Tuesday, March 06, 2007

Take me to Docklands..

Hayati mengemas pakaiannya ke dalam “back-pack”nya, sementara menunggu laptopnya “turn-off”. Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam “back-pack”nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.
“Awak tak tido umah malam ni ke?” tanya Zuraida.
Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.
“Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study,” Zuraida merengek.
Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. “Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah.”
Zuraida mencebik. “Awak tido rumah sape pulak malam ni?”
“Rumah, err.. rumah.. Huda.” Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.
Sejak Huda baru sampai ke bumi “Down Under” ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.
“Awak nak ikut, Zuraida?” Hayati cuba menghangatkan suasana.
Muka Zuraida terus berubah ceria, “Boleh juga!”
Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat “supportive”, dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut “duty roster” rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.
“Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!” kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.
Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.
Zuraida melihat jadual bas, “Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m”
Hayati mengangguk, “Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang”
Zuraida sengih lagi.
“Awak tau tak…” Zuraida memulakan bicara.
“Tak tau, hehe” Hayati berlawak.
“Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu..” Zuraida terus merajuk.
“Alah, awak ni.. Saya gurau je..” Hayati cuba memujuk.
Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.
“Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya…..” belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.
“Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?” Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah “pull-over” kereta kecilnya yang berwarna merah. “Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni”
“Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?” tanya Hayati.
Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.
“Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne.” Kata Sufiah.
Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, “Yati, ni lagu untuk awak.” Hayati senyum, “Terima Kasih”. Sufiah pula mencelah, “Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?”. Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.
Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,
“Ku biarkan pena menulis Meluahkan hasrat di hati Moga terubat segala Keresahan di jiwa Tak pernah ku ingini”
Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.
Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.
Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, “Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau”
Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.
Benarlah seperti nasihat Kak Elin, “sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita.”
Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.
Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.
Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.
Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.
“Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ,” getus Zuraidah dalam hati.
Hayati melihat “rear-view mirror”, ternampak muka Zuraida yang serius.
Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar “handphone”nya.
Hayati menaip sms, “Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe.”
Sufiah membuat “announcement”, “Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya.”
Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, “Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands.” Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat.
“Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak “outing” berdua,” Hayati mengajak Zuraida.
Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.

Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, “Jom dok kat tepi jeti tu..”
Hayati mula bicara, “Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan….”
Zuraida tersenyum sahaja.
Hayati bicara lagi, “Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih….”
Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.
“Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak,” kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.
Hayati mengangguk, “Cakaplah..”
“Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya.” Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.
Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.
Maksud sepotong ayat Al Quran, “ Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. “ Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.
“Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ,“ Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.
Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.
“Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan,” Hayati mula meluahkan isi hatinya.
Zuraidah berkata, “Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah..”
Hayati menyambung, “Betul? Kosong-kosong!”
Zuraidah pula berkatai, “Kosong-kosong!”
“Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!” Hayati mula meng”list-out” perjanjian di antara mereka.
“Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita “fastabiqul khairat”, mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe..” Zuraida menyambung.
“Lillahi ta’ala!” Zuraida dan Hayati menyebut kalimah “kerana Allah ta’ala” serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.
“Jom makan aiskrim ni dah cair!!” Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.
“Hehe..” Hayati tergelak kecil.
“Er… kita nak tido mana ye malam ni?” Zuraida bertanya.
“Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah” jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang “sporting” dan lucu.
Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dana meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.

Thursday, March 01, 2007

O Allah, I hope for Your mercy. Do not leave me to myself even for the blinking of an eye. Correct all of my affairs for me. There is none worthy of worship but You.

(Supplication from Rasulallah s.a.w. ,reported byAbu Dawud, Ahmad)

O Allah, You are my strength and You are my support. For Your sake I go forth, and for Your sake I advance and for Your sake I fight.

