Tuesday, June 20, 2006

..I AM FOR PALESTINE..
Are you with me?


“Ribuan anak Palestin diancam kebuluran.
Hulurkan bantuan kepada Aman Palestin Berhad di akaun Maybank: 562263010787.”
Jika anda ada menerima kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti ini, sebenarnya tidak ada apa yang perlu disangsikan mengenainya.
Malah menjadi kewajipan anda agar derma tersebut disumbangkan tanpa berlengah-lengah lagi.
Ini kerana Aman Palestin Berhad benar-benar wujud bagi memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai, malah semua bantuan tersebut telah dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin.
Sebuah banglo di Bandar Baru Bangi adalah manifestasi keprihatinan seorang korporat Islam yang membenarkan Aman Palestin menjadikan banglo tersebut sebagai ibu pejabatnya.
Mereka baru sahaja berpindah di situ walaupun Aman Palestin telah bergerak sebagai NGO sejak akhir 2004. Pada Januari lalu, ia berjaya didaftarkan sebagai satu yayasan bagi membantu rakyat Palestin secara lebih kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.
Malah ketika penulis menemui Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman, beliau baru sahaja pulang dari sebuah kem pelarian Palestin di Lebanon bagi menyampaikan bantuan RM150,000 yang terkumpul bulan lalu serta menyelia beberapa projek kebajikan dan kemanusiaan yang dianjurkan oleh Aman Palestin di sana.
Sejak tahun 2005 hingga kini, Aman Palestin menyumbang RM500,000 kepada rakyat Palestin hasil kutipan daripada orang ramai.
Aman Palestin, menurut Abdullah Zaik, ialah satu sekretariat yang dibentuk khusus oleh rakyat negara ini bagi menangani secara terus masalah Palestin berdasarkan tiga isu yang utama.
“Pertamanya faktor kemanusiaan kerana apa yang berlaku di Palestin merupakan satu perlanggaran hak asasi manusia yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah kemanusiaan. Malah ia berlaku pada saat manusia dikatakan semakin moden dan tahu erti nilai nyawa dan kemanusiaan,” katanya. Terlalu banyak kemalangan jiwa dan harta benda berlaku di wilayah itu sehingga hampir 400 kampung dihancurkan oleh rejim Israel. Mereka bertindak meruntuhkan kediaman milik rakyat Palestin dengan penghuni masih berada di dalamnya.
“Namun yang paling menyayat tentulah nyawa rakyat Palestin itu sendiri. Dalam serangan baru-baru ini satu keluarga rakyat Palestin yang sedang berkelah di tepi pantai hancur berkecai seluruh tubuh badan mereka akibat diserang dari sebuah kapal marin Israel. Hanya seorang anak perempuan keluarga itu yang terselamat.
“Yang lain termasuk ibu bapa, malah adiknya yang masih bayi, turut terkorban. Tidakkah sasaran tembakan seharusnya kepada tentera musuh? Tetapi mengapa orang awam turut menjadi sasaran?” katanya.
Disebabkan tidak mahu menjadi mangsa kekejaman seperti inilah kira-kira 6 juta rakyat Palestin kini menjadi pelarian dan hidup dalam suasana yang penuh dengan kedaifan di kem-kem pelarian.
Di kem-kem pelarian tersebut hidup, rakyat Palestin tidak ubah seperti anai-anai membina busut. Mereka membina rumah berlapis-lapis, daripada setingkat kepada bertingkat-tingkat tetapi bukan rumah dalam erti kata yang sebenar.
Selain itu, Aman Palestin ditubuhkan kerana persaudaraan sesama Islam. Apa yang berlaku di Palestin seharusnya turut ‘dideritai’ bersama oleh rakyat Malaysia kerana tidak ada apa yang membezakan antara rakyat negara ini dan mereka. Rakyat Malaysia dan penduduk Palestin menyembah Tuhan yang sama dan mengamalkan ajaran Islam yang sama.
“Tetapi apalah maknanya semua ini sehingga menyebabkan rakyat Palestin terpaksa merayu-rayu meminta bantuan, sedangkan kita di sini hanya sekadar menonton dan tidak melakukan apa-apa untuk meringankan bebanan mereka. Jadi di manakah persaudaraan Islam kita yang sebenarnya?” katanya.
Abdullah Zaik berkata, Aman Palestin juga menetapkan matlamat membebaskan Masjid Al Aqsa.
“Selama mana kita mahu membiarkan kiblat pertama umat Islam, tempat berlakunya Peristiwa Besar Israk dan Mikraj, Kota Islam Ketiga Terbesar dan Negeri Kenabian ini terlepas ke tangan Yahudi?
“Tidakkah kita mempunyai hubungan sentimental dan spiritual yang kuat terhadap Masjid Al Aqsa yang strukturnya kini semakin goyah dan menanti saat sahaja untuk roboh dan runtuh berikutan usaha-usaha puak Yahudi membuat dan menggali berpuluh-puluh terowong bagi mencari apa yang mereka maksudkan sebagai Kuil Mount Temple atau Haykal Nabi Sulaiman itu,” katanya.
Atas kesedaran yang begitu tinggi Aman Palestin ditubuhkan dengan Penasihat utamanya pada masa itu bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yaacob dan dianggotai barisan sukarelawan yang begitu komited menjayakan pelbagai program membantu rakyat Palestin.
Pertubuhan itu kini mempunyai 15 petugas sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan profesion. Bagi melatih sukarelawan itu, Aman Palestin juga mengadakan kursus-kursus untuk mempersiapkan mereka dengan pengetahuan mengenai perkhidmatan sukarela.
Aman Palestin juga melancarkan program mengambil anak-anak yatim piatu Palestin sebagai anak angkat. Di bawah program yang mendapat sambutan positif ini, rakyat Malaysia boleh menyalurkan derma sebanyak RM130 sebulan untuk menaja kehidupan anak-anak Palestin.
Surat
“Setiap enam bulan kita akan menyampaikan tajaan itu kepada anak-anak angkat Palestin di kem-kem pelarian. Keluarga angkat di Malaysia boleh menghubungi kanak-kanak itu melalui surat,” katanya.
Menurut Abdullah Zaik, sumbangan berbentuk kewangan rakyat Malaysia sebenarnya amat sedikit berbanding jumlah derma yang dihulurkan oleh negara-negara Islam lain yang angkanya mencecah berbilion dolar Amerika.
Namun Palestin sangat mengharapkan agar rakyat Malaysia dapat membantu dari aspek teknologi dan lain-lain kepakaran dalam pelbagai bidang. Mereka menganggap Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan terkehadapan.
“Mereka mengharapkan agar kita dapat memberikan mereka ‘joran’ bagi membolehkan mereka tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan dan menguatkan lagi kedudukan dan kehidupan mereka.
“Justeru, jika ada kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama ingin berkongsi kepakaran dan kemahiran menerusi Aman Palestin, mereka boleh menyumbangkan bakti kepada pelarian-pelarian ini,” katanya.
Utusan Malaysia juga sempat menemui salah seorang daripada lapan jurulatih Aman Palestin iaitu Dr. Zainur Rashid Zainuddin. Beliau merupakan sukarelawan yang begitu komited dalam mengendalikan pelbagai misi Aman Palestin.
Walaupun bertugas di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) selain berkhidmat sebagai Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Seremban, Dr. Zainur sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengadakan road show dari satu negeri ke satu negeri yang lain, menulis buku dan melakukan pelbagai kajian mengenai isu Palestin.
“Walaupun saya belum berkesempatan untuk membantu rakyat Palestin itu di kem atau di tanah air mereka sendiri, namun tugas menyedarkan rakyat Malaysia mengenai isu Palestin ini merupakan satu tugas yang mencabar.
“Ini kerana ramai orang menganggap isu ini tidak lebih satu konflik Arab Israel yang berebutkan tanah semata-mata. Ia kononnya tidak ada kaitan dengan Islam, jauh sekali sehingga boleh menggugat akidah.
“Sedangkan jika isu ini tidak diketengahkan, mungkin ramai anak muda kita tidak mengetahuinya langsung,” jelasnya.
Menurut Dr. Zainur, respons orang ramai terhadap road show yang diadakan amat menggalakkan terutama dalam membangkitkan kesedaran tentang penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin.
“Mereka begitu terkejut dan tidak menyangka betapa isu Palestin sebenarnya soal maruah umat Islam di seluruh dunia. Perkara ini tidak dapat diceritakan oleh guru-guru di sekolah mahupun majikan-majikan, jadi Aman Palestin bertanggungjawab ‘mengajar’ isu Palestin supaya ia menjadi satu subjek pelajaran yang penting untuk rakyat negara ini,” katanya.
Aman Palestin, kata Dr. Zainur, mengadakan penerangan mengenai Palestin tanpa sebarang batas sempadan dan politik.
“Kami pergi kepada sesiapa sahaja, baik di peringkat sekolah, universiti dan mana-mana sektor pekerjaan, masjid mahupun surau bagi memastikan semua orang memahami isu sebenar di sebalik isu Palestin ini,” tambahnya.
Sehubungan itu, Abdullah Zaik berkata, umat Islam negara ini tidak harus berlengah lagi untuk membuat sumbangan.
“Sedikit atau banyak bukan soalnya, tetapi derma yang berterusan bukan sahaja menolong rakyat Palestin namun yang lebih penting kita menolong agama Allah. Jangan sampai semuanya sudah terlambat. Ketika itu menangis air mata darah sekalipun tidak akan berguna lagi kecuali Yahudi akan terus bermaharajalela,” katanya.
Senarai Misi Kebajikan dan Kemanusiaan Aman Palestin di Kem-kem Pelarian Palestin di sekitar Lubnan,Syria dan Jordan
1. Pembiayaan Anak-anak Yatim dan Projek Anak Angkat Yatim Palestin
2. Pembiayaan Ibu Tunggal
3. Bantuan Pelajaran
4. Projek Pusat Jahitan
5. Pembinaan Rumah Anak-anak Yatim Palestin
6. Projek Wakaf Palestin
7. Projek Hospital
8. Projek Bantuan Ubat-ubatan
9. Projek Korban Aidil Adha
10. Projek Bantuan Pakaian dan Beg Sekolah
11. Projek Berbuka Puasa Ramadan
12. Projek Pembinaan Pusat Al Quran
13. Projek Pembangunan Sekolah Untuk Anak-anak Pelarian dan Yatim Palestin
14. Wakaf Kenderaan Aman Palestin
15. Projek Pakaian Musim Sejuk
16. Wakaf Bangunan Aman Palestin

