Friday, September 30, 2005

Salam ukhuwah fillah wal mahabbah... It's my 4th year of stay in Melbourne.. Sounds big? Huhu.. For orang2 kampung saya, mungkin ini suatu yang gempak lah...I can't even believe that I went through this far.. Alhamdulillah fi kulli haal... Tiada yang lebih best apabila mengenali Allah dengan lebih dekat... Benda lain kecik belaka.. Tahun ke 4 juge aku berpuasa kat obersee.... Bukan setakat pose ah, menjemput tetamuku Ramadhan! Ayo! Alhamdulillah Allah izinkan aku lagi, isnya-Allah utnuk berjumpa tetamu agung itu...


----------------------------------ANNOUNCEMENT---------------------------------------
Assalamualaikum,

The month of Ramadan is at our door. May Allah(SWT) gives us the ability and opportunity to make best use of the month.
InshaAllah we will have regular taraweeh prayer at our Musallah during the month.
Br.Hafiz Ahmed Abdullah has accepted our invitation to lead taraweeh prayer at Melb. Uni. InshaAllah he will recite the whole Quran in Taraweeh. So if you leave close by and interested to join the Jamat here at Melb uni., we will be more than happy to get you here.
We hope of having a big jamat at Melb.uni. May Allah(SWT) accept our intention and allow us to do better deeds in future.

MELBOURNE UNIVERSITY ISLAMIC SOCIETY (MUIS)


-------------------------------TAHARRAU LAILATAL QADR--------------------------------

Jadi.. orang2 kampung ku di Malaysia... Andai di bumi majoriti kafir ini masih ada laungan azan dan suara bacaan firman Allah di atmosfera... MEMALUKAN kalau di tanah air ada anak2 muda dok kat tepi longkang, just menunggu moreh* selepas semayang tarawikh....

Sedara mara ku di Malaysia.. Memalukan.. Andai di bumi penuh kufur ini masih ada manusia yang sanggup bangun di waktu pagi yang sejuk menuju ke masjid untuk solat subuh jemaah.. dan waktu malam untuk solat sunat tarawikh.. dan sepanjang hari dengan tilawah al quran... Kalau di tanah air.. Aku harap bukan setakat pak cik mak cik yang dah sampai usia aje kelihatan di rumah Allah...

---------------------------------------FIKIR ler-------------------------------------

*moreh = makanan percuma selepas solat sunat tarawikh di surau/masjid

Wednesday, September 28, 2005

Salam warahmatullah wamaghfiratuh....

Moga Allah thabatkan iman.. Moga Allah kurniakan kekuatan hati....

"Jangan jadi orang tidak sabar, terus bersabar, tetapkan bersabar"

Moga ngkorang yang baca blog ni terus bersabar.. Apehal kena bersabar?
Sebab dulu2....
Ana tak suka baca bahan2 ilmiah islam sangat.. tapi, letak sikit je perasaan bersabar tu (huhu.. kena baca..kena baca.. lagi skit je nak habis.. satu tahun satu buku je...) .. dengan sabar sedikit aje lagi... alhamdulillah... ana jadi orang yang sangat penyabar nak menghabiskan buku yang tebal2... walau ambil masa bertahun nak habis... mungkin tertido bersama buku itu, makan bersama buku itu... atau hilang buku sebab dibawa merata-rata... Karya Al Mawdudi Let Us bE Muslims was the first book that caught me to read it from cover to cover...

Sabar..... Sabor dalam loghat johor, Sabaq dalam loghat kedah.. Ape sahajalah...
Sabar... Susah nak jadi orang yang penyabar nih.. Lantaran itu, banyak kisah tentang sabar...

1. As sabru minal imaan
Sabar itu daripada iman... Seorang mukmin ditarbiyah dalam islam supaya membentuk keperibadiannya supaya tak bleh ikut suka ati dia je... Lalu firman Allah dalam Al Quran menyeru manusia supaya berpesan kepada kebenaran.. Sama pentingnya sepertimana berpesan kepada kesabaran..... (Surah Al ASr) Kenapa ye? Huhu.. biasanya, orang yang benar itu adalah orang yang mampu mengawal dirinya agar tak melampaui batas syariat.. Mereka adalah orang2 yang bersabar.. Masakan orang itu boleh jadi seorang yang haq kalau dia tak mampu nak bersabar...

2. As sabru minal awaal
Sabar itu pada permulaan... Ini hadith R nak asullallah.. Contoh nak kasi paham hadith nih... Kalau tiba2 kawan awak cepuk awak dengan beg tangan dia ke... mcam mana kita boleh react dengan BERSABAR:
ALternatif 1 : Cepuk dia balik ... then, baru tersedar lalu "sabar..sabar"
Alternatif 2 : Naik hangin haruk satu kampung, then urut dada dan kata "sabar".. "sabar"
Alternatif 3 : Terus "sabar..sabar"

Kalau ikut Rasulallah.. ALternatif 3 yang paling afdhal..... 2 alternatif lain tu menenggelamkan kita dalam perasaan marah terlebih dahulu.. Sah2 itu bukan lah sabar... Cam kesah Saidina Ali, masa suatu ghazwah (peperangan) dalam sirah, dia hunus pedang nak bunuh sorang tentera kafir Quraisy, lalu kafir tu ludah saidina Ali.. Tiba2 je.. Saidina Ali terus lari daripada orang tu.. Lalu kafir tu pelik aah.. Lalu dia kejar balik saidina Ali dan tanya "Apesal ko tak bunuh aku sedangkan tadi ko boleh aje nak hunus terus pedang tuh?" .. Lalu saidina Ali berkata, "pada awalnya aku nak bunuh kamu kerana Allah, kemudia ko ludah, lalu aku berasa marah, dan aku takut sekiranya aku bunuh kamu kerana perasaan marah"..Subhanallah.. Indahnya akhlaq islamiyah.... Lalu, lelaki kafir quraisy itu terus memeluk Islam...

3. Sabrun jameel
Sabar itu indah

4. Hadith jgn cita2 hadapi musuh..tapi kalau hadapi bersabar
Ada suatu hadith...
"Jangan kamu bercita-cita berhadapan dengan musuh, tapi kalau berhadapan, BERSABARLAH"

Wallahua'lam....
Moga aku lebih jadi penyabar pas nih.. Since dah tazkeer orang lain soh sabar.. Maka taklifnya ke atas diri ku terlebih dahulu..

Thursday, September 08, 2005

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa kami dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Nyawa dan badan kami serahkan



Sekali imbas.. cam pantun yang menggatal.. Ada di'quote' dalam citer P.Ramlee..

Dua kali imbas, cam pantun orang bercinta.. Kerana cinta sanggup berkorban..

Tiga kali imbas... baruku sedar.. Memang pantun orang bercinta...
Cinta dengan kekasih yang tiada tertanding kehebatannya...
Cinta Allah...
Bagi seorang mukmin... hidup dan matinya kerana Allah..
Kakinya tidak terikat oleh mana2 tanah..
Biarlah Melaka runtuh... tapi, asalkan Islam tegak kembali..
Islam runtuh di Melaka.. Islam akan didirikan pula di Jawa...
Sejarah membuktikan.. Kebangkitan Acheh, Demak dan Ternate setelah kejatuhan Melaka dek Portugis..
Bukan Melaka yang menjadi persoalan.. Tetapi Islam...

Kenapa Kesultanan Acheh dikutuk kemerosotannya.. Sejarawan berkata, kerana Acheh diperintah oleh raja2 Perempuan.. Perempuan tak pandai memerintah.... Kata mereka lagi..
Tetapi, kenapa lah agak2nya? Kenapa di Acheh tak cukup lelaki?
Kerana suaminya tak lekat di istana, keluar bersama tentera dan rakyat berjihad...
Semua lelaki ber"muslimin" ... Lalu syahid.. Isteri bangkit menyambut panji... Panji "la ilaha illallah" tak kan dibiarkan jatuh ke tanah!

Wallahua'lam..
I never knew that I was born in the land of jihad... Mulaqat....