DECISION MAKING PROCESS
Antara kriteria yang menjadi faktor pemilihan adalah:
- Imej syarikat dari aspek komersil - selalu keluar surat khabar, radio, TV
- Mahukan pakej yang dapat menawarkan kualiti perkhidmatan dan kadar keselesaan yang diperlukan.. Anda boleh pilih pakej RM 20K ++ atau RM 30K ++ atau RM 40K ++ sehinggalah RM 100K ++
- Mahukan pakej syarikat yang mempunyai aspek bimbingan keagamaan secara rapat sepanjang berada di Tanah Suci
- Mahukan syarikat yang dapat menguruskan untuk pergi lebih awal dari giliran yang telah ditetapkan tabung haji
Saya dan suami telah memilih hajiumrah.com (ejen di bawah Misbah Travel & Tours [202812-K])sejak awal lagi di atas beberapa faktor:
- Telah mengenali Mursyid / Pembimbing hajiumrah.com sejak zaman kami muda-mudi, iaitu Al Ustaz Abdul Halim bin Abdullah. Kami yakin Ustaz Abdul Halim mampu dapat memberikan bimbingan terbaik sepanjang kami berada di Tanah Suci
- Kami yakin bahawa syarikat Ustaz Abdul Halim dapat menguruskan untuk pergi lebih awal dari giliran kami iaitu tahun 2023 (fuh, lama lagi tu)..
- Harga tu standard lah, mana-mana PJH pun kadar harganya adalah seperti yang ditetapkan oleh Tabung Haji.. Iaitu sekitar RM 24,000 (Amaran: Kos dari tahun ke tahun akan meningkat, jadi anda mungkin mahu mempercepatkan menunaikan ibadah haji!)
- Pasal kadar keselesaan tu, memadai kadar memenuhi "dharuriyat" dan "hajiyyat", lagipun perlu sentiasa ada mindset bahawa nak pergi haji ni bukan la nak bersuka ria, berjimba dan berlepak di hotel sahaja..
TESTIMONIAL
Aku tinggalkan dikau, Maryam Athiyyah di bawah jagaan Allah... (gambar hiasan: KLIA, 23 Oktober 2012)
Alhamdulillah, kami telah melakukan pilihan bijak (dengan taufiq dan hidayah dari Allah juga).. Kami terasa aura iman meningkat ke paras super-saiya. Begitu juga, ilmu sirah di-revise oleh Ustaz Abdul Halim pada setiap tempat manasik haji dan tempat ziarah dengan sangat agresif, dan sekiranya esok ada ujian sirah, kami boleh lulus mumtaz!
Yang penting, bimbingan untuk ibadah-ibadah yang afdal sangat dititik beratkan sepanjang kami berada di Tanah Suci, antaranya doa dan munajat yang berteruskan ketika wukuf di Arafah dari Zohor hingga Maghrib, sedangkan banyak jemaah lain yang ketiduran, bersembang dan minum kopi di waktu yang sangat mustajab ini! Program umrah sebanyak 7 kali di 3 miqat berbeza sekitar Mekah (Tana'im, Ja'ranah dan Hudaibiyah), Qiyamulail dan Kuliah di Arafat dan Mina. Kuliah Zohor harian di Mekah. Para jemaah diajar juga dengan zikir dan doa yang ma'thur. Di Madinah pula, Solat di Masjid Quba' untuk mendapatkan peluang dapat pahala umrah sekerap mungkin. Dan banyak dos-dos peningkat keimanan yang lain. Mabruk untuk Ustaz Abdul Halim di atas madrasah spiritual di sepanjang program haji, umrah dan ziarah kami.
RUJUKAN
Boleh baca cerita mengenai kami kat sini: http://www.hajiumrah.com/v1/2012/11/09/jemaah-haji-hajiumrah-com-selesai-haji/
Boleh juga baca entri blog Ustaz Abdul Halim di www.inijalanku.wordpress.com
Antara rujukan berguna juga www.tetamuallah.com