Saturday, June 17, 2006

Salam..di saat semua orang sibuk pulang ke kampung halaman..kawan,adik,akhawat seperjuanganku berada di hospital..doktor sahkan dia dijangkiti meningitis..doakan dia cepat sembuh,biiznillah..sedih sbb xdpt temankan dia kat hospital..sehari lepas kami semua tiba di Malaysia,dia dimasukkan ke hospital..banyakkan sabar wahai sahabat.. i'm sending my du'a to my dearest sister over there..moga cepat sembuh dan ceria slalu..sahabat2 yang lain.. doakan Allah mudahkan yang terbaik utk dia..moga cepat sembuh..insyaAllah..:|

Wednesday, June 14, 2006

Manchester - Doha - Kuala Lumpur

Depart from Manchester at 1000hrs arrived at Doha at 1800hrs. Pengalaman menarik naik Qatar Airways. Lagi best dari MAS. Alhamdulillah, berjaya berazam utk tak tgk screen yang kt depan seat. Hanya tgk utk tau kiblat dan pukul brape jek utk solat. Nekad utk habiskan pembacaan walaupun syahid separuh jalan.. :|

Masa kat Doha, bertembung dengan saudara2 yang baru balik umrah. Rindunya nak pegi Mekah lagi lepas 14 thn lalu pegi sane. Transit 4 jam pun best. Negara arab, announcement pun dalam arab. Pastu bila die translate dlm english, dapatla tangkap ape maksud die. Terus terblaja arab sket2. Warming up untuk KIBAR..:) Moga Allah mudahkan nak pegi.

Depart from Doha at 2235hrs arrived at KL at 1245hrs. Flight yang penuh dgn saudara2 yang baru blk umrah. Alhamdulillah, flight yg ni xde screen kt depan seat. Terpelihara dari perkara2 lagha. Something happened menyebabkan ana terpaksa tukar seat dan terduduk sblh sorg arab ni. Petroleum engineer nampak cam baya ayah ana. Peramah la pulak orang ni. Macam orang yang ade fikrah. Hm, banyakla die ajak discuss pasal islam. Hm, tapi diri ini yg agak kurang terer utk explain terms in english [kalau BM insyaAllah asda..:) ] menyebabkn ana byk diam and mengangguk dari berckp.
In the end, pakcik arab tu pusing ke blkg utk discuss dgn kakak2 ana di blkg. Mmg rancak dan seronok ana dgr. Dapat pengisian pulak sepjg perjlnn 7 jam dalam flight. Tapi apa yang mengetuk kepala, pakcik arab ni ckp..

why am i being so talkative now..it's because during the day of judgement, when Allah asks me, what i did when i sit beside u in this flight, have i been talking about islam with my sister? or i just sit down and keep quiet.

Hm, ana tergamam. Betul, kalau difikirkan peluang dakwah tu mmg ade je kt mane2. Tinggal kite nak bukak mulut je. Kan Nabi kate.."Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."
Setiap saat,minit,jam, hari dan waktu..Allah akan hitung apa amalan yang kite buat. Dah abis ke kita cerita pasal islam kat semua orang? Lepas dah tabur benih, kita jaga elok2, siram slalu dan tuaila pokok tu bile dah masak. Nabi dan para sahabat dulu bertungkus lumus sebarkn islam. Dah banyak contoh2 yang boleh kite tgk.

Teringat 'Utbah bin Nafi' yang bwk kuda die masuk laut lepas semua orang dah dgr pasal islam. Dia ckp.."Kalau ada lagi orang yang belum dgr pasal islam di seberang sane, nescaya aku akan bawa kudaku menyeberangi lautan ini utk aku sebarkn islam pada mereka."
Subahanallah, begitu skali pengorbanan para sahabat.

