Showing posts with label mujahadah. Show all posts
Showing posts with label mujahadah. Show all posts

Friday, September 17, 2010


Indahnya mendapat peluang daripada Allah untuk merasai tugasan dakwah, menjadi salah seorang yang ingin hidup dan mati dengan Islam. Ingin saya membingkiskan sedikit pengalaman yang saya harapkan sangat agar saya tidak melakukannya ataupun mengulanginya. Moga Allah memberi saya taufiq dan hidayahNya agar sentiasa berpegang kepada yang jernih dan menjauhi yang keruh.


KESALAHAN PERTAMA


Berkata tanpa ilmu dan hikmah akan bisa sahaja menyakitkan si pendengar. Apatah lagi berkata tanpa ada perbuatan yang menyusul kata-kata tersebut, akan lebih membengangkan. Itulah yang menyebabkan saya mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum menegur seseorang. Pertama sekali, kerana khuatir saya juga adalah orang yang berbuat salah tersebut. Dan kerana khuatir juga, kalau dulu saya tidak buat, dalam masa akan datang saya pula yang membuatnya.
Pengalaman diri daripada seorang muslim yang banyak jahiliyahnya dan bertukar secara “gradual” kepada muslim yang cuba memahami dan mengamalkan islam menyebabkan saya mahu lebih berhati-hati dalam menegur seseorang. Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang yang saya boleh kategorikan mereka sebagai pendidik (murabbi). Dan mereka yang lebih memberikan kesan yang mendalam adalah mereka yang memberi nasihat secara lembut, berhikmah, kena pada waktunya, penuh kasih sayang, tegas bertempat dan juga mereka sendiri melaksanakan apa yang mereka katakan sehingga saat waktu sekarang ini.
Seorang daripada murabbi saya tidak pernah menegur cara berpakaian saya, cara pergaulan saya, cara percakapan saya, dan pelbagai cara hidup saya yang lain, tetapi didikannya yang mengambil kira “masa adalah sebahagian rawatan” dan penuh kesabaran memberi api-api kesedaran menjadikan saya mahu berubah sendiri tanpa disuruh.
Berbanding dengan suatu lagi pengalaman saya, teguran yang tidak berhikmah, tidak kena pada tempat dan masa adalah sesuatu yang menyakitkan dan walau hati kecil saya mengakui kebaikan daripada teguran tersebut, dan saya turut berubah. Tetapip analoginya seperti berjalan di suatu jalan,ada semacam buah yang keras yang menimpa kepala. Kita masih meneruskan perjalanan tetapi kepala masih terasa sakit.
Saya selalu cuba untuk mengikhlaskan hati menerima teguran. Dan bagi kebanyakan orang yang mahu berubah, saya percaya mereka juga cuba mengikhlaskan hati mereka untuk berubah. Mungkin ada yang ambil waktu yang sekejap, ada juga ambil waktu yang lama. Para pendakwah hendaklah sedar akan hal ini, dan perlu sentiasa berbaik sangka dengan anak-anak didik (mutarabbi). Apabila sampai satu peringkat yang mereka lebih sudah bersedia, kemungkinan lebih sesuai untuk lebih tegas ke atas mereka.


KESALAHAN KEDUA


Ada para pendidik yang telah lama mengenali anak-anak didiknya. Sejak waktu mereka masih bertatih memahami Islam, sehinggalah mereka menjadi para pekerja untuk Islam. Adakalanya, nostalgia lama memang menggamit hati. Tetapi sekiranya salah tempat dan masa untuk diimbau, akan menyebabkan anak-anak didik berasa sedih dan kurang selesa.
Ada suatu pengalaman saya, yang mana seseorang kakak pendidik veteran telah membangkitkan “kisah zaman jahiliyah” salah seorang anak didiknya di khalayak ramai, mungkin tujuannya ingin memberi pedoman dan seronok-seronok mengimbau nostalgia lampau. Namun begitu si anak didik tersebut berasa sangat malu dan segan, terus berkecil hati di atas perkara tersebut. Seorang pendakwah harus lebih bersikap sensitif dan mengambil kira bahawa tidak semua orang seperti Saidina Umar r.a. yang mana dia memang tidak kisah untuk menceritakan secara terang-terangan zaman kebodohannya semasa musyrik untuk pedoman orang ramai (Cerita makan patung berhala diperbuat dari kurma). Perbuatan sebegini bukan sahaja boleh merosakkan ukhuwah, malah boleh menimbulkan hilang rasa percaya kepada si pendidik.
Kisah silam anak-anak didik kita adalah amanah. Tetapi sekiranya perlu diceritakan untuk pedoman, rahsiakanlah profilnya atau dapatkan kebenarannya terlebih dahulu sebelum bercerita.


KESALAHAN KETIGA


Benar doa adalah senjata mukmin. Tapi janganlah jadikan ia senjata untuk mencederakan hati orang lain atau senjata untuk merosakkan ukhuwah. Allah lebih mengetahui doa yang mana satukah ingin Dia makbulkan. Kita boleh berdoa, tetapi janganlah sehingga terasa bangga apabila berlaku perkara yang kita doakan, kita sangka bahawa Allah telah mendengar doa kita. Kemungkinan Allah telah mengabulkan doa orang lain, dan bukan doa kita. Dan kemungkinan juga Allah ingin menguji seorang hambaNya, dan bukanlah mendengar permintaan kita. Kita perlu menginsafi, sekiranya benar apa yang kita pinta, Allah telah jadikan ia kenyataan, beristighfarlah banyak-banyak di tengah kelegaan kita. Dan jangan pula rasa maqam kita telah tinggi, kerana orang yang merasakan dirinya baik adalah belum lagi baik.
Ada pengalaman saya bersama seorang rakan pendakwah, dia telah merasakan telah dianiaya oleh seorang rakan pendakwah yang lain. Lalu, dia mengatakan kepada saya bahawa terlintas dihatinya doa supaya rakan tersebut gagal di dalam peperiksaannya. Maka selepas keluar keputusan peperiksaan, memang benar rakan tersebut gagal. Lalu dia berkata bahawa seolah-olah Allah telah mendengar doanya. Saya berasa kurang selesa dengan penyataan tersebut, kemungkinan Allah ingin menguji rakan yang gagal tersebut dan memberikannya pahala. Apa haknya untuk berasa lega di atas kegagalan sahabatnya? Hanya kerana dia pernah terluka dan mendoakan Allah untuk “memberi balasan setimpal” kepada sahabatnya?
Bukankah di dalam Al Quran, Allah menyebut memaafkan itu adalah lebih baik kerana Allah akan mengampunkan. Dan juga Allah menyebut bahawa dia akan menguji hamba-hambaNya untuk melihat siapakah yang terbaik amalannya. Dan juga Allah juga menyuruh kita menyeru yang baik-baik.
Seorang pendidik yang ingin menjadi murabbi sejati, jiwanya perlu lapang dada, penuh kesabaran dan sentiasa bersangka baik. Dia sentiasa mendoakan kebaikan rakan-rakan pendidiknya, anak-anak didiknya serta orang-orang lain. Sepatutnya, kita boleh membiarkan lintasan hati untuk mendoakan keburukan dan kesengsaraan rakan seperjuangannya walaupun tujuannya untuk “mengajar”. Adalah lebih baik, sekiranya didoakan “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Berhikmah lagi Bijaksana. Ajarkanlah untuk sahabatku ini, dengan caramu yang maha berhikmah lagi memberi kesan.” Dia perlu melepaskan jiwa pendendamnya, jiwa pemarahnya, jiwa egonya dan jiwa amarah yang lain.


