Saturday, July 23, 2005

1. KAMPUNG KU KINI SUNYI

Mereka pergi... hari ni last, antar 2 orang terakhir kat airport... Kepada akhawatku sekalian.. Terima kasih kerana mengizinkan kami untuk mencari sumber pahala daripada ALlah.. Moga kita semua ikhlas.. Minta maaf atas segala kekurangan.. Yang pasti, ana akan merindui antunna semua... Dengan kerinduan yang amat mendalam... Selamat beramal di medan masing2... Ana tujukan Lagu klasik Musim Dingin kali ini...

2. KONTROVERSI KODOMO LION

Aduh.. Nickname pun boleh jadi isu... ;-) Bukanlah kerana Kodomo Lion adalah ubat gigi kegemaran ana.. kecik2 dulu ade aa... Ingat Muntalaq? Karya Syeikh Ar-Rasyid.. CIter pasal anak singa yang ditukar menjadi anak kijang? So, skang anak singa patut bertukar fitrah kepada yang asal.. iaitu menjadi singa.. Yang bijak memburu.. berani dan ganas.. Heeh... Kodomo bermaksud anak kecil dalam Bahasa Jepun..
Jadi tak ke Kodomo Lion tu cam Anak Singa? ;-P Semua jadi anak singa ye!

3. RESOLUSI SEMESTER BARU

Towards yang paling afdhal di sisi Allah.... Insya-Allah

Wednesday, July 20, 2005

Saya melangkah ke dalam satu bangunan, dengan kawan-kawan. Pergh, macam scene Big Brothers. (Ops, saya x pernah nengok rancangan tu, tp menurut apa yg kawan saya citer lah) ... Lelaki perempuan dok satu umah, bukan lah family member... setakat member aje... Cam adik beradik habis.. Si perempuan terjerit-jerit memanggil kawan serumahnya itu... Huuuu..... Si lelaki ke hulu-hilir tanpa segan silu.. Aku sangka si perempuan akan tunduk malu....Tapi.. Aduh! Aku pula yang rasa malu..

Di satu ruang dalam bangunan itu.. Ku lihat khutub kanah yang berdebu... Aduh, buku-buku ini ibarat harta karun terdampar di dasar lautan... Aku dan kawan-kawanku terus menyerbu menyelak helaian penuh kata-kata hikmah hasil pengalaman ulama' dan dhu'at terdahulu...

Di ruang itu, kosong.. Bergema suara yang jarang ku dengari di bumi ini.. Suara melaung memanggil insan menyungkur sujud ke bumi menyembah Ilahi.. Sayu dan syahdu hatiku.. Rupan-rupanya di tengah bangunan yang penuh kekalutan jiwa ini, masih terdapat jiwa yang masih mahu tunduk kepada Pencipta mereka...

Tapi.. mereka sedikit.. sangat sedikit....

Wahai kawan-kawanku... Nyatalah, tangan kita belum tercapai ke bangunan ini.. Dan mungkin ke bangunan yang lain lagi... Apatah lagi jajahan negeri lain... Dan kota metropolitan yang sibuk dengan manusia dan urusan duniawi...

Tangan kita tak tercapai ke sini lagi..

Masakan masih boleh kamu rasa selesa, lantaran bi'ah solehah yang kita bina dan duduk dalamnya... Janganlah jadi ahli ibdat yang bermain-main.. Kamu lontar hadith dan firman Allah itu dan ini... Tapi jangan biarkan lidahmu sahaja yang bergetar, tapi kaki tangan mu tidak tergugah melakukan itu dan ini.....

Allah... Allah.. . Berikan kami kebesaran jiwa.. Rasa bangga.. Izzah sebagai hambaMu... Tamayyuz... aku berbeza daripada mereka yang masih mengekori punggung makhlukMu... Tajarrud.. aku berlepas diri daripada apa-apa yang tidak Kau setuju....

Ku melangkah keluar daripada bangunan itu... Aku takkan tidur mulai malam itu...
Tidur fitrah akan ku layan... Tapi tidur iman, akan ku segarkan....

Wallahua'alam

Tuesday, July 19, 2005

MONOLOG II .. rindu kekabutan itu

dari kecoh-kecoh..
bumi ini semakin sunyi...
dari terkejar-kejar...
langkah semakin tenang..
tapi, aku rindukan ketenangan dulu..
tenang dalam kabut...
Kata Imam Ahmad, "aku takkan rehat selagi kaki ini tak langkah masuk syurga"
Aduh... Kaki ini langkah masuk bilik aje
Terdampar tidur..
Macam ikan paus terdampar di tepi pantai..
Tapi aku akan pastikan
Aku terdampar dengan sakit-sakit di badan
Lenguh-lenguh di kaki...
Huhu.. cam mustahil...
Sebab tak sempat lenguh, dah mengeluh
Aduh daie kecil...
Bila nak jadi daie rabbani...

Thursday, July 14, 2005

MONOLOG I

Di sudut hati kecil ini
Terasa sangat kecil
Ingin ku adukan tak tersuara
Tapi sebenarnya ada yang mendengar
Dialah... Yang Maha Mendengar
Sedangkan malaikat pun berkata..
"...tiada kami ketahui melainkan apa yang Engkau ajarkan"
Aku yang kerdil apatah lagi
Tandus ilmu dan pengalaman
Tanganku hanya dua,
kekadang tak mampu ku hulurkan kepada yang meminta
Sifat jahat masih beku di diri
Belum cair dengan sentuhan iman
Datang pula jiwa yang tawadhu'
Menghadapku untuk diusap
Sedangkan tanganku masih kasar
Tak mampu membelai
Aku kelu sendiri
Tak mampu menutur agar yang lain memahami
Apa yang tersemat di hati
Tapi Dia... Maha Mengetahui..
Mata memerhati tingkah ku
Telinga menadah tuturan ku
Mereka bersangka kepada ku
Sikit-sikit mampu aku firasati
Tapi ini adalah aku
Aku cuba untuk ubati
Penyakit dalam diri
Mereka bersangka, aku biarkan
Kalau ingin merubah, aku alukan
Tapi, Mana mungkin pesakit merawat pesakit...
tetapi Dia... Maha Penawar..
Dan... Dia Maha Penerima Taubat...
dan aku tidak bersangka buruk terhadapNya...

Wednesday, July 13, 2005

Alhamdulillah...ana selamat sampai di sini kembali...selamat kembali dr kembaraku bersama teman2ku..perkenalan ini sungguh indah walau sesaat kita bersama..jazakumullahu khair wahai teman2...kata2 yg bermakna kan ku ingat selalu..pengalaman ini sungguh manis..walau jauh di mata..hati2 kita tetap bersatu..sukar utk ku gambarkan dgn kata2..hanya Allah yg tahu..syukur padaNya..moga bertemu lagi wahai teman..rindu ini fillah..ukhuwwah ini fillah...uhibbukifillah abadan abada..=)

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria

Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu

Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa

Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan

Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya

Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya

-sweet performance 4rm my beloved akhawat..kan ku kenang slalu...dedicate 2 antunna as well..bertemu kita,berpisah kita..kerana Allah..=) -