It involves management of Integration, Scope, Time, Cost, Human Resource, Communication, Procurement, Risk, Quality & HSE
Sunday, April 24, 2005
Ini adalah pesan Abah.. Yang takkan ku lupa.. Bila setiap kali saya cerita tentang achievement dulu2...
"Do not live on your past glory"
Kengkadang.. kita sibuk mengimbau kenangan lama kita.. Saat2 gemilang hidup kita... Huhu, sedangkan masa lalu tak boleh dibeli lagi..
Tapi, masa lalu.. ataupun sejarah... sepatutnya jadi sumber untuk kita muhasabah diri.. Camne supaya yang baik tu, kita nak buat lebih baik.. Yang tak baik tu, kita cuba perbaiki...
Saya teringat Abah ku.. Jarang betul dia nak puji anak2nya.. Kalau dapat satu achievement.. Abah akan cakap, "Alah, orang lain dapat lagi bagus daripada tu.." Most of the motivation yang kami adik beradik dapat daripada Abah diungkap dalam bentuk yang negatif..
Pernah satu hari masa Form 5, balik umah dengan muka masam sebab rasa cam tak leh jawab soalan trial SPM, Abah tanye apesal.. Saya pun cakap ah.. "Test tadi cam susah sket.." Abah jawab, "Herm.. Bukannye suruh pegi cucuk tanam, suruh belajar aje.. there's no reason why you can say tak boleh buat" ataupun.. "Anak cina jual mee bleh dapat 16A1, apsal ko pulak tak bleh"
But that are the ways of how Abah is educating us.. And I miss that very much.. Teringat kata2 sape ntah tak ingat... "janganlah kamu kecil hati dengan sikapku yang keras ini, kerana aku dididik di jalan ini dengan cara sebegini"
Nak dikaitkan dengan isu sekarang... Dakwah, bukan benda mudah.. Nak berhadapan dengan orang yang belum dapat hidayah Allah.. Kerja asasi kita, nak bawa manusia kenal Allah...
Teringat cam abah kata tu.. "Bukannye suruh pegi cucuk tanam, suruh belajar aje.. there's no reason why you can say tak boleh buat"
Allah, akan memberitahu kita.. Allah dah membentangkan kita dengan khazanah bumi.. Semua dah diprovidekan utk kita... Tugas kita, laksanakan perintahNya.. There's no reason kenapa kita cakap kita tak bleh buat!
Kat akhirat, Allah takkan tanya "Kenapa kamu tak dapat membaikkan orang tu atau orang ni".. tetapi Allah akan tanya "kenapa kamu tak usaha betul2 untuk membaikkan orang tu atau orang ni".. Allah pandang usaha dan bukannya natijah.
Abah slalu cakap, "Kalu orang cina buat kerja, dia akan buat sungguh2 supaya anak cucu cicit dia tak kena maki hamun, contohnya cam orang cina buat bangunan, dia akan bina elok2 supaya anak cucu dia tak kena caci kalau bangunan tu rosak in the future".
Analogi yang bagus untuk tugas orang Islam.. Kita kena buat kerja sungguh2.. Supaya medan dakwah dan amal yang kita wariskan untuk anak cucu cicit kita tak de kelam kabut sangat.. Kalau tidak, in future.. Anak cucu kita kena hina kerana kesalahan yang diwariskan kepada mereka, yang tak sepmat diperbaiki....
Kita mungkin tak rasa kemenangan islam semasa kita hidup.. tetapi, semasa zaman generasi seterusnya lah kan...
Kesimpulan 1 : Medan dakwah memerlukan rijal2 yang hebat2
Kesimpulan 2 : Abah best ;)
Tuesday, April 19, 2005
Biar terpaksa bersembunyi
Biar sport rim terbang melayang
Biar letih tulang belakang
Biar kena kejar lampu biru
Biar cuak, mata kelabu
Biar duit kena telan
Biar lapar di tengah jalan
Biar Allah timbang perjuangan
Biar Allah beri balasan
Apabila kamu bertemu dengan suatu bangsa, ajarkan mereka "la ilaha illallah"
Kepada sahabat2ku.. Yang dekat yang jauh.. Di OZ, di Msia, di Eire, di UK, di Yaban (Jepun dalam Arab hehe..), di mana2 lah.. Semoga terus menyusun langkah.. Menapaki jalan menuju Allah... Jangan lupa kerja asasi kita.. Membawa manusia bersama-sama.. Mengikut jejak langkah junjungan Rasulallah... Semoga kita bertemu nanti.. di Jannah..insya-Allahu ta'ala....
