang anak, seks bebas (out of 800 teenage females, hanya 1 orang yang masih virgin)..
Huhu.. wahai dhu'at, kalian adalah doktor-doktor yang sedang merawat pesakit-pesakit yang pelbagai penyakit di satu hospital yang besar...

... Tadi baca Time Magazine (another majalah yang contribute kepada Zionis), but it is worth reading to get grip of the current issues in the world, and also to analyze their analysis and way of thinking. Isu yang dikemukakan adalah "Sunnis vs. Shi'ites: Why They Hate Each Other?" walaupun, sebenarnya isu tu banyak bertumpu tentang permasalahan ummat islam di Iran dan Iraq, majalah tu dah generalise seolah-olah orang Islam seluruh dunia meraikan permusuhan tersebut. Huhu, kenapa dia tak amek pendapat Yusuf Al Qardawi yang hari tu ada mengadakan muktamar dengan pemimpin2 Sunni dan Shi'ah yang voice out issue kesatuan. Yang mana semua pemimpin itu, bersetuju untuk bersatu, lebih daripada bergaduh. Dan kebanyakan perselisiah mereka pun di"spark"kan oleh laknatullah musuh Islam.

Uhuh... Tiba-tiba saya rasa cam nak blaja Mass Comm.. Huhu.. We need orang yang jelas fikrah islam meng"involve"kan diri dengan kerja-kerja komunikasi dan media.. Buat kartun.. Buat filem.. Radio.. Website... Dokumentari.. Segala jenis wasilah untuk propagate islam yang sebenar... Huuhuu~

Allahua'lam..
(Huu.. Pelican bay masih menghantui saya, horror jugak tengok gambar2 jenayah tadi, padahal saya ni anak/adik/cucu/niece polis)..

Allahummansuril islaama wal muslimeen....

Friday, March 09, 2007

:: SABAR ::
:: SABAR ::
:: SABAR ::
dipetik dari Konsep Penguasaan Dakwah, Ustaz Fathi Yakan

Saya mengenali seorang dai' yang mendapat taufiq dari Allah, yang menghampirkan diri kepada Allah dengan kesabarannya menanggung kesusahan kerana orang lain, terutama apabila keadaan itu merupakan untuk membawakan mereka mendapat hidayah dan membimbing mereka ke dalam Islam. Dai' yang saya maksudkan ini mempunyai seorang ahli keluarga yung telah menjadi penagih arak lebih dari betasnya . Penagih arak ini tidak diterirna lagi oleh keluarga dan masyarakat disekelilingnya, sehingga beliau tidak mendapat tempat tinggal untuk bernaung, malah tidak ada orang yang sudi bertegur sapa dengannya kecuali orang-orang yang sama dengannya.

Pada satu ketika penagih arak telah mengetuk pintu rumah dai' yang saya maksudkan. Dai' itu pun membuka pintu, berdepan muka dengan pemabuk yang telah tersingkir, dan yang lebih tua darinya. Dengan kasih sayang orang yang mendapat hidayah dai' berkenaan telah menjemput pemabuk itu masuk. Lelaki pemabuk itu pun masuk dengan langkahnya yang teragak-agak dan kehairanan terhadap sikap dai' itu, kerana sebelum ini beliau telah biasa menerima tendangan di luar pintu rumah dan mukanya diludahi bertubi-tubi.

Si pernabuk telah masuk, dan sejak dari itu bermulalah pengembaraan penuh sabar yang panjang, hari demi hari hingga mencapai minggu dan seterusnya menjangkau bulan, sehinggalah cahaya iman semarak bernyala dalam hati si pemabuk, dan mulalah hasil hidayah menunjukkan buahnya dengan izin Allah.

Lelaki tersebut telah menjadi seorang salih. Islamnya juga telah sempurna. Beliau terus berdamping dengan dai' tersebut, jarang sekali berpisah dengannya, hingalah berlaku sesuatu yang tidak diduga, dai' berkenaan telah dimasukkan ke Rumah Sakit untuk satu pembedahan segera. Pembedahan telah dilakukan. Dalam masa pembedahan itu lelaki berkenaan, dengan rasa kebimbangannya memanjat doa kepada Allah, beliau terlalu bimbang tentang keselamatan orang yang telah menjadi sebab beliau mendapat hidayah. Beliau telah bersumpah dengan dirinya yang beliau akan terus di sisi dai' tersebut siang dan malam, memberikan khidmatnya dan menyempurnakan sebarang permintaan dai'. Akhirnya berlakulah apa yang tidak diingini apabila lelaki itu tidak dibenarkan memasuki bilik dai' itu setelah pembedahan dilakukan. Sewaktu beliau datang minta penjelasan dan menghujah tindakan menghalangnya itu beliau telah ditempeleng dengan kuatnya oleh salah seorang sahabat dai' itu. Perbuatan menempeleng beliau itu telah cukup untuk meruntuhkan segala-galanya sehingga dalarn sekelip mata telah mengubah perasaan dan sensitifnya memusuhi Islam dan umat Islam.

Dengan penjelasan ini nyatalah bahawa jalan untuk memberi hidayah kepada manusia adalah jalan yang amat sukar bagi mereka yang berjiwa lemah, iradah yang tidak kuat dan tidak anugerah Allah dengan sifat sabar yang tinggi.