(Supplication from Rasulallah s.a.w., reported by Abu Dawud, At Tirmithi)


:: BERKORBAN DEMI CINTA ::

Bermula gemilang cahaya
Petunjuk pimpinan yang Esa
Menempuh jalan hidup di dunia
Cabaran yang silih berganti
Dugaan mematangkan diri
Mengajar erti hidup ini

Berjuang berkorban demi cinta
Suka dan duka suratanNya
Mengenal makna jalan bahagia
Masa yang silih berlalu
Semakin hampir saat itu
Ya Tuhan tunjukkan
Moga selamat bersamaMu

Biarpun bersama kekurangan
Namun bersyukur kurniaan Tuhan
Iman di hati sabar menjadi pemujuk diri
DenganMu ku punyai segala
Tak kan beruntung seisi dunia
Limpah kurniakan petunjuk bantuan
Tempuh hari yang mendatang

Semoga?
Sisa hidup ini tak kan terbuang lagi
Setiap detik masa dalam amalan jua
Jangan dipisahkan denganMu kebahgiaan

Semoga dengan ini jambatan menemui
Cinta yang sejati
Itu yang abadi

Berjuang mencari iman taqwa
Perisai menempuh pancaroba
Penentu tempat rahmat bahagia
Seiring teman dan saudara
Pimpinan tauladan baginda
Ya Tuhan bantulah
Moga selamat selamanya


Seorang yang benar, yang menyerahkan dirinya kepada Allah akan menyedari – sejak langkahnya yang pertama- bahawa dia sedang berhijrah kepada Allah semata-mata. Dia sedang berlari kepada-Nya. Dia sentiasa tergesa-gesa dan amat merindui-Nya.
:: KOTOR + BERSIH = KOTOR ::


Di awal-awal lariannya lagi beliau telah menyedari bahawa, betapa tingginya anak tangga yang perlu didaki dan bertingkat-tingkat. Beliau sentiasa meningkat naik dengan meyakini bahawa kedudukan syurga yang tinggi memerlukan kepada niat keazaman yang tinggi juga. Beliau juga menyedari betapa perlunya dalam perjalanannya itu dihindari perkara-perkara kotor yang boleh mencampuri kejernihan hatinya dan mengurangkan kesuciannya.

Beliau sentiasa ingin memperbaiki unsur-unsur keimanannya setiap kali beliau menyedari terdapat kecacatan. Beliau sentiasa berazam untuk melakukannya. Ketika beliau berusaha memperbaiki kecacatan unsur keimanannya: beliau sedar betapa perlunya kejernihan jiwa dan betapa perlunya beliau menampung dan menjahit keretakan unsur keimanannya dengan segala kebaikan yang telah di kurniakan oleh Allah kepadanya sebelumnya. Beliau juga berjaga-jaga agar tidak sampai dimalukan oleh orang yang tidak dikenali lantas beliau sentiasa berazam untuk perkara itu juga. Begitulah seterusnya beliau sentiasa menguatkan keazamannya . Kali ketiga memerlukan keempat kalinya, begitulah keadaannya dengan sentiasa meningkat sehingga tercapai tujuannya.

Sebaliknya mereka yang membiarkan jiwanya bercampur dengan kekotoran dosa sesungguhnya telah melakukan kesilapan kerana beliau tidak akan mampu berusaha memperbaiki kekurangannya dengan berada di tempat yang jauh dalam keadaan jiwa bercampur kekotoran. Beliau tidak akan merasai puas apabila meminum minuman yang bercampur kekotoran yang tidak jernih.

petikan dari Al Awaiq, Ar Rasiyd

:: UKHUWWAH ::


Kadar kefahaman duah mengenai makna al ukhuwwah masih lagi berbeza di antara para duah.

Duah selama-lamanya tidak akan mencapai erti kesedaran yang sebenar melainkan setelah beliau :

1. Meletakkan dalam kiraannya bahawa; menzahirkan akhlak ukhuwwah imaniah dalam kehidupan dan mengajar neraca persaudaraan adalah diantara hadaf asasi dakwahnya.
2. Menyedari bahawa menghidupkannya akhlak ini dalam muamalahnya sesama muslimin dan dicernakan dalam bentuk jamaah amal yang saling berkasih-sayang .