KESALAHAN KEEMPAT


Dalam Surah As Saff, Allah menyatakan bahawa Dia tidak menyukai orang yang mengatakan apa yang tidak dia lakukan. Atau senang kata, “cakap tak serupa bikin”. Para pendakwah hendaklah menyedari, bahawa nasihat yang mereka sampaikan kepada orang lain pada hari ini, bukan untuk hari ini sahaja. Bahkan untuk masa bertahun-tahun akan datang sehingga akhir hayat kita. Sekiranya kita menyedari hakikat ini, kita akan lebih berhati-hati dalam menasihati, dan juga berhati-hati dalam perbuatan kita. Bagi saya sendiri, hal ini adalah sangat susah kerana hati pendakwah sendiri pun selalu berbolak balik. Semoga Allah mengampunkan kita.
Ada seorang rakan pendidik pernah menegur saya untuk bersikap lebih kemas dan teratur. Alhamdulillah, dengan tegurannya saya berubah, walaupun nada dan cara teguran adalah sedikit menyakitkan pada ketika itu. Kini saya melihat pada kehidupannya pula setelah beberapa tahun daripada tarikh dia menegur saya, cara hidupnya kurang kemas, kurang bersih dan kurang teratur. Dan saya berdoa kepada Allah moga Allah membantu urusan-urusannya. Dan saya turut mendoakan agar saya tidak menyatakan sesuatu yang kemungkinan tidak sanggup untuk saya memikulnya (nasihat anda adalah sesuatu yang anda perlu pikul sehingga akhir hayat anda)! Janganlah jadikan nasihat kita sebagai modal untuk orang lain menempelak semula tugasan mulia yang kita bawa.


KESALAHAN KELIMA


Di kalangan pengamal dakwah terdapat pelbagai kategori pengalaman. Ada yang veteran, senior, junior dan amatur. Ada yang mendapat didikan (tarbiyah) di negara Timur Tengah, dan juga ada yang mendapat didikan di Barat, dan juga didikan tempatan, ataupun dari kawasan lain di dunia. Ada yang mendapat tarbiyah pada era 60-an, 70-an, 80-an, 90-an malah pada era alaf baru. Setiap lapisan pengamal dakwah ini mempunyai potensi dan kelebihan masing-masing. Sepatutnya setiap daripada kita saling lengkap-melengkapi bukan saling banding-membandingkan. Itulah beban dan tanggungjawab apabila menjadi pihak yang “lebih berkelebihan”, kadang-kala kita mudah memandang rendah orang lain.
Namun begitu, ada kalanya terbit suara yang menyatakan “tarbiyah yang kamu dapat dulu tak boleh pakai”. Atau “itu pengalaman dulu, sekarang lain, tidak boleh diguna lagi”. Ya, memang benar bagi setiap pengalaman baru dakwah, kita perlu melayannya mengikut kesesuaian suasana, tempat dan masa. Namun begitu pengalaman lalu mampu membantu dan mematangkan kita. Janganlah memburukkan pengalaman lalu seseorang, kerana mungkin pengalamannya itulah yang telah mematangkannya, yang telah mendisiplinkannya, dan yang telah membesarkannya untuk hidup dan mati dalam Islam.
Saya merupakan graduan negara Barat, mempelajari jurusan “bukan agama”,mendapat tarbiyah pada era alaf baru. Mungkin boleh bergelar generasi muda dakwah. Sungguhpun begitu, saya sangat menghargai tempoh pentarbiyahan yang telah diperolehi yang mencakupi seluruh aspek perubahan kehidupan saya. Saya merasai jua pengalaman ditarbiyah dan mentarbiyah. Saya percaya, saya dan generasi saya tidak meminta untuk dihargai, kami boleh jadi komando untuk program perkhemahan ataupun setakat tukang masak. Indahnya berada di saf perjuangan ini, adalah pahalanya sama sahaja, ketua mahupun kuli. Asalkan tugasan yang diberikan dipikul dengan amanah. Jadi tidak perlu terasa terhina, kerana di sisi Allah, semua pekerja untuk Islam dipandang mulia, insya Allah.

Semoga Allah melindungi sekalian amilin dan amilat Islam agar tidak mengulangi kesilapan-kesilapan yang menyebabkan progres dakwah kita tertangguh, dan melambatkan kemenangan Islam. Allahua’alam.

Tuesday, September 02, 2008

Saya mendengar khabar dari jauh..
Jauh nya dari bumi Melaka..
Bagaimana hati-hati manusia dirasuk syaitan tanpa disedari..
Takutnya....
Tapi bulan Ramadhan ni berani sikit nak cerita, sebab syaitan dah kena belenggu.. hehe...

Kita dengar kisah histeria di Sekolah Tanjung Lumpur...
Tapi bukan kisah ni yang saya nak cerita...

Kisah bagaimana, seketul daging di dalam tubuh menjadi jamuan syaitan.
Syaitan lebih suka apatah lagi apabila seketul daging itu milik para daie, iaitu orang-orang yang bekerja untuk Islam.

Masalah yang sama didengar saban tahun, tak ada ke masalah yang lebih mencabar melanda akhawat kita selain daripada MASALAH UKHUWAH?

Kalau para mujahid di Palestin sudah tentu sibuk berhadapan masalah berhadapan Yahudi Laknatullah.. Begitu juga mujahid di tempat2 lain...

Common la.. Buatlah anjakan paradigma sedikit.. Keluarkan lah diri kalian daripada kemelut ukhuwah ini.. Cermin hati masing2.. Kurangkanlah rasa asyik nak menangkan diri, buanglah rasa buruk sangka, buangkan lah segala yang keruh, ambil yang jernih..

Moga Ramadhan ini lebih baik...

Allahua'lam

Monday, July 28, 2008

Assalamualaikum...
Sedikit perkongsian, moga bermanfaat. (Peringatan yang lebih besar untuk diri sendiri).

Dipetik daripada “Problem & Solusi Kaderisasi – Halaqah menjawab masalah” (Musykilaat wa Hulul fi Haqlid-diraasat” oleh Abdul Hamid Al-Bilali.


Mementingkan Kegiatan Jasmani Atas Ruhani

Identifikasi
Tersibuknya para daie dengan persoalan-persoalan dakwah bisa mengalahkan perhatiannya terhadap aspek ubudiah (ruhaniah). Kesan yg timbul adalah sedikitnya amalan2 sunnah, solat yg ditunaikan dalam suasana ketergesaan, lemahnya kekhusyukan, tidak cukup memiliki waktu untuk membaca wirid dan zikir setelah solat fardu, dan sebagainya.