Friday, April 08, 2005
Ku terus terbang ke seberang
Kembara ini kembara keduaku ke sini
Dengan satu niat, satu tujuan, satu perjuangan
Bersama sahabatku, mencari ilmu, mencari pengalaman
Tibalah aku di sini, di bumi D
Dua hari pertamaku di sini
Ku terjaga dengan usul itu
Islam itu lebih indah bila difahami sedalamnya
Supaya kita sentiasa berada di jalan-Nya
Hidup berpandukan Al-Quran dan Sunnah-Nya
Menolak segala yang bercanggah dengannya
Agar perjuangan kita diredhai-Nya
Dari ‘jambatan bola’ ku mara ke G
Menaiki bas menyusuri pekan2 kecil sepanjang perjalanan
Syukur 3 sahabat lain ada bersama
Berkongsi cerita bersama seorang sahabat
Betapa gembira hati ini bila diikat di jalan-Nya
Kini segalanya difikir dari sudut berbeza
Fikiran untuk Islam, bekerja untuk Islam!
Tiba saja di G, lembaran terus ku buka
Sayonara jahiliyah pembuka bicara
Mari kita mara!tinggalkan zaman silam kita!
Fahami fikrah Islam kita, fahami Addeen kita
Kitalah rijal Islam!
Inilah tanggungjawab kita!
Selamatkan!gerakkan dakwah kita!
Kembaraku diteruskan lagi
Menaiki coach ke daerah kecil bernama C
Bertemu sahabat lain, yg masih belum berjuang!
Ku hanya mendengar dari jauh
Hati ini ingin sekali menentangnya
Kerana ku yakin apa yg ku tahu bknlah spt itu
Tapi apa kan daya, Allah lebih mengetahui
Tatkala aku melangkahkan kakiku ke daerah itu
Ku rasakan spt ditampar hebat
Hatiku sayu, langkahku lemah
Mengapakah terjadi seperti itu
Ku rasakan perjuanganku masih panjang
Tanggungjawabku semakin berat
Tapi apakan daya
Diri ini masih belum kuat utk mengubahnya
Maafkan diriku, aku terpaksa tinggalkan daerah itu segera
Bukan pentingkan diri, bukan terasa hati
Tapi aku pergi utk mengumpul kekuatan
Jika diizinkan Allah, aku akan kembali lagi
Tatkala ini, hanya doa yg mampu ku pohon
Ya Allah, bukakanlah pintu hati hamba2-Mu
Agar kembali..berjuang di jalan-Mu
Hari esok, aku akan kembali
Kembali berjuang di tempatku
Kembali dgn satu harapan, satu misi
Satu perjuangan!
Ku pohon agar aku tsabat di perjuangan ini
Dengan keredhaan-Mu
Wallahu a'lam
Manusia ada satu benda yang dalam badan dia... Yang tak diketahui lokasinya.. Di mana, kalau ada something wrong ngan benda tuh, abes la something wrong otak dia.. something wrong seluruh badan dia jugak...
Ape lah payah2 nak describe guna ayat sendiri... Ada hadith, Rasulallah cakap, "ketahuilah dalam jasad manusia ada seketul daging. Kalau baik daging tu maka baiklah seluruh jasad, tapi kalau rosak daging tu maka rosaklah seluruh jasad"
Jeng jeng.. Jom berteka-teki...
Apakah daging itu....??
Heheh....
H.A.T.I
Adakah hati itu "liver"? Kalau dalam English, orang cakap "heart" .. Ait, jantung lah pulok... Adakah "qalb" itu sejenis organ manusia?
Adeh..deh.. Boleh tanya budak2 medic... Doktor ke..
Ape pasal kalau kita rasa marah giler (uish, tak baik guna perkataan giler ni.. kang jadi doa, gila betul2 kang.. patut ler ana ni gila2.. Nauzubillah)... Ulang balik, ape pasal apabila kita rasa marah sungguh, kita rasa our chest area yang sakit? Ape pasal apabila kita rasa sedih sangat, kita rasa our chest area jugak yang sakit?
Kenapa kah bukan otak kita yang terasa perit, bukan ker kat otak yang mentafsir segala benda...
Uhuk..Uhuk...
Berbalik pada hadith tu.. Kalau rosak hati, rosak lah orangnye... Tapi, kenapa orang lebih suka jaga badan, daripada jaga hati?
Nak membelai hati, nak didik hati, nak ambil hati... Sangatlah sukar.. Tapi nak melukakan hati.. Mudah aje...
Ini adalah kisah benar.
