
VERSUS

Katak vs Rama2
Sape lagi cantek?
Ramai orang will say the butterfly lah... OBVIOUSLY..... Kalo katak tu tau, sure dia kecik ati...
These 2 pictures, I got them from 2 differnt sites... Satu site pasal Frogs and Toads Lovers... Orang2 yang suka sangat ngan katak dan kodok... Satu lagi daripada Butterflies Lovers.. Iaitu orang2 yang minat sangat ngan rama2...
So, it is always not right to generalise everything that we see.. Lumrah manusia, we tend to look at beauty at one side.. See, we may say butterfly is beautiful and katak is ugly.. But, when I went through the website, I was quite surprised of how those people adore and love katak very much....
Kalu orang2 perempuan Cina zaman raja berdinasti dulu2, bagi mereka "beauty is pain" ... Diorang sanggup bengkung kaki sejak kecil dan pakai kasut ketat supaya saiz kaki kecil (to potray that they don't have to do a lot of walking, anak orang kaya, they just sit aroung lah)... Kerana, kaki besar hanya dimiliki oleh golongan hamba dan orang suruhan...
Bagi orang2 Afrika kat sebelah mana ntah, wanita berleher panjang, lagi panjang lagi cantek... So, derang pakai gelung2 logam kat leher, untuk jadikan leher lebih jinjang..
The main point is, kecantikan itu terletak pada orang yang melihatnya..
Bagi generasi beriman, rugilah kalau fizikal menjadi penentu utk kita menyukai sesuatu.. Kerana ia tak kekal dan sentiasa berubah... Even manusia, every 120 days, sel2 akan mati dan terbentuknya sel2 baru.. THat means, the Hidayah that you saw 120 days ago is no longer the same like Hidayah that you see today...
Bagi mukmin, kat mana terletaknya kecantikan?
Al Hujuraat [13] Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Al Mulk [2] Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Ingat tak kisah, syaitan disingkirkan dari syurga kerana enggan tunduk kepada Nabi adam Alaihissalam.. Ini kerana syaitan terasa dia lebih hebat kerana dia dijadikan oleh ALlah daripada API sedangkan Adam, TANAH... Tetapi, syaitan telah lupa hakikat bahawasanya Allah memandang entiti spritual dan bukannya fizikal... Lantas kerana terasa gah dengan kehebatan fizikalnya, Allah memberi penghinaan yang besar kepada syaitan...
Kalau kita merasakan bahawa kecantikan itu dari jasad.. Maka berlumbalah manusia memperelokkan tubuhnya... Maka laku lah produk2 kosmetik Loreal, Maybelline, Gucci, Versace semata2 nak menempel jasad yang terasa kurang cantik tanpa kehadiran produk2 mahal dan berwarna-warni tu...
Sedangkan... Allah memandang.. ketaqwaan dan iman... Mari kita pandang, apa yang ALlah pandang... Mari kita perelokkan, apa yang Allah pandang....
P/S : tapi that doesn't mean kena jadi selekeh dan selebet... Kebersihan, kekemasan.. Islam anjurkan jua! Bercantik tak salah tapi janganlah berlebihan dalam hal yang mubah.
CUBA TENGOK BALIK GAMBAR KATAK TU, CANTIK TAK?
P/s : Thanks to Kak Idah for teaching me how to post up pics in the blog :D