Indikasi
Terburu2 dalma menunaikan solat.
Tidak betah [senang] duduk utk berzikir setelah selesai solat fardhu.
Kurangnya solat malam atau bahkan meninggalkannya.
Tidak membaca al-Quran, kalau pun membaca, sangat sedikit.
Tidak banyak membaca buku tentang keimanan.
Sangat jarang melakukan ziarah kubur.
Tidak banyak berpartisipasi dalam kegiatan2 ubudiah.
Tidak banyak membincangkan persoalan2 keimanan, sementara itu mereka byk mendiskusikan persoalan2 dakwah.
Banyak melakukan perdebatan yg merugikan.
Sangat fanatik terhadap pandangan atau pendapat tertentu.

Latarbelakang
Tidak mengetahui skala prioritas amal.
Tabiat keperibadiannya yg mmg seperti itu serta kecintaannya yg lebih pada pergerakan.
Jamaah lebih memerhatikan aspek2 gerakan daripada aspek2 ruhani.
Adanya perasaan harus mencapai target tahapan tertentu dakwah, bisa serupa ‘bertambahnya jumlah anggota dan pendukung dakwah’.
Terlalu tergesa ingin memetik hasil.
Target gerakan dakwah disusun, tetapi tidak demikian dengan target2 ubudiah.
Adanya kompetisi yg tidak seimbang di antara sesama anggota atau aktivis dalam merekrut anggota.
Tidak mengetahui secara mendalam bahaya2 pengabaian aspek2 tarbiyyah imaniah
Adanya kompetisi dari jamaah2 lain, baik yg islami mahupun bukan, dalam hal perekrutan anggota, atau persoalan2 keanggotaan yg bersifat administratif.
Pengaruh para tokoh di mana pada diri mereka tertanam sifat2 di atas.
Sedikitnya waktu yg tersedia utk saling menasihati antara sesama anggota jamaah serta sering adanya perubahan keanggotaan halaqah atau semisalnya.
Tidak melaksanakan kewajipan berukhuwwah atau lemah aplikasinya.
Keragaman karekter antara sesama anggota.
Perbezaan fokus dalam bergerak di arena dakwah serta perbezaan kesepakatan dalam amal dakwah.
Terlalu mencintai kepentingan dan maslahat yg bersifat duniawi sementara kagum dengan penampilan serta bentuk luar anggota lain serta tidak mengaitkan ukhuwwah dengan Allah.
Keringnya tabiat seseorang dan tidak mengetahui metode2 penaklukan hati.
Tidak adanya titik-temu antara unsur2 keimanan yg ada dlm jamaah.

Penyelesaian
Meningkatkan skala partisipasi para anggota jamaah dalam amal jamaie, juga memperpanjang masa saling kenal dan mempengaruhi di antara mereka.
Memberikan perhatian khusus pada aspek ukhuwwah sebelum pekerjaan yg bersifat administratif.
Pemusatan perhatian pada aspek ukhuwwah dalam manhaj dakwah.
Menterjemahkan nilai2 teoretis ukhuwwah ke dalam alam praktis dan nyata guna menguatkan rasa saling cinta di antara sesama anggota.
Selalu mengikat aturan2 administratif kejamaahan dengan kaedah2 keimanan dan ukhuwwah sehingga ia tidak mengalahkan nilai2 keimanan dan ukhuwwah tersebut.
Memilih seorang penanggungjawab yg berkemampuan (capable) di mana tugas utama awalnya adalah utk menggabungkan antara pelbagai hal yg ada serta menyebarkan ruh ukhuwwah di antara mereka. Hal ini persis dengan peranan yg dimainkan oleh Rasulullah saw di saat memasuki dan kemudian mendiami Madinah.
Saling memberi hadiah di antara sesama anggota bisa menguatkan ikatan ukhuwwah di antara mereka.
Memasukkan sebahagian unsur keimanan ke tengah mereka agar ruh imaniyah ini menyebar di antara mereka.

Wallahul musta’an.

Monday, July 14, 2008

"Allah telah mengetahui bahwa engkau
tidak dapat menerima nasihat yang hanya berupa kata-kata,
karena itulah Allah merasakan kepadamu rasa pahitnya (berupa musibah) untuk memudahkanmu cara meninggalkannya"
(Syeikh Ibnu 'Athoillah).

Tuesday, August 28, 2007

KATA-KATA HIKMAH
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal.
Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. ”
Saidina Ali bin Abi Thalib

Thursday, July 26, 2007

"Sebagaimana seseorang itu perlu sanggup menelan ubat yang pahit dan bersabar sepenuhnya dari mengambil sesuatu yang menyelerakan demi menyemubuhkan badan yang sakit, demikianlah juga dia perlu sanggup bemujahadah dan terus bersabar mengubati penyakit hati. Bahkan ia lebih dituntut dan lebih utama dilakukan. Ini kerana penyakit badan berakhir dengan kematian tetapi penyakit hati merupakan azab sengsara yang akan terus berkekalan selepas mati.....
Keazaman yang kuat amat diperlukan oleh orang yang ingin membaiki dirinya. Sekiranya dia berbelah bagi dalam melakukannya, kejayaan sukar diperolehi. jika dirasai azamnya begitu lemah, dia perlu memaksia dirinya supaya banyak bersabar. Jika azamnya itu tetap lemah, dia perlu menghukum dirnya sendiri agar sifat lemah tersebut tidak berulang lagi.."

- Ibnu Qudamah Al Maqdisi, Mukhtasir Minhaj Al Qasidin (Ringkasan Jalan Menuju Allah)


...huhu...

Human being is created to be in constant struggle. If he is not struggling for goodness, then he will be struggling for doing something bad. (Al Insyiqaq)

O Allah, thanks for Your bounty and provisions provided for us. We regret that we are forgetful to give You thanks most of the times. And, even worst.. We even forget the zillions of bounty You gave us, when we are struck with a tiny hardship.

O Allah, draw us near to You. Make the Quran the spring of our hearts. Make the Sunnah as our liestyle.

Allah said in the Quran, "..and We made day for living" (An Naba':11), which means, Allah give us day for us to search for provision for our living, and let us rest during the night. (See Al A'raf:10, Al Baqarah:198).

Since I've started working, I just could not stop blaming the tiresome of 9 long hours at work. But I forgot one thing, that... "mencari rezeki, kurniaan Allah", is actually an ibadah! And I should be enjoy working!! Al Bukhari narrated from the Prophet Muhammad (pbuh),
"Makanan yang paling baik yang dimakan oleh seseorang ialah makanan daripada hasil usahanya sendiri." Even Prophet Zakaria a.s was a carpenter (he got a job to support his life, being a Prophet did not mean he only waited for provisions fall freely from God).

Even, the bird if we can observe.. Pagi keluar perut lapar.. Balik dia cari cacing ke apa.. Kenyang..

Mari kita semangat kerja.. Kerana kerja bukan untuk boss.. Sebab untuk Allah, yeah!!

O Allah, do not leave us even within a blink of an eye.. And correct all our affairs for us, there is none worthy of worship but You!!

Thursday, July 19, 2007

::WISH LIST ::

1. Ya Allah, rezekikanlah kami dengan kesempatan membaca Al Quran pada waktu siang dan malam.

2. Ya Allah, kurniakan kami waktu yang barakah, moga kami sentiasa berkesempatan untuk menjadi golongan yang berbakti untuk deen Mu.

3. Ya Allah, kurniakan kami hati yang tenang, khusyuk, bersih, iaitu selamat dari penyakit2 hati yang menjadi hijab antara kami dan Engkau.

4. Ya Allah, berikan kami teman yang baik, yang mampu membawa kami lebih hampir kepadaMu, dan mampu membantu kami untuk menyucikanMu, membesarkanMu, serta mengingatiMu.

5. Ya Allah, cukupkanlah bagi kami apa yang halal, sehingga kami tidak mencari-cari sumber yang haram.

6. Ya Allah, lindungilah kami dari hasutan dan bisikan iblis serta syaitan, dan teguhkan kami melawan nafsu yang jahat.

7. Ya Allah, kurniakan kami kekuatan untuk berjuang di jalan agamaMu, tidak kira di mana kami berada, tidak kira dengan siapa kami bersama, tidak kira sama ada waktu susah atau senang.

8. Ya Allah, kejutkan lah kami pada 1/3 malam, atau 2/3 malam, moga kami dapat bertahajjud, kerana itu sumber kekuatan

Saturday, July 14, 2007

:: TO LOVE IS EASY, TO LOVE BECAUSE OF ALLAH IS NOT THAT EASY ::

To love someone for the sake of Allah is a grand act for which much merit and many rewards have been promised.


To love someone for the sake of Allah is a grand act for which much merit and many rewards have been promised.

"To love for the sake of Allah" means loving someone, not for worldly gain, but because he/she is more religious and pious or busy in serving Muslims and Islam, or because loving him or her is commanded by Allah; like loving parents.

Prophet Muhammad (pbuh) said:

"Allah shall ask on the Day of Judgment; ' Where are those who loved for the sake of my greatness? Today when there is no shade, I shall have them in my shade.'" [Sahih Muslim]

Allah (swt) says in the Qur�an:

"The Believers are but a single brotherhood."[49:10]

Prophet Muhammad (pbuh) said:

�There are three things, that whoever attains, will find the sweetness of faith: If Allah and his messenger are dearer to him than anyone else; if he loves a person solely for the sake of Allah; and if he would hate to return to disbelief (kufr) after Allah has rescued him from it, as much as he would hate to be thrown into fire."[Agreed upon]

Having love for Allah's pious and good bondsmen is actually an outcome of one's love for Allah, so it earns the same rewards and merits as the latter.

Prophet Muhammad (pbuh) was asked:

"When shall come the Day of Judgment?" Our Prophet (pbuh) asked him : �What preparation have you made for the Day?" The man said, "Nothing, but I have love for Allah and for his messenger." The Prophet (pbuh) said: "You shall be (on that Day) with whom you love."

The above saying (hadith) has been quoted by Anas. He said that these words of the prophet Muhammad (pbuh) pleased us as nothing had ever done. He added: "I have great love for the Prophet Muhammad (pbuh) - may he be eternally blessed - and with Abu Bakr and Umar, may Allah be pleased with them, and because of this love, I shall be in their company, even though my deeds are not equal to theirs." [Sahih Bukhari]

Allah has commanded Muslims to love one another, to take one another as friends and brothers and care and help each other, Allah (swt) says in the Qur�an:

(And hold fast by the covenant of Allah all together and be not disunited, and remember the favor of Allah on you when you were enemies, then He united your hearts so by His favor you became brethren; and you were on the brink of a pit of fire, then He saved you from it, thus does Allah make clear to you His communications that you may follow the right way.)[3:103]

Our love for each other for the sake of Allah implies a willingness to sacrifice our needs for the sake of our fellow Muslims� needs in a manner that far outweighs normal sacrifice for the sake of friendship. This pure love is crucial to maintaining Muslims� faith, if Muslims don�t have strong relations with each other, their faith will automatically decrease.

Prophet Muhammad (pbuh) said:

�The relationship between believers is like a wall, parts of which support other parts.�[Muslim]

The concept of love for the sake of Allah doesn�t recognize nor permit �friendship" between men and women that is outside of marriage and familial bonds. However, Muslims wives and husbands shouldl love each other for the sake of Allah, their children will love them and love each other for the sake of Allah. This will sure result in strong family relations and a healthy Muslim community.

A Muslim should not forsake or abandon his brother, Prophet Muhammad (pbuh) said:

�There should be no breaking off of ties, no turning away from one another, no hating one another. Be brothers, as Allah has commanded you.�[Muslim]

Also Prophet Muhammad (pbuh) advised Muslims to show their love for one another, he said:

�If a man loves his brother in faith, he should tell him that he loves him.�[Abu Dawud]

There are so many sayings of our Prophet (pbuh) showing that having love for someone for the sake of Allah is an act of great merit, which grants one the opportunity of doing good in this world and being in exalted company in the Hereafter.

Hence, one should love good people for the sake of Allah and with the intent of becoming good oneself and earning Allah's pleasure.
Source: Islamiway

Thursday, June 28, 2007

Al Fatih, sandaran nama kepada sultan muda itu. Pada usia semuda 19 tahun, Sultan Muhammad Al Fatih telah melakar lembaran sejarah perjuangan menegakkan panji Islam.
Rasulallah pernah bersabda, dengan maksud hadith, sesiapa yang membuka kota Rom Timur dan Rom Barat, maka bala tentera itu adalah yang terbaik, dan panglimanya adalah terbaik.
Sejak Rasulallah melafazkan sabda tersebut, ummat Islam yang mempunyai jiwa besar dan cita-cita tinggi, serta semangat yang kuat, berlumba-lumba untuk menjadi panglima terbaik, atau cukup sekadar menjadi salah seorang jundullah yang berada dalam bala tentera yang terbaik itu.

Zaman berlalu, dari satu generasi ke satu generasi, kota Constantinople masih belum berada di tangan ummat Islam. Sehingga pada zaman Kerajaan Turki Uthmaniyyah, Constantinople, atau Rom Timur, dikuasai oleh pejuang salibiyyah bermaharajakan Raja Constantine yang tidak pernah kenyang dengan harta orang miskin.

Tidak perlu diceritakan di sini, apakah strategi ketenteraan yang digunapakai Sultan Muhammad Al Fatih dan tenteranya. Tidak perlu diceritakan di sini apakah peralatan dan senjata yang digunakan. Tetapi, apakah rahsia sebenar kejayaan mereka. Sehingga mereka mampu merealisasikan sabda Rasulallah, walaupun setelah hampir lebih 600 tahun.

Al Fatih merenung Haga Sofia, yang pernah menjadi tempat mensyirikkan Allah. Tempat yang pernah mendustakan kerasulan Isa a.s, dengan menyatakan bahawa dia adalah Tuhan. Binaan bangunan itu indah, kali ini Al Fatih boleh melafazkan hamdalah dengan puas hati, kerana bangunan ini akan dijadikan tempat seorang hamba bertaqarrub dengan Rabb nya yang sebenar.

Hari itu hari Jumaat, Sultan Muhammad bingung memikirkan, siapakah yang akan menjadi imam untuk solat jumaat pada hari itu. Kelihatan jemaah kaum muslimin semakin membanjiri perkarangan Haga Sofia. Semuanya sedang berdiri, masing-masing tidak sabar untuk mengangkat takbir, dan ruku' dan sujud dengan khusyuk.

Sultan Muhammad melihat kepada rakyat jelatanya, lalu dia bertempik,
"Siapa antara kamu yang tidak pernah meninggalkan solat jemaah sejak baligh hingga sekarang untuk solat fardhu di masjid, teruslah berdiri.." hampir-hampir tiada kelibat yang duduk, bermakna hampir keseluruhan rakyatnya bersolat jemaah di masjid.