Dengan kewujudan kedua-dua perkara barulah layak untuk para duah mendakwa kejayaan dakwahnya dan kewujudannya ini saja yang boleh menjadi alasan kepada wujudnya jamaah mereka, walaupun kesan dakwahnya kurang atau majoriti masyarakat biasa menjauhi mereka.

Ukhuwwah berkerja kerana Allah.

Persaudaraan yang mengikat mereka adalah ukhuwwah akidah yang sudah bermadai sekiranya ia dicernakan oleh sekelompok kecil duah kemudian mereka mewariskannya kepada generasi berikut yang akan terus menghidupkannya.

Ia merupakan persaudaraan untuk ber amal yang melangkaui batasan warna kulit dan bangsa ia yang mencampurkan seluruh Amilin dan meleburkan sebarang perbezaan antara mereka sehingga mereka menjadi seperti seirama senada:

Akan diuji persaudaraan yang diada-adakan
Akan tetapi kami diwaktu dinihari berjalan dalam persaudaraan yang berkekalan
Atau berbeza air ikatan mereka
Air ikatan kami tawar nikmat,
Turun daripada awan yang satu.
Atau berbeza keturunan kami
Tetapi yang menyatukan kami adalah amal
Yang kami letakkannya umpama bapa.

Al Akha’ ( Persaudaraan)
Ikatan dan
Amal

Ia ibarat denyutan nadi yang memberi harapan untuk hidup
Ia ibarat irama yang menghiburkan qafilah dalam pengembaraan menuju fajar yang baru.

Bagi sesiapa yang mengetahui kelebihan al hadi (pengemudi yang menghibur unta dengan alunan lagunya bagi menggerakkannya) dan berdiam diri mendegar denyutan jantungnya, beliau akan merasai kelangsungan hidupnya ketika jasadnya tenang. Beliau tentu sekali akan merasa kecewa dengan gangguan walaupun sedikit yang menghilangkan nikmat ketenangannya merasai denyutan jantungnya.

Sejauh mana seseorang itu mengetahui tujuan dan kesan persaudaraan yang menjadikannya memiliki fiqh taat yang tinggi, sekadar itu juga sebaliknya dengan kecetekan maani ukhuwwah maka dengan sedikit kesamaran dan kekaburan akan mampu membawanya kepada pepecahan. Setiap orang akan bertindak dan memiliki sikap positif sekadar mana dia memahami erti persaudaraan. Ada yang memiliki ketinggian ukhuwwah dan ada yang gugur kerana rendahnya erti ukhuwwah dalam dirinya.

petikan dari Al Awaiq, Ar Rasyid

Wednesday, February 28, 2007

:: ALAM NASYRAH ::

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berkepanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari Allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari Tuhan

Alhamdulillah a'laa kulli haal... Saya telah pun menjejakkan kaki kembali ke Kampung8... Tengah set up office ku yang baru :-P Headquarter baru untuk si Kodomo Lion memulakan langkah singa (insya-Allah, help me Ya Rabb!).

Fulfill my ambitions O Lord..
Purify my soul and intentions...

Mudah2an, set target, at least up to Winter (hehe.. Msia tak de winter).... :-) mudah2an, ada bunga-bunga yang mekar di tanah gersang, yang mengharumkan taman... Insya-Allah, bersama kakakku :-) akan terus berusaha....

P/s: Cik Pia, Cik Ein, sapo laie yang eden dongar nak balik masa Winter.. Wajib datang Melako ni!!

