Thursday, January 25, 2007

:: WAKTU ADALAH SEBAHAGIAN RAWATAN ::

:-) Senyum lagi hari ini. Tapi, hati agak sedih. Banyak benda yang telah berlalu yang pernah berlaku dalam hidup kita, benda2 yang tak best lah.... Tu semua atas kelemahan diri sendiri...
Kadang2 rasa tak best kat hati, sebab banyak perkara yang kita pernah buat di masa lampau yang masih "uncured". Contoh peristiwa, saya pernah tersakitkan hati seorang kawan, yang merupakan seorang yang sangat baik. Last time jumpe dia, tak sempat nak selesaikan masalah yg berlaku.

"Rabbana la tuakhizna innaseena au akhto'na" (Wahai Tuhan kami, jangan hukum kami sekiranya kami terlupa dan tersalah)...

Hmm... Maklum lah, diri kita ni terlalu banyak complexity... Atas tarbiyah jahiliyah yang terlalu lama.. Terima kasih kepada musuh Islam yang menjauhkan kami dari Al Quran dan Sunnah >:-(
Kini mengharap, masa adalah sebaik-baik rawatan. Semoga Allah mengubati segala luka-luka dan kerosakan yang pernah kita timbulkan.
Tak de sape yang sengaja nak buat salah.. Tak de sape yang sengaja nak sakitkan hati orang lain.. Dan tak de sape juga sebenarnya yang boleh puaskan hati kita all the time.. Even kadang2, kita pun boleh rasa marah kepada ibu kita hanya kerana suatu perkara remeh berlaku.
Kalau diberi pilihan, kalau boleh, kita tak mahu berada dalam posisi di mana kita kena buat keputusan.. Sebab most of the decisions yang kita buat, akan affect orang lain.. Ya Allah! Kalau lah saya tahu sesuatu keputusan yang saya buat itu buruk, nescaya aku tidak akan membuat keputusan tersebut!

"Rabbana la tuakhizna innaseena au akhto'na" (Wahai Tuhan kami, jangan hukum kami sekiranya kami terlupa dan tersalah)...

Teringat nabi Nuh, berdoa pada Allah supaya selamatkan juga anaknya, dia kata "my son is of my family".. Tetapi Allah kata, "he is not of your family sebab dia kufur.." Dan Allah kata, "don't ask something that you don't have knowledge of"... Lepas tu, Nabi Nuh memohon ampun kepada Allah, kerana telah meminta sesuatu yang dia tidak tahu baik atau buruknya.

Semoga Allah memberikan kita taufiq dan hidayah untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa..

Masa adalah sebahagian rawatan..
Saya memohon maaf kepada semua atas salah silap yang sengaja atau tidak...

Allahua'lam..

Tuesday, January 23, 2007

:: BUKAN NEGERI DONGENGAN ::

Anda pernah baca buku tajuk kat atas ni? Kisah tentang para dhu'at di Indonesia. "Bukan negeri dongengan".... Kita pernah baca kisah sahabat dan sahabatiyah Rasulallah SAW, yang berjuang habis-habisan untuk menegakkan syiar Islam. Kita pernah juga baca kisah-kisah para tabi'in, serta tabi' tabi'in, serta kisah tokoh-tokoh dakwah yang telah pergi meninggalkan kita, tetapi jasa mereka masih dapat dirasai sehingga hari ini.

Aku ingin kisahkan... Bahawa, orang sebegitu, iaitu yang mengikuti jejak langkah mujahadah para dhu'at yang rabbani masih wujud zaman sekarang. Oleh kerana itulah, kita lihat, bagaimana islam terus berkembang, dan bagaimana muslimin dan muslimah terus berusaha menjadi golongan rabbaniyyun seperti mana yang tertera dalam Ali Imran:79.

Kadang-kadang, terasa terlalu ideal betul kisah ukhuwah, kisah mujahadah, kisah ithaar, kisah etc.. golongan terdahulu. Tetapi alhamdulillah, Allah izinkan aku untuk duduk bersama, berkenalan dengan orang-orang yang berusaha mengikuti jejak langkah mereka yang telah pergi itu (moga mereka diredhai Allah).

Mereka adalah...
Orang-orang yang memberi tanpa meminta balasan atau ucapan terima kasih...
Orang-orang yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk membuat orang lain bahagia...
Orang-orang yang dadanya lapang seluas lautan, biar datang tohmahan dan ujian, mereka sabar dan terus memaafkan... Tiada dengki, tiada hasad...
Orang-orang yang mendahulukan kepentingan orang lain, berbanding dengan kepentingan sendiri...

Aku pernah lihat, ada seorang ukhti ada 2 sleeping bags.. satu nipis, satu tebal... Dia bawa 2 sleeping bag, sebab tempat yang kami menginap tu sangat2 sejuk pada musim winter... Ada seorang ukhti lain, tak bawak sleeping bag... Aku lihat, ukhti yg ada 2 sleeping bag tersebut menghulurkan dengan pantas sleeping bagnya yang tebal.... Lalu aku lihat dia tidur agak kesejukan malam itu.. tanpa merungut...

