Tuesday, May 29, 2007

"Assalamualaikum, Marlina ke ni?" Murni menelefon sahabatnya yang telah lama tidak dihubungi sejak dia berpindah ke Tasmania untuk membuat 'internship'.

"Wa'alaikummussalam... Nini ke ni? Apa khabar!! Lama tak dengar cerita.." suara Marlina kedengaran girang di hujung talian.

"Tu lah, I've been settling down here. Tak sempat nak call awak. So, how's Melbourne?" Murni bertanya tentang tempat lamanya.

"Cam biasalah, sibuk... Kejar orang sana sini. Hehe, awak sure faham kan. You've been here before," ujar Marlina.

"Tu lah.. Hehe.. Saya tau korang sibuk, tapi jangan la lupa saya kat sini.. Rajin-rajin la call, 'sms' ke.. Pesan-pesan sket.. Kat sini sorang-sorang je nih.. Huhu.." Murni seperti biasa, bersuara keanak-anakan mengekspresikan perasaannya.

"Hehe.. Tak pe, selalu ingat dalam doa, insya-Allah," kata Marlina.


Fenomena ini seringkali berlaku. Iaitu, dalam kita merajut tali ukhuwah sesama sahabat kita, kita sangkakan memadai dengan berdoa. Ya, benar! Doa adalah senjata mukmin dalam apa jua perkara. Ia adalah cara "silent communication".
Namun, Rasulallah mengajar kita untuk mengekspresikan perasaan kita. Begitu juga ukhuwah, Rasulallah mengajar kita untuk menzahirkan ukhuwah.
Apabila seorang sahabat itu sakit, ziarahlah dia, dan beri kata dorongan dan semangat.
Apabila mencintai seseorang kerana Allah, berikanlah dia hadiah, ucapkanlah kata-kata semudah, "saya mencintai anda kerana Allah".
Apabila seorang sahabat itu bersin, dan dia berkata alhamdulillah, doakanlah dia dengan lafaz "semoga Allah merahmati kamu."
Rasulallah pernah berdoa 3 perkara, tetapi satu doanya tidak dimakbulkan. Iaitu baginda mendoakan agar ummatnya berada dalam keadaan satu padu, tetapi Allah me'reject' doa tersebut. Adakah kerana Allah tidak suka kita berada di dalam keadaan harmoni?
Sebenarnya, ini merupakan satu tarbiyah Allah. Allah mahu kita berusaha untuk membina ikatan persaudaraan sesama ummat Islam, bukan cukup sekadar berdoa lalu kita mengharapkan perasaan kasih sayang itu akan timbul. Tetapi, ia perlu melalui proses yang panjang dan disemai dengan kesabaran dan pengorbanan.
Buktikanlah melalui perbuatan kita, bahawa sekiranya kita benar-benar mengasihi seorang sahabat, apa sangatlah harga 30 sen untuk menghantar 'sms' yang kemungkinan besar dapat membantu dia untuk thabat dalam keimanan.
Ada sebaris lagu nasyid, "Biarlah waktu menentukan, nilai ukhuwah yang terjalin".
Ada benarnya di sebalik lirik ini, adakah ukhuwah akan hangat, sehangat-hangat tahi ayam, hanya pada peringkat awal lalu apabila telah lama ia akan dingin.
Apabila telah berjauhan, apabila masing-masing disibukkan dengan urusan tersendiri, apabila telah lama tidak bersua.... Agak-agaknya, bagaimanakah kita?
Sedangkan ukhuwah ini ingin kita sebar ke serata dunia. Kata-kata seorang penulis buku yang tidak asing lagi, Ar Rasyid, lamanya seseorang itu berada di dalam dakwah adalah bergantung kepada ukhuwah yang dialaminya. Firman Allah di dalam Al Quran, kesudahan di akhirat nanti, hanya orang-orang bertaqwa sahaja yang terus bersaudara.
Suatu peringatan untuk diri yang seringkali gagal menunaikan hak kepada yang dekat, apatah lagi yang jauh. Maaf salah silap dan kelamahan.