Monday, February 26, 2007

:: 1st day ::

:-) Hari ni chat ngan orang2 Melb.. Rasa cam dekat je.. Hehee..
A'la kulli haal, moga terus kuat di mana jua kita berada...
Doakan kita bersama...
Tadi gi KLCC... Huh.. Report kat PETRONAS.
Rasa cam tak de beza jalan kat KLCC ngan jalan kat Westfield ke, QV ke...
Huuh...
Naik LRT, KOMUTER.. Tak de beza ngan naik tram atau train...
Sebab, sama je adegan2 manusia yang ada...
Ahah..
Hmm... Cegah mungkar guna hati.... Tak pe... After this kita proses berperingkat..
Insya-Allah, medan amal yang luas menanti...
Singa ini akan menyinga...
Wahai kijang pengecut.... Marilah jadi mutant.. Tukar jadi singa...

"Bahkan manusia itu mahu berada dalam maksiat" - Surah Al Qiyamah

Saturday, February 24, 2007

:: LANGKAH BERMULA ::

5.10 a.m, 25 Feb 2007, Ahad

Ketua
krew pesawat MH128 mengumumkan pendaratan di KLIA. Penerbangan yang sangat smooth, tak de turbulence. Sebab tido memanjang dalam flight, jadi tak tau ler apa jadi sepanjang flight :-D Hehe...

Post departure, 24 Feb 2007, Sabtu

1. Dekat counter check-in :

"I'm sorry, which one of you are flying?" Haha.. Confuse mak cik kat counter check in tu, sebab ramai sangat akhawat masa tu. Haha.. And I have my own stewardesses accompanying me (yang berbaju hijau ramai2 tu).. Hehe.. "I'm flying"... Ana pun menghulur la pasport.. Masa mak cik tu cek2 pasport, "I can't find you on the list" ... (Aha?! Ade kah bermaksud, ana akan stay di Melbourne lagi? :-D "petanda 1" )

Ana pun menghulurkan lah tiket.. Last sekali, oke la.. Dapat la jumpe nama ana dalam senarai penumpang...

Selepas acara "tanggam" (tangkap gambar) dan acara mengosongkan sisa tangki air mata (huhu...) ... Dan selepas pertemuan terakhir (heh, bukan terakhir insya-Allah).. Saling tukar harapan dan nasihat... Kaki melangkah, bukan longlai, tetapi melangkah dengan macho nye.. Marching to the custom counter...
Dengan satu sling-bag Balino yang disangkut pada bahu kanan, beg laptop disangkut pada bahu kiri, kamera NikonCoolPix L6(jazakillah) digantung pada leher, di tangan kanan ada pasport, boarding pass dan custom declaration form.. di tangan kiri, ada "kalabangga" dari pelajar tajaan JPA (jazakilah) bersama sejambak bunga ros dari Kak U (jazakillah) berserta bantal heart dari Kakak Rabbit (jazakillah), di belakang, terletak kemas beg skolah (yang tak lama lagi jadi beg kerja). Pergh! Nampak cam nak pergi perang habis...

2. Dekat custom counter :
"What have you done to your pasport?" Pak Cik custom counter memulakan bicara. "Err... I've spilled some water on it.." Dia geleng2 je.. Hehe.. Tak pe lah, dah nak expired pun pasport tu.. Lama pulak dia membelek pasport ana ni... Dia suspect ana ni ape2 ke? Heh.... "Ok, miss, there will be a custom officer coming here to bring you to the custom office..." Aha.... Ana berfikiran positive.... (Adakah aku akan berada lagi di Melbourne? "petanda 2"). Datang lah sorang pakcik yang pakai suit lengkap ala-ala Men In Black. Datang ke arah counter tu, dan menjemput aku ke office nya... Antara soalan yang dia tanya (tak ikut kronologi, ada some conversation points yang sengaja ditinggalkan, penat nak taip) :

Custom Officer (C.O) : What visa do you have?
Kodomo Lion (K.L) : Err.. Student visa
C.O : Where are you studying?
K.L : Melbourne University
C.O : When was the last time you arrive in Australia?
K.L : Around January 2006
C.O : You have an e-visa?
K.L : Yup..
C.O : According to our record, your visa actually has already expired on the 15th March 2006. And you actually had overstayed here in Australia.
K.L : Errr.. I'm sorry? But I believe that my visa supposed to expire on the 15th March this year. (Adakah aku akan berada lagi di Melbourne? "petanda 3")
C.O : Hmm, let me check again..