Aku pernah lihat, seorang ukhti yang berkata, "saya tak bercadang untuk tidur", kerana nak siapkan assignment dan study, kerana ada program islam dan aktiviti dakwah yang sangat pack... Alhamdulillah aku saksikan, Allah tunaikan janjiNya.. Allah berikan dia kejayaan dalam study dan juga dia masih thabbat dalam dakwah...

Aku pernah lihat, seorang ukhti yang keluarganya sangat memerlukan bantuan kewangan, tetapi dia orang pertama mendahulukan infaqnya utk dakwah..

Aku pernah lihat, seorang ukhti yang sibuk membasuh pinggan mangkuk, tatkala orang lain sedang bersantai-santai selepas makan...

Ya Allah... Kau menunjukkan aku orang2 yang menerima taufiq dan hidayahMu..... Allahummahdini fi man hadait.....

Ameen ya Rabb...

Monday, January 22, 2007

:: BAPAK KU ::

Ini adalah pesan Abah.. Yang takkan ku lupa.. Bila setiap kali saya cerita tentang achievement dulu2...

"Do not live on your past glory"

Kengkadang.. kita sibuk mengimbau kenangan lama kita.. Saat2 gemilang hidup kita... Huhu, sedangkan masa lalu tak boleh dibeli lagi.. Tapi, masa lalu.. ataupun sejarah... sepatutnya jadi sumber untuk kita muhasabah diri.. Camne supaya yang baik tu, kita nak buat lebih baik.. Yang tak baik tu, kita cuba perbaiki...Saya teringat Abah ku.. Jarang betul dia nak puji anak2nya.. Kalau dapat satu achievement.. Abah akan cakap, "Alah, orang lain dapat lagi bagus daripada tu.." Most of the motivation yang kami adik beradik dapat daripada Abah diungkap dalam bentuk yang negatif..Pernah satu hari masa Form 5, balik umah dengan muka masam sebab rasa cam tak leh jawab soalan trial SPM, Abah tanye apesal.. Saya pun cakap ah.. "Test tadi cam susah sket.." Abah jawab, "Herm.. Bukannye suruh pegi cucuk tanam, suruh belajar aje.. there's no reason why you can say tak boleh buat" ataupun.. "Anak cina jual mee bleh dapat 16A1, apsal ko pulak tak bleh"

But that are the ways of how Abah is educating us.. Haha.. Terasa cam kat PULAPOL (Pusat Latihan Polis) kan.... Teringat kata2 sape ntah tak ingat...

"janganlah kamu kecil hati dengan sikapku yang keras ini, kerana aku dididik di jalan ini dengan cara sebegini"

Nak dikaitkan dengan isu sekarang... Dakwah, bukan benda mudah.. Nak berhadapan dengan orang yang belum dapat hidayah Allah.. Kerja asasi kita, nak bawa manusia kenal Allah... Teringat cam abah kata tu.. "Bukannye suruh pegi cucuk tanam, suruh belajar aje.. there's no reason why you can say tak boleh buat"Allah, akan memberitahu kita.. Allah dah membentangkan kita dengan khazanah bumi.. Semua dah diprovidekan utk kita... Tugas kita, laksanakan perintahNya.. There's no reason kenapa kita cakap kita tak bleh buat! Kat akhirat, Allah takkan tanya "Kenapa kamu tak dapat membaikkan orang tu atau orang ni".. tetapi Allah akan tanya "kenapa kamu tak usaha betul2 untuk membaikkan orang tu atau orang ni".. Allah pandang usaha dan bukannya natijah.Abah slalu cakap, "Kalu orang cina buat kerja, dia akan buat sungguh2 supaya anak cucu cicit dia tak kena maki hamun, contohnya cam orang cina buat bangunan, dia akan bina elok2 supaya anak cucu dia tak kena caci kalau bangunan tu rosak in the future".

Analogi yang bagus untuk tugas orang Islam.. Kita kena buat kerja sungguh2.. Supaya medan dakwah dan amal yang kita wariskan untuk anak cucu cicit kita tak de kelam kabut sangat.. Kalau tidak, in future.. Anak cucu kita kena hina kerana kesalahan yang diwariskan kepada mereka, yang tak sepmat diperbaiki....Kita mungkin tak rasa kemenangan islam semasa kita hidup.. tetapi, semasa zaman generasi seterusnya lah kan...

Kawan-kawan.. Tak pernah dalam sunnah alam, kerja nak bawa manusia ke jalan Allah tu kerja senang.. Rasulallah pernah citer... ada orang yang digergaji dr kepala ke bawah sehingga terbelah dua.. Nabi Nuh berdakwah lebih kurang 950 tahun pagi dan petang....

Takkan kita mengharapkan orang cari kita, duduk depan kita, baru kita nak citer islam kat dia...