Oleh kerana itulah ayat-ayat al-Quraan da n hadis-hadis Rasulullah s.a.w. telah menggalakkan sifat sabar dan menceritakan kedudukan tinggi bagi orang-orang yang sabar.Di antara firman Allah yang menyangkut dengan sabar ialah:

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. "

Al-Baqarah: 45

"Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan. "

Thaha: 130

"Dan berilah kabar gembira kepada orang-orczng yang tunduk patuh (kepada Allah) (iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka. "

A1 Haj: 34 - 35

"Hai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, mudah-mudahan kamu berjaya. "

Alimran : 200

"Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

Al Baqarah : 153

"Dan berikanlah berita gembira kepuda orang-orang yang sabar. "

AI-Baqarah: 155

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas.”

Az Zumar : 10

"Mereka itu diberi pahala dua - kali disebabkan kesabaran mereka. "

Al-Qashash: 54

"Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar. "

As Sajdah: 24

"Dan sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. "

An-Nahl: 96

Dari petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang sabar pula Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Sabar itu tempat pergantungan muslim. "

"Allah tidak memberi rezki kepada hamba-Nya lebih baik dan lebih luas dari (sifat) sabar. "

Hadis riwayat al-Hakim.

"Sesiapa yang cuba bersabar Allah akan memberinya kesabaran. Allah tidak memberikan kepada seseorang satu pemberian yang lebih baik dan lebih luas dari (sifat) sabar. "

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

"Orang yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar (menghadapi perbuatan mereka) yang menyakitkan lebih baik dari orang yang tidak bergaul dengan orang ramai dan tidak sabar (menghadapi perbuatan mereka) yang menyakitkan. "

"Sabar itu sebahagian dari iman. "

Diriwayatkan dari Ibnil-Musaiyib radiallahu-anhu, beliau mengatakan:

"Sedang Rasulullah s.a.w duduk bersama para sahabatnya, seorang lelaki telah memperkatakan sesuatu ke atas Abu Bakar radiallahu-anhu. (perkataannya itu) telah menyakiti Abu Bakar (tetapi) Abu Bakar terus berdiam diri darinya. Kemudian beliau menyakiti Abu Bakar buat kali ketiganya (tetapi)Abu Bakar terus menang. Baginda Rasulullah s.a.w. pun bangun, lantas Abu Bakar berkata: Apakah kau mendapati sesuatu kesalahan padaku wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w. bersabda: Malaikat telah turun dari langit mendustakan apa yang diperkatakannya (lelaki berkenaan) terhadapmu. Apabila engkau telah menang malaikat itupun pergi, lantas syaitan pun duduk (pula). aku tidak sekali-kali akan duduk bersama-sama syaitan."

Hadis riwayat Abu Daud.

"Tidak ada tegukan yang lebih besar bagi Allah dari tegukan kemarahan yang dipendarnkan oleh seorang hamba semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. "

Tuesday, March 06, 2007

Take me to Docklands..

Hayati mengemas pakaiannya ke dalam “back-pack”nya, sementara menunggu laptopnya “turn-off”. Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam “back-pack”nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.
“Awak tak tido umah malam ni ke?” tanya Zuraida.
Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.
“Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study,” Zuraida merengek.
Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. “Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah.”
Zuraida mencebik. “Awak tido rumah sape pulak malam ni?”
“Rumah, err.. rumah.. Huda.” Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.
Sejak Huda baru sampai ke bumi “Down Under” ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.
“Awak nak ikut, Zuraida?” Hayati cuba menghangatkan suasana.
Muka Zuraida terus berubah ceria, “Boleh juga!”
Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat “supportive”, dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut “duty roster” rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.
“Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!” kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.
Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.
Zuraida melihat jadual bas, “Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m”
Hayati mengangguk, “Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang”
Zuraida sengih lagi.
“Awak tau tak…” Zuraida memulakan bicara.
“Tak tau, hehe” Hayati berlawak.
“Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu..” Zuraida terus merajuk.
“Alah, awak ni.. Saya gurau je..” Hayati cuba memujuk.
Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.
“Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya…..” belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.
“Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?” Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah “pull-over” kereta kecilnya yang berwarna merah. “Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni”
“Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?” tanya Hayati.
Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.
“Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne.” Kata Sufiah.
Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, “Yati, ni lagu untuk awak.” Hayati senyum, “Terima Kasih”. Sufiah pula mencelah, “Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?”. Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.
Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,
“Ku biarkan pena menulis Meluahkan hasrat di hati Moga terubat segala Keresahan di jiwa Tak pernah ku ingini”
Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.
Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.
Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, “Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau”
Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.
Benarlah seperti nasihat Kak Elin, “sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita.”
Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.
Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.
Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.
Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.
“Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ,” getus Zuraidah dalam hati.
Hayati melihat “rear-view mirror”, ternampak muka Zuraida yang serius.
Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar “handphone”nya.
Hayati menaip sms, “Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe.”
Sufiah membuat “announcement”, “Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya.”
Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, “Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands.” Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat.
“Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak “outing” berdua,” Hayati mengajak Zuraida.
Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.

Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, “Jom dok kat tepi jeti tu..”
Hayati mula bicara, “Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan….”
Zuraida tersenyum sahaja.
Hayati bicara lagi, “Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih….”
Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.
“Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak,” kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.
Hayati mengangguk, “Cakaplah..”
“Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya.” Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.
Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.
Maksud sepotong ayat Al Quran, “ Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. “ Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.
“Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ,“ Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.
Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.
“Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan,” Hayati mula meluahkan isi hatinya.
Zuraidah berkata, “Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah..”
Hayati menyambung, “Betul? Kosong-kosong!”
Zuraidah pula berkatai, “Kosong-kosong!”
“Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!” Hayati mula meng”list-out” perjanjian di antara mereka.
“Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita “fastabiqul khairat”, mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe..” Zuraida menyambung.
“Lillahi ta’ala!” Zuraida dan Hayati menyebut kalimah “kerana Allah ta’ala” serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.
“Jom makan aiskrim ni dah cair!!” Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.
“Hehe..” Hayati tergelak kecil.
“Er… kita nak tido mana ye malam ni?” Zuraida bertanya.
“Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah” jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang “sporting” dan lucu.
Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dana meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.

Thursday, March 01, 2007

O Allah, I hope for Your mercy. Do not leave me to myself even for the blinking of an eye. Correct all of my affairs for me. There is none worthy of worship but You.

(Supplication from Rasulallah s.a.w. ,reported byAbu Dawud, Ahmad)

O Allah, You are my strength and You are my support. For Your sake I go forth, and for Your sake I advance and for Your sake I fight.

(Supplication from Rasulallah s.a.w., reported by Abu Dawud, At Tirmithi)


:: BERKORBAN DEMI CINTA ::

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga?
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya


Seorang yang benar, yang menyerahkan dirinya kepada Allah akan menyedari – sejak langkahnya yang pertama- bahawa dia sedang berhijrah kepada Allah semata-mata. Dia sedang berlari kepada-Nya. Dia sentiasa tergesa-gesa dan amat merindui-Nya.
:: KOTOR + BERSIH = KOTOR ::


Di awal-awal lariannya lagi beliau telah menyedari bahawa, betapa tingginya anak tangga yang perlu didaki dan bertingkat-tingkat. Beliau sentiasa meningkat naik dengan meyakini bahawa kedudukan syurga yang tinggi memerlukan kepada niat keazaman yang tinggi juga. Beliau juga menyedari betapa perlunya dalam perjalanannya itu dihindari perkara-perkara kotor yang boleh mencampuri kejernihan hatinya dan mengurangkan kesuciannya.

Beliau sentiasa ingin memperbaiki unsur-unsur keimanannya setiap kali beliau menyedari terdapat kecacatan. Beliau sentiasa berazam untuk melakukannya. Ketika beliau berusaha memperbaiki kecacatan unsur keimanannya: beliau sedar betapa perlunya kejernihan jiwa dan betapa perlunya beliau menampung dan menjahit keretakan unsur keimanannya dengan segala kebaikan yang telah di kurniakan oleh Allah kepadanya sebelumnya. Beliau juga berjaga-jaga agar tidak sampai dimalukan oleh orang yang tidak dikenali lantas beliau sentiasa berazam untuk perkara itu juga. Begitulah seterusnya beliau sentiasa menguatkan keazamannya . Kali ketiga memerlukan keempat kalinya, begitulah keadaannya dengan sentiasa meningkat sehingga tercapai tujuannya.

Sebaliknya mereka yang membiarkan jiwanya bercampur dengan kekotoran dosa sesungguhnya telah melakukan kesilapan kerana beliau tidak akan mampu berusaha memperbaiki kekurangannya dengan berada di tempat yang jauh dalam keadaan jiwa bercampur kekotoran. Beliau tidak akan merasai puas apabila meminum minuman yang bercampur kekotoran yang tidak jernih.

petikan dari Al Awaiq, Ar Rasiyd

:: UKHUWWAH ::


Kadar kefahaman duah mengenai makna al ukhuwwah masih lagi berbeza di antara para duah.

Duah selama-lamanya tidak akan mencapai erti kesedaran yang sebenar melainkan setelah beliau :

1. Meletakkan dalam kiraannya bahawa; menzahirkan akhlak ukhuwwah imaniah dalam kehidupan dan mengajar neraca persaudaraan adalah diantara hadaf asasi dakwahnya.
2. Menyedari bahawa menghidupkannya akhlak ini dalam muamalahnya sesama muslimin dan dicernakan dalam bentuk jamaah amal yang saling berkasih-sayang .

Dengan kewujudan kedua-dua perkara barulah layak untuk para duah mendakwa kejayaan dakwahnya dan kewujudannya ini saja yang boleh menjadi alasan kepada wujudnya jamaah mereka, walaupun kesan dakwahnya kurang atau majoriti masyarakat biasa menjauhi mereka.

Ukhuwwah berkerja kerana Allah.

Persaudaraan yang mengikat mereka adalah ukhuwwah akidah yang sudah bermadai sekiranya ia dicernakan oleh sekelompok kecil duah kemudian mereka mewariskannya kepada generasi berikut yang akan terus menghidupkannya.

Ia merupakan persaudaraan untuk ber amal yang melangkaui batasan warna kulit dan bangsa ia yang mencampurkan seluruh Amilin dan meleburkan sebarang perbezaan antara mereka sehingga mereka menjadi seperti seirama senada:

Akan diuji persaudaraan yang diada-adakan
Akan tetapi kami diwaktu dinihari berjalan dalam persaudaraan yang berkekalan
Atau berbeza air ikatan mereka
Air ikatan kami tawar nikmat,
Turun daripada awan yang satu.
Atau berbeza keturunan kami
Tetapi yang menyatukan kami adalah amal
Yang kami letakkannya umpama bapa.

Al Akha’ ( Persaudaraan)
Ikatan dan
Amal

Ia ibarat denyutan nadi yang memberi harapan untuk hidup
Ia ibarat irama yang menghiburkan qafilah dalam pengembaraan menuju fajar yang baru.

Bagi sesiapa yang mengetahui kelebihan al hadi (pengemudi yang menghibur unta dengan alunan lagunya bagi menggerakkannya) dan berdiam diri mendegar denyutan jantungnya, beliau akan merasai kelangsungan hidupnya ketika jasadnya tenang. Beliau tentu sekali akan merasa kecewa dengan gangguan walaupun sedikit yang menghilangkan nikmat ketenangannya merasai denyutan jantungnya.

Sejauh mana seseorang itu mengetahui tujuan dan kesan persaudaraan yang menjadikannya memiliki fiqh taat yang tinggi, sekadar itu juga sebaliknya dengan kecetekan maani ukhuwwah maka dengan sedikit kesamaran dan kekaburan akan mampu membawanya kepada pepecahan. Setiap orang akan bertindak dan memiliki sikap positif sekadar mana dia memahami erti persaudaraan. Ada yang memiliki ketinggian ukhuwwah dan ada yang gugur kerana rendahnya erti ukhuwwah dalam dirinya.

petikan dari Al Awaiq, Ar Rasyid

Wednesday, February 28, 2007

:: ALAM NASYRAH ::

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berkepanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

Alhamdulillah a'laa kulli haal... Saya telah pun menjejakkan kaki kembali ke Kampung8... Tengah set up office ku yang baru :-P Headquarter baru untuk si Kodomo Lion memulakan langkah singa (insya-Allah, help me Ya Rabb!).

Fulfill my ambitions O Lord..
Purify my soul and intentions...

Mudah2an, set target, at least up to Winter (hehe.. Msia tak de winter).... :-) mudah2an, ada bunga-bunga yang mekar di tanah gersang, yang mengharumkan taman... Insya-Allah, bersama kakakku :-) akan terus berusaha....

P/s: Cik Pia, Cik Ein, sapo laie yang eden dongar nak balik masa Winter.. Wajib datang Melako ni!!

Monday, February 26, 2007

:: 1st day ::

:-) Hari ni chat ngan orang2 Melb.. Rasa cam dekat je.. Hehee..
A'la kulli haal, moga terus kuat di mana jua kita berada...
Doakan kita bersama...
Tadi gi KLCC... Huh.. Report kat PETRONAS.
Rasa cam tak de beza jalan kat KLCC ngan jalan kat Westfield ke, QV ke...
Huuh...
Naik LRT, KOMUTER.. Tak de beza ngan naik tram atau train...
Sebab, sama je adegan2 manusia yang ada...
Ahah..
Hmm... Cegah mungkar guna hati.... Tak pe... After this kita proses berperingkat..
Insya-Allah, medan amal yang luas menanti...
Singa ini akan menyinga...
Wahai kijang pengecut.... Marilah jadi mutant.. Tukar jadi singa...

"Bahkan manusia itu mahu berada dalam maksiat" - Surah Al Qiyamah

Saturday, February 24, 2007

:: LANGKAH BERMULA ::

5.10 a.m, 25 Feb 2007, Ahad

Ketua
krew pesawat MH128 mengumumkan pendaratan di KLIA. Penerbangan yang sangat smooth, tak de turbulence. Sebab tido memanjang dalam flight, jadi tak tau ler apa jadi sepanjang flight :-D Hehe...

Post departure, 24 Feb 2007, Sabtu

1. Dekat counter check-in :

"I'm sorry, which one of you are flying?" Haha.. Confuse mak cik kat counter check in tu, sebab ramai sangat akhawat masa tu. Haha.. And I have my own stewardesses accompanying me (yang berbaju hijau ramai2 tu).. Hehe.. "I'm flying"... Ana pun menghulur la pasport.. Masa mak cik tu cek2 pasport, "I can't find you on the list" ... (Aha?! Ade kah bermaksud, ana akan stay di Melbourne lagi? :-D "petanda 1" )

Ana pun menghulurkan lah tiket.. Last sekali, oke la.. Dapat la jumpe nama ana dalam senarai penumpang...

Selepas acara "tanggam" (tangkap gambar) dan acara mengosongkan sisa tangki air mata (huhu...) ... Dan selepas pertemuan terakhir (heh, bukan terakhir insya-Allah).. Saling tukar harapan dan nasihat... Kaki melangkah, bukan longlai, tetapi melangkah dengan macho nye.. Marching to the custom counter...
Dengan satu sling-bag Balino yang disangkut pada bahu kanan, beg laptop disangkut pada bahu kiri, kamera NikonCoolPix L6(jazakillah) digantung pada leher, di tangan kanan ada pasport, boarding pass dan custom declaration form.. di tangan kiri, ada "kalabangga" dari pelajar tajaan JPA (jazakilah) bersama sejambak bunga ros dari Kak U (jazakillah) berserta bantal heart dari Kakak Rabbit (jazakillah), di belakang, terletak kemas beg skolah (yang tak lama lagi jadi beg kerja). Pergh! Nampak cam nak pergi perang habis...