Ntah ape2 la yang C.O tu belek2 kt komputer dia.. Ana dah tengok 2 jam.. Alamak dah 12.15 a.m, patut dah boarding dah..... Ana pun buat cool je.. Adekah dia ingat ana ni tergolong di kalangan mereka yang extremist? Pendatang haram? Ligat kepala ku memikirkan.. Bior betul visa dah expired!

C.O : According to your certification of enrolment, you suppose to finish your course on the 31st December 2006. But however, I believe that there are some errors done by the officer who was issuing your visa. That's alrite. Your visa is still OK.
K.L : (Lega sket).....
C.O : Graduate from University of Melbourne, I'm sure you'll get a good job.
K.L : (insya-Allah)
C.O : Are they all your friends out there?
K.L : Ahaa, yup (Heeh.. Adekah bermaksud, kite semua telah pun diperhatikan semasa di ruang legar lagi, sedangkan pak cik Custom ni dok terperuk dalam ofis je.. hehe.. misteri)

3. Dekat Travellers Funding Servise, TFS (duty free fund)
Aku
menghulurkan resit camera NikonCoolPIx L6, serta pasport kepada officer yang bekerja di counter tersebut.
TFS Officer (TFSO) : What flight are you catching?
K.L : MH 128, Malaysia Airlines
TFSO : Miss, the flight has been boarding, and you're actually late.
(Adakah aku akan berada lagi di Melbourne? "petanda 4")

TFSO
sibuk menguruskan urusan nak refund $27 sebab dapat exception daripada kena bayar GST (gov. service tax) utk camera tu.

TFSO: Ok, you're done. You better be hurry up or else you'll miss the flight.

4. Dekat custom check point and X-ray
Officer
yang jaga checkpoint tu suruh ana letak sume barang ana... Bayangkan ler.. Badan ana berselirat dengan bag2 tu siap ngan "kalabangga" sume nak scan.... Ana cume mampu cakap, "I'm actually late" .. Officer tu buat muka tatau je.... Lambat betul la, di surunya pula bawa keluar laptop dari beg.. bawa keluar kamera dari sarung... Heh... Lambat abes dah...(Adakah aku akan berada lagi di Melbourne? "petanda 5")

Ana pun berlari terkontang kanting dengan bag2 tu, selepas dari check pint X ray tu... Berlari ke Gate 6 (tertera 50 metres ahead) ... Huaa... Last sekali, alhamdulillah.....
Telah benarlah apa yang Allah mahukan daripadaku, aku harus pulang... aku kena pulang..... Medan ku bukan di bumi Melbourne lagi (utk setakat ini.. hehe)..... Maka, aku pun tersedar dari awang-awangan... peristiwa hijrah dalam Sirah Rasulallah, peristiwa perpindahan kiblat dari Mekah ke Al Quds...
Ini hijrah utk menyucikan jiwa..
Ini hijrah utk mencari kekuatan baru...
Ini hijrah utk menuntut mujahadah yang aku tak terbayangkan....

Doakan ana, wahai sahabat-sahabat sekalian. Doakan agar semua di antara kita jadi mujahidah dan amilaat yang setia utk Islam. Thabbit qulubana Ya Allah, a'la deenik wa a'la to'atik...

"Kita kan tetap bersaudara, walaupun jarang dapat bersama, asalkan hati kita bersatu, di atas jalan kebenaran"

Friday, February 23, 2007

Berat sungguh perasaanku ini...
Ya Allah,
Kau akan pindahkan aku dari medan ujian sughra ke medan ujian kubra
Jadikan hijrah ku ini sebagai qurbah kepadaMu
Jadikan hijrah ku ini sebagai penyucian jiwaku
Agar aku tidak ikat agamaku dengan tanah
Agar aku tidak ikat jiwaku dengan manusia-manusia yang aku biasa dengan mereka

Ya Allah,
Sekiranya ada insan yang hadir dalam hidupku mengurangkan tawakal ku serta kebergantungan ku kepadaMu, leraikanlah perasaanku itu.
Agar jiwaku penuh dengan cinta dan harap padaMu.
Sehingga sempurna pengharapanku kepadaMu.
Sehingga aku tidak merujuk selainMu.
Sehingga aku tiada lagi rasa ketakutan.

