wahai diri...
sama ada diri aku, diri kamu atau dia atau mereka...
kau sangka sengkang matamu, letih badanmu cukup utk membayar mahar syurga
sedangkan hatimu lalai daripada Tuhan yang memberikan tenaga kepadamu....
Kamu sangka ke hulu ke hilir kamu menyeru..
Rupa-rupanya kamu menyeru kepada diri.. dan bukan kepada Tuhan yang satu...
Alahai, sengkang mata, letih, penat berterbangan menjadi debu.
Hanya kerana lupa satu, ikhlas.
wahai diri...
sama ada diri aku, diri kamu atau dia atau mereka...
petah sungguh bicaramu tentang mengawal nafsu..
tapi apabila datang mehnah, kau melatah dan marah..
bila datang orang mencelamu,
kau segera mencelanya semula, sabar dan hikmah entah ke mana...
wahai diri...
kamu berhadapan dengan manusia,
yang hauskan hidayah dan taufiq Tuhanmu..
tapi dirimu, kau lupa utk bekalkan dengan ilmu, amal dan mujahadah...
lupakah kamu Tuhan tahu apa yang kamu kerjakan.
wahai diri..
tatkala panas terik di dunia ini...
didiklah jiwamu...
bersabarlah di dalam kepanasan musim ini, jangan mengeluh
basahkan hatimu, jangan biar gersang kerana teriknya matahari
bawalah bekalan yang benar..
melangkahlah mengikut jalan yang paling baik..
sekarang Tuhan mahu mendidik kamu
berbahagialah...
tidakkah kamu rindu pada pedoman...
It involves management of Integration, Scope, Time, Cost, Human Resource, Communication, Procurement, Risk, Quality & HSE
Saturday, December 23, 2006
Sunday, December 03, 2006
continuation of kisah Aisyah & Hayah...
Hayah pulang ke rumah dengan langkah yang agak malas. Dia cuba “take a break”, tapi itulah masalahnya. Hayah terasa bahawa dia terlalu sibuk dengan urusan-urusannya sehingga kadang-kadang dia tidak jelas terhadap matlamatnya dalam membuat sesuatu perkara. Akhirnya, Hayah mengikut sahaja rentak kawan-kawan yang mana dia rasakan paling selesa untuk diikuti.
Hidup di perantauan, memberikan peluang kepada Haya untuk mengenali pelbagai ragam manusia. Ada yang tidak mengaku adanya Tuhan, ada yang mengaku ada Tuhan tetapi perilaku serupa orang tidak berTuhan. Orang kafir usahlah diceritakan, yang muslim pun ikut rentak budaya carca merba. Akhirnya, Hayah mengikut kawan-kawan yang boleh dikatakan “religious oriented” kerana dia terasa paling selesa bersama dengan mereka.
Aishah merupakan orang yang paling setia untuk bersahabat dengan Hayah, walaupun Hayah memberikan sambutan hambar bagi setiap salam dan sapaan ukhuwah penuh kemesraan Aisyah.
Hayah mengambil wudu’, terasa dingin setelah berpanasan di luar, al maklumlah musim panas kian menjengah. Usai solat Zuhur, tiba-tiba Hayah mendapat “sms” daripada Aisyah,
“Salam, Hayah. Aseef jiddan. Kena cancel plan makan kebab. Saya ada urusan penting kena buat.” - Aisyah
Hayah terasa sangat lega, kerana tidak perlu memaksa dirinya untuk makan bersama Aisyah. Tapi tiba-tiba dihatinya timbul terasa ingin tahu, apakah urusan penting yang dikejar Aisyah.
Hayah terasa pelik, kenapalah Aisyah terlalu bersungguh-sungguh nak “membaikkan” orang-orang di sekitarnya. Hayah faham firman Allah tentang “amar ma’ruf nahi mungkar”, tetapi Hayah terasa pelik kenapa dirinya tidak mempunyai daya tujahan seperti yang dimiliki Aisyah.
Sudah hampir 2 tahun Hayah membiarkan dirinya seperti rumpai laut ditolak arus ombak. Ditakdirkan Allah, arus ombak itu adalah orang-orang yang solehah seperti Aisyah. Akhirnya kini dia terasa penat ditolak, dia tercari-cari jalan, supaya dia boleh melangkah sendiri. Bukan kerana dorongan bi’ah solehah. Ya! Hayah mahu imannya bersandar kerana Allah, bukan kerana keadaan sekeliling, ataupun kawan-kawannya, ataupun kerana dia tidak mempunyai pilihan lain yang kena pada citarasanya.
Hayah terasa dadanya lapang sedikit. Hayah terasa pelik, bagaimanalah dia boleh terlupa tentang langkah pertama yang paling penting dalam melaksanakan sesuatu amalan. Niat! Walaupun dia telah bertahun menghafal Hadith Niat dari Koleksi Imam Nawawi, sungguhlah, Allah ta’ala lebih berhak memberi kefahaman dan ilmu kepada manusia. Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki, dan Allah jua menyesatkan sesiapa yang dikehendakinya.
Hayah teringat tazkirah Kak Huda, “…Allah mengilhamkan manusia 2 jalan, ketaqwaan atau melakukan dosa. Allah beri kita pilihan, dan melalui kebebasan memilih itu, Allah kurniakan hidayahNya. Kerana Allah lebih tahu, hati manusia yang manakah lebih mahukan hidayah Allah.”
Hayah terasa sayu, sudah lama dia membiarkan dirinya berkonflik dengan Allah hanya kerana dia malas merefleksi dirinya. “Aduhai, sudah tentu segala apa yang aku lakukan sebelum ini ibarat debu.. Program-program islami yang dihadiri, perjumpaan bersama saudara-saudara seaqidah… Semuanya aku tak ikhlas…”
Ikhlas! Memang persoalan yang meragut segenap jiwa manusia, sukarnya untuk diperoleh. Air mata Hayah mengalir deras, “Rabbana, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami, dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, sesungguhnya kami di kalangan orang-orang yang rugi..” Hayah mengambil kitabullah Al Quran, menyelaknya sehelai demi sehelai. “Inilah yang aku pelajari selama 2 tahun di sini, tapi hatiku tidak terbuka untuknya…” Ada satu mukasurat bertanda dengan bookmark yang dihadiahkan oleh Aisyah untuk Hayah, tertulis di situ, “You’ll find everything inside Al Quran, believe me, try it.” Ligat otak Hayah berpusing, “Aku masih ada masa, belum terlambat untuk aku memulakan langkah!” Di mukasurat Al Quran itu, bermula dengan Surah Ali Imran ayat 110, “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”
“Aku kena call Aisyah! I must speak to her,” buat pertama kalinya Hayah terasa berkobar-kobar ingin bertemu kawannya itu. Hayah mengambil handphone lalu menelefon Aisyah,
“Assalamualaikum Aisyah. Sorry, awak sibuk ke?” Hayah mulakan bicara.
“Wa’alaikummussalam warahmatullah.. erm… sibuk, ehe.. tapi tak pe, bleh je cakap jap.. Awak ade pape ke Cikgu Hayah,” Aisyah memang suka menyakat.
“Nak jumpe awak anytime hari ni kalau awak free…” kata Hayah
“Er.. hari ni, erm.. Boleh la…. Malam lepas maghrib bleh..? Saya gi umah awak lah… Sorry la tak jadi makan kebab sama2.. Nanti saya bawak food ye malam ni…” jawab Aisyah.
“Eh tak pe.. tak pe.. Jangan susah2.. Biar saya gi umah awak, saya bawa food.. Exam dah habes ni, nak masak2 la skit,” Hayah terus berkobar-kobar
“Wah bestnye!!! Boleh2… jemputlah datang rumah,” Aisyah terasa seronok, dia dapat mengesan satu nada yang berlainan dalam intonasi kawannya yang selalu pasif itu.
“Lagi satu Hayah, saya pun ade benda nak bincang ngan awak pasal kerja kat Darul Taqwa…”
“Ah.. boleh2.. malam ni kita discuss….Jumpa malam ni lah” kata Hayah
“Insya-Allah, sorry Hayah.. kena pegi skang.. assalamualaikum…”
“Wa’alaikumussalam warahmatullah”.. Jarang betul Aisyah yang menamatkan perbualan terlebih dahulu, biasanya Hayah akan mencari-cari alasan untuk memberhentikan perbualan dengan Aisyah.
Hayah meletakkan handphone. Tak berapa lama kemudian, dia mendapat sms daripada ibunya. Terasa berat untuk membacanya, kerana setiap kali pasti ada masalah keluarganya yang tak putus-putus mendatang. Ini akibat ibunya yang ada masalah kewangan kerana ayahnya berhutang akibat tidak suka dipandang sederhana oleh bapa-bapa saudara Hayah yang kaya belaka. Ibunya pula selama ini surirumah sahaja, terpaksa keluar bekerja menjadi pembantu rumah di rumah orang-orang kenamaan untuk membantu menyara hidup. Adiknya pula 2 orang masih bersekolah, dan seorang lagi sedang belajar dalam kursus persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Kalau dilihat rumah Hayah di Malaysia, kereta yang dimiliki, sudah tentu orang mengaggapnya sebagai anak orang kaya. Tapi harta benda itu semua dibeli melalui wang yang dipinjam daripada Ah Long. Hayah semakin risau, keganasan Ah Long di Malaysia semakin menjadi-jadi sekarang. Sekiranya gagal membayar duit pinjaman pada tarikh yang ditetapkan, duit hutang bertambah kerana bunga dikenakan 5% untuk setiap hari yang lambat dibayar. Kemudian, sekiranya masih gagal untuk dibayar, si Ah Long akan menghantar konco-konconya, membuat onar untuk menakutkan si pemiutang.
Hayah menggagahkan diri untuk membaca sms ibunya. “Salam. Hayah, ayah masuk hospital. Ada orang belasah ayah masa ayah balik kerja. Mak tak tau nak buat apa.” Hayah segera mengambil IDD card nya lalu menelefon ibunya,
“Assalamualaikum mak. Astghfirullah, macam mana ayah sekarang ni?”
“Wa’alaikummussalam. Ayah stabil, tapi mak risau. Bahu dan belakang luka dan lebam. Orang tu ketuk kepala ayah masa ayah cuba lawan. Orang tu masih terus ugut. Dia ugut mak pula sekarang. Hantar surat layang kata nak bakar rumah..” suara ibu Hayah teresak-esak.
“Berapa ayah hutang kat Ah Long tu mak?” Hayah cuba mencari penyelesaian.
“Hmm.. Hayah tak payah pikir lah masalah ni, biar mak uruskan.. Mak nak minta tolong Pak Ngah dan Pak Uteh yang kaya tu, tapi ayah tak kasi, sebab malu katanya” kata ibu Hayah dengan nada sayu.
“Mak bagitau je berapa jumlahnya, mana tau Hayah boleh tolong sikit.” Hayah bertekad untuk menyelesaikan konflik keluarganya.
“Hmm.. Duit pokok, ayah hutang RM 10,000.. duit bunga dah menceah RM 1,000. Sekarang ni dah nak masuk RM 11,000 lah semuanya” kata ibu Hayah dengan nada yang perlahan.
Hayah terduduk. Mana lah nak cari duit sebanyak tu. Otaknya ligat berpusing, RM11,000 bersamaan dengan lebih kurang 3500 dollar Australia. Hayah bersikap optimis kali ini, dia yakin dia mampu selesaikan konflik ini.
“Mak jangan bimbang.. Hayah akan cuba sedaya upaya! Mak jangan lupa buat laporan polis, jangan biarkan Ah Long tu buli Abah dan Mak lagi!” kata Hayah.
“Gangster tu pesan jangan report polis, nanti lagi teruk dia kerjakan kita sekeluarga” kata ibu Hayah dengan suara yang semakin sayu.