Allahua'lam.

Sunday, May 27, 2007


bila hati kering..
kelopak mata turut kering...
mungkin lantaran lidah yang kering dari zikir...
mungkin jua kerana hati yang kering daripada mengingati Allah...
jua kerana poket yang disengajakan kering, lalu tidak berinfaq..
Ya Allah, jangan kau sejatkan air yang mampu membasahkan jiwa kami, mata kami..
Khuatirnya, sekiranya Al Quran itu menjadi sesuatu yang kami tinggalkan..

I have a wonderful day today anyway...
Alhamdulillah, a'la kulli haal, I went "hang-out" with few other "lion cubs"...
Jazakumullah kepada Zewwen, Pan, Padi, Melly, Pizza, Nad dan Jay W (sume bukan nama sebenar)
Berjaulah pegi walimah,
berjalan cari barang..
yang best, we came out with a resolution of doing "something"..
hehe ;-)
Moga that "something" tidak menyebabkan kami hanya berada dalam keadaan selemah-lemah iman, insya-Allah..

"Janganlah kamu mengatakan bahawa kamu akan melakukan sesuatu esok bagi. Melainkan dengan mengatakan "insya-Allah"....." Al Kahfi: 23-24

Friday, May 25, 2007


:: HATI ::

Hadith 6
On the authority of Al-Numan bin Basheer, who said : I heared the messenger of Allah say :

"That which is lawful is plain and that which is unlawful is plain and between the two of them are doubtful matters about which not many people know. Thus he who avoids doubtful matters clears himself in regard to his religion and his honor, but he who falls into doubtful matters falls into that which is unlawful, like the shepherd who pastures around a sanctuary, all but grazing therein. Truly every king has a sanctuary, and truly Allah's sanctuary is His prohibitions. Truly in the body there is a morsel of flesh which, if it be whole, all the body is whole and which, if it be diseased, all of it is diseased. Truly it is the heart."

Narrated by Bukhari and Muslim



Thursday, May 24, 2007

baru balik
dari merantau

bersama orang-orang yang sibuk dengan kerja
aku pun sibuk juga

alhamdulillah, ditemani oleh 37 mujahid dakwah, penegak Al Quran dan Sunnah
huhu... thanks Allah, aku bawa buku Kisah Kehidupan 37 orang tabi'in
peneman ku

Saturday, May 19, 2007

Perumpamaan manusia yang mengambil pembantu selain daripada Allah, adalah ibarat mencari perlindungan di rumah labah-labah. Ketahuilah, rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah.

Ya! Kini aku menghabiskan separuh kehidupan aku di bangunan itu.
Bangunan yang menjadi kebanggaan segenap manusia yang sukakan rumah labah-labah.

Kamu akan dapati, ramai orang yang tidak tahu malu atas muka bumi ini. Berjalan dan memakan kurniaan dari Allah, namun bebas bermaksiat.

I had this one thoughtful conversation with one of my superiors in the office. Lebih kurang cam ni lah sesi dialog berlangsung.
"Some of the seismic data interprets that there is 70% of possibility of finding the black gold. But however, when we drill, there is nothing. There is also a case where only 30% probabilty, but there is abundance of oil there."

"Owh, what are the factors?"

"You see, it takes about 2 years long to interpret data from the earth. Anything can happen during this time, technical mistakes and misinterpretation. You see, the earth has gas, water, oil, sand, a lot of things inside it. This is the first reason."

"Owh, oke.."

"The second reason is.... sebab tak berkat..."

Aku tergamam, khusyuk aku cuba mengamati faktor kedua, kot-kot lah ada perkara baru yang aku boleh belajar. Alasan kedua, cukup membuatku tertampar. Ya benar, kadang kita terfikir benda-benda yang besar. Kerana tak berkat, Allah tak izinkan kita mendapatkan hasil dari bumiNya.
Andai manusia tahu, rahsia untuk meng'increase production' adalah taqwa dan ikhlas kepada Allah dalam setiap perbuatan.. Maka aku rasa, company ini telah lama menjadi sebuah company Islam yang mampu menggegarkan dunia.

Aku lihat, masih ada yang tidak menyedari, longgar dalam melaksanakan syariat..
Aku khuatir, kerana aku turut berada di pinggir mereka...
Aku rindukan para penjual minyak wangi.. Tetapi, kini ramai penjual minyak di sekitar.. Ada juga lah penjual-penjual minyak wangi.

Ya Allah, bukakan jalan untukku menggunakan peluang ini...

Ya Allah. Engkau telah berfirman dalam Surah Labah-Labah, ayat terakhir, bahawa kau akan menunjukkan jalanMu kepada sesiapa yang berjihad.
Aku mahu untuk berjalan di atas jalan itu hingga ke akhir hayatku.
Dan tetapi juga, aku ketahui, jihad itu tidak mudah.

Wahai diri, teruskan lah berhijrah untuk mencari redha Allah, walau medan semakin payah.
Thabbit qulubanaa ya Allah.

Singa akan terus mengaum.

Sunday, May 06, 2007

:: kisah bersambung ::

"When I say 'brand', what will come to your mind first?"

Penceramah, yang merupakan salah seorang senior executive bertanya kepada eksekutif-eksekutif baru yang kelihatan gaya-gaya kanak-kanak baru masuk darjah 1.

"It's about quality.."

"It's about identity.."

"It's about price.."

"It's about perception.."

Itulah jawapan-jawapan yang dilontarkan oleh 'members of the floor'. Mardhiah sekadar menggumam bibir, terasa malas untuk menjawab. Mardhiah rasa agak rimas untuk menonjol ke hadapan, biasanya di dalam fasa awal apabila Mardhiah melalui suatu transisi baru kehidupan, dia akan lebih banyak diam dan menjadi lebih 'observant'.

Itulah prinsip yang dipegang oleh Julius Caesar dalam usaha menakluk sebuah tanah jajahan, "Veni Vedi Vincci", yang bermaksud, "Aku datang, aku lihat, aku kuasai."

Penceramah itu mengiyakan semua jawapan para peserta orientasi. Dia menyambung celotehnya, "As for ABC Biotechnology Company, it is the obligation for all ABC members to ensure positive image on our brand. We would not only want our company to be perceived as an "into-profit" company, but also an entity who cares about the society at large."

"It is a must for each of us, to observe good conduct in anything we do, inside or outside ABC Co. because everything we do will reflect our company. If you are 'pengotor', then people will perceive that ABC has the same 'pengotor' culture.. We must not carry out bad image for the sake of protecting ABC's image"

Mardhiah tersenyum sendirian. Bagaimana dunia manusia boleh dikecilkan saiznya hanya tertumpu kepada satu syarikat sahaja. Sedangkan, sebelum dia mengetahui isu "brand value" ini, terlebih dahulu Islam telah menerapkan budaya ihsan dalam melakukan apa jua pekerjaan. Iaitu, buat sesuatu kerja seolah-olah kita melihat Allah, dan sekiranya kita tidak melihat Allah, tetapi Allah masih melihat kita. Maka dengan itu, tiada ruang pun untuk seorang mukmin untuk bersikap sambil lewa dalam apa jua amal pekerjaannya, baik dalam kerja di pejabat, kerja di rumah, amal dakwah atau tarbiyah.

Islam jua mendidik kaum muslimin dan muslimat agar berhati-hati dalam menjaga tingkah laku. Bukan kerana supaya tidak mahu malu kepada manusia, sekiranya mereka tahu pekung kita, tetapi kerana Allah itu bersifat Maha Mengetahui segala yang zahir mahupun tersembunyi. Malah Allah mengetahui apa yang terahsia di dalam hati. Setiap detik kehidupan kita adalah suatu persembahan untuk dinilai Allah, ibarat seorang biduanda menyanyi di depan raja, sudah tentu ingin beri persembahan terbaik.

Mardhiah menghela nafas panjang, terasa bersyukur Allah mengeluarkan dia dari lingkungan manusia yang sempit dunianya. Para pekerja syarikat ini seolah-olah, tanpa syarikat ABC, bumi ini tidak akan berpusing. Subhanallah, dan di syarikat inilah dia akan terpaksa bekerja selama 10 tahun, bagi membayar semula pembiayaan Syarikat ABC untuk pengajiannya di Australia.

Tadi, semasa Mardhiah menaiki lif, dia melihat manusia berpusu-pusu berjalan untuk cari sesuap rezeki. Sudah pasti, kebanyakan daripada manusia, walaupun mereka adalah orang-orang yang melafazkan 2 kalimah syahadah, mereka adalah orang yang merasakan lebih yakin bahawa rezeki itu datang dari majikan bukan dari Tuhan.

"Subhanallah, ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari syirik yang aku ketahui, mahupun yang tidak aku ketahui," Mardhiah berdoa di dalam hatinya.

Dalam kebosanannya di dalam bilik persidangan tersebut, tiba-tiba dia merasakan 'vibration' telefon bimbit di dalam kocek bajunya.

"Salam. Mardhiah, ana nak ziarah Kolej PQR malam ni, ada bacaan Yassin. Nak join?" Mardhiah mendapat 'sms' daripada Syahida. Syahida merupakan teman seperjalanannya di Australia, tetapi dia pulang lebih awal sedikit daripada Mardhiah. Kolej PQR merupakan sebuah tempat pengajian pelajar-pelajar yang bakal ke luar negara. Mardhiah terasa sangat ceria, tidak seperti orang lain yang menanti-nanti tamatnya waktu kerja kerana mereka mahu cepat pulang rehat di rumah, Mardhiah ternanti-nanti tamatnya waktu kerja kerana ingin mencari dan membina atmosfera yang boleh beri ketenangan pada jiwanya.

..to be continued

Friday, May 04, 2007

::kisah ini di'alter' sedikit sebanyak::

“Eh, awak ni pernah belajar kat IPTA X kan? Awak kenal saya tak?”

Bahu Mardhiah dicuit dan dia disapa oleh satu suara dari belakang. Mardhiah menoleh ke arah wajah yang dia ingat-ingat lupa sambil tersenyum dan berkata, “Maaflah, saya rasa saya kenal awak, tapi lupa nama..”

“Alah, orang dah pergi overseas, mana lah nak ingat kawan-kawan yang belajar kat Malaysia je nih. Saya Nina lah, dulu dok sebelah blok awak masa kat IPTA X,” Otak Mardhiah ligat cuba mengingati setiap kawan- kawan yang pernah dia kenal di IPTA X, bahkan sebenarnya dia pun hampir- hampir terlupa bahawa dia pernah menuntut di IPTA X untuk satu jangka masa yang singkat.

“Ala, Mardhiah. Awak kan dulu ketua kolej, sebelum awak ‘fly’ ke Australia. Nama saya Nina lah,” Nina menghulur tangan ingin bersalaman dengan Mardhiah. Mardhiah terasa malu dengan dirinya sendiri kerana tidak mendahului orang lain dalam memulakan ukhuwah. Sedangkan, bagi dirinya yang dikatakan faham dakwah, sepatutnya Mardhiah lah orang pertama yang menyebarkan salam dan ukhuwah.

“Wah, tak sangka pula kita dapat kerja satu ‘department’,” Mardhiah cuba mula menghangatkan perbualan. Dia terasa sedikit jengkel. Mungkin kerana telah lama dia berada dalam bi’ah solehah yang meletakkannya di dalam ‘comfort zone’. Mardhiah melihat sekitar bilik persidangan, dilihat seramai lebih kurang 30 orang ‘fresh graduate’ yang telah di’recruit’ bersamanya oleh syarikat bioteknologi terkenal di Malaysia. Hari ini, hari pertama mereka melapor diri, dan mereka harus melalui sesi orientasi tiga hari. Mardhiah dapat mengecam beberapa wajah yang pernah dikenali, dia mengukir senyuman kepada insan- insan tersebut.