Ya Allah,
Namun, belajar daripada orang lain merupakan sesuatu yang Engkau perintahkan
Engkau berfirman "fa bi hudaahumuqtadih" (dengan petunjuk mereka, maka berqudwalah) Al-An'am:90
Segala pujian untukMu, di atas hidayah yang Engkau kurniakan pada jiwa-jiwa yang ikhlas kepadaMu
Aku banyak berqudwah dengan mereka

O Allah, I thank you for the very wonderful opportunities
And, I seek Your forgiveness, as I always let loose these opportunities

How can I stop thanking you, Ya Allah.

..... Kepada akhawat di bumi Kanggaroo, minta maaf banyak-banyak. Jazakumullahukhair, kehadiran kalian banyak mengajar ana erti indahnya hidup mengenal Allah, bermujahadah dalam beramal di jalan Allah. Moga Allah temukan kita, dengan apa jua cara yang Dia inginkan. Dan ana mengharapkan kita bertemu dalam hasanah. Andai tidak di dunia, di akhirat (di jannah), insya-Allah) ........
P/s: Tolong bagitau kalau ade hutang pape ;-) Maaf, halal makan minum sume2..

Wednesday, February 21, 2007

"Dan sesungguhnya Kami akan benar-benar menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan Kami menyatakan (buruk baik) hal ehwalmu"
-Muhammad:31
Moga Allah tingkatkan iman untuk terus jadi amilin/amilaat untuk menegakkan Islam kembali di atas muka bumi, sehingga mencapai sama ada menang atau mati syahid
"Dan sesungguhnya Kami akan benar-benar menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan Kami menyatakan (buruk baik) hal ehwalmu"
-Muhammad:31
Moga Allah tingkatkan iman untuk terus jadi amilin/amilaat untuk menegakkan Islam kembali di atas muka bumi, sehingga mencapai sama ada menang atau mati syahid

Saturday, February 17, 2007

Seorang ahli zuhud yang bijak iaitu Samnun, rahimahullah apabila ditanya tentang firasat dan hakikatnya, lalu dia menjawab,

“Sesungguhnya orang yang dapat memfirasati dirinya hingga mengenal dirinya dengan benar, maka akan benar pula firasatnya terhadap orang lian dan tepatlah apa yang difirasatinya”

Hasil kajian pakar pergerakan islam, penanaman nilai-nilai di bawah sangat penting dalam membentuk peribadi daie ilallah:

Enthusiasm dalam mengerjakan solat dan mengukuhkan aqidah
Berpegang teguh kepada etika serta adab persaudaraan
Berasa senang untuk memberi, serta senang dengan kesibukan sehari-hari yang melelahkan
Merindukan jihad dan mati syahid
Disiplin dalam ketaatan
Tidak bercita-cita terhadap duniawi dan meringankan bebannya
Menanti datangnya kematian dan melupakan angan-angan duniawi
Cinta kepada Allah dengan penuh harap dan rasa takut
Putus hubungan dengan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dalam soal wala’, kasih sayang, ketaatan
Sabar menghadapi segala cubaan dan ujian


-Ar-raqaiq , Ar Rasyid

Wednesday, February 14, 2007

introducing
'U.S.B.A.H


U - ultimate fear is only for Allah
S - seeking only the pleasure of Allah
B - bold and strong
A - aspiration leads to mujahadah
H - honest and humble for the sake of Allah

Go 'Usbah! Go 'Usbah!
Fight for the ummah..
The strong and bold..
Strong in imaan..
Bold in taqwa..