2. Dekat custom counter :
"What have you done to your pasport?" Pak Cik custom counter memulakan bicara. "Err... I've spilled some water on it.." Dia geleng2 je.. Hehe.. Tak pe lah, dah nak expired pun pasport tu.. Lama pulak dia membelek pasport ana ni... Dia suspect ana ni ape2 ke? Heh.... "Ok, miss, there will be a custom officer coming here to bring you to the custom office..." Aha.... Ana berfikiran positive.... (Adakah aku akan berada lagi di Melbourne? "petanda 2"). Datang lah sorang pakcik yang pakai suit lengkap ala-ala Men In Black. Datang ke arah counter tu, dan menjemput aku ke office nya... Antara soalan yang dia tanya (tak ikut kronologi, ada some conversation points yang sengaja ditinggalkan, penat nak taip) :

Custom Officer (C.O) : What visa do you have?
Kodomo Lion (K.L) : Err.. Student visa
C.O : Where are you studying?
K.L : Melbourne University
C.O : When was the last time you arrive in Australia?
K.L : Around January 2006
C.O : You have an e-visa?
K.L : Yup..
C.O : According to our record, your visa actually has already expired on the 15th March 2006. And you actually had overstayed here in Australia.
K.L : Errr.. I'm sorry? But I believe that my visa supposed to expire on the 15th March this year. (Adakah aku akan berada lagi di Melbourne? "petanda 3")
C.O : Hmm, let me check again..

Ntah ape2 la yang C.O tu belek2 kt komputer dia.. Ana dah tengok 2 jam.. Alamak dah 12.15 a.m, patut dah boarding dah..... Ana pun buat cool je.. Adekah dia ingat ana ni tergolong di kalangan mereka yang extremist? Pendatang haram? Ligat kepala ku memikirkan.. Bior betul visa dah expired!

C.O : According to your certification of enrolment, you suppose to finish your course on the 31st December 2006. But however, I believe that there are some errors done by the officer who was issuing your visa. That's alrite. Your visa is still OK.
K.L : (Lega sket).....
C.O : Graduate from University of Melbourne, I'm sure you'll get a good job.
K.L : (insya-Allah)
C.O : Are they all your friends out there?
K.L : Ahaa, yup (Heeh.. Adekah bermaksud, kite semua telah pun diperhatikan semasa di ruang legar lagi, sedangkan pak cik Custom ni dok terperuk dalam ofis je.. hehe.. misteri)

3. Dekat Travellers Funding Servise, TFS (duty free fund)
Aku
menghulurkan resit camera NikonCoolPIx L6, serta pasport kepada officer yang bekerja di counter tersebut.
TFS Officer (TFSO) : What flight are you catching?
K.L : MH 128, Malaysia Airlines
TFSO : Miss, the flight has been boarding, and you're actually late.
(Adakah aku akan berada lagi di Melbourne? "petanda 4")

TFSO
sibuk menguruskan urusan nak refund $27 sebab dapat exception daripada kena bayar GST (gov. service tax) utk camera tu.

TFSO: Ok, you're done. You better be hurry up or else you'll miss the flight.

4. Dekat custom check point and X-ray
Officer
yang jaga checkpoint tu suruh ana letak sume barang ana... Bayangkan ler.. Badan ana berselirat dengan bag2 tu siap ngan "kalabangga" sume nak scan.... Ana cume mampu cakap, "I'm actually late" .. Officer tu buat muka tatau je.... Lambat betul la, di surunya pula bawa keluar laptop dari beg.. bawa keluar kamera dari sarung... Heh... Lambat abes dah...(Adakah aku akan berada lagi di Melbourne? "petanda 5")

Ana pun berlari terkontang kanting dengan bag2 tu, selepas dari check pint X ray tu... Berlari ke Gate 6 (tertera 50 metres ahead) ... Huaa... Last sekali, alhamdulillah.....
Telah benarlah apa yang Allah mahukan daripadaku, aku harus pulang... aku kena pulang..... Medan ku bukan di bumi Melbourne lagi (utk setakat ini.. hehe)..... Maka, aku pun tersedar dari awang-awangan... peristiwa hijrah dalam Sirah Rasulallah, peristiwa perpindahan kiblat dari Mekah ke Al Quds...
Ini hijrah utk menyucikan jiwa..
Ini hijrah utk mencari kekuatan baru...
Ini hijrah utk menuntut mujahadah yang aku tak terbayangkan....

Doakan ana, wahai sahabat-sahabat sekalian. Doakan agar semua di antara kita jadi mujahidah dan amilaat yang setia utk Islam. Thabbit qulubana Ya Allah, a'la deenik wa a'la to'atik...