Ade sorang laki nih, kita namakan dia Encik A (bukan nama sebenar). Dia ni sangat jahat, subhanallah, Allah aje yang tahu. Suka berzina, minum arak, judi.. Jahat lah kesimpulannya... Oleh keran terlalu banyak kemungkaran yang dia buat, ahli keluarga Encik A sangat benci pada dia. Adalah sorang Pak cik ni... Kita namakan Pak Cik B (bukan nama sebenar), Pak Cik B merupakan salah seorang realtif kepada Encik A. Pak Cik B seorang yang beriman dan bertaqwa, alim dan wara'. Sangat penyabar. Merupakan seorang daie yang baik juga. Pak Cik B pun approach Encik A slowly, mengajak Encik A supaya mengenali hakikat kehidupan yang sebenar... Iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah. Pak Cik B perlahan-lahan menyedarkan Encik A, bahawa dunia memang indah tetapi hanyalah sementara. Encik A keras kepala, membantah dan memekakkan telinga. Pak Cik B terus tabah dan sabar melayan karenah. Katanya, Kalau hidup tanpa Islam, pasti akan merosakkan jiwa, akhirat juga jadi sengsara.
Sehinggalah suatu hari...
Encik A, diketuk pintu hatinya... Hidayah Allah menjenguk jendela jiwanya.. Encik A, menyambut ketukan pintu itu.. Taufiq Allah menjengah dirinya. Encik A, berubah menjadi lelaki yang soleh. Barakah usaha Pak Cik B, teringat kata Nabi Muhammad SAW, sesiapa yang berusaha sehingga seseorang itu mendapat hidayah Allah, maka itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.
Pada suatu hari, Allah takdirkan, Pak Cik B jatuh sakit lantaran usianya yang telah tua. Satu hari di hospital, tempat Pak Cik B terlantar, semua ahli keluarga datang menziarah. Termasuklah Encik A yang dah berubah jadi soleh tu. Tapi, selama ni family member yang lain tak sedar akan perubahan Encik A. Mereka memang anti habis lah ngan Encik A sebab kejahatan dia di masa lampau.
Jadi, masa Encik A datang ziarah jugak, ada sorang mamat C (bukan nama sebenar) yang merupakan salah seorang ahli keluarga terus datang melulu ke arah Encik A dan menyepak dengan brutal muka Encik A sehingga berdarah hidungnya dan bibir juga menitiskan darah(exaggerate ni..). Mamat C kata, "Kau si pembuat maksiat, tak layak nak berada bersama-sama ahli keluarga ni, pergi nyah kau dari sini!!!" Encik A sangat terkejut, sangat terkilan dan sedih.. Kerana dia telah berubah pun jadi orang baik...malah lebih baik daripada Mamat C. Encik A, terus berubah. Dia berlari keluar dari wad hospital... Dan berubah menjadi dirinya yang dahulu.. Kembali melakukan kemungkaran seperti dahulu.
Tu kisah betul.
Betapa sukar nak merubah... Betapa senang nak menghancur..
"Rabba laa tuzigh qulubana, ba'daiz hadaitana wa hablana min ladun karahmah"
Peliharalah hati kita.. Hati kawan2 kita.. Hati ahli keluarga kita..
Wallahua'lam
Wednesday, April 06, 2005
Cuti easter ku pun bermula,
Ku mulakan per‘cuti’anku di M
Merentasi lautan ilmu, mengatur strategi
Kitalah daie, kitalah rijal, kitalah mujahid dan mujahidah Islam!
Usai sudah 2 hari bertanam
Ku teruskan perjalananku ke W
Betapa ku terpegun dgn keramahan dan smgt sahabat baruku
Inilah ukhuwwah fillah yang diberkati
Kami bersama menuntut ilmu
Belajar cara mengubah dunia yang kini dipegang oleh umat kuffar
Ayuh sahabatku yang sudah memahami!bangunlah!
Mari kita tegakkan Islam di bumi ini!
Moga tsabat di jalan ini demi mencari keredhaan Ilahi
Berlalulah 3 hari di situ,
Ku kembali sebentar ku bumi S
Petangnya ku teruskan perjalanan ke daerah lain
Ku rasakan spt ada tanggungjawab di situ
Untuk berkongsi kefahaman dan mengetuk hati2 sahabatku
Sambutan mesra mendahului kedatangan kami
Program yang singkat memberi laluan untuk kami memulakan langkah seterusnya
Walaupun aku tidak berpeluang, sahabatku yang lain pantas bertindak
Hati sahabat2 diketuk pintunya
Mencungkil sejauh mana kefahaman mereka
Inilah sejarah kita!inilah peranan kita!