Sultan Muhammad boleh berbangga dengan prestasi rakyatnya, namun dia masih bingung lantaran imam solat jumaat belum dipilih,
"Siapa antara kamu yang tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib sejak baligh hingga sekarang, teruslah berdiri.." hanya segelintir kecil yang duduk kali ini, tetapi lebih-lebih ramai yang masih berdiri, menandakan sebilangan besar rakyat tidak mengambil solat sunat sebagai sesuatu yang sambil lewa.

Sultan Muhammad kali ini, ada satu idea..
"Siapa antara kamu yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud sejak baligh hingga sekarang, teruslah berdiri.." Semua rakyatnya duduk, hanya Sultan Muhammad Al Fatih yang berdiri. Ya! Sultan Muhammad tidak pernah meninggalkan qiyamulail sejak dia baligh sampai saat selepas kemenangan menawan kota Constantinople.

Lalu, Sultan Muhammad lah yang menjadi imam.

Tidak pelik, dan tidak hairan, itulah panglima terbaik yang pernah disebut Rasulallah. Dan itulah bala tentera terbaik yang pernah juga disebut oleh Rasulallah.

Belum lagi cerita, bagaimana Sultan Muhammad Al Fatih memilih tentera yang akan berjuang di barisan hadapan. Sultan Muhammad berjaga di waktu malam, untuk meninjau siapakah tentera yang bertahajjud kepada Allah, tatkala orang lain tidur. Lalu merekalah yang dipilih.

Jiwa yang rapat dengan Allah, tidak gentar untuk berhadapan dengan musuh, ibadah yang tanpa jemu. Kini, dunia menanti ciri-ciri panglima dan bala tentera sebegitu untuk membuka Rom Barat pula.

Tapi, apabila aku menoleh diri sendiri, ataupun aku melihat masjid, masih jauh perjalanan.

Allahua'lam

Wednesday, June 06, 2007

Kesatuan kesal ahli tidak hafal Cemerlang, Gemilang, Terbilang

KUALA LUMPUR 5 Jun – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) kesal dan kecewa dengan sikap segelintir kakitangan awam yang gagal menghafal lagu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Presidennya, Omar Osman berkata, ia tidak sepatutnya berlaku kerana lagu itu sering dimainkan di majlis-majlis rasmi kerajaan.

‘‘Lirik lagu ini menggambarkan tekad kerajaan dan rakyat negara ini untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan dipandang mulia oleh masyarakat dunia.

‘‘Oleh itu saya tidak faham mengapa ada kakitangan awam kita yang gagal menghafal lirik lagu ini. Ini merupakan lagu wajib yang sering dinyanyikan dalam majlis rasmi kerajaan,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad mengenai segelintir kakitangan awam yang masih tidak dapat menghafal lagu Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang sering kali dinyanyikan pada majlis-majlis rasmi kerajaan.

Perdana Menteri berkata, walaupun makin ramai yang menghafalnya, masih ada segelintir yang tidak menyanyikan lagu itu.

‘‘Saya perhatikan bila nyanyi lagu ini, makin ramai yang dah hafal, tapi masih ada lagi yang tak nyanyi, senyap saja.

‘‘Nyanyian ini bukan haram, bukan ditegah. Seni katanya pun bukan seni kata yang kotor tetapi sebagai satu peringatan kepada kita dalam nada menggembirakan dan memudahkan seseorang itu menghayati setiap perkataan dalam lagu itu,” kata Abdullah.

Omar berkata, CUEPACS amat berharap supaya kakitangan awam mengambil berat terhadap teguran yang dibuat oleh Perdana Menteri itu.

‘‘Diharap semua kakitangan awam selepas ini dapat menghafal lagu ini dengan baik.

‘‘Bagi CUEPACS setiap lagu yang wajib dinyanyikan pada majlis-majlis rasmi atau perhimpunan jabatan seperti Negaraku dan lagu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang wajib diingati liriknya dan perlu dinyanyikan dengan penuh bersemangat,’’ tambahnya.



****** Oh Al Quran... Sedangkan lebih ramai manusia tidak menghafalmu (termasuk lah aku) ********

Tuesday, June 05, 2007



****************************

kepada akhawati yang sedang ber'struggle'an untuk ber'exam'..
ni ada hadiah.. save la figure di atas ni. hehe
"Ma'at taufiq wan najah"

****************************
... satu kan lah hati kami ya Allah ...
persaudaraan ini lebih kami cintai daripada kelihatan mantap berdakwah tetapi longgarnya ukhuwah..

Saturday, May 19, 2007

Perumpamaan manusia yang mengambil pembantu selain daripada Allah, adalah ibarat mencari perlindungan di rumah labah-labah. Ketahuilah, rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah.

Ya! Kini aku menghabiskan separuh kehidupan aku di bangunan itu.
Bangunan yang menjadi kebanggaan segenap manusia yang sukakan rumah labah-labah.

Kamu akan dapati, ramai orang yang tidak tahu malu atas muka bumi ini. Berjalan dan memakan kurniaan dari Allah, namun bebas bermaksiat.

I had this one thoughtful conversation with one of my superiors in the office. Lebih kurang cam ni lah sesi dialog berlangsung.
"Some of the seismic data interprets that there is 70% of possibility of finding the black gold. But however, when we drill, there is nothing. There is also a case where only 30% probabilty, but there is abundance of oil there."

"Owh, what are the factors?"

"You see, it takes about 2 years long to interpret data from the earth. Anything can happen during this time, technical mistakes and misinterpretation. You see, the earth has gas, water, oil, sand, a lot of things inside it. This is the first reason."

"Owh, oke.."

"The second reason is.... sebab tak berkat..."

Aku tergamam, khusyuk aku cuba mengamati faktor kedua, kot-kot lah ada perkara baru yang aku boleh belajar. Alasan kedua, cukup membuatku tertampar. Ya benar, kadang kita terfikir benda-benda yang besar. Kerana tak berkat, Allah tak izinkan kita mendapatkan hasil dari bumiNya.
Andai manusia tahu, rahsia untuk meng'increase production' adalah taqwa dan ikhlas kepada Allah dalam setiap perbuatan.. Maka aku rasa, company ini telah lama menjadi sebuah company Islam yang mampu menggegarkan dunia.

Aku lihat, masih ada yang tidak menyedari, longgar dalam melaksanakan syariat..
Aku khuatir, kerana aku turut berada di pinggir mereka...
Aku rindukan para penjual minyak wangi.. Tetapi, kini ramai penjual minyak di sekitar.. Ada juga lah penjual-penjual minyak wangi.

Ya Allah, bukakan jalan untukku menggunakan peluang ini...

Ya Allah. Engkau telah berfirman dalam Surah Labah-Labah, ayat terakhir, bahawa kau akan menunjukkan jalanMu kepada sesiapa yang berjihad.
Aku mahu untuk berjalan di atas jalan itu hingga ke akhir hayatku.
Dan tetapi juga, aku ketahui, jihad itu tidak mudah.

Wahai diri, teruskan lah berhijrah untuk mencari redha Allah, walau medan semakin payah.
Thabbit qulubanaa ya Allah.