"Kita kan tetap bersaudara, walaupun jarang dapat bersama, asalkan hati kita bersatu, di atas jalan kebenaran"

Friday, February 23, 2007

Berat sungguh perasaanku ini...
Ya Allah,
Kau akan pindahkan aku dari medan ujian sughra ke medan ujian kubra
Jadikan hijrah ku ini sebagai qurbah kepadaMu
Jadikan hijrah ku ini sebagai penyucian jiwaku
Agar aku tidak ikat agamaku dengan tanah
Agar aku tidak ikat jiwaku dengan manusia-manusia yang aku biasa dengan mereka

Ya Allah,
Sekiranya ada insan yang hadir dalam hidupku mengurangkan tawakal ku serta kebergantungan ku kepadaMu, leraikanlah perasaanku itu.
Agar jiwaku penuh dengan cinta dan harap padaMu.
Sehingga sempurna pengharapanku kepadaMu.
Sehingga aku tidak merujuk selainMu.
Sehingga aku tiada lagi rasa ketakutan.

Ya Allah,
Namun, belajar daripada orang lain merupakan sesuatu yang Engkau perintahkan
Engkau berfirman "fa bi hudaahumuqtadih" (dengan petunjuk mereka, maka berqudwalah) Al-An'am:90
Segala pujian untukMu, di atas hidayah yang Engkau kurniakan pada jiwa-jiwa yang ikhlas kepadaMu
Aku banyak berqudwah dengan mereka

O Allah, I thank you for the very wonderful opportunities
And, I seek Your forgiveness, as I always let loose these opportunities

How can I stop thanking you, Ya Allah.

..... Kepada akhawat di bumi Kanggaroo, minta maaf banyak-banyak. Jazakumullahukhair, kehadiran kalian banyak mengajar ana erti indahnya hidup mengenal Allah, bermujahadah dalam beramal di jalan Allah. Moga Allah temukan kita, dengan apa jua cara yang Dia inginkan. Dan ana mengharapkan kita bertemu dalam hasanah. Andai tidak di dunia, di akhirat (di jannah), insya-Allah) ........
P/s: Tolong bagitau kalau ade hutang pape ;-) Maaf, halal makan minum sume2..

Wednesday, February 21, 2007

"Dan sesungguhnya Kami akan benar-benar menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan Kami menyatakan (buruk baik) hal ehwalmu"
-Muhammad:31
Moga Allah tingkatkan iman untuk terus jadi amilin/amilaat untuk menegakkan Islam kembali di atas muka bumi, sehingga mencapai sama ada menang atau mati syahid
"Dan sesungguhnya Kami akan benar-benar menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan Kami menyatakan (buruk baik) hal ehwalmu"
-Muhammad:31
Moga Allah tingkatkan iman untuk terus jadi amilin/amilaat untuk menegakkan Islam kembali di atas muka bumi, sehingga mencapai sama ada menang atau mati syahid

Saturday, February 17, 2007

Seorang ahli zuhud yang bijak iaitu Samnun, rahimahullah apabila ditanya tentang firasat dan hakikatnya, lalu dia menjawab,

“Sesungguhnya orang yang dapat memfirasati dirinya hingga mengenal dirinya dengan benar, maka akan benar pula firasatnya terhadap orang lian dan tepatlah apa yang difirasatinya”

Hasil kajian pakar pergerakan islam, penanaman nilai-nilai di bawah sangat penting dalam membentuk peribadi daie ilallah:

Enthusiasm dalam mengerjakan solat dan mengukuhkan aqidah
Berpegang teguh kepada etika serta adab persaudaraan
Berasa senang untuk memberi, serta senang dengan kesibukan sehari-hari yang melelahkan
Merindukan jihad dan mati syahid
Disiplin dalam ketaatan
Tidak bercita-cita terhadap duniawi dan meringankan bebannya
Menanti datangnya kematian dan melupakan angan-angan duniawi
Cinta kepada Allah dengan penuh harap dan rasa takut
Putus hubungan dengan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dalam soal wala’, kasih sayang, ketaatan
Sabar menghadapi segala cubaan dan ujian


-Ar-raqaiq , Ar Rasyid

Wednesday, February 14, 2007

introducing
'U.S.B.A.H


U - ultimate fear is only for Allah
S - seeking only the pleasure of Allah
B - bold and strong
A - aspiration leads to mujahadah
H - honest and humble for the sake of Allah

Go 'Usbah! Go 'Usbah!
Fight for the ummah..
The strong and bold..
Strong in imaan..
Bold in taqwa..


Tuesday, February 13, 2007


Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Pernahkan anda mendengar kisah, para selebriti dan pemimpin terkemuka sanggup membayar beribu malah berjuta kepada para wartawan supaya maksiat serta keburukan mereka dirahsiakan.

Pelik, malu dengan manusia. Tak malu dengan Tuhan.

Untuk diri kita sendiri, sudah tentu ada kisah silam yang negatif kita yang kita tidak mahu diketahui orang lain. Apatah lagi, pada waktu ketika sekarang ini kita telah pun berusaha untuk berubah.

Bayangkan sekiranya Allah mengtakdirkan manusia dapat membaca isi hati manusia yang lain. Sudah tentu setiap manusia akan menelangkupkan 'paper bag' di atas kepalanya. Kerana tidak mahu diri dikenali, kerana terlalu banyak cerita buruknya tersebar.