Perjuangan kita masih jauh lagi
Bukan setakat di lembaran ilmu sihir
Tapi bumi dahagakan semaian benih Islam
Benih yang akan mencambahkan tanaman yang subur
Supaya Islam tertegak kembali
Telah Allah janjikan, Islam bakal tertegak juga satu hari nanti
Tidakkah kita ingin menjadi mujahid dan mujahidah yg menaikkannya?
Segalanya terletak pada usaha kita!
Ku lihat masa depan di situ sungguh cerah
Ada segelintir yang memahami, yang mahu bersama kami
Kami bersyukur ya Allah, peluang ini takkan kami siakan
Akan kami teruskan langkah yang sudah bermula
Kami takkan berpaling! Akan kami siram tanaman di situ sentiasa
Supaya mereka memahami dan sedar utk bergerak dgn izin-Mu
Monday, April 04, 2005
Ramai yg masih leka dgn dunia
Dunia yang hanya menjadi tpt persinggahan
Yang Allah pinjamkan pd kita utk sementara
Diri ini hanyalah seorang insan kerdil
Yang satu masa dahulu turut sama leka dgn bayangan dunia
Tapi akhirnya ku bersyukur pada-Mu ya Allah,
Kau berikanku peluang utk merasai kemanisan nikmat-Mu
Telah kuucapkan selamat tinggal pd zaman silamku
Ayuh!aku akan bangun semula!
Di sini langkahku bermula, di bumi ini..
Walau ku tercampak jauh di sini
Tapi ku rasakan apa yg kucari telah kutemui
Bersama sahabat seperjuanganku..
Ukhuwwah yg kutemui di sini sungguh manis
Ayuh sahabat2ku!mari kita ubah dunia ini!
Bersama menegakkan syahadah yang haq di bumi Allah ini!
Walau sebanyak mana pun bilangan kita
Walau kita hanya seorang sahaja
Kita jangan menoleh lagi!jangan berpatah lagi!
Inilah jalan kita!inilah perniagaan kita!
Untung ruginya hanya Allah yang tahu
Hanya keredhaan-Nya yang kita cari
Kita hanya mampu berusaha hingga ke akhirnya
Teruskan perjuangan sahabatku!
“Wahai orang-orang yang beriman!Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yan pedih?(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.” (61:10-11)
Sunday, April 03, 2005
Lame betul tak update.. Ehe.. Patutnya, kalu ana tak update, ni tugas Laili untuk update kan.. Kih kih...
My easter break ends today... Tomorrow school starts already.. =( Astaghfirullah, patutnya senyum lah kan... Bermaksud, sekolah bermula, kita dapat belajar... belajar ilmu yang dapat membina ummat Islam jugak.. Insya-Allah... =) Ok , mulakan hidup ceria...
Baru balik dari Sunshine State.. Bandar yang terbina di atas 7 bukit... Sukanya saya... Sampai tertinggal hati kat sana... Jasad balik Melb... Dah lama sket, baru hati terbang balik kat Melb bila tengok muka sisters yang dirindui....
7 hari kat sana.. Banyak pengalaman baru yang ditimba.. Ilmu yang tak dapat diperoleh melalui buku.. Atau lectures.... Ukhuwah / persaudaraan... Yang sangat tak ternilai..
Walau sahabat di sana terasa bahawa ana banyak memberi.. Ana rasa ana lebih banyak menerima... Tautan hati yang selama ini berkala-kala, kini menghunjam ke hulu hati... Indah betul apabila friendship for the sake of Allah..!! Friendship tu terlalu kecil perkataannya... Sisterhood... =) Lagi best!
Jalan2 kat banyak tempat... Sume tempat kat Brissy cantik.. Tapi, yang lebih cantik dan molek adalah orang2nya.. Especially, orang2 yang berada dalam kembara yang sama seperti diri tuan hamba..
Thanks for the wonderful ukhuwah.. Powerful words, although I know that you did not mean to give me any advice, but every single thing you've said, really meaningful! What you give, you get back.. I get more :D
Thank you very much.. Sebab rela diheret ke hulu ke hilir oleh saya dan bodyguard Mar kuasa dua.. ehe..
Dunia untuk cari keredhaan Allah.. tiada sempadan...
Sharing experience and thoughts with you... Sangat2 best... Tak terungkap dek kata2... Tak mampu dipelajari oleh orang2 yang berkawan kerana dasar dunia.... Kita berkawan kerana Allah...
Tisya, Mas2ra, Rabit a.k.a Freedom Fighter, "Mak Busu", Fuzzly Logic, Leen, Salwa, Nadia QUT, Fatin, Kak Ros, Kak Sue, Kak Asma ... waaa.. going to miss all of you lah..
Fawathiqillahumma rabitotaha...