Tuesday, September 02, 2008

Ramadhan datang lagi.
Saya nak mintak maaf zahir dan batin kepada semua insan di atas muka bumi ini, andai ada tersalah silap moga dimaafkan.
Kerana kita pun sama2 mengejar keampunan Allah.. Amalan maaf memaafkan ini sangat2 lah digalakkan..
Teringat Surah An Nur ayat 22... Allah berfirman, "....dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang"
Moga Ramadhan kali ini lebih baik..dan moga dapat manfaat lailatul qadr..

Saturday, August 09, 2008

Petikan dari UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Forum kontroversi ‘Memeluk Islam’ anjuran Majlis Peguam yang diteruskan juga hari ini ditamatkan kira-kira pukul 10 pagi iaitu tiga jam lebih awal daripada jadual bagi mengelakkan kejadian tidak diingini ketika bantahan keras daripada pelbagai pihak semakin memuncak.
Forum yang bermula pukul 8.45 pagi di ibu pejabat Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar di sini, pada awalnya berlangsung dalam suasana tenang dengan sesi pertama melibatkan tiga wakil keluarga bukan Islam dengan penuh emosi menceritakan ‘penderitaan’ mereka.
Dua daripada wakil berkenaan sambil menangis teresak-esak menceritakan masalah yang timbul apabila bapa mereka memeluk Islam dan mengabaikan tanggungjawab memberikan nafkah kepada keluarga.
Wakil ketiga yang merupakan wanita Jerman yang mengaku tidak percaya kepada mana-mana agama melahirkan rasa kesal kerana mendakwa dua lelaki Islam yang pernah dinikahi tidak bertanggungjawab apabila menceraikannya dan mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga tiga anak mereka.

....boleh rujuk akhbar UTUSAN MALAYSIA untuk berita penuh

Apabila membaca berita ini, rasa kecewa dan kesal menyerang benak fikiran dan jiwa saya. Sudah tentu untuk seorang insan yang waras, sama ada muslim atau tidak, akan berasa terkilan apabila berlaku konflik di dalam keluarga.

Maka dengan itu, kita lihat kisah murtad seperti Hasnah Burges berulang. Hasnah murtad kerana bapanya seorang pemabuk yang selalu menzalimi ibunya dan ahli keluarganya. Lalu, Hasnah berkata dia mendapat "ketenangan" dan "kebahagiaan" di dalam agama Kristian.

Kisah seperti wanita Jerman di atas turut mengetuk hati naluri insan yang sensitif & berperikemanusian, sama ada muslim atau tidak. Siapa yang tidak akan rasa terkilan sekiranya suami tidak bertanggungjawab?

Persoalannya, ini menunjukkan kegagalan seorang Muslim, dan bukannya kegagalan agama Islam.
Kisah di atas menceritakan kegagalan seorang Muslim menjalani kehidupan yang bergaris pandukan Islam.
Ia kisah kegagalan dalam mendirikan rumahtangga yang berasaskan aqidah Islam.
Ia kisah kegagalan dalam membina keluarga yang bertujuan sebagai ibadah kepada Allah.
Ia kisah kegagalan masyarakat Muslim yang gagal menunjukkan qudwah kepada masyarakat bukan Muslim, bahawa Islam adalah agama yang adil, berperikemanusian, lengkap, syumul, kamil dan mutakamil.

Percayalah, forum yang dianjurkan Majlis Peguam ini bukanlah yang terakhir yang akan diadakan di Malaysia ini, ia hanya akan jadi pencetus kepada pelbagai forum yang lebih banyak selepas ini. Malah sebelum ini pun telah ada pelbagai forum secara "underground". Kita akan dapati, kita akan gagal dalam cubaan untuk "membisukan" masyarakat bukan Islam yang pernah teraniaya oleh seorang Muslim. Kita akan gagal dalam cubaan untuk "membutakan mata" masyarakat bukan Islam yang pernah melihat tatasusila dan akhlak buruk seorang Muslim. Kita akan gagal "memekakkan telinga" masyarkat bukan Islam yang pernah mendengar berita yang negatif terhadap Islam.

Siapa yang perlu disalahkan apabila Islam digembar-gemburkan sebagai suatu agama yang jahat, ketinggalan zaman, mengarut dan lain-lain tohmahan?
Mereka mungkin....
1. Orang kafir yang memusuhi Islam (walau tahu kebenaran Islam)
2. Orang kafir yang memusuhi Islam (kerana tidak pernah tahu tentang kebenaran Islam)
3. Orang Islam sendiri (yang gagal menunjukkan kebenaran Islam)
4. You name who...

Di Malaysia sendiri...
1. Siapakah yang menjuarai lumba motor haram, penagih dadah, budaya lepak, dan pelbagai lagi kes jenayah? --> orang Melayu, yang pasti rata-ratanya orang Islam.

2. Siapakah yang memenuhi dada akbar tentang kes konflik rumahtangga? Perceraian, penderaan anak dan isteri, gagal menunaikan nafkah. Yang digembar-gemburkan, tentulah orang Melayu yang pasti rata-ratanya orang Islam.

3. Siapakah yang lemah dalam bidang ilmu, terjebak dalam kemiskinan dan kemelaratan? Merekalah orang Melayu, yang pasti rata-ratanya orang Islam. Pernah suatu hari, ketika jabatan tempat kerja saya mengadakan "community service" di sebuah rumah orang tua, yang rata-ratanya ibu-ibu serta bapa-bapa orang Melayu (rata-ratanya Islam)... Namun begitu, penderma-penderma kepada rumah orang tua itu majoriti adalah kaum Cina (yang kebanyakannya beragama Buddha).

4. dan banyak lagi

Masalah ini, hanyalah dapat diselesaikan, sekiranya KESEMUA ataupun sekurang-kurangnya MAJORITI daripada masyarakat Islam kembali beriman dan beramal soleh, berpegang kepada Al Quran dan Sunnah secara sebenar-benarnya, menunjukkan kemampuan Islam dalam melaksanakan segenap bidang kehidupan, bergaul dengan akhlak yang baik dan melaksanakan dakwah.

Kita akan dapati, secara automatik,
masyarakat bukan Islam akan "buta", "pekak" dan "bisu" terhadap segala tohmahan dan celaan terhadap Islam. Kita akan dapati sedikit demi sedikit, hingga berbondong-bondong orang bukan Islam memeluk Islam.. Dan sekurang-kurangnya, yang tidak memeluk Islam, tidak akan memusuhi malah menghormati agama ini.

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman diantara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan merobah (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang yang fasik. (QS. 24:55)

Uhuh.. tapi, lebih senang cakap dari buat kan..

Total Muslim World Population is 1.84 billion in year 2007.
Total Muslim Population in Malaysia is 15.399 million in year 2006 (which is about 59% of total of population of Malaysia)
Ref: http://www.islamicpopulation.com/asia_general.html

How many from the 1.84 billion Muslims really practice Islam?
Moga Allah terus memberikan kita semua taufiq dan hidayahNya untuk beramal dengan Islam dengan ikhlas dan taat, dan menjadi asbab kepada hidayah Allah.

Allahua'lam

Dua puluh sen sahaja..

Monday, July 28, 2008

Assalamualaikum...
Sedikit perkongsian, moga bermanfaat. (Peringatan yang lebih besar untuk diri sendiri).

Dipetik daripada “Problem & Solusi Kaderisasi – Halaqah menjawab masalah” (Musykilaat wa Hulul fi Haqlid-diraasat” oleh Abdul Hamid Al-Bilali.


Mementingkan Kegiatan Jasmani Atas Ruhani

Identifikasi
Tersibuknya para daie dengan persoalan-persoalan dakwah bisa mengalahkan perhatiannya terhadap aspek ubudiah (ruhaniah). Kesan yg timbul adalah sedikitnya amalan2 sunnah, solat yg ditunaikan dalam suasana ketergesaan, lemahnya kekhusyukan, tidak cukup memiliki waktu untuk membaca wirid dan zikir setelah solat fardu, dan sebagainya.

Indikasi
Terburu2 dalma menunaikan solat.
Tidak betah [senang] duduk utk berzikir setelah selesai solat fardhu.
Kurangnya solat malam atau bahkan meninggalkannya.
Tidak membaca al-Quran, kalau pun membaca, sangat sedikit.
Tidak banyak membaca buku tentang keimanan.
Sangat jarang melakukan ziarah kubur.
Tidak banyak berpartisipasi dalam kegiatan2 ubudiah.
Tidak banyak membincangkan persoalan2 keimanan, sementara itu mereka byk mendiskusikan persoalan2 dakwah.
Banyak melakukan perdebatan yg merugikan.
Sangat fanatik terhadap pandangan atau pendapat tertentu.

Latarbelakang
Tidak mengetahui skala prioritas amal.
Tabiat keperibadiannya yg mmg seperti itu serta kecintaannya yg lebih pada pergerakan.
Jamaah lebih memerhatikan aspek2 gerakan daripada aspek2 ruhani.
Adanya perasaan harus mencapai target tahapan tertentu dakwah, bisa serupa ‘bertambahnya jumlah anggota dan pendukung dakwah’.
Terlalu tergesa ingin memetik hasil.
Target gerakan dakwah disusun, tetapi tidak demikian dengan target2 ubudiah.
Adanya kompetisi yg tidak seimbang di antara sesama anggota atau aktivis dalam merekrut anggota.
Tidak mengetahui secara mendalam bahaya2 pengabaian aspek2 tarbiyyah imaniah
Adanya kompetisi dari jamaah2 lain, baik yg islami mahupun bukan, dalam hal perekrutan anggota, atau persoalan2 keanggotaan yg bersifat administratif.
Pengaruh para tokoh di mana pada diri mereka tertanam sifat2 di atas.
Sedikitnya waktu yg tersedia utk saling menasihati antara sesama anggota jamaah serta sering adanya perubahan keanggotaan halaqah atau semisalnya.
Tidak melaksanakan kewajipan berukhuwwah atau lemah aplikasinya.
Keragaman karekter antara sesama anggota.
Perbezaan fokus dalam bergerak di arena dakwah serta perbezaan kesepakatan dalam amal dakwah.
Terlalu mencintai kepentingan dan maslahat yg bersifat duniawi sementara kagum dengan penampilan serta bentuk luar anggota lain serta tidak mengaitkan ukhuwwah dengan Allah.
Keringnya tabiat seseorang dan tidak mengetahui metode2 penaklukan hati.
Tidak adanya titik-temu antara unsur2 keimanan yg ada dlm jamaah.

Penyelesaian
Meningkatkan skala partisipasi para anggota jamaah dalam amal jamaie, juga memperpanjang masa saling kenal dan mempengaruhi di antara mereka.
Memberikan perhatian khusus pada aspek ukhuwwah sebelum pekerjaan yg bersifat administratif.
Pemusatan perhatian pada aspek ukhuwwah dalam manhaj dakwah.
Menterjemahkan nilai2 teoretis ukhuwwah ke dalam alam praktis dan nyata guna menguatkan rasa saling cinta di antara sesama anggota.
Selalu mengikat aturan2 administratif kejamaahan dengan kaedah2 keimanan dan ukhuwwah sehingga ia tidak mengalahkan nilai2 keimanan dan ukhuwwah tersebut.
Memilih seorang penanggungjawab yg berkemampuan (capable) di mana tugas utama awalnya adalah utk menggabungkan antara pelbagai hal yg ada serta menyebarkan ruh ukhuwwah di antara mereka. Hal ini persis dengan peranan yg dimainkan oleh Rasulullah saw di saat memasuki dan kemudian mendiami Madinah.
Saling memberi hadiah di antara sesama anggota bisa menguatkan ikatan ukhuwwah di antara mereka.
Memasukkan sebahagian unsur keimanan ke tengah mereka agar ruh imaniyah ini menyebar di antara mereka.

Wallahul musta’an.

Saturday, July 19, 2008

JEMPUTAN KE MAJLIS AQIQAH
SI MUJAHIDAH KECIL,
AUNI INSYIRAH BT MUHAMMAD LUKMAN AL HAKIM
(baru ummi perasan, panjang nye nama anak ummi, sian la nak tulis nama kat kertas exam nanti..hehe)
Dengan rendah diri dan suka citanya, kami
Muhammad Lukman Al Hakim bin Muhammad
dan
Norhidayah binti Ismail
menjemput sekalian ikhwah akhawat
ke majlis aqiqah mujahidah pertama kami
Tarikh: 27 Julai 2008, Ahad
Tempat: Surau Kampung 8, Taman Kesidang Seksyen 3, Melaka
Tentatif:
7.30 p.m - Solat maghrib berjemaah
7.45 p.m - Tazkirah
8.30 p.m - Solat isyak berjemaah
8.45 p.m - Jamuan makan
Semoga dengan kehadiran dan doa kalian, meluaskan lagi rahmat Allah dan mengeratkan lagi ukhuwah.



Gambar 1: Auni Insyirah, 1 month 4 days (14 Julai 2008)
Gambar 2: Auni Insyirah, Day 2 (11 Jun 2008)
Gambar 3: Auni Insyirah, Day 1 (10 Jun 2008)


Solehah nye anak ummi.. kecit2 dah pandai pakai tudung.. hehe.. Senyum lebar pula tu.. Lagi satu pulak, gambar rambut "punk".. Uhuh... Tak pe lah, tu baru lepas mandi masa kat hospital sebelum discharge.. hehe.. Ahlan mujahidah kecil ku.. Moga kehadiranmu mampu mengubah dunia.. (Currently Insyirah is staring at me.. tengok Ummi dia update blog.. hehe)..
Oke la... ni gambar2 untuk mak cik2 sume :-) Doakan Insyirah ye, moga jadi anak yang solehah.. taat pada Allah dan Rasul