Tuesday, February 13, 2007


Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya.
Hadis riwayat al-lmam Muslim.

Pernahkan anda mendengar kisah, para selebriti dan pemimpin terkemuka sanggup membayar beribu malah berjuta kepada para wartawan supaya maksiat serta keburukan mereka dirahsiakan.

Pelik, malu dengan manusia. Tak malu dengan Tuhan.

Untuk diri kita sendiri, sudah tentu ada kisah silam yang negatif kita yang kita tidak mahu diketahui orang lain. Apatah lagi, pada waktu ketika sekarang ini kita telah pun berusaha untuk berubah.

Bayangkan sekiranya Allah mengtakdirkan manusia dapat membaca isi hati manusia yang lain. Sudah tentu setiap manusia akan menelangkupkan 'paper bag' di atas kepalanya. Kerana tidak mahu diri dikenali, kerana terlalu banyak cerita buruknya tersebar.

Berapa ramai manusia yang patah semangat kerana kesalahan yang pernah dilakukannya berjaya dibongkar oleh manusia pendengki yang lain, yang menjadikan kisah pekung orang lain sebagai modal untuk menghiburkan orang.

Beberapa kali dalam Al Quran, Allah ta'ala mengatakan bahawa Dia akan menutupi kesalahan-kesalahan orang-orang yang beriman. Oh TuhanKu, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih, walau setiap gerak geri kami diketahuiMu, namun Engkau tetap membuka peluang taubat.

Manusia yang beriman, Allah jadikan hatinya mempunyai perasaan malu. Namun begitu, sebesar mana dosa dan jahiliyah kita lakukan, kita sangat redha dan selesa apabila dosa-dosa itu berada di bawah pengetahuan Allah.

Allah Yang Maha Penyayang, menjanjikan dosa sebanyak isi bumi akan dihapuskan sekiranya hambaNya kembali bertaubat kepada Allah. Mengapa pula manusia lain sibuk-sibuk mengungkit mengunjing orang lain.

Biar seseorang itu kafir sekalipun, apabila dia menyatakan 2 kalimah syahadah seikhlasnya, maka terhapuslah segala kesalahan dan dosa masa silamnya.

Sikap kaum mujrimin (pendosa) sudah biasa dengan membuka kesalahan orang lain, sehinggakan di hari akhirat pun sibuk mencari-cari kesalahan orang dan terlupa akan aib diri sendiri.

Dalam ma'thurat yang kita baca sehari-hari, ada Nabi ajarkan "Ya Allah, pada pagi (petang) ini kami menikmati pemberianMu, kesihatan dan perlindunganMu, maka sempurnakan nikmat, 'afiat dan perlindungan terhadap (rahsia-rahsia) kami di dunia dan di akhirat".

Contoh dalam Surah Qaaf:24-28, kisah 2 orang bertelagah sebelum kedua-duanya dicampakkan ke dalam neraka, yang seorang itu berkata, "Ya Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi dialah yang berada dalam kesesatan yang jauh". Lalu Allah mengherdik mereka berdua, "Janganlah kamu bertengkar di hadapanKu, padahal sesunggunya Aku dahulu telahpun memberikan ancaman kepadamu".

Firman Allah dalam Surah Al Hujuraat:12,

"Hai orang-orang yang beriman, jauhiliah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?..."

Obviously my past was dark. And Allah illumines my path as I walk through the time. But there are stalkers who purposely or impurposely painting black colours on my life.

Takutnya aku dengan penganiyaan orang. Kalau ditikam pedang, nampak lukanya boleh dirawat. Tapi kalau lidah yang menikam hati-hati manusia lain, serahkan pada Allah untuk merawatnya serta memberi balasan setimpal.

Baca surah Al Falaq banyak-banyak. Moga Allah melindungi kita daripada kejahatan makhluk yang diciptakan Allah, dan daripada wanita-wanita yