Mengimbau catatan kehidupan pada Ahad, April 22, 2007
MERANGKA AKTIVITI DAKWAH MISSION ORIENTED vs. PROGRAM ORIENTED
Dalam kita menyusun langkah untuk membawa manusia ke jalan Allah, menyeru mereka kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran, kita mempunyai wasilah-wasilah tertentu, yang mana setiap wasilah tersebut ada objektif yang tertentu.
Para dhu’at patut nye kena memahami, bahawa meng’conduct’ program bukanlah sesuatu yang “kena buat!!” Tetapi, sesuatu program itu diadakan, sekiranya ada keperluan untuk dibuat.
Bukanlah kerana saban tahun kita ada jaulah sebagai acara tahunan, maka dengan itu, kita menjadikan jaulah itu sebagai tradisi.. Tetapi,kena sentiasa faham, bahawa objektif kita bukan untuk “mengekalkan tradisi”, tetapi adalah untuk mengislahkan manusia.
Berlaku konflik kadang2 kepada para dhu’at, yang mempunyai “minda persatuan/organisasi”, yang sehingga menyebabkan aktiviti-aktiviti dakwah menjadi “program oriented” dan bukannya “mission oriented”. Contohnya, kadang-kadang, sibuk mengadakan aktiviti program anak angkat di kampong-kampong pedalaman. Insya-Allah, dapat pahala besar untuk mengadakan aktiviti kebajikan tersebut, namun ada sesuatu yang lebih priority. Cth program anak angkat tadi, menelan kos yang besar, tenaga yang banyak, consume masa utk rancang dan laksanakan, sedangkan mungkin dari segi hasil, kurang produktif,
unless ada proses follow up yang berkesan. Biasanya program sebegini, lepas tamat sahaja program anak angkat, aktivitis islam akan mula sibuk dengan kerja-kerjanya yang lain, kampong itu terabai semula.
Kadang2 juga, para dhu’at terlalu sibuk dengan teknikaliti program. Terlalu rigid dengan masa, terlalu ambil berat tentang soal kenderaan, soal tempat penginapan best atau tidak, terlalu rigid tentang flow of program, kadang2 objektif tak tercapai. Cth katakana ada 2 sesi ceramah pada waktu pagi, rupa2nya, audience tak berapa faham dengan ceramah 1, lalu kita tak ambil kira, oleh kerana nak stick kepada tentative, kita sambung buat ceramah 2, padahal audience mungkin masih terpinga-pinga. Mengapa tidak, slot ceramah 2 dibuat bengkel? Untuk memastikan input yang kita beri pada audience dihadam dengan betul.
Memang betul, perlu berdisiplin, dan teratur serta terancang. Tetapi, at the same time, dlm perancangan sesuatu program perlu sedikit sebanyak ada few degrees of flexibility. Keadaan audience dalam program akan berubah-ubah, jadi, kita mahu stick to the audience, not stick to the tentative. (Tapi, please don’t salah faham ye, perlu punctual, organized as well as possible, it is just about flexibility).
MUJAHADAH SEHINGGA PENAT vs. JIHAD YANG MUNTIJ
Jika mahu berjihad, berjihadlah secara muntij, iaitu kalau ada jalan untuk mencapai objektif secara optimum, tetapi menggunakan source yang minima, itu adalah lebih baik. Kerja dakwah kita perlu terancang, bukan untuk rancang supaya program-program kita nampak “grand”.
Satu analogi, bayangkan 10 kampong, setiap kampung ada 100 orang kanak-kanak buta huruf. Anda merupakan seorang cikgu bahasa (be it cikgu TESL dari Plymouth ke, dari McQuarie ke.. dari Brisbane ke hehe).
METHOD 1:
Jadi, adakah anda akan pergi ke setiap kampong, dan mengajar 100 orang kanak2 pada setiap hari. Cth, hari Isnin utk Kampung A, hari Selasa utk Kampung B….utk mengajar 100 org setiap hari? Hehe.. by the time hari ke 11, orang Kampung A dah lupa balik ape yang anda ajar :P Sebab tak de follow up.
METHOD 2:
Ana memilih, 1-2 orang pelajar paling cerdas untuk setiap kampong. Anda ajar mereka ABC habis2an, Then anda buat kursus intensif membaca, menulis, mengira. Anda buat kelas tambahan sampai mereka pandai, lalu, anda pun suruh 1-2 orang pelajar dari setiap kampong untuk pulang ke kampong masing2, untuk mengajar 5-6 orang rakan2 mereka, sampai pandai. Dan jumlah akan bertambah secara janjang arithmetic, ataupun boleh jadi seperti janjang geometri J
METHOD 1 memang Nampak cam mujahadah yang sangat all-out, setiap hari bertemu ramai orang untuk ditarbiyah. Namun hasilnya tak seberapa… Kita bermujahadah bukan untuk mendapat penat, tetapi untuk berusaha mendapatkan hasil terbaik. Rasullah pun suruh kita aim for husnul khatimah.
SEORANG YANG PALING BERPOTENSI vs. POTENSI-POTENSI RAMAI ORANG YANG DISATUKAN
Mengimbau seerah Rasulallah SAW, baginda merupakan orang yang paling hebat, paling akrab dengan Allah, akhlak paling mulia, paling cerdas dan cergas, mujahadahnya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana manusia. Namun, mengapa dia meng’distribute’ tugas2 dakwah kepada para sahabat yang telah masuk Islam? Kenapa tidak Rasulallah sendiri2 je buat kerja dakwah? Lalu, Rasulallah bersama generasi sahabat mengubah corak dunia mengikut Al Quran dan Sunnah, kerana keikhlasan mereka, dan juga kerana dakwah yang tersusun. Melaksanakan amal jamaie, dan berdisiplin. Tidak melakukan secara individual, walau Mus’ab dihantar keseorangan ke Madinah, tetapi dia mewakili Rasulallah dan para sahabat utk tajmik dan tarbiyah di Madinah, bukan sbg individu baik yang bekerja dakwah sorang2.
Abu Dzar seorang sahabat yang hebat, tetapi apabila berdakwah terang2 di depan Kaabah dia dibelasah. Lalu Rasulallah suruh dia pulang ke kampong nya tanah Ghiffar, dan berdakwah di situ. Lalu, dalam masa beberapa bulan, subhanallah Abu Dzar berjaya mengislamkan seluruh penduduk kampungnya. Lihatlah, tak semua medan sesuai dengan semua orang, setiap orang ada tempat masing-masing untuk dia menggunakan potensi yang ada pada dirinya.
Banyak para daie yang memang peribadi-peribadi yang hebat, tapi dia hebat sorang2 dia je.. kehebatan dia tidak diwariskan atau tidak dapat dialirkan kepada orang2 lain…
Kalau kita kat David Beckham merupakan orang yang paling hebat main bola sepak, tapi kalau David Beckham seorang lawan dengan pasukan bola sepak Melaka, agak2 sapa menang. It is about teamwork, that will make things work!
ADAB-ADAB SERTA MARHALAH MELAKSANAKAN PROGRAM
Tahu objektif – define objektif, then baru define the program
- Perhatikan langkah bermula
- Perancangan yang teliti, bykkan berbincang
- Doa yang penuh harap kepada Allah – 2:186
- tawakal – kpd Allah dikembalikan segala urusan
- 3:200 – sabar + perkuatkan sabar, bersiap sedia, taqwa
- Hadith: sebaik2 urusan adalah yg pertengahan (not too unmotivated, not too ambitious sampai x realistic)
- Memperhatikan setiap langkah perjalanan dakwah/program
- sentiasa ingat tentang matlamat.
- Jaga hubungan dengan Allah – Al Quran, zikir, solat sunnat, qiyam
- 2:44-45 – kenapa ajak manusia kpd kebaikan sdgkan lupakan diri sendiri
- 73:6-7 – qiyam sumber kekuatan
- 2:201 – doa mohon kebaikan / amal diterima Allah
- Jaga akhlak pergaulan dgn rakan dhu’at
- 18:28 – bersabar sesame rakan dhu’at, jgn terikut dunia
- 61:4 – berjuang dgn tersusun
- 26:215-217 – tawadhu’, hormat sesama rakan dhu’at – nakibah jgn berlagak ngan anak2 usrah
- Jaga pergaulan dengan mad’u
- 26:164– jgn harapkan balasan
- Maintain atmosphere/bi’ah yg soleh – 2:42 – x campur aduk haq/batil
- Aspek qudwah
- Muhasabah, syura, istisyarah
- 3:159-160 - syura + tawakal
- Kalau objektif tercapai, apa yang perlu dibuat selepas itu? Kalau tak
tercapai, apa tindakan?
- Mutaba’ah/follow up
- Muhasabah
Allahua’lam bithawwab. Saya mohon ampun dan maaf atas salah silap saya kepada sekalian manusia
“..dan pada amal manusia itu, apa yang pertama dihitung Allah, adalah keikhlasannya”
Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Hud: 88)
---------------------------------
I almost forgot that I wrote this.
Thank you Allah for reminding me,
as I hope not to become one who left the goods who he used to do..
"wahai orang-orang yang beriman, mengapakah engkau mengatakan sesuatu yang tidak engkau perbuat..." (Surah As Saff)