Singa akan terus mengaum.

Friday, April 27, 2007


anak singa, tidak mungkin akan sama seperti kijang yang pengecut
:: mohon dengan sangat... ::

di lubuk hatiku terdalam
ini yang ku pilih penuh keyakinan
namun kadang bimbang menyerang
sanggupkah melangkah ku terus berjalan

saat badai menderaku
hinggah rapuh dan goyah
tiada daya tuk bertahan
hanya Engkau tempat berpegang

berkatilah setiap semangat jiwa
tuk selalu berjuang di jalan Mu
terjagalah hati yang kadang redup
tertiup angin di duniawi
gemerlap kilauan harta
takhta dan cinta manusia
yang menyesatkan
selamanya...

saat hujan basahiku
penuh lumpur dan noda
dalam derai air mata
dengarlah permohonan ku

Sunday, April 22, 2007

MERANGKA AKTIVITI DAKWAH

MISSION ORIENTED vs. PROGRAM ORIENTED

Dalam kita menyusun langkah untuk membawa manusia ke jalan Allah, menyeru mereka kepada kebaikan, dan mencegah kemungkaran, kita mempunyai wasilah-wasilah tertentu, yang mana setiap wasilah tersebut ada objektif yang tertentu.

Para dhu’at patut nye kena memahami, bahawa meng’conduct’ program bukanlah sesuatu yang “kena buat!!” Tetapi, sesuatu program itu diadakan, sekiranya ada keperluan untuk dibuat.

Bukanlah kerana saban tahun kita ada jaulah sebagai acara tahunan, maka dengan itu, kita menjadikan jaulah itu sebagai tradisi.. Tetapi,kena sentiasa faham, bahawa objektif kita bukan untuk “mengekalkan tradisi”, tetapi adalah untuk mengislahkan manusia.

Berlaku konflik kadang2 kepada para dhu’at, yang mempunyai “minda persatuan/organisasi”, yang sehingga menyebabkan aktiviti-aktiviti dakwah menjadi “program oriented” dan bukannya “mission oriented”. Contohnya, kadang-kadang, sibuk mengadakan aktiviti program anak angkat di kampong-kampong pedalaman. Insya-Allah, dapat pahala besar untuk mengadakan aktiviti kebajikan tersebut, namun ada sesuatu yang lebih priority. Cth program anak angkat tadi, menelan kos yang besar, tenaga yang banyak, consume masa utk rancang dan laksanakan, sedangkan mungkin dari segi hasil, kurang produktif, unless ada proses follow up yang berkesan. Biasanya program sebegini, lepas tamat sahaja program anak angkat, aktivitis islam akan mula sibuk dengan kerja-kerjanya yang lain, kampong itu terabai semula.

Kadang2 juga, para dhu’at terlalu sibuk dengan teknikaliti program. Terlalu rigid dengan masa, terlalu ambil berat tentang soal kenderaan, soal tempat penginapan best atau tidak, terlalu rigid tentang flow of program, kadang2 objektif tak tercapai. Cth katakana ada 2 sesi ceramah pada waktu pagi, rupa2nya, audience tak berapa faham dengan ceramah 1, lalu kita tak ambil kira, oleh kerana nak stick kepada tentative, kita sambung buat ceramah 2, padahal audience mungkin masih terpinga-pinga. Mengapa tidak, slot ceramah 2 dibuat bengkel? Untuk memastikan input yang kita beri pada audience dihadam dengan betul.

Memang betul, perlu berdisiplin, dan teratur serta terancang. Tetapi, at the same time, dlm perancangan sesuatu program perlu sedikit sebanyak ada few degrees of flexibility. Keadaan audience dalam program akan berubah-ubah, jadi, kita mahu stick to the audience, not stick to the tentative. (Tapi, please don’t salah faham ye, perlu punctual, organized as well as possible, it is just about flexibility).

MUJAHADAH SEHINGGA PENAT vs. JIHAD YANG MUNTIJ

Jika mahu berjihad, berjihadlah secara muntij, iaitu kalau ada jalan untuk mencapai objektif secara optimum, tetapi menggunakan source yang minima, itu adalah lebih baik. Kerja dakwah kita perlu terancang, bukan untuk rancang supaya program-program kita nampak “grand”.

Satu analogi, bayangkan 10 kampong, setiap kampung ada 100 orang kanak-kanak buta huruf. Anda merupakan seorang cikgu bahasa (be it cikgu TESL dari Plymouth ke, dari McQuarie ke.. dari Brisbane ke hehe).

METHOD 1:

Jadi, adakah anda akan pergi ke setiap kampong, dan mengajar 100 orang kanak2 pada setiap hari. Cth, hari Isnin utk Kampung A, hari Selasa utk Kampung B….utk mengajar 100 org setiap hari? Hehe.. by the time hari ke 11, orang Kampung A dah lupa balik ape yang anda ajar :P Sebab tak de follow up.

METHOD 2:

Ana memilih, 1-2 orang pelajar paling cerdas untuk setiap kampong. Anda ajar mereka ABC habis2an, Then anda buat kursus intensif membaca, menulis, mengira. Anda buat kelas tambahan sampai mereka pandai, lalu, anda pun suruh 1-2 orang pelajar dari setiap kampong untuk pulang ke kampong masing2, untuk mengajar 5-6 orang rakan2 mereka, sampai pandai. Dan jumlah akan bertambah secara janjang arithmetic, ataupun boleh jadi seperti janjang geometri J

METHOD 1 memang Nampak cam mujahadah yang sangat all-out, setiap hari bertemu ramai orang untuk ditarbiyah. Namun hasilnya tak seberapa… Kita bermujahadah bukan untuk mendapat penat, tetapi untuk berusaha mendapatkan hasil terbaik. Rasullah pun suruh kita aim for husnul khatimah.

SEORANG YANG PALING BERPOTENSI vs. POTENSI-POTENSI RAMAI ORANG YANG DISATUKAN

Mengimbau seerah Rasulallah SAW, baginda merupakan orang yang paling hebat, paling akrab dengan Allah, akhlak paling mulia, paling cerdas dan cergas, mujahadahnya tidak dapat ditandingi oleh mana-mana manusia. Namun, mengapa dia meng’distribute’ tugas2 dakwah kepada para sahabat yang telah masuk Islam? Kenapa tidak Rasulallah sendiri2 je buat kerja dakwah? Lalu, Rasulallah bersama generasi sahabat mengubah corak dunia mengikut Al Quran dan Sunnah, kerana keikhlasan mereka, dan juga kerana dakwah yang tersusun. Melaksanakan amal jamaie, dan berdisiplin. Tidak melakukan secara individual, walau Mus’ab dihantar keseorangan ke Madinah, tetapi dia mewakili Rasulallah dan para sahabat utk tajmik dan tarbiyah di Madinah, bukan sbg individu baik yang bekerja dakwah sorang2.

Abu Dzar seorang sahabat yang hebat, tetapi apabila berdakwah terang2 di depan Kaabah dia dibelasah. Lalu Rasulallah suruh dia pulang ke kampong nya tanah Ghiffar, dan berdakwah di situ. Lalu, dalam masa beberapa bulan, subhanallah Abu Dzar berjaya mengislamkan seluruh penduduk kampungnya. Lihatlah, tak semua medan sesuai dengan semua orang, setiap orang ada tempat masing-masing untuk dia menggunakan potensi yang ada pada dirinya.