“Hai, Mardhiah. Ingat saya tak?”

“Eh, Mardhiah, dah ‘grad’ ke? Dapat kerja sini juga ke?”

Tiba-tiba, Mardhiah merasakan dirinya seperti seorang YB yang dikerumuni orang-orang kampong. Sekali lagi, dia terasa malu dengan dirinya, kerana tidak pernah kisah untuk mengingati nama-nama kenalannya di IPTA X. Mardhiah mengenangkan dirinya di IPTA X.

Ligat di kepalanya, apakah persepsi yang mungkin timbul pada rakan-rakannya yang mengenalinya dulu, kerana dia dulu lain, sekarang pula lain.

Pengumuman dibuat oleh pengacara majlis pembukaan orientasi, seorang pemuda dengan tali leher biru, membetul-betulkan mikrofon sambil berkata, "All executives please have your seats, we will begin our event shortly,"

Mardhiah tersenyum sendirian. Berkata dalam hatinya, "Oh, dah jadi eksekutif rupanya aku." Betul lah seperti firman Allah, dalam surah Al Insyiqaq, "kehidupan manusia dijadikan berperingkat-peringkat." Dulu, dia bergelar pelajar, dari sekolah rendah ke universiti, dan kini merupakan seorang eksekutif di syarikat bioteknologi terkenal di Malaysia.

Mardhiah berkenalan dengan wajah-wajah baru yang lain. Dia berasa seronok, berpeluang bertemu dengan pelbagai manusia. Dan dengan itu juga, dia menghela nafas panjang, di syarikat inilah dia akan terpaksa menangani kerenah manusia yang pelbagai, dan juga kesibukan kerja.

Mardhiah berharap, agar Allah sentiasa memberi taufiq dan hidayah kepadanya untuk beramal, dibukakan jalan untuk mengajak manusia mengenali Islam. Kini, dia telah masuk ke dalam satu alam yang lebih mencabar. Yang penting, moga hatinya ditetapkan dalam iman, dan moga dia dapat memegang prinsip islam dalam apa jua keadaan.

Mardhiah memerhatikan orang lain, semua segak bergaya. Yang perempuan, dengan pakaian yang kelihatan cantik, yang lelaki, segak dengan tali leher. Dia tersenyum sendirian, melihat dirinya sendiri, tiada perubahan sangat seperti semasa zaman pelajar universitinya, sekadar mengenakan kot biru tua dan berbaju kurung. Malahan, pada hari itu, dia tetap membawa, 'back pack' atau beg galas. Dia tergelak kecil, teringat pesan seorang kawannya di Australia, Norin berkata, "Mardhiah, nanti bila awak dah mula kerja, jangan bawa 'back pack' tau."

Orang selalu berkata, "look does matter." Bagi Mardhiah, prinsip utamanya, asalkan bersih dan kemas sudah memadai. Mardhiah teringat perbincangannya dengan seorang rakan karibnya di Australia, Khafizatun.

"Kesian orang-orang yang sibuk menghabiskan masa just to make themselves look good, but towards the end, tak de lah semua orang pun will be satisfied with their looks. Paling kuat pun, dua tiga orang je akan feel attracted," celoteh Khafizatun.

"Itu pun, kalau ada orang bother to look at us. Tapi manusia semua sibuk dengan hal masing-masing, orang lain pun tak sempat nak dipandang," jawab Mardhiah.

"Tu lah, alhamdulillah, Islam membebaskan wanita daripada belenggu menjadi hamba kepada kecantikan. Lagi-lagi, cara pemakaian yang Islam anjurkan, ingin melindungi wanita-wanita daripada hawa nafsu orang-orang tak bertanggungjawab," sambung Khafizatun.


Mardhiah tersentak daripada lamunannya, terasa rindu pula dia pada Khafizatun dan Norin, yang masih meneruskan perjuangannya di Australia. Penceramah pertama telah hadir, dan akan membentangkan topiknya yang bertajuk, "Brand Values".

to be continued...