Kalau kita rasa masih selesa... Uhhuh~

" Wahai org2 yg beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, "Berangkatlah (utk berjuang) di jln Allah," kamu (seolah-olah) melekat pada bumi [i.e terasa berat]. APAKAH KAMU MENYENANGI KEHIDUPAN DI DUNIA DARIPADA KEHIDUPAN AKHIRAT? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini berbanding akhirat hanyalah sedikit" At-Taubah:38

Tuesday, January 16, 2007

:: KAMU BERCERITA... MEREKA TERUS BERAMAL ::

A: Awak tau tak hari tu saya buat itu.. buat ini... buat gitu.. buat gini....
B: Erm... Bagus2... Alhamdulillah
A: Lagi2 tu.. Saya buat itu.. buat ini.. amal X.. amal Y.... amal Z...
B: Ehem... Awak nak tau tak.. sementara awak tengah citer ape amalan2 yang awak dah buat tu... Orang lain sedang keep going beramal dan mujahadah tanpa menceritakannya kepada orang lain..
A: Ngaaa~

"beramal hanya kerana Allah..."

~Hee.. Shouldn't spend to much time on my blog.. ~

Monday, January 15, 2007

:: MACAM KO BOLEH UBAH~ ::

X: Isk, aku geram betul dengan si Y tu... Perangai tak ubah-ubah.. Sakit hati aku je...
Z: Ko pernah nasihat kat dia ke?
X: Tak.. Malas aku, mesti dia tak mau dengar...
Z: Lah, kalau macam tu.. Kalau setakat merungut depan aku je, macam la ko boleh ubah perangai dia...
X: Ngaaa~


~Daripada mencela kegelapan baik nyalakan lilin~
:: ITU DULU .. ::

A: Eh, awak tengok budak perempuan pakai jubah dengan tudung turki besar tu...
B: Yup, kenapa dengan dia?
A: Dulu saya macam tu la.. Dressing cam tu...
B: Tu dulu.. Tapi kalau awak mati sekarang, Allah akan hisab awak dalam keadaan sekarang ni..
A: Erk~

"Apa guna buat amalan dulu-dulu yang baik tapi tak istiqamah"

~Fastaqim kama umirta~
:: ORG YG BERZIARAH ITU TETAMU ::

:-) hari ini masih mampu tersenyum, alhamdulillah. Moga Allah tak izinkan rasa "hammi wal hazan" menampuk di dada. Seorang cikgu saya kata, ciri-ciri nak futur adalah diri kita mudah rasa keluh kesah dan dukacita. Tu sebab, mungkin Nabi ajar kita doa "allahumma inni a'uzubika minal hammi wal hazan" (Wahai ALlah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari keluh kesah dan dukacita)

Hari ini telefon Abah lagi, lepas ibu pesan, kalau boleh find some time to call Abah everyday. Sejak satu hari sebelum raya haji sampai sekarang, Abah masih duduk di Hospital. Moga-moga, segala penyakit itu menjadi kafarah dosa. Buat orang yang muda dan sihat, jangan ingat bahawa kita jauh dari kematian. Teringat masa Abah sakit mata sampai menggugat penglihatan, Allah entertained me, sebab masa tengah baca Ringkasan Sahih Bukhari, I came across dengan hadith yang lebih kurang maksud dia, Allah tidak cabut penglihatan seseorang itu melainkan Allah gantikan dengan syurga.

Ada cerita kelakar, yang saya rasa worthy untuk berkongsi. Ibu saya cerita, masa raya Aidil Adha, Abah terlantar di hospital, orang-orang kampung dari Kampung 8, Pulau Sebang, Melaka Pindah, Masjid Tanah, Muar, JB semua turun datang ziarah. Hehe~ Sampai doktor dan misi marah sebab crowded dan bising. Rombongan bertubi sampai mencecah 40 orang. Ada yang siap bawa tikar, duduk bersila kat wad. Alhamdulillah ler Abah tak share wad dengan orang lain, dok kat isolated ward. Hehe~ You know when orang Melaka meet orang Melaka.... Hospital jadi cam fun fair :-P Jadi best lah, raya :-)

Satu pengajaran besar, walaupun tak sihat, Abah layan orang-orang yang berziarah macam layan tetamu. Dia pula sibuk nak tolong hidang itu ini, heeh~ Walau kapasiti badan tak kuat. Teringat hadith Nabi, "barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya."

Kalau saya, mungkin saya merungut. Sakit-sakit, orang datang buat kecoh. Tapi, Abah meraikan mereka. Insaf~ Heeh. Bagi insan yang mencari akhlaq Islam sebagai penghias diri, banyak yang kita boleh pelajari dengan memperhatikan orang lain.

~Doakan sekalian kaum muslimin dan muslimat yang menderita dengan apa jua bentuk mehnah, mudah-mudahan dugaan itu sekadar penjauh api neraka~

Allahua'lam.