Pengalaman pulang ke Malaysia kali ni sgt2 berharga. Moga Allah mudahkan perjalanan di Malaysia nanti.

Thursday, June 08, 2006

"Kembara Identiti..Kita yg corakkan kembara kita...mari bina manusia...atas hubungan bersandarkan-Nya"


Abis exam je, terus terbang ke Ireland dgn akhawat2 seperjuangan..berkobar2 memulakan jaulah akhawat..bermulalah "kembara identiti" kami...



Tugas pertama..driver..hati rasa nervous+gembira..lama xdrive manual ni.Sewa keta kecik,dpt keta besar..(driver paling kecik,dpt keta paling besar..)..ya Allah,mudahkanlah perjalanan ini..=)



Jaulah bermula di pagi hari..9 kereta bergerak ke Cliff of Moher (tempat yg ala2 12 apostles kat bumi kangaroo tu..ehe,teringat jaulah kt sane..)..Perjalanan yang mencabar..setiap kereta ade tugasan masing2..hafazan,kisah sahabat..tp driver kene concentrate driving..co-driver memainkan peranan..dari motorway,masuk national road,terus ke jalan kampung2 yg kecik..byk truck besar2...alhamdulillah,Allah mudahkan perjalanan..



Sesampainya di Cliff of Moher..traffic jam!atas bukit securam 60 degrees..saya terstuck kat bukit tu dgn kereta akhawat ade 4 lagi kt blkg..ya Allah,mudahkanla nk control keta besar ni..jalan sket,stuck lagi..kesiannya akhawat kt blkg..huh..mencabar..alhamdulillah,dpt masuk gear yg btol dan smpi ke Cliff..jalan2 di Cliff..subhanallah,mmg cantik..



Lepas tu,kami bergerak ke Cribb River utk solat,pengisian n BBQ..usai solat..semua kene pk ape ayat Allah yang terdetik dalam hati sepanjang perjlnn sehari ni and cerita pada semua..




"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur,mereka seakan-akan satu seperti suatu barisan yang tersusun kukuh."(As-Saff:4)



Allah mudahkan perjalanan 9 kereta dalam satu barisan di hari pertama jaulah kami...betul,bila kerja secara jamaie,itu lebih mudah..bila satu kereta terlepas dari kumpulan..agak susah lebih2 lagi driver nye orang uk yg mmg xtahu jalan ireland..mulalah sesat di perjalanan..tapi sesat itu mmg satu tarbiyah juga..=) mase tula Allah test kesabaran kita..bila stuck kat bukit curam..Allah test kesabaran lagi..kembara ini mmg penuh dgn tarbiyah..bina kekuatan diri..


Bila berjalan2,teringat Allah cerita dalam surah Ar-Rahman..betapa banyak nikmat yang Allah bagi kat dunia ni.."Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Bila bertebaran di bumi Allah,betapa keciknya kita ni..tgk laut,tgk langit..terasa Allah banyak bagi kebaikan pada kita..kebaikan apa yang kita dah bagi balik pd Allah? =)


End of day 1



Mulakan hari kedua dgn segarnya..teruskan jalan ke Killarney..lagi jauh jalan arini..dalam kereta,tadabbur surah Furqan..



"Dan Dialah yang menjadikan malam untukmu sebagai pakaian, dan tidur untuk istirehat dan Dia menjadikan siang untuk bangkit berusaha.Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa kabar gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya..."(Al-Furqan:47-48)



Sampai di Mucross House..tgk waterfall,naik keta kuda..tadabbur surah As-Saff..



Hampir kpd penghujung kembara..refleksi diri sebelum pulang..muhasabah..

alhamdulillah,semua seronok dgn jaulah kali ni..membina tautan hati..memantapkan ukhuwwah..pengisian Ghazwul Fikr di hari sebelumnya membuka minda..kita mesti izzah sebagai muslim..lawan serangan2 pemikiran yang ada..tegakkan islam di bumi Allah..mmg Allah dah janji islam akan tertegak..kita akan rugi kalau tak berada dalam jalan ni..hadiah yg tak ternilai utk dapat redha Allah..janji yang mmg pasti...moga Allah thabatkan hati2 kita atas jalan-Nya..berakhirlah kembara identiti..tapi ukhuwwah ini kekal selamanya..



Refleksi:

-Bila Allah uji kesabaran..kita akan nmpk sejauh mana kita sabar..jadilah orang yang sabar..jangan jadi orang tidak sabar..=)
-Ukhuwwah..berlapang dada dgn saudara..terima seadanya..semua itu yang terbaik..moga dapat capai setinggi2 ukhuwwah..
-Motivation..boost up gear tinggi dalam bekerja setelah 2 minggu imtihan..kerja ikut putaran jam..=)