Petikan dari UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Forum kontroversi ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam yang diteruskan juga hari ini ditamatkan kira-kira pukul 10 pagi iaitu tiga jam lebih awal daripada jadual bagi mengelakkan kejadian tidak diingini ketika bantahan keras daripada pelbagai pihak semakin memuncak.
Forum yang bermula pukul 8.45 pagi di ibu pejabat Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar di sini, pada awalnya berlangsung dalam suasana tenang dengan sesi pertama melibatkan tiga wakil keluarga bukan Islam dengan penuh emosi menceritakan ‘penderitaan’ mereka.
Dua daripada wakil berkenaan sambil menangis teresak-esak menceritakan masalah yang timbul apabila bapa mereka memeluk Islam dan mengabaikan tanggungjawab memberikan nafkah kepada keluarga.
Wakil ketiga yang merupakan wanita Jerman yang mengaku tidak percaya kepada mana-mana agama melahirkan rasa kesal kerana mendakwa dua lelaki Islam yang pernah dinikahi tidak bertanggungjawab apabila menceraikannya dan mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga tiga anak mereka.
Apabila membaca berita ini, rasa kecewa dan kesal menyerang benak fikiran dan jiwa saya. Sudah tentu untuk seorang insan yang waras, sama ada muslim atau tidak, akan berasa terkilan apabila berlaku konflik di dalam keluarga.
Maka dengan itu, kita lihat kisah murtad seperti Hasnah Burges berulang. Hasnah murtad kerana bapanya seorang pemabuk yang selalu menzalimi ibunya dan ahli keluarganya. Lalu, Hasnah berkata dia mendapat "ketenangan" dan "kebahagiaan" di dalam agama Kristian.
Kisah seperti wanita Jerman di atas turut mengetuk hati naluri insan yang sensitif & berperikemanusian, sama ada muslim atau tidak. Siapa yang tidak akan rasa terkilan sekiranya suami tidak bertanggungjawab?
Persoalannya, ini menunjukkan kegagalan seorang Muslim, dan bukannya kegagalan agama Islam.
Kisah di atas menceritakan kegagalan seorang Muslim menjalani kehidupan yang bergaris pandukan Islam.
Ia kisah kegagalan dalam mendirikan rumahtangga yang berasaskan aqidah Islam.
Ia kisah kegagalan dalam membina keluarga yang bertujuan sebagai ibadah kepada Allah.
Ia kisah kegagalan masyarakat Muslim yang gagal menunjukkan qudwah kepada masyarakat bukan Muslim, bahawa Islam adalah agama yang adil, berperikemanusian, lengkap, syumul, kamil dan mutakamil.
Percayalah, forum yang dianjurkan Majlis Peguam ini bukanlah yang terakhir yang akan diadakan di Malaysia ini, ia hanya akan jadi pencetus kepada pelbagai forum yang lebih banyak selepas ini. Malah sebelum ini pun telah ada pelbagai forum secara "underground". Kita akan dapati, kita akan gagal dalam cubaan untuk "membisukan" masyarakat bukan Islam yang pernah teraniaya oleh seorang Muslim. Kita akan gagal dalam cubaan untuk "membutakan mata" masyarakat bukan Islam yang pernah melihat tatasusila dan akhlak buruk seorang Muslim. Kita akan gagal "memekakkan telinga" masyarkat bukan Islam yang pernah mendengar berita yang negatif terhadap Islam.
Siapa yang perlu disalahkan apabila Islam digembar-gemburkan sebagai suatu agama yang jahat, ketinggalan zaman, mengarut dan lain-lain tohmahan?
Mereka mungkin....
1. Orang kafir yang memusuhi Islam (walau tahu kebenaran Islam)
2. Orang kafir yang memusuhi Islam (kerana tidak pernah tahu tentang kebenaran Islam)
3. Orang Islam sendiri (yang gagal menunjukkan kebenaran Islam)
4. You name who...
Di Malaysia sendiri...
1. Siapakah yang menjuarai lumba motor haram, penagih dadah, budaya lepak, dan pelbagai lagi kes jenayah? --> orang Melayu, yang pasti rata-ratanya orang Islam.
2. Siapakah yang memenuhi dada akbar tentang kes konflik rumahtangga? Perceraian, penderaan anak dan isteri, gagal menunaikan nafkah. Yang digembar-gemburkan, tentulah orang Melayu yang pasti rata-ratanya orang Islam.
3. Siapakah yang lemah dalam bidang ilmu, terjebak dalam kemiskinan dan kemelaratan? Merekalah orang Melayu, yang pasti rata-ratanya orang Islam. Pernah suatu hari, ketika jabatan tempat kerja saya mengadakan "community service" di sebuah rumah orang tua, yang rata-ratanya ibu-ibu serta bapa-bapa orang Melayu (rata-ratanya Islam)... Namun begitu, penderma-penderma kepada rumah orang tua itu majoriti adalah kaum Cina (yang kebanyakannya beragama Buddha).
4. dan banyak lagi
Masalah ini, hanyalah dapat diselesaikan, sekiranya KESEMUA ataupun sekurang-kurangnya MAJORITI daripada masyarakat Islam kembali beriman dan beramal soleh, berpegang kepada Al Quran dan Sunnah secara sebenar-benarnya, menunjukkan kemampuan Islam dalam melaksanakan segenap bidang kehidupan, bergaul dengan akhlak yang baik dan melaksanakan dakwah.
Kita akan dapati, secara automatik,
masyarakat bukan Islam akan "buta", "pekak" dan "bisu" terhadap segala tohmahan dan celaan terhadap Islam. Kita akan dapati sedikit demi sedikit, hingga berbondong-bondong orang bukan Islam memeluk Islam.. Dan sekurang-kurangnya, yang tidak memeluk Islam, tidak akan memusuhi malah menghormati agama ini.
Uhuh.. tapi, lebih senang cakap dari buat kan..
Total Muslim World Population is 1.84 billion in year 2007.
Total Muslim Population in Malaysia is 15.399 million in year 2006 (which is about 59% of total of population of Malaysia)
Ref: http://www.islamicpopulation.com/asia_general.html
How many from the 1.84 billion Muslims really practice Islam?
Moga Allah terus memberikan kita semua taufiq dan hidayahNya untuk beramal dengan Islam dengan ikhlas dan taat, dan menjadi asbab kepada hidayah Allah.
Allahua'lam
Dua puluh sen sahaja..