Berapa ramai manusia yang patah semangat kerana kesalahan yang pernah dilakukannya berjaya dibongkar oleh manusia pendengki yang lain, yang menjadikan kisah pekung orang lain sebagai modal untuk menghiburkan orang.

Beberapa kali dalam Al Quran, Allah ta'ala mengatakan bahawa Dia akan menutupi kesalahan-kesalahan orang-orang yang beriman. Oh TuhanKu, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, walau setiap gerak geri kami diketahuiMu, namun Engkau tetap membuka peluang taubat.

Manusia yang beriman, Allah jadikan hatinya mempunyai perasaan malu. Namun begitu, sebesar mana dosa dan jahiliyah kita lakukan, kita sangat redha dan selesa apabila dosa-dosa itu berada di bawah pengetahuan Allah.

Allah Yang Maha Penyayang, menjanjikan dosa sebanyak isi bumi akan dihapuskan sekiranya hambaNya kembali bertaubat kepada Allah. Mengapa pula manusia lain sibuk-sibuk mengungkit mengunjing orang lain.

Biar seseorang itu kafir sekalipun, apabila dia menyatakan 2 kalimah syahadah seikhlasnya, maka terhapuslah segala kesalahan dan dosa masa silamnya.

Sikap kaum mujrimin (pendosa) sudah biasa dengan membuka kesalahan orang lain, sehinggakan di hari akhirat pun sibuk mencari-cari kesalahan orang dan terlupa akan aib diri sendiri.

Dalam ma'thurat yang kita baca sehari-hari, ada Nabi ajarkan "Ya Allah, pada pagi (petang) ini kami menikmati pemberianMu, kesihatan dan perlindunganMu, maka sempurnakan nikmat, 'afiat dan perlindungan terhadap (rahsia-rahsia) kami di dunia dan di akhirat".

Contoh dalam Surah Qaaf:24-28, kisah 2 orang bertelagah sebelum kedua-duanya dicampakkan ke dalam neraka, yang seorang itu berkata, "Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh". Lalu Allah mengherdik mereka berdua, "Janganlah kamu bertengkar di hadapanKu, padahal sesunggunya Aku dahulu telahpun memberikan ancaman kepadamu".

Firman Allah dalam Surah Al Hujuraat:12,

"Hai orang-orang yang beriman, jauhiliah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?..."

Obviously my past was dark. And Allah illumines my path as I walk through the time. But there are stalkers who purposely or impurposely painting black colours on my life.

Takutnya aku dengan penganiyaan orang. Kalau ditikam pedang, nampak lukanya boleh dirawat. Tapi kalau lidah yang menikam hati-hati manusia lain, serahkan pada Allah untuk merawatnya serta memberi balasan setimpal.

Baca surah Al Falaq banyak-banyak. Moga Allah melindungi kita daripada kejahatan makhluk yang diciptakan Allah, dan daripada wanita-wanita yang menghembuskan pada ikatan, dan dari hasad dengki orang.

pada saat kamu terasaka takabbur, terasa diri hebat.
ketahuilah pada saat itu, kamulah yang paling dha'if di sisi Allah

Sunday, February 11, 2007

"Wahai saudaraku,
Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya putus asa itu bukanlah dari akhlak kaum muslimin. Impian semalam adalah realiti hari ini, dan impian hari ini adalah realiti esok…"
-Hassan Al Banna
:: POSITIVE REACTION ::
Smile o lips.
Grin o face.
Work o hands.
Run o legs.
Sensible o mind
Calm o soul.
Heal o heart.

“verily, for every hardships there are reliefs”
-hasbunallahu wa ni'mal maula wa ni'mal naseer-

Imam Ahmad recorded from `Amr bin `Abasah that the Prophet said,

«مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِيُذْكَرَ اللْهُ فِيهِ بَنَى اللْهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَمَنْ أَعْتَقَ نَفْسًا مُسْلِمَةً كَانَتْ فِدْيَتَهُ مِنْ جَهَنَّمَ وَمَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَة»

(Whoever builds a Masjid so that Allah may be remembered in it, Allah will build a house for him in Paradise; and whoever frees a Muslim person, then it will be his ransom from Hell; and whoever grows grey in Islam, then it will be a light for him on the Day of Judgement.)

1. Membina masjid supaya Allah diingati di dalamnya
Kita lihat, masjid di Malaysia tumbuh bagaikan cendawan, walaupun orang yang mengunjunginya tidaklah begitu berpusu-pusu. Masjid kini memainkan peranan yang "pelbagai", seperti pusat tarikan pelancongan, tempat kursus kahwin, tempat menguruskan jenazah, tempat solat jumaat etc.

Alangkah rindunya kita dengan masjid yang mana mempunyai pengunjung yang tetap. Yang mencintai untuk sujud di dalam masjid itu, sujud kepada Allah. Yang akan berlumba-lumba menuju ke masjid untuk bersolat fardhu secara jemaah. Yang pasti, supaya di dalam masjid itu, Allah diingati. Yang mana, orang-orang yang selalu ke masjid yang sama berukhuwah fillah. Saling pesan berpesan, saling nasihat menasihat.

Tetapi kini, masjid sebagai... Seperti yang disebut dalam perenggan pertama. Pembinaan batu lebih di'emphasize'kan berbanding dengan pembinaan insan. Jarang ada masjid yang dapat melahirkan generasi yang faham islam dan insan-insan yang soleh dan solehah serta mengadakan islah.

Teringat suatu dokumentari, tentang satu masjid di Palestin, sederhana sahaja binaannya. Tetapi masjid ini menjadi madrasah mendidik anak-anak kecil yang faham dakwah serta jihad.

Masjid oh masjid. Ikut hadith ini, untuk mendapat satu syurga di akhirat, bukanlah sebarang pembina masjid yang akan dapat kelebihan ini. Tetapi, hanya mereka yang membina masjid, dan me'mantain'kan masjid sebagai tempat menghayati mempelajari makrifatullah. Yang mana Allah diingati di dalamnya. Bukannya untuk melahirkan orang yang hanya tahu berkata "waa... cantiknye masjid ni". Lalu mereka melangkah keluar tanpa bertambah pun iman mereka.

2. Orang yang beruban kerana sibuk dengan perihal islam

Huhu
... Zaman sekarang, orang banyak beruban sebab pening fikir masalah kat ofis, beruban kerana banyak tukar jenama syampu, beruban kerana banyak dye rambut. Susah nak jumpa manusia yang beruban kerana sibuk denga perihal islam.

Kaum muslimin dan muslimat, moga terus berusaha memikirkan tentang ummat ini. Teringat Nabi Syuai'b berkata dalam Surah Huud:88, "Aku tidak mau melakukan sesuatu melainkan islah sedaya upayaku"... (bace ye ayat ni sampai habis). Sedaya upaya.. huhu.. "mastato'tu "

Mungkin juga aku lalai begitu. Huhu.



Thursday, February 01, 2007

:: FENOMENA MUZIK HARAM ::

Hehe.. Masa online YM hari tu, nampak status seseorang.... Yang merupakan link kepada salah satu kumpulan nasyid "terkemuka" tanah air... Saya tak de pulak berinitiatif nak klik ke situ, kerana sudah pasti tidak ada berita terkini tentang ummat islam di dalam web tersebut :-P

Kadang-kadang pelik, arus dunia muzik di Malaysia... Sekarang memang hot tentang nasyid. Pelbagai jenis. Kadang-kadang confuse pun ada juga. Heeh. Ni nasyid ke lagu chen-ta... Ingatkan cinta Allah, pergh! Rupanya manusia. Kalau kawan pasal ukhuwah ke ok lagi. Ni pasal kawan yang opposite gender. Huhu~

Banyak juga event that I've came across, masyarakat nak benda baik. Tapi tak mampu tinggal benda jahiliyah (baca: opposite Islam). Sebut "jahiliyah" cam extreme sangat ek :-P Contohnye, ada sorang budak skolah agama (perempuan) ni, tampal poster kumpulan nasyid "xxxx" kat bilik.. Hemm.... Adakah tindakan ini lebih islamik daripada menampal poster Back Street Boys?

Dulu, pernah kumpulan nasyid Raihan.. Antara kumpulan nasyid yang still saya boleh accept lah.. Raihan datang ke Melbourne buat konsert... And then, ada audience melontarkan soalan. "Apa pendapat Raihan tentang industri nasyid yang guna rentak terhape-hape, dan lirik terhape?" (ni ayat saya, ayat orang yang bertanya tu lebih proper lah)... Raihan cakap, bermaksud lebih kurang, "apa-apa pun bergantung kepada niat masing-masing. Ada juga pihak yang nak mengambil untung lalu tak kisah tentang sama ada dapat beri mesej atau tidak kepada masyarakat."

Dan saya ingat lagi, Raihan cakap, "kami tak kisah kalau jualan album kami tak laku, asalkan orang dapat mesej dakwah yang ingin kami sampaikan." Lebih kurang begitulah.

Hmm... Pelik.. Pelik..... Lagi tu, kalau tengok kat cover album kumpulan2 nasyid di Malaysia, "beli yang original, cetak rompak haram" dan pelbagai lagi slogan. For me, source utk mendapatkan nasyid of course lah download secara free dari internet. Tiba-tiba sejak kebelakangan ni, rasa cam tak sedap hati pulak. Hmm.. adekah aku telah melakukan perkara yang haram? Iaitu mendengar nasyid yang bukan dibeli dari kaset atau CD original. Maka dengan itu, saya cuba (sedang berusaha gigih) uhu.. Untuk tidak mendengar nasyid daripada mereka-mereka ini.

Tapi pelik, kalau benar nasyid itu kerana dakwah, bukan kah there is no copyright in Islam, bak kata Soldiers of Allah.

Tapi, huhu.. Lagu-lagu sampah lagi carca merba sangat berlonggok (baca: muzik haram) dapat diperolehi secara free dari internet. Lagu nasyid pula, haram pula nak didownload dari internet... (nasyid pun boleh jadi muzik haram)Huhu~


Tadi masa naik kereta dengan "Miss Nicholsons" dan "Miss Arden", hmm.. Tak pelah.. Dengar Al Quran lagi best dok? Ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa jadi tenang~

Huhu... Orang-orang nasyid? Sila respon!!