Banyak para daie yang memang peribadi-peribadi yang hebat, tapi dia hebat sorang2 dia je.. kehebatan dia tidak diwariskan atau tidak dapat dialirkan kepada orang2 lain…

Kalau kita kat David Beckham merupakan orang yang paling hebat main bola sepak, tapi kalau David Beckham seorang lawan dengan pasukan bola sepak Melaka, agak2 sapa menang. It is about teamwork, that will make things work!


ADAB-ADAB SERTA MARHALAH MELAKSANAKAN PROGRAM

  1. Tahu objektif – define objektif, then baru define the program

2. 2. Perhatikan langkah bermula

a. perancangan yang teliti, bykkan berbincang

b. doa yang penuh harap kepada Allah – 2:186

c. tawakal – kpd Allah dikembalikan segala urusan

d. 3:200 – sabar + perkuatkan sabar, bersiap sedia, taqwa

e. Hadith: sebaik2 urusan adalah yg pertengahan (not too unmotivated, not too ambitious sampai x realistic)

3. 3. Memperhatikan setiap langkah perjalanan dakwah/program

a. sentiasa ingat tentang matlamat.

b. Jaga hubungan dengan Allah – Al Quran, zikir, solat sunnat, qiyam

i. 2:44-45 – kenapa ajak manusia kpd kebaikan sdgkan lupakan diri sendiri

ii. 73:6-7 – qiyam sumber kekuatan

iii. 2:201 – doa mohon kebaikan / amal diterima Allah

c. Jaga akhlak pergaulan dgn rakan dhu’at

i. 18:28 – bersabar sesame rakan dhu’at, jgn terikut dunia

ii. 61:4 – berjuang dgn tersusun

iii. 26:215-217 – tawadhu’, hormat sesama rakan dhu’at – nakibah jgn berlagak ngan anak2 usrah

d. Jaga pergaulan dengan mad’u

i. 26:164– jgn harapkan balasan

ii. Maintain atmosphere/bi’ah yg soleh – 2:42 – x campur aduk haq/batil

iii. Aspek qudwah

e. Muhasabah, syura, istisyarah

i. 3:159-160 - syura + tawakal

4. 4. Kalau objektif tercapai, apa yang perlu dibuat selepas itu? Kalau tak tercapai, apa tindakan?

a. Mutaba’ah/follow up

b. Muhasabah


Allahua’lam bithawwab. Saya mohon ampun dan maaf atas salah silap saya kepada sekalian manusia

“..dan pada amal manusia itu, apa yang pertama dihitung Allah, adalah keikhlasannya”


Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali. (Hud: 88)




Friday, April 20, 2007

sambungan Amal Tak kan ku pernah hentikan.....


Saatnya Kita Ukir Prestasi Dakwah Dengan Ukiran Terindah

Setiap kesempatan yang diberikan kepada seorang mukmin maka setiap saat itu pula ada satu kaedah perintah secara tegas untuk dapat mengukir prestasi dirinya. Agar apa yang dilakukannya dengan berputarnya waktu mampu disesuaikan dengan tuntutan zaman dan kemampuan rijalnya. Seperti kaedah dakwah yang memaparkan, 'setiap dakwah ada marhalahnya dan setiap marhalah ada tuntutannya dan setiap tuntutan ada orangnya'.

Sangat mudah untuk difahami bila setiap waktu ada tuntutannya maka kita mesti menyelaraskan diri agar sesuai dengannya. Tuntutan ini selaras dengan amanah yang diberikan kepada kita saat ini. Dan dalam pandangan Islam setiap amanah merupakan sesuatu tugas yang tidak boleh dikhianati atau diabaikan hingga tidak dapat menunaikannya dengan baik. Inilah kesempatan emas bagi kita untuk mengukir ukiran terindah dalam hidup kita secara personal maupun kolektif agar kita mampu memberikan cermin indah bagi orang lain ataupun generasi berikutnya.

Apa Agenda Berikut?

Kita telah mafhum bahwa kemarin kita telah memaksimalkan tadhiyah untuk jihad dakwi dan tajmi’I di lokaliti kita. Dan kitapun telah mengetahui balasan yang diberikan Allah atas upaya maksima kita. Namun bukan berarti kita telah selesai dalam amal jihadiyah ini. melainkan kita menindak lanjuti proses amal ini. Agenda besar yang dapat kita lakukan adalah:

Pertama, Recovery tarbiyah, maksudnya adalah mengembalikan iklim tabawi seperti semula yang menanamkan sikap komitmen pada Islam sikap kekokohan maknawi nilai-nilai dakwah. Begitu pula tentang apakah perjalanan liqa’ tarbawinya sebagaimana perjalanan di waktu normal. Juga kondisi ruhaniyah dan moral para kader dakwah yang selalu menjadi pijakan dasar bagi para kader apakah dalam kondisi prima ataukah sebaliknya.

Kedua, Taushi'atul Junud : sesudah banyak orang yang berhimpun dalam barisan dakwah ini maka kita harus memberikan hak tarbiyah mereka. Apalagi mereka pun sesungguhnya sangat menanti kehadiran kader dakwah untuk boleh membina diri mereka dan menjadikan mereka sebagai bagian dari mesin besar dakwah ini.

Ketiga, Ta'amuq Dzaty, memperdalam kualitas dan kemampuan diri. Sudah kita ketahui bahwa semakin banyak amanah yang dipercayakan umat kepada kita maka harus semakin meningkat kualiti dan kemampuan kita untuk dapat menunaikannya. Dan sekarang amanah yang diserahkan kepada kita pun dengan urusan yang beragam. Sehingga kita pun selayaknya memperdalam kemampuan kita untuk dapat menyelesaikan urusan orang banyak yang beragam itu.

Keempat, qudrah lish shadamah, kemampuan untuk berbentur, semakin tinggi pohon menjulang maka semakin banyak angin yang menggoyang. Bila ini dikaitkan dengan dakwah maka semakin tegaknya bangunan dakwah amak semakin banyak pula ujian pada dakwah ini. baik ujian yang menyenangkan atau ujian yang menyusahkan. Oleh karena itu kader-kader dakwah perlu membentengi diri sehingga boleh menghadapi benturan apapun yang manghadangnya.

Kelima, Taqwiyatu Billah, memperkokoh hubungan dengan Allah SWT. yang dapat menjadikan diri kita mampu dan kuat tidak lain karena hubungan yang kuat pula pada Allah SWT. sehingga kita tidak boleh mengabaikan amal-amal yang menghantar diri kita ke arah itu. Dan amaliyah ini sedapat mungkin menjadi harian kader yang selalu menghias pada jiwa dan raganya. Wallahu 'alam bishshawab.

Thursday, April 19, 2007

Amal Tak Kan Pernah ku hentikan


Perang Badar baru saja selesai. Namun peristiwa itu tidak boleh hilang begitu saja di benak para sahabat. Karena Badar merupakan pengalaman mereka yang pertama dalam keramaian genderang perang. Pengalaman yang menorehkan lukisan indah sebagai sebuah potret pengorbanan dan kesetiaan pada Islam. Sehingga dalam diri mereka masih terngiang-ngiang kejadian demi kejadian yang baru mereka alami.

Memang. Badar menjadi pemandangan yang menakjubkan dalam sejarah perjuangan kaum muslimin. Para sahabat sangat bersemangat untuk mengisahkan peristiwa tersebut. Karena betapa saratnya peristiwa perang Badar dengan sikap-sikap kepahlawanan kaum muslimin. Cerita yang mengalir deras itu membuat mereka keasyikan menceritakan pengalaman mereka hingga satu sama lain saling membanggakan perilaku mereka dan kadang juga memandang remeh apa yang telah dilakukan oleh yang lainnya. Lalu muncullah sikap kekeliruan mereka dengan mengatakan bahwa, 'Anshorlah yang lebih hebat, Muhajirinlah yang lebih unggul, 'Auslah yang lebih kesatria, Khajrazlah yang tak tertandingi', dan sikap-sikap hubbul ghurur wa zhuhur lainnya.

Peristiwa itu nyaris menjadi sengketa di kalangan mereka. Dan ini dimanfaatkan kaum Yahudi untuk mengadu domba kaum muslimin. Musuh-musuh umat Islam itu pun memanas-manasi kaum muslimin dengan membangkitkan watak-watak jahiliyah. Lantaran diantara mereka saling membanggakan dirinya kemudian berujung pada pendirian masing-masing yang ingin membuktikan kehebatannya. Sehingga terdengarlah seruan, 'senjata……., senjata………, mari kita buktikan siapa yang paling hebat'. Kejadian itu pun sampai ke telinga Rasulullah SAW. beliau amat geram dengan sikap para sahabat yang keliru itu. Lalu Allah SWT. mengingatkan mereka dengan turunnya Q.S. Ali Imran: 100 - 102

"Hai orang-orang yang beriman jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang diberi Al Kitab niscaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman. Bagaimanakah kamu sampai menjadi kafir padahal ayat-ayat Allah dibacakan kepadamu dan Rasul-Nya pun berada di tengah-tengah kamu?. Barang siapa yang berpegang teguh kepada agama Allah maka sesungguhnya ia telah diberi petunjuk kepada jalan yang lurus. Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah sekali-kali kau mati melainkan dalan keadaan beragama Islam. Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali agama Allah dan janganlah kamu bercerai berai dan ingatlah akan nikmat Allah kepada ketika kamu dahulu masa jahiliyah bermusuh-musuhan maka Allah mempersatukan hatimu lalu menjadilah kamu karena nikmat itu orang-orang yang bersaudara. Dan kamu berada di tepi jurang neraka lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk".

Sesudah itu Rasulullah SAW. melihat ada hal yang amat penting dari peristiwa itu adalah kaum muslimin mengalami waktu relaks dalam amaliyah dakwah. Hal ini sangat berpengaruh pada perilaku sahabat yang mudah menyimpan memori kenangan indah dan dapat membangkitkan sikap keliru tadi. Sehingga sesudah itu beliau memberikan amaliyah yang mantap dan terus menerus tanpa henti untuk menunaikan tugas dakwah ini. Maka sesudah kejadian itu kaum muslimin melakukan beberapa ekspedisi ketenteraan hingga perang Uhud.

Amal Datang Tanpa Kenal Henti

Perjalanan waktu seiring dengan berjalannya amal. Bahkan keduanya saling berdatangan. Kadang waktu mampu menyelesaikan sebuah amal. Namun kadang pula amal datang tanpa mampu ditunaikan meski telah berlalu beberapa waktu. Malah sering kali amal itu lebih banyak dari waktu yang tersedia sehingga ia tidak boleh diselesaikan oleh satu waktu atau satu generasi akan tetapi ia diselesaikan oleh waktu yang lain atau generasi berikutnya.

Kedatangan amal yang tak kenal henti sudah menjadi tabiat alam semesta. Selama putaran alam ini tidak pernah berhenti maka selama itu pula putaran amal yang tak kan henti. Meski demikian bagi seorang kader dakwah putaran waktu yang seiring dengan putaran amal bukanlah sesuatu yang harus dihindari melainkan perlu diambil bahagian agar dapat mengikuti alur perjalanan waktu dan amal. Seorang ulama dakwah telah lama mengingatkan murid-muridnya dengan menyatakan 'mengalirlah bersama amal-amal ini niscaya ia akan mengalirkan dirimu'. Karena itu catatan yang perlu kita tulis adalah jangan sampai mengabaikan kesempatan dan peluang yang telah diberikan kepada kita. Namun bila hal ini terabaikan maka nikmat kesempatan itu menjadi sia-sia. Rasulullah SAW. telah mengingatkan bahwa, 'ada dua kenikmatan yang sering dilupakan manusia yakni kesempatan dan kesehatan'. (HR. Muslim).

Jangan Pernah penat Dalam Beramal

Tidak dinafikan lagi bahwa tabiat seorang mukmin sejati adalah bekerja, bekerja dan terus bekerja. Sehingga seluruh waktunya selalu diukur dengan produktiviti amalnya. Karena itu diam tanpa amal menjadi aib bagi orang beriman. Mereka harus mencermati peluang-peluang untuk selalu berbuat. Maka perlu diingat bahwa 'ngangur' dapat menjadi pintu kehancuran. Tidaklah mengherankan bahwa banyak ayat maupun hadits yang memberikan motivasi dan rangsangan agar selalu berbuat dan menghindari diri dari sikap malas dan lemah untuk berbuat. Untuk itu Rasulullah SAW. menyegerakan para sahabat melanjutkan agenda lainnya sebab bila tidak, yang terjadi adalah peluang konflik sesama atau akan disibukan dengan hal-hal remeh.

'Pikiran tak dapat dibatasi, lisan tak dapat dibungkam, anggota tubuh tak dapat diam. Karena itu jika kamu tidak disibukan dengan hal-hal besar maka kamu akan disibukan dengan hal-hal kecil'. (Abdul Wahab Azzam).

Ritma kehidupan orang yang beriman selalu terus hidupnya yang selalu berputar maka sesudah selesai menunaikan satu tugas maka ia harus menyiapkan dirinya untuk menunaikan tugas besar lainnya. Bentuk yang demikian dapat menyehatkan diri dan amalnya karena ia dapat memanfaatkan waktunya dan dapat mengukir goresan indah dalam waktunya. "Maka apabila kamu telah selesai dari satu urusan maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain". (Q.S. Al Insyirah: 7).

Bila perjalanan amal yang begitu panjang sering terjadi dalam kehidupan ini maka tidak ada pilihan lain kecuali mempersiapkan diri untuk mengarunginya. Salah satu penyiapan yang amat perlu dimiliki adalah sikap tidak pernah lelah dalam amal. Karena sikap lelah dan terus merasa lelah akan memperkecil potensi produktiviti dan akan mengurangkan tenaga untuk berbuat. Maka kita perlu memerangi kelelahan kita. Boleh dengan recovery tarbiyah dengan mendisplinkan diri dalam menerapkan manhaj, rehlah, siyahah atau amal-amal tarbawi lainnya. Rasulullah SAW. pun menyuruhnya 'rehatkanlah hatimu karena hatimu tidak terbuat dari batu'.

TO BE CONTINUED ...