Monday, July 14, 2008

Mengimbau catatan kehidupan pada Ahad, April 22, 2007

MERANGKA AKTIVITI DAKWAH

MISSION ORIENTED vs. PROGRAM ORIENTED

Dalam kita menyusun langkah untuk membawa manusia ke jalan Allah, menyeru mereka kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran, kita mempunyai wasilah-wasilah tertentu, yang mana setiap wasilah tersebut ada objektif yang tertentu.
Para dhu’at patut nye kena memahami, bahawa meng’conduct’ program bukanlah sesuatu yang “kena buat!!” Tetapi, sesuatu program itu diadakan, sekiranya ada keperluan untuk dibuat.
Bukanlah kerana saban tahun kita ada jaulah sebagai acara tahunan, maka dengan itu, kita menjadikan jaulah itu sebagai tradisi.. Tetapi,kena sentiasa faham, bahawa objektif kita bukan untuk “mengekalkan tradisi”, tetapi adalah untuk mengislahkan manusia.
Berlaku konflik kadang2 kepada para dhu’at, yang mempunyai “minda persatuan/organisasi”, yang sehingga menyebabkan aktiviti-aktiviti dakwah menjadi “program oriented” dan bukannya “mission oriented”. Contohnya, kadang-kadang, sibuk mengadakan aktiviti program anak angkat di kampong-kampong pedalaman. Insya-Allah, dapat pahala besar untuk mengadakan aktiviti kebajikan tersebut, namun ada sesuatu yang lebih priority. Cth program anak angkat tadi, menelan kos yang besar, tenaga yang banyak, consume masa utk rancang dan laksanakan, sedangkan mungkin dari segi hasil, kurang produktif, unless ada proses follow up yang berkesan. Biasanya program sebegini, lepas tamat sahaja program anak angkat, aktivitis islam akan mula sibuk dengan kerja-kerjanya yang lain, kampong itu terabai semula.
Kadang2 juga, para dhu’at terlalu sibuk dengan teknikaliti program. Terlalu rigid dengan masa, terlalu ambil berat tentang soal kenderaan, soal tempat penginapan best atau tidak, terlalu rigid tentang flow of program, kadang2 objektif tak tercapai. Cth katakana ada 2 sesi ceramah pada waktu pagi, rupa2nya, audience tak berapa faham dengan ceramah 1, lalu kita tak ambil kira, oleh kerana nak stick kepada tentative, kita sambung buat ceramah 2, padahal audience mungkin masih terpinga-pinga. Mengapa tidak, slot ceramah 2 dibuat bengkel? Untuk memastikan input yang kita beri pada audience dihadam dengan betul.
Memang betul, perlu berdisiplin, dan teratur serta terancang. Tetapi, at the same time, dlm perancangan sesuatu program perlu sedikit sebanyak ada few degrees of flexibility. Keadaan audience dalam program akan berubah-ubah, jadi, kita mahu stick to the audience, not stick to the tentative. (Tapi, please don’t salah faham ye, perlu punctual, organized as well as possible, it is just about flexibility).

MUJAHADAH SEHINGGA PENAT vs. JIHAD YANG MUNTIJ

Jika mahu berjihad, berjihadlah secara muntij, iaitu kalau ada jalan untuk mencapai objektif secara optimum, tetapi menggunakan source yang minima, itu adalah lebih baik. Kerja dakwah kita perlu terancang, bukan untuk rancang supaya program-program kita nampak “grand”.
Satu analogi, bayangkan 10 kampong, setiap kampung ada 100 orang kanak-kanak buta huruf. Anda merupakan seorang cikgu bahasa (be it cikgu TESL dari Plymouth ke, dari McQuarie ke.. dari Brisbane ke hehe).
METHOD 1:
Jadi, adakah anda akan pergi ke setiap kampong, dan mengajar 100 orang kanak2 pada setiap hari. Cth, hari Isnin utk Kampung A, hari Selasa utk Kampung B….utk mengajar 100 org setiap hari? Hehe.. by the time hari ke 11, orang Kampung A dah lupa balik ape yang anda ajar :P Sebab tak de follow up.
METHOD 2:
Ana memilih, 1-2 orang pelajar paling cerdas untuk setiap kampong. Anda ajar mereka ABC habis2an, Then anda buat kursus intensif membaca, menulis, mengira. Anda buat kelas tambahan sampai mereka pandai, lalu, anda pun suruh 1-2 orang pelajar dari setiap kampong untuk pulang ke kampong masing2, untuk mengajar 5-6 orang rakan2 mereka, sampai pandai. Dan jumlah akan bertambah secara janjang arithmetic, ataupun boleh jadi seperti janjang geometri J
METHOD 1 memang Nampak cam mujahadah yang sangat all-out, setiap hari bertemu ramai orang untuk ditarbiyah. Namun hasilnya tak seberapa… Kita bermujahadah bukan untuk mendapat penat, tetapi untuk berusaha mendapatkan hasil terbaik. Rasullah pun suruh kita aim for husnul khatimah.

SEORANG YANG PALING BERPOTENSI vs. POTENSI-POTENSI RAMAI ORANG YANG DISATUKAN

Mengimbau seerah Rasulallah SAW, baginda merupakan orang yang paling hebat, paling akrab dengan Allah, akhlak paling mulia, paling cerdas dan cergas, mujahadahnya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana manusia. Namun, mengapa dia meng’distribute’ tugas2 dakwah kepada para sahabat yang telah masuk Islam? Kenapa tidak Rasulallah sendiri2 je buat kerja dakwah? Lalu, Rasulallah bersama generasi sahabat mengubah corak dunia mengikut Al Quran dan Sunnah, kerana keikhlasan mereka, dan juga kerana dakwah yang tersusun. Melaksanakan amal jamaie, dan berdisiplin. Tidak melakukan secara individual, walau Mus’ab dihantar keseorangan ke Madinah, tetapi dia mewakili Rasulallah dan para sahabat utk tajmik dan tarbiyah di Madinah, bukan sbg individu baik yang bekerja dakwah sorang2.
Abu Dzar seorang sahabat yang hebat, tetapi apabila berdakwah terang2 di depan Kaabah dia dibelasah. Lalu Rasulallah suruh dia pulang ke kampong nya tanah Ghiffar, dan berdakwah di situ. Lalu, dalam masa beberapa bulan, subhanallah Abu Dzar berjaya mengislamkan seluruh penduduk kampungnya. Lihatlah, tak semua medan sesuai dengan semua orang, setiap orang ada tempat masing-masing untuk dia menggunakan potensi yang ada pada dirinya.
Banyak para daie yang memang peribadi-peribadi yang hebat, tapi dia hebat sorang2 dia je.. kehebatan dia tidak diwariskan atau tidak dapat dialirkan kepada orang2 lain…
Kalau kita kat David Beckham merupakan orang yang paling hebat main bola sepak, tapi kalau David Beckham seorang lawan dengan pasukan bola sepak Melaka, agak2 sapa menang. It is about teamwork, that will make things work!

ADAB-ADAB SERTA MARHALAH MELAKSANAKAN PROGRAM

Tahu objektif – define objektif, then baru define the program
- Perhatikan langkah bermula
- Perancangan yang teliti, bykkan berbincang
- Doa yang penuh harap kepada Allah – 2:186
- tawakal – kpd Allah dikembalikan segala urusan
- 3:200 – sabar + perkuatkan sabar, bersiap sedia, taqwa
- Hadith: sebaik2 urusan adalah yg pertengahan (not too unmotivated, not too ambitious sampai x realistic)
- Memperhatikan setiap langkah perjalanan dakwah/program
- sentiasa ingat tentang matlamat.
- Jaga hubungan dengan Allah – Al Quran, zikir, solat sunnat, qiyam
- 2:44-45 – kenapa ajak manusia kpd kebaikan sdgkan lupakan diri sendiri
- 73:6-7 – qiyam sumber kekuatan
- 2:201 – doa mohon kebaikan / amal diterima Allah
- Jaga akhlak pergaulan dgn rakan dhu’at
- 18:28 – bersabar sesame rakan dhu’at, jgn terikut dunia
- 61:4 – berjuang dgn tersusun
- 26:215-217 – tawadhu’, hormat sesama rakan dhu’at – nakibah jgn berlagak ngan anak2 usrah
- Jaga pergaulan dengan mad’u
- 26:164– jgn harapkan balasan
- Maintain atmosphere/bi’ah yg soleh – 2:42 – x campur aduk haq/batil
- Aspek qudwah
- Muhasabah, syura, istisyarah
- 3:159-160 - syura + tawakal
- Kalau objektif tercapai, apa yang perlu dibuat selepas itu? Kalau tak
tercapai, apa tindakan?
- Mutaba’ah/follow up
- Muhasabah

Allahua’lam bithawwab. Saya mohon ampun dan maaf atas salah silap saya kepada sekalian manusia

“..dan pada amal manusia itu, apa yang pertama dihitung Allah, adalah keikhlasannya”

Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Hud: 88)
---------------------------------
I almost forgot that I wrote this.
Thank you Allah for reminding me,
as I hope not to become one who left the goods who he used to do..
"wahai orang-orang yang beriman, mengapakah engkau mengatakan sesuatu yang tidak engkau perbuat..." (Surah As Saff)

"Allah telah mengetahui bahwa engkau
tidak dapat menerima nasihat yang hanya berupa kata-kata,
karena itulah Allah merasakan kepadamu rasa pahitnya (berupa musibah) untuk memudahkanmu cara meninggalkannya"
(Syeikh Ibnu 'Athoillah).

Wednesday, July 02, 2008

Semua Makhluk Berhajat Kepada Allah

Satu potongan daripada hadith qudsi..

"Wahai sekalian hambaKu, kamu semua adalah sesat kecuali orang yang Aku berikan hidayah. Oleh itu pohonlah hidayah daripadaKu, nescaya Aku berikan hidayah kepadamu.
Wahai sekalian hambaKu, kamu semua kelaparan kecuali orang yang Aku beri makan. Oleh itu pohonlah makanan daripadaKu, nescaya Aku beri kamu makan.
Wahai sekalian hambaKu, kamu semua bertelanjang kecuali orang yang Aku berikan pakaian. Oleh itu pohonlah pakaian daripadaKu, nescaya Aku bagi kamu pakaian.
Wahai sekalian hambaKu, kamu melakukan kesalahan pada waktu malam dan siang. Aku mengampunkan semua dosa. Oleh itu pohonlah keampunanKu, nescaya Aku ampunkan kamu."


Bila saya terbaca hadith ini dalam Hadith Ke 24, Kitab Imam Ibn Rajab, Himpunan Ilmu & Hikmah, tiba-tiba rasa cam kena tampar *dush *dush...

Sebab apa? Kekadang, kita ni suka terlepas pandang.. Bila lapar, jeng* jeng* makanan dah ada depan mata.. kawan belanja.. restoran merata-rata.. Jadi kekadang, terlupa bahawa makanan itu datang dari Allah.. dan yang paling teruk, kadang kita lupa nak minta pada Allah.. sebaliknya kita lebih banyak meminta kepada makhluk..

Bab pakaian juga.. tiap-tiap hari kita buka almari ada baju tersidai siap untuk dipakai.. cuba imagine, pada satu hari kita buka almari tengok-tengok sehelai baju kita pun tak de.. tak ke naya tu.. kena gi keje pakai pyjamas pulak.. Hmm.. sekali lagi, betapa kita mudah lupa pakaian kita ni Allah yang sediakan...

Itu sebab indahnya Islam.. dalam setiap apa yang kita buat, ada doa yang Rasulallah anjurkan... Doa makan, doa pakai baju, doa tengok cermin, doa masuk tandas, doa etc..etc... Supaya dalam setiap ketika, kita bertawajjuh kepada Allah (mendedikasikan diri kepada Allah).. Citer pasal doa, hari Khamis lepas saya shopping on-line kat Saba Islamic Media, cari VCD yang bermanfaat untuk Insyirah.. ade satu tu VCD ajar budak2 pasal doa.. heeh.. nampak gayanya Ummu Insyirah pun may benefit from that CD as banyak je doa yang kite blum hafal..huhu...

:-) Yang paling tersentuh bab hadith tadi, pasal hidayah Allah... moga Allah sentiasa beri kita petunjuk untuk membuat sesuatu yang betul...
allahua'lam...

Tuesday, July 01, 2008

Surah Al-Insyirah

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.
1. (Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?
2. Dan Kami telah ringankan bebananmu.
3. Yang telah memberatkan belakangmu.
4. Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).
5. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
6. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
7. Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu, maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu.


Surah ini diturunkan selepas Surah ad-Duha, seolah-olah merupakan surah yang menyempurnakannya. Dalam surah ini terdapat naungan kasih mesra dan semangat bermunajat dengan orang kesayangannya. Dalam surah ini juga disebut gejala-gejala dan peristiwa-peristiwa yang membuktikan Inayah dan perhatian Ilahi terhadap RasuI-Nya, juga disebut berita gembira yang menjamin kesenangan dan kelapangan, dan disampaikan bimbingan untuk mencapai rahsia kesenangan dan tali hubungan yang kukuh dengan Allah 'Azzawajalla.

1. "(Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu? 2. Dan Kami ringankan bebananmu. 3. Yang telah memberatkan belakangmu. 4. Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).

Ayat-ayat ini menyarankan bahawa jiwa Rasulullah s.a.w. sedang mengalami kesulitan dan kesusahan dalam usaha menyebarkan da'wah yang ditugaskan kepadanya dan dalam menghadapi berbagai-bagai halangan, rintangan dan tipu daya di jalan da'wah. Dadanya penuh sebak dengan kerungsingan-kerungsingan memikul tugas da'wah yang berat itu dan merasa betapa perlunya kepada pertolongan, bantuan dan bekalan semangat daripada Allah. Kemudian berlakulah munajat yang manis dan bisikan yang mesra:
1. "(Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?" Yakni bukankah Kami telah bukakan dadamu untuk memikul tugas da'wah ini dan Kami berikan kemudahan-kemudahan kepadamu untuk melaksanakannya? Bukankah Kami telah jadikan tugas da'wah itu satu tugas yang amat disukai hatimu? dan Kami licinkan jalan-jalannya untukmu serta Kami terangi jalan-jalan itu hingga engkau dapat melihat penghabisannya yang bahagia. Wahai Muhammad periksalah dadamu, tidakkah engkau dapati di lubuknya perasaan senang dan lapang hati, perasaan terang-benderang oleh nur iman? Pulihkan kembali kecapan citarasa dari kurniaan-Ku ini di dalam perasaanmu dan jawablah: Tidakkah dengan kecapannya yang citarasa itu melapangkan hatimu dari segala kesusahan, merehatkan dirimu dari segala kepenatan, memberikanmu perasaan senang dalam menghadapi setiap kesukaran dan perasaan rela terhadap segala penafian?
2. "Dan Kami telah ringankan bebananmu."
3. "Yang telah memberatkan belakangmu."
Yakni Kami telah ringankan bebanan da'wah yang amat berat itu dengan melapangkan hatimu, dan dengan memberi taufik dan kemudahan kepadamu untuk melaksanakan da'wah, dan dengan menurunkan wahyu kepadamu untuk menerangkan hakikat-hakikat yang sebenar dan untuk menolongmu menyerap ke dalam jiwa manusia dengan cara yang lemah-lembut. Tidakkah engkau dapati semuanya itu ketika menanggung beban yang telah memberatkan belakangmu? Tidakkah kini engkau dapati beban itu telah menjadi ringan setelah Kami lapangkan dadamu?
4. "Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat). Yakni Kami angkatkan namamu di kalangan para Malikat al-mala'ul a'la, Kami angkatkannya di bumi dan di seluruh 'alam buana dan kerana itulah Kami gandingkan namamu dengan nama Allah setiap kali bibir manusia menyebut Laa ilaa ha illal laah, Muhammadar rasuu lullaah. Tidak ada lagi darjah yang setinggi dan semulia ini, itulah satu-satunya darjah yang hanya dicapai oleh Rasulullah s.a.w. di antara seluruh isi 'alam. Kami telah angkatkan namamu di dalam Lauh Mahfuz ketika Allah memutuskan supaya namamu disebut pada setiap zaman dengan ucapan doa, selawat dan taslim dan dengan perasaan kasih-sayang yang mendalam.Kami telah angkatkan namamu yang telah terikat dengan agama Allah yang luhur ini, kerana pemilihanmu untuk menyampaikan agama ini merupakan satu pengangkatan nama yang paling tinggi yang belum pernah dicapai oleh seseorang pun di 'alam buana ini baik sebelummu atau selepasmu. Oleh itu kesusahan, kepenatan dan keletihan tidak mempunyai tempat lagi dibandingkan dengan pengurniaan Allah yang besar yang boleh menghapuskan segala penderitaan itu. Walaupun begitu, namun Allah terus berlemah-lembut dengan Rasul kesayangan-Nya yang terpilih itu dan terus menghibur dan menenangkan hatinya di samping menerangkan rahsia kesenangan yang tidak terpisah darinya. Kerana:
5. "Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan. 6. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan." Kesukaran dan kesusahan tidak sunyi dari kesenangan dan kemudahan yang menemanimu di mana-mana sahaja. Apabila bebanan da'wah menjadi sebegitu berat, Kami lapangkan dadamu lalu bebanan yang memberatkan belakangmu itu menjadi ringan. Kesenangan sentiasa menemani kesusahan untuk meringankan tekanan dan keberatannya. Ini adalah satu hakikat yang diyakinkan dan kerana itu ia disebut berulang-ulang kali dengan ungkapan yang sama. 5. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan. 6. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.
Pengulangan ayat ini menunjukkan Rasulullah s.a.w. benar-benar berada dalam kesulitan dan kesukaran yang memerlu kepada pengamatan dan peringatan ini, memerlukan kenangan kepada gejala-gejala Inayah Allah ini, memerlukan kepada penayangan tempat-tempat Ri'ayah Allah ini, dan memerlukan kepada penegasan dengan segala cara penegasan yang seperti ini. Tidak syak lagi bahawa urusan da'wah yang telah memberatkan penanggungan hati Nabi Muhammad s.a.w. sebegini rupa adalah satu urusan yang amat besar.

Kemudian datang pula arahan Ilahi supaya ia mencari sebab-sebab yang boleh melahirkan kelapangan dan kesenangan hati dan mencari tempat simpanan bekal untuk menempuh perjalanan da'wah yang jauh dan sukar.
7. "Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatanmu, maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu."
Selepas kesulitan ialah kesenangan. Oleh itu gunakanlah punca-punca kesenangan dan kemudahan itu. Yakni jika engkau telah selesai dari urusan-urusanmu dengan orang ramai dan dari urusan-urusan kehidupan, maka hadapilah dengan seluruh hatimu kepada kegiatan-kegiatan yang lain yang wajar dilakukan dengan susah payah dan penat jerih, iaitu kegiatan ibadat dan bertawajjuh kepada Allah:
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu.
Tumpukan seluruh perhatian dan minat kepada Tuhanmu semata-mata dan kosongkan hatimu dari segala sesuatu termasuk urusan orang ramai yang engkau da'wahkan mereka. Sudah tentu engkau memerlukan bekalan dan senjata. Di sinilah engkau akan mendapat bekalan untuk menempuh jalan da'wah, di sinilah engkau akan mendapat alat-alat senjata untuk kelengkapan berjihad. Di sinilah engkau akan menemui kesenangan dan kemudahan setiap kali engkau menempuh kesulitan dan kesukaran. Inilah jalan perjuangan da'wah.

Surah ini berakhir sama seperti berakhirnya Surah ad-Duha. meninggalkan dalam hati dua perasaan yang bercampur-aduk, iaitu perasaan betapa besarnya kasih mesra Allah terhadap kesayangan-Nya Rasulullah s.a.w. dan perasaan betapa besarnya timbangrasa dan belas-kasihan-Nya terhadap Rasulullah s.a.w. dan kita sendiri seolah-olah merasa bagaimana perasaan kesulitan yang sedang berkecamuk di dalam hati Rasulullah s.a.w. pada waktu itu yang benar-benar memerlukan kepada kasih mesra Ilahi. Itulah da'wah. Itulah amanah dan tugas yang amat berat, namun demikian ia tetap merupakan tempat pancaran dan tempat turunnya nur Ilahi. Ia merupakan tali hubungan yang menyambung fana' dengan baqa' dan 'alam dengan wujud.
Tafsir Fi Zilalil Quran
Asy Syaheed Syed Qutub

Tuesday, June 17, 2008

Hari yang bersejarah...

Hari Sabtu 7 Jun:
Abati ada lawan bola sepak kat UPM... Malangnye, Abati dengan pasukan PEMBINA Melaka telah kalah.. heheh.. Tapi, alhamdulillah Kampung Lapan Boyz (wakil KRIM Melaka), menang menjuarai pertandingan bola sepak tu.. Ummi tumpang bangga sebab Ummi orang Kampung Lapan.. heheh.. Ummi ikut pi KL sekali, siap nak gi jalan ngan Acik Hasni cari buku.. Tapi Abati tak kasi sebab takut Insyirah terkeluar tengah jalan..

Hari Ahad 8 Jun:
Hari ini hari mengemas rumah... Abati re-arrange barang2 Insyirah dalam bilik.. Pastu beli barang rumah kat JJ, sebab dah lama sangat tak refill stock rumah.. Bila balik dari JJ... Ummi dah start ada show.. O-oo... Mula ingat nak pergi hospital the next day je... Tapi mcm makin byk.. So pegi hospital buat check up... Dah buka 1 cm... Huhu... Tapi doktor suruh balik dulu sebab Insyirah belum engange betul2 lagi..

Hari Isnin 9 Jun:
Huhu.... Pegi visit hospital lagi.. Pagi tu, dah 2 cm.. Doktor suruh balik lagi... Petang doktor suruh datang lagi.. Baru 2 ++ cm tak sampai 3 cm pun.. Ayaa.. Doktor suruh balik dulu lagi.. Aaa.. Anti klimaks la.. Lambat nye Insyirah nak keluar....

Hari Selasa 10 Jun:
Pagi tu datang check.. dah 3 cm.... Hemm.. Doktor suggest supaya induce.. Sebab lambat sangat.. Ummi pulak tak pandai nak kira contraction camne.. Hehe.. sebab memang tak rasa sakit apa2... Baik betul Insyirah tak susahkan Ummi..
1.00 p.m - admit to labour room
1.15 p.m - pecahkan water bag
1.30 p.m - start drip kan pectosin (betul ke eja nih .. ni ubat untuk induce labour) .. Ummi lunch.. hospital kasi bubur je.. Ummi lapar lagi.. Nasib baik Nenek hantar lauk lagi.. Ummi makan 2nd round.. Tapi mid-wife marah, "Awak makan nasi, nanti susah nak beranak tau..."
2.00 p.m - Ummi pasang kat handphone surah favourite Insyirah masa Ummi pregnant.. Surah Al Insan dan Surah Al Fath... (Kalau Insyirah dok ganas2 dalam perut Ummi, pasang 2 surah ni, mesti dia dok baik2.. hehe..)
3.00 p.m - Abati revise hafazan Juzuk 29 sebelah Ummi.. Ummi nak control macho tak nak ambil sebarang bius ke, oxygen + nitrus dioxide ke... nak take it natural way... Nak tahan sakit lah secara sendirian berhad lah konon...
3.30 p.m - Erm.. dah rasa sakit-sakit.. Masih control macho..
3.45 p.m - heheh.. Dah tepuk2 Abati.. soh panggil nurse... nak mintak gas kebas.. hehehe....
4.00 p.m - makin sakit... semakin sakit...
4.45 p.m - semakin sakit.. Abati gi solat dulu.. Ummi terkapai-kapai sakit sorang-sorang.. Abati pesan suruh zikir + selawat banyak2
5.30 p.m - Doktor datang visit... dia check2 dah 7cm.. Dia decide.. nak soh Ummi deliver pukul 9.00 p.m... Ummi tengok jam, dah rasa cam nak pengsan kalu kena tunggu sampai pukul 9.00 p.m...
6.00 ++ p.m - Mid-wife kasi suggestion pada doktor.. dia kata kepala Insyirah macam dah effaced... So, dia suggest deliver je sekarang.. Ummi lega sikit dengar...So Ummi pun start push... Abati cam coach pemain bola sepak kasi moral support kat depan Ummi.. hehe... Mengalahkan suara doktor.. Thank you Abati!
7.07 p.m - dipendekkan citer.. Insyirah pun keluar.. As soon lepas Abati azankan & iqamatkan... Azan maghrib pula... Hehe.. Insyirah lama sikit nak kuar... sampai heart beat from 120++ turun jadi 90++, doktor kata Insyirah dah penat.. Ummi kena push juga betul2.. Sedih Ummi dengar Insyirah dah penat.. terus semangat kuat balik! Mid-wife kata, patut la lama Insyirah nak kuar, muka dia mengadap atas.. Tak sabar nak tengok muka Ummi + Abati kot.. hehe :-)

Alhamdulillah a'la kulli haal... Lega nya bila tengok Insyirah diletakkan atas Ummi... panas je.. nangis kuat betul.. hehe.. boleh jadi komando kawad Kumpulan Fatayat kat skolah nanti ye...