“Alah mak, buat tak tau je. Laporkan sahaja pada pihak berkuasa. Tapi yang penting sekarang ni, kita doa pada Allah banyak2. Allah sebaik-baik pelindung,” Hayah terasakan dirinya sangat yakin. Selama ini sekiranya dia berhadapan dengan masalah, dia pasti cepat buntu. Tapi kali ini, dia sangat merasakan sangat yakin terhadap pertolongan Allah.
“Ok lah, Hayah. Mak nak pegi jenguk ayah. Jaga diri ye, nak.. assalamualaikum”
“Mak tu jaga diri. Jaga ayah, jaga adik2.. wa’alaikumussalam”
Hayah teringat Surah Al Mutaffifin yang pernah dibentang oleh kakak nakibahya, Kak Huda. Orang yang suka merampas hak orang lain akan diazab oleh Allah dengan azab yang pedih, Ah Long itu pasti tak terlepas, di dunia apatah lagi di akhirat. Hayah optimis. Dia melihat jam tangannya, mengira waktu sama ada sempat atau tidak untuk memasak buah tangan untuk dibawa ke rumah Aisyah. Akhirnya, Hayah mengambil keputusan memasak nasi goring kerana itu paling mudah dan ringkas. Selepas solat maghrib, Hayah bergegas ke rumah Aisyah yang terletak 2 blok dari rumahnya.
Semasa Hayah sampai di rumah Aisyah, Aisyah pun baru pulang ke rumahnya. Mukanya ceria seperti biasa, mesra menyambut Hayah dan menjemputnya masuk ke rumah. Teman serumah Aisyah semuanya telah pulang bercuti di Malaysia.
“Jom makan sambil bincang, there’s no time to loose,” Aisyah mengajak Hayah ke dapur.
“Ayuh…”
“Camni, saya call Brother Umar.. Dia nak kita segera pergi ke sekolah tu, by esok kalau boleh, supaya dia boleh tolong kita get around with the school and town, and dia nak brief kit tentang procedure to become tuition teacher kat situ…” Aisyah memulakan perbualan..
“Ok, saya rasa saya oke je…”
“Saya dah ajak 3 orang juniors, Rose, Syazwani dan Fazzliana. Diorang semua setuju nak ikut serta… Nampaknya ada peluang baik untuk sama-sama tingkatkan iman dan semangat mereka yang berkobar-kobar untuk ditarbiyah…” Aisyah bercakap dengan nada yang serius. Nada yang sama setiap kali apabila dia bercakap tentang urusan dakwah.
“Tapi saya ada masalah sikit, saya kena pergi lambat kerana ada hal peribadi yang perlu diuruskan…” sambung Aisyah.
“Jadi, maksud awak. Saya kena pergi dulu dengan adik2 tu ke sekolah tu?” Hayah meneka.
Aisyah tersenyum. “Hehe.. Ok ke?”
“Wah!! Mana boleh! Saya tak mampu.. Mana boleh sorang-sorang…. Saya pun ntah hape-hape lagi ni, mana boleh nak bawa adik-adik tu…” bentak Hayah.
“Alah awak ni.. 2-3 hari kemudian saya datanglah… Takkan kita nak lepaskan peluang tu, Brother Umar dah excited….” Kata Aisyah cuba meyakinkan Hayah.
“Hm…. Aisyah, sebenarnya saya pun baru discover sesuatu perasaan berharga.. Saya rasa saya perlukan bantuan dan bimbingan kawan, macam awak….” Kata Hayah.
“Perasaan apa tu?” Aisyah ingin tahu.
“Entahlah, terasa bahawa…. Saya betul-betul bersyukur Allah takdirkan saya untuk berada dalam bi’ah solehah ni.. Walau saya tak berapa selesa dan faham pada awalnya. Saya terlupa nak buat semua ni kerana Allah, akhirnya saya culas sebelum ni…. Sekarang saya baru discover bahawa saya nak cari redha Allah…” Hayah mengomel.
“Alhamdulillah a’la kulli haal… Saya tak de pape pun nak beri pada awak, Allah ta’ala yang beri kefahaman tu.. Bergantunglah pada Allah, insya-Allah Dia akan tunjukkan hikmah dan jalan untuk beramal menujuNya,” Aisyah menyambung.
“jadi.. ini lah peluangnya untuk awak meng”express”kan kesyukuran awak kepada Allah. Iaitu dengan menjadi daie ila Allah yang rabbani…. Adik-adik tu perlukan sokongan. Saya tak available… Dan ini bukan kerja saya seorang, ini kerja kita bersama. Dan kita nak fahamkan adik-adik tu, bahawasanya, kerja ini kerja mereka juga.” Aisyah macam bagi tazkirah.
“Saya takut, kalau saya tak dapat buat keputusan yang baik… Saya tak de pengalaman, saya rasa tak cukup ilmu…” Hayah mencari alasan lagi, kerana takut keseorangan.
“By the way, ape hal peribadi awak tu yang menyebabkan awak tak leh ikut pegi Darul Taqwa lebih awal…?” Hayah bertanya kepada Aisyah..
Aisyah senyum. Senyuman yang lembut itu, Hayah dapat merasakan Aisyah menyembunyikan suatu perasaan yang perit dalam hatinya.
“Hehe.. tak payah tahu lah… tak bawa amal…” kata Aisyah.
“Mana boleh.. kata ukhuwah fillah.. kata kena tafahum… mana tau hal ni kita boleh settlekan sama-sama….” Hayah pula yang jadi provocative.
“Hmm… Hehe.. Awak pernah dengar lagu nasyid Hijjaz, yang bertajuk Rintihan?” tanya Aisyah.
“Erm.. tak pulak….” Jawab Hayah.
Aisyah berjalan kea rah laptopnya, dan memasang nasyid tersebut….
“Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan ..Bisa meleraikan iman …Kan hancur semuanya”
Aisyah mula bicara, “Hidup tak selalunya mudah.. tapi Allah cakap dalam Al Quran lepas susah ada senang.. Lepas susah ada senang.. Maksudnya, susah dan senang silih berganti.. Hanya orang yang beriman sahaja, dan penuh mengharap pada TuhanNya akan pasrah dan terus beramal soleh walau dalam apa jua keadaan. Moga Allah kuatkan kita untuk jadi sebegitu….”
Hayah pasti, Aisyah menyembunyikan suatu keperitan. Sepertimana dirinya yang dilanda masalah keluarga. Aisyah memang tidak pernah langsung bercerita tentang masalah dirinya, seolah-olah Hayah rasa dia tak pernah ada masalah.
“Kalau kita leka dan terlalu sibuk bersedih dengan masalah peribadi kita, siapakah yang nak tampil ke hadapan bekerja untuk agama ini? Syaitan menakut-nakutkan kit dengan kemiskinan, sedangan rezeki Allah yang bagi..Bukannya syaitan... Dan syaitan sentiasa mencampakkan rasa ragu-ragu ke dalam jiwa kita, agar kita tinggalkan kerja warisan Rasulallah ni… padahal, Allah dah janji, siapa yang bersiap sedia untuk agama ini, dialah beruntung… Thabbit qulubana ya Allah” Aisyah menyambung.
“Untuk pengetahuan awak, saya under treatment di hospital sebab sakit kat paru-paru. As you can notice, I have trouble breathing… Doctor said it might be cancer or just infection, dah setahun cam ni.. ulang alik hospital every month… Ni kena pegi lambat ke Darul Taqwa sebab doktor nak diagnos lagi.. Hari tu lung mengecik la ape la, entah la, saya pun tatau medical terms ape… Coz I’m ana electrical engineering student…Hehe” Aisyah bercerita dengan nada yang tidak kesal langsung.
Hayah tergumam. Tabahnya kawannya itu yang menyimpan kesakitan. Hayah lebih kagum kerana, Aisyah meneruskan kerja dakwah seolah-olah dia tiada masalah.
“Ok, let’s go back to the topic. So, awak dan adik bertiga tu boleh la guna kereta Kak Huda, nanti saya tunjuk map, camne nak ke sana. Dan saya dah maklumkan pun pada Brother Umar that you’re going to be the contact person. Sekarang ni, jom kita atur perancangan tarbiyah kita di sana… We don’t want to plan to fail…” Aisyah terus kembali kepada agenda dakwah.
*****************************to be continued****************************

Keheningan waktu pre-subuh dipecahkan oleh deruman enjin Ogarat yang menyusuri jalan di bandar Ardnaxela. Mane lah agaknye pangkalan vankara* mereka? Misi menghantar "mak angkat" mesti dilaksanakan sebelum subuh menjelma! Mak angkat yang telah ditinggalkan oleh semasa Misi Pertama kerana kenderaan sarat dengan bekalan amunisasi. Lalu, mak angkat sanggup ditinggalkan agar persediaan rapi yang telah diatur oleh biro amunisasi tidak perlu ditinggalkan. Mak angakat, Ummu Nidal II akan menjaga kebajikan tentera-tentera agar mereka berjuang dengan semangat tinggi, seperti Ummu Nidal Al Quds mendidik anak-anaknya yang telah pun selamat sebagai asy-syuhadaa'.
Panggilan dibuat kepada tentera-tentera di pengkalan showground. Ah! Communication break down! Panggilan tak berjawab. Panggilan terputus. Akhirnya panggilan disahut suara serak (mungkin tentera tertidur semasa mengawal?).
"Cygma-alpha-lego-alpha-miu. Do you copy?" Liutenat Nodee tidak putus asa cuba menghubungi showground.
"Copy-copy," akhirnya suara Captain Ein kedengaran.
"Kami dah masuk radius pangkalan, tapi pangkalan tak jumpa.."Lt. Nodee dah bingung. Penat setelah ekspedisi GOR masih tersisa tapi kerja perlu diteruskan. Lt. Nodee kena menjadi pengintip dalam ekspedisi tersebut, keluar bersama orang-orang besar Malazi untuk meninjau apa maklumat terbaru di Malazi
"Patah balik sedikit mengikut jalan menuju check point Aey, kemudian pasti anda menemukan showground tempat kami mendirikan pangkalan," Captain Ein memberi arahan.
"Na'am. Copy. End"
"End"
Perjalanan malam itu sukar sekali, berbanding dengan ekspidisi pertama semasa Liutenant Nodee dan Captain Ein mengeksplorasi kem Alaok, iaitu tempat training tentera yang bakal berjuang di jalan Allah. Ini kerana ditakdirkan Allah, tiba-tiba Liutenant Nodee membuat keputusan untuk mengambil jalan mengikut Route Melba bukan Route Hadnooram seperti ekspedisi pertama. Akibatnya perjalanan malam itu menyelusuri rimba yang penuh binatan buas* dan exotic, subhanallah, dan pokok-pokok tinggi menjulang. Mungkin Allah sengaja utk meninggikan tahap tawakal dan mengajak team ekspidisi yang menghantar Ummu Nidal II ke showground supaya lebih banyak bertahmid, bertasbih mengingati Allah.
Sebelum memulakan perjalanan pilot, Captain Ramka mengimamkan solat isyak dengan bacaan surah Alam Nasyrah, mengobarkan semangat tentera bahawa tiada waktu rehat, dan kena terus mengerjakan amal soleh. Captain Ramka selaku pilot, Liutenant Nodee bertanggungjawab meng"tracking" koordinasi kedudukan mereka, dan membaca peta. Khuatir sekiranya mereka masuk ke dalam kawasan musuh.
"Ah! Bingo. Alhamdulillah. Itu dia showground yang kita cari." Captain Ramka excited.
Kelihatan kelibat Ali, kereta kebal yang dihantar utk mengawasi ekspedisi tersebut, Ali diparkir bersebelahan kem-kem yang didirikan oleh team Captain Ein. Semoga usaha mereka menawan kem Alaok dan latihan tentera yang dijalankan dapat melahirkan next generation of Rantissi, Yassin, Yahya Aiyyash.. Ayatul Akhras, Darin.
Allahua'lam.

Subscribe to:
Posts (Atom)