Wednesday, January 16, 2013

Bersara dengan Bergaya


Pernahkah anda terfikir, apakah gaya hidup anda selepas persaraan? Apakah kos saraan hidup sebulan selepas anda bersara?

Sekiranya anda menyatakan bahawa anda dan pasangan memerlukan RM 5000 sebulan sebagai kos saraan hidup selepas usia 55 tahun, dan katakanlah anda akan hidup sehingga usia 80 tahun,

Ini bermakna anda memerlukan 25 tahun x 12 bulan/tahun x RM 5000/bulan = RM 1,500,000 sebagai bekalan! Iaitu dalam RM 1.5 juta! Anda perlu menjadi jutawan apabila bersara untuk mengekalkan gaya hidup yang anda inginkan. Ini adalah kiraan secara kasar dan tidak pula mengambil kira kadar inflasi! Kemungkinan juga anda dan pasangan memerlukan lebih daripada RM 5000 sebulan.

Tahukah anda, kebanyakan rakyat Malaysia tidak mencapai angka yang disebutkan di atas walaupun telah menabung dalam KWSP.

Tahukah anda, kebanyakan rakyat Malaysia menghabiskan simpanan KWSP dalam masa 5 tahun sahaja selepas bersara.

Tahukah anda, kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa mencari pekerjaan, walaupun telah lanjut usia atau telah melangkaui umur persaraan.

 
Senario di atas walaupun “mengerikan”, tetapi ia adalah satu fenomena yang benar-benar berlaku dalam masyarakat.

 
Jadi apakah persediaan yang perlu kita lakukan untuk memastikan supaya kita tidak terperangkap dalam persaraan yang menyesakkan?

 

Situasi di atas bertambah kompleks apabila:

·         Dengan semakin bertambahnya usia, keupayaan untuk bekerja agak berkurang (faktor kesihatan terjejas)

·         Anda masih mempunyai anak-anak yang ditanggung kerana mereka belum bekerja (masih di universiti atau bangku sekolah)

·         Terdapat pinjaman perumahan ataupun kenderaan yang belum habis dibayar

·         Perlu menguruskan perbelanjaan perkahwinan anak-anak

·         Tidak bersedia untuk “menurunkan” standard gaya hidup selepas bersara, kerana telah biasa dengan kehidupan yang agak mewah

·         Umur lebih panjang dari 80 tahun

 

Ini scenario kes Ahmad (bukan nama sebenar) seorang Eksekutif Kanan di sebuah syarikat minyak dan gas di negara

·         Ahmad berusia 30 tahun

·         Ahmad mempunyai tempoh 25 tahun sebelum bersara (55 tahun – 30 tahun = 25 tahun)

·         Secara purata dalam tempoh 25 tahun, Ahmad mempunyai caruman bulan KWSP bernilai lebih kurang RM 3000 sebulan (caruman majikan & caruman sendiri).

·         Sekiranya dividen KWSP secara purata 4% setahun, ini bermakna Ahmad akan mempunyai RM 1,547,529 apabila Ahmad telah bersara nanti

·         Sekiranya Ahmad hidup 25 tahun selepas bersara, ini bermakna perbelanjaan Ahmad perlu diterhadkan dalam RM 5,158.43 sebulan.

·         Pendapatan Ahmad sekarang adalah lebih kurang RM 7,000. Jadi Ahmad perlu hidup dengan “lifestyle” yang dikurangkan hampir RM 1,842 selepas saya bersara nanti. Hurm, sedangkan sekarang pun Ahmad rasa sukar untuk mengurangkan perbelanjaan, bagaimana pula untuk mengurangkan kadar berbelanja kemudian hari nanti apabila telah tua..


Sekiranya anda berminat untuk membuat persediaan yang lebih kukuh dari aspek kewangan, sila hubungi saya Norhidayah Ismail 019-6190449 / hidayah_10@yahoo.com / FB Norhidayah Ismail untuk membantu anda mendapatkan solusi terbaik bagi hal ini.