Teringat firman Allah....
Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia...

Semoga kehadiran si mujahidah kecil ini, akan terus menguatkan lagi semangat dakwah, kasih sayang antara Ummi dan Abati, dan yang penting, menguatkan lagi pergantungan kita kepada Allah SWT, dan hanya bergantung harap kepadaNya di saat tiada siapa yang boleh membantu...

Her name is....

Auni Insyirah... Maksudnya:
Auni - Kegembiraanku, kelembutanku, ketenanganku
Insyirah - Kelapangan
Abati siap tanya ustaz-ustaz, betul tak grammer... Hehe...


Jazakumullahukhair kepada semua...

Kepada yang menghantar SMS, tapi Ummi tak sempat nak balas saatu persatu..

Kepada yang datang berziarah... moga Allah membalas.. Ada hadith,
"When a man goes to visit his sick Muslim brother, he walks along a path of Paradise until he sits, and when he sits he is cloaked with mercy. If he comes in the morning, 70,000 angles pray for him until evening, and if he comes in the evening, 70,000 angels pray for him until morning" - At-Tirmithi, Ibn Majah, Ahmad

Kepada yang mendoakan, dari jauh, dari dekat, melalui SMS, melalui phone calls.. jazakumullah..


Insyirah admitted to hospital..

15 Jun.. Nenek bawa Insyirah jalan2 kat depan rumah nenek waktu pagi... Pastu, jiran nenek yang kerja nurse kata, Insyirah macam jaundice.. Dia advise suruh bawa gi sepital.. Bila bawa gi hospital, darah Insyirah kena amek.. Sian dia, nangis.. Tapi anak Ummi memang kuat, kejap je nangis...Insya-Allah, esok Insyirah akan kuar hospital (18 Jun)... Ummi dan Abati tak sabo.. tiap2 hari dtg visit.. Sampai Ummi kena marah sebab orang dalam pantang banyak berjalan..

Susu Ibu Susu Terbaik...

Terima kasih Acik Usu, Acik Nana, Acik Zunidah yang sangat supportive tentang isu ini.. jazakumullahukhair... Kepada Acik Ulfa, Acik Ima Perth, Acik Malia.. moga bersedia dari awal isu ini.. agar tak terkial-kial cam Ummi.. hehehe

Doa Ummi + Abati untuk Insyirah


Moga Auni Insyirah jadi orang yang tetap mendirikan solat, anak yang solehah, toyyibaah, taat pada Allah dan Rasul dalam segenap kehidupannya.. Menjadi pewaris dakwah, malah lebih kuat daripada Ummi + Abati.. Moga Allah beri taufiq dan hidayah pada Ummi + Abati untuk asuh + didik Auni Insyirah sebaik-baiknya... Moga dapat asuh iman dan taqwa dengan sebaik-baiknya..

Allahu'alam


Itu sahaja la kisah tentang Auni Insyirah.. Kalau nak tengok gambar kena sabor sikit lah.. Sebab Abati taruk dalam laptop dia... nanti upload kat sini :-)

Monday, May 26, 2008

Salam..
Hmm.. Rasa pelik pulak menaip.. Dah lama betul tak meng'update' blog.
Tatkala sibuk di dada akhbar menceritakan perananan dan kepentingan BLOG untuk menyebarkan ideologi, pendapat, luahan, fitnah, etc... I took a step back not to update my blog.
Hehe.. Let the jug be filled up first, then only you can pour into the glasses! What's the point of writing daily when the only thing you write is pointless :-)

Alhamdulillah a'laa kulli haal... Allah grants us health.. Allah grants us wealth.. The most important of all endowments, Allah grants iman & islam...

Gaining almost 20 kg from the past 8 months really affect my life cycle.. My baby bump looks more obvious that I cannot hide it anymore under my tudung... My prayer to Allah, so that my little sweetheart will be strengthened to take oath from Allah, so that I can meet her (a she, that's what the doctor said) in this world..

As many people would jot down every amazing moment during their pregnancy, I choose to write them down only on my memory card in my brain.. The excitement, the thrill, the emotional seconds, I could not dare to share publicly though requested :-) Well, you can type "Pregnancy Week by Week" at Google search bar. That's what I've been experiencing.. hehe...

Work is OK, I'm currently work at PP(M)SB in Melaka.. no longer in Carigali KLCC. To be a project control engineer is better off than a hook-up engineer.. Heheh.. To escape hectic life in KL and to be in hometown Melaka is so much a relief... To be closer with my "loved ones" (plural ye..), gives more tranquility and calmness... How can I thank Allah of what He endows me..

And alhamdulillah, the opportunity to spread islam is everywhere.. And alhamdulillah, the opportunity to continue my tarbiyah is priceless...

Ok, enough for an introduction after a long break :-) Insya-Allah, I'll try to update, especially during my long "pantang" holidays.

Monday, February 04, 2008

Musim panas Australia 2007/2208 telah berlalu...
Maaf kepada hak-hak yang tak tertunai, tak sempat nak bertemu, tak sempat nak bercerita..
Yang pasti bukan kerana waktu tidak mencukupi, tetapi atas kelemahan diri, gagal merancang waktu dengan baik..
Yang pasti, kerinduan sangat mebuak-buak untuk melihat wajah-wajah yang khalis, mengharapkan wajah Allah (insya-Allah)..
Orang tua mungkin melihat orang muda sebagai mentah.. Namun, pada orang muda terdapat satu kejujuran dan tawadhu', dan bersangka baik..
Macam melihat kanak-kanak.. Kita terasa mereka naif dan tidak tahu serba serbi.. Tetapi pada mereka, ada kejujuran, keikhlasan dan mengharapkan kebaikan...
Sudah pasti, wajah-wajah segar dalam barisan dakwah mengundang excitement yang tersendiri..

Moga Allah lindungi kita daripada terasa hebat, sedangkan jasa pada jalan Allah tak sebesar mana..
Moga Allah lindungi kita daripada memandang rendah orang lain yang lebih lembab daripada kita, kerana kemungkinan mereka lebih ikhlas dan mendahului kita dalam timbangan ke syurga..

Mengenangkan tahun-tahun yang lampau, bagaimana Allah telah melakukan pemilihanNya ke atas hamba-hambaNya yang kerdil.. yang mana jahil, diberikan ilmu.. yang mana sombong, dicampakkan tawadhu' dalam hatinya.. yang mana sesat, diberikan hidayah...

Semuanya dengan izin Allah..
to be continued...

Thursday, November 29, 2007

PASANGAN MENGHORMATI PERJUANGAN

"Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kepada kami dari pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami yang menjadi penyejuk mata hati kami. Dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa" Surah Al Furqan: 74


Di dalam membawa perjuangan Islam di tengah-tengah masyarakat yang tenggelam dengan berbagai nilai dan pengaruh asing, maka para pendakwah harus menginsafi bahawa institusi keluarga merupakan kubu dan markaz operasi yang sangat penting.

Bila kita menyebut perkataan "keluarga" maka janganlah digambarkan ianya adalah rumah yang kemas, kereta yang selesa, barang-barang perhiasan yang menyerikan dan seumpamanya. Bahkan hakikat sebenar "keluarga" ialah pasangan suami isteri dan seterusnya anak-anak setelah mana pasangan suami tersebut dikurniakan Allah zuriat. Suami dan isteri seharusnya memastikan bahawa mereka berdua adalah merupakan kubu dan markaz operasi Dakwah ke dalam masyarakat. Untuk mencapai peranan ini, perkara-perkara berikut hendaklah diambil perhatian dalam membentuk keluarga :

1- Suami atau isteri sebelum melangsungkan perkahwinan hendaklah terlebih dahulu dibentuk atau didik dengan didikan Islam yang baik. Ini termasuk memahami Islam dan menghayatinya di dalam seluruh aspek kehidupan, memahami bahawa dia ditugaskan oleh Allah swt untuk membawa Risalah Islam ini bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga keluarganya yang akan dia bentuk nanti seterusnya kepada umat sejagat di muka bumi.

2- Ketika diambang perkahwinan, bakal suami dan bakal isteri yang sedang mencari jodoh harus memahami bahawa keluarga yang bakal dibentuk adalah merupakan anak tangga yang penting untuk melangkah seterusnya menuju pembentukan negara dan khilafah yang diredhai Allah swt. Hanya pasangan yang memahami dengan pemahaman yang akan nanti berperanan menyokong dan mendokong perjuangan pasangannya. Tatkala ramai pejuang Islam di Mesir dipenjarakan di zaman Presiden Jamal Abdul Naser termasuk Asy-Syeikh Mustafa Masyhur, isteri beliau sering mengingatkan anak-anaknya bahawa ayah mereka dipenjara kerana aqidah dan perjuangannya, sambil tidak menunjukkan kesan sedih atau kecewa di atas dugaan yang berlaku. Dalam ketiadaan pencari nafkah kerana dipenjara, isteri Mustafa Masyhur sempat menggembirakan anak-anaknya di Hari Raya dengan menjahit baju-baju Raya untuk mereka dari kain yang diambil dari langsir tingkap dan sarung kusyen di rumah! Demikian salah satu contoh mereka yang memahami erti perjuangan dan kepentingan keluarga dalam melalui jalan Dakwah ini.

3- Perjuangan adalah lebih penting dari keluarga. Namum pejuang Islam adalah lebih cemerlang dalam mengemudikan keluarganya berbanding dengan orang lain yang tidak berjuang. Selepas ditabalkan menjadi raja sehari, Asy-Mustafa Masyhur berkata kepada si isteri yang baru dikahwininya bahawa dia adalah isteri yang kedua. Dia sebenarnya telah berkahwin dengan isteri pertama yang sangat disayanginya dan tak mungkin akan berpisah dengannya. Dia harap agar isteri kedua yang baru dikahwini ini tidak akan cemburu terhadap isteri pertama tersebut yang telah dikahwini sejak sekian lama. Isterinya bertanya, "Siapakah dia?". Mustafa Masyhur menjawab, "Isteri Pertama itu ialah Dakwah Ilallah (Perjuangan Menegakkan Agama Allah)". Isterinya menjawab,"Isteri Pertama itu adalah tuanku dan aku adalah khadamnya". Walaupun Dakwah mendapat tempat terpenting dalam hati mereka melebihi keluarga namum kebahgiaan dan kejayaan mewarnai keluarga yang dibina. Setelah 51 tahun hidup bersama, akhirnya si isteri meninggalkan suami yang dikasihi di dunia yang fana ini pada tahun 1996, dan si suami menyusul kemudian menuju kepada yang dirindui pada tahun 2004.

4- Pilihlah pasangan berdasarkan agamanya, bukan sekadar rupa paras, harta dan kedudukannya. Agama bermakna ilmu fardhu ain, akhlak, semangat juang, pengalaman, sikap, matlamat hidup dan sebagainya dari kualiti-kualiti dalaman diri bukan luarannya. Kualiti luaran seperti rupa paras, harta dan kedudukan akan pupus atau berkurangan dan membosankan di hari muka tetapi kualiti dalaman akan kekal bahkan bertambah lalu meningkatkan seri dan harmoni dalam rumahtangga. Kualiti dalaman akan memberi kesan mendalam kepada anak-anak dalam membentuk keperibadian mereka.

Berapa ramai yang kita lihat memiliki rupa paras, harta, dan kedudukan tetapi ianya sedikitpun tidak membantu dalam mengutuhkan institusi rumah tangga mereka. Hutang keliling pinggang, anak-anak meliar dan terjebak di dalam berbagai masalah sosial, tiada keharmonian dan kepuasan hati walau rumah besar dan perhiasan memenuhi ruang dan dinding. Ada koporat yang terpaksa makan sebiji pil tidur setiap malam sedang isteri makan setengah pil yang sama dan anak-anak bermacam-macam ragam yang merunsingkan.

Bukan contoh hanya terhad kepada mereka yang kurang memahami dan menghayati Islam dan bentuknya yang syumuk dan lengkap, tetapi juga mereka yang pernah atau sedang terlibat di dalam Dakwah Islam juga adakalanya tidak terkecuali dalam menghadapi masalah yang sama. Masalah pengendalian rumah tangga, pendidikan Islam anak-anak dan sebagainya sehingga ke tahap tidak ada beza diantara keluarga duat (para pendakwah) dengan keluarga mad'u atau awam (masyarakat yang didakwahkan). Kesannya, pasangan tidak memahami dan adakalanya menghalang secara langsung atau tak langsung aktivisma pasangannya dalam perjuangan umat, anak-anak tidak berminat menyertai aktiviti-aktiviti tarbiyah yang diatur kecuali jika dipaksa atau diajak berulangkali, anak terlibat dalam gejala sosial dan sebagainya.

Diantara masalah pasangan ialah tidak sepakat dalam merancang masadepan anak-anak, pemilihan sekolah anak-anak (samada sekolah Islam, sekolah agama, sekolah biasa, sekolah swasta, sekolah kerajaan dsb), budget bulanan (samada untuk yuran pendidikan dan tarbiyah anak-anak atau tukar kereta baru atau tambah bahagian rumah yang baru), jenis pakaian anak-anak terutama anak-anak perempuan, hobi anak-anak dan pasangan sendiri yang boleh memberi kesan langsung atau tak langsung kepada persekitaran keluarga dan sebagainya.

Mudah-mudahan sedikit tulisan ini dan tulisan-tulisan seterusnya akan membantu kita memimpin dan melayari kehidupan rumahtangga Islam yang berjaya. Sekian, terima kasih.


Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah
Naib Presiden ISMA 2007-2009

Sunday, November 04, 2007

Assalamualaikum...

Lama tak menaip.. Rasa pelik pulok...
Currently, I'm away in Kuala Terengganu.. Ade program dengan kompeni P :-)
Despite of all the hecticness & the "sometimes-mengarut" environment, I managed to do some soul searching.. Alhamdulillah...

Being away from my akhi, is not a good option, anyhow life must go on. Leave the one you love n the care of Allah, for nothing is lost in His care..

I reflected when I read Islamic book, or tarbiyyah/fikrah material you may call it, sometimes the points are so complicated that one might not be able to formulate them into actions.

For example, "seorang daie hendaklah menjana zatiyahnya, supaya bersikap proaktif di dalam dakwah dan mampu menarik lebih ramai mad'u"

To crack this sentence into understandable points:
1) daie kena jana zatiyah (jati diri/ daya tolakan untuk buat sesuatu luar rutin harian)
2) bersikap proaktif dalam dakwah
3) tujuan untuk tarik lebih ramai mad'u

Hmm.. Many will ask, "macam mana ye nak jana zatiyah?".. "sikap proaktif dalam dakwah tu macam mana?", .. "tarik ramai mad'u, untuk apa, macam mana?" Susah kan?

My real point is actually, I've learnt something usefull during my 3 weeks program with Kompeni P.. i.e. : "The most efficient way of learning is learn from FORMULA & ANALOGY" Then put them into actions!

For example... In Physics... If I ask you how to define, acceleration... It might be hard for us to put into words... so, scientist formulate it:
Acceleration
= Final Speed - Initial Speed/ Final Time - Initial Time
= Speed difference/Time Range

One of the lessons that I want to share:

Is about how can we be productive, and keep on surviving obstacles?
An analogy was given, a question is thrown,
"WHAT HAPPENED TO THE DINASOUR?"
One of my colleague answered, "Petroleum..." .. Heheh.. Good guess...
Yes, dinasour is no longer exist, they extinct.

"WHY DID THEY EXTINCT?"
Because they were not resilient enough to went through changes.
(Although this might be a little bit influenced by Darwin's Theory, let's take the good point okay?)

LET'S SEE THE HONEY BEE..
1. They live for more than 40 million years
2. They can travel almost 1000 km everyday to get the best honey (It's like from Melbourne to New Castle)
3. They flip their wings for hundred of times in a minute
4. They live in colony, each of the bees has its own responsibilities...
5. They go to thousands of flowers to produce just 1 kg of honey..

Okay, WHAT CAN WE LEARN FROM HONEY BEE?
Remember this formula : N.U.R.I
They are:
N - Nurturing - Honeybees nurture their youngsters so that they can keep survive, they even teach the baby bees to take roles when they grow up (tengok surah An Nahl.. Allah mewahyukan kepada lebah...)
U - United in Purpose - There are army, nurse, queen, baby bees with different tasks in a colony but they are united in defending their hive, producing the best honey, protecting each other, etc..
R - Resilient - Honeybees can adapt to changes, can overcome obstacles, take the positive part of changes to keep surviving!
I - Industrious - Honeybees are working very hard! Each of them takes responsibilities..

Oke.. Sekarang.. Jom belajar dari lebah.. Camana nak jadi Daie produktif!! How can we translate these into our action?
N - nurturting - kenapa kita didik mad'u kita? supaya dia jadi daie, untuk didik lebih ramai mad'u untuk faham islam...
U - united in purpose - 3:103 .. bersatu teguh, bercerai roboh...
R - resilient - ayat Quran tak ingat ayat mana... "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri.."
I - Industrious - 3:200, surah Al Anfal: persiapkan lah segala kekuatan yang ada... Dan hadith, tanam biji kurma walau esok kiamat


Okes :-)
Selamat buat formula.. Saya tau sekarang ni pun tengah exam period kan
Man jadda wa jadda
Semoga Allah permudah urusan
Ma'at taufiq wan najah

Tuesday, October 09, 2007

"Apabila seorang lelaki mengejutkan keluarganya (isterinya) pada waktu malam lalu mereka berdua bersolat atau setiap daripada mereka solat dua rakaat, mereka dicatat sebagai golongan lelaki dan perempuan yang berzikir"
(Riwayat Abu Daud)

May Allah bless us in this Ramadhan..

"Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. Dan bumi itu Kami hamparkan maka sebaik-baik yang menghamparkan (adalah kami). Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah" (Surah Az-Zariyat: 47-49)


"Tidak ada yang bisa dilihat (lebih indah) oleh orang-orang yang saling mencintai seperti halnya pernikahan"
(Riwayat Al Hakim, disahihkan dengan syarat2 Muslim)


...segalanya supaya kamu mengingati akan kebesaran Allah...

Friday, October 05, 2007

selamat hari raya aidil fitri
maa zahir batin

selamat bertemu lailatul qadr

Saturday, September 22, 2007

Ramadhan comes....
It has passed for 9 days...
Cepatnya masa berlalu..
Moga dapat meningkatkan diri dalam bulan ini..
Dan mendekatkan diri kepada Allah...
Serta dapat bertemu dengan lailatul Qadr..
supaya dapat keluar dari madrasah Ramadhan,
menjadi graduate Ramadhan yang bisa menghayun langkah yang lebih kemas
Untuk terus mendamba redha Allah

Tuesday, September 11, 2007

RUKUN AMAL: Tangga Kedua - Membina Baitul Muslim

5 Kewajipan untuk Baitul Muslim

1. Membimbing ahli keluarganya agar menghormati fikrahnya
2. Memelihara adab-adab Islam pada setiap aspek kehidupan rumah tangga
3. Bijaksana memilih calon isteri (suami) dan menunjuk ajar kaitan hak-hak dan kewajibannya
4. Mendidik anak-anak dan pembantu rumah (jika ada)
5. Membina peribadi mereka dengan asas-asas Islam


"Jika kau mahu jadi mujahidah dan serikandi dakwah. Hantarlah mujahid ke pintu dengan senyuman, jangan tayangkan hatimu yang tidak rela atas perpisahan. Dia sekadar pinjaman dari Allah, bila Tuhan itu menuntutnya melakukan sesuatu, pulangkan lah semula apa yang kau pinjamkan kepada Tuannya. Ingatlah bahawa dirimu akan berhadapan dengan perpisahan sementara di dunia, dan pertemuan abadi di jannah. Peliharalah dirimu dan perbendaharan di bawah jagaanmu, pastikan bidadari mencemburuimu"


Thabbit qulubana a'la deenik, wa a'laa to'atik..

Wednesday, September 05, 2007

ini adalah nasyid, yang setiap barisnya
ada ertinya dalam hidupku
::RIMBUN KEAMPUNAN::
(was introduced by cik "mujeebud-da'wah")


Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan

Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda

Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan

Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan

Sunday, September 02, 2007

Alhamdulillah a'la kulli haal...
Baru saje pulang dari aktiviti mencabar fizikal di T.G.
Berjumpa ngan ramai ukhti lain, yang jauh yang dekat.. yang kenal dan yang tak kenal.. yang lama tak jumpa...
Macam2 aktiviti ada... dari perkara se'basic' ta'ruf ringkas.. hinggalah se'complicated' war game, bola tampar pantai guna kain batik, captain ball dalam laut, aksi bebas renang serta kuak lentang, sesi tressure hunt yg mencabar minda dan tenaga, senamrobik.. team building, kawad, tepuk dugong, tepuk pembina dan aksi malam ekspresi.. mengimbau juga kenangan lama.. turut membaca ma'thurat selepas subuh menghadap pantai melihat matahari terbit.. kemudian main anak ayam dan musang...
tidak ketinggalan, pengisian yang hebat menghayati Perang Qadissiyah dan mempelajari Manhaj Solahudian Al Ayyubi dalam menakluk Baitul Maqdis..
Dan juga.. tazkirah2 yang berobjektif merawat penyakit hati...
Tentang i'jab bin nafsi (bangga dengan diri)..
Lemah semangat dan kurang komitmen...
Mensia-siakan amal siang dan malam..
Kikir....
dan ada banyak lagi..
Subhanallah... :-) Moga ukhuwah terjalin, dan kekentalan fizikal yang dibina dapat terus melahirkan orang yang mahu bekerja kuat di jalan Allah... :-)

I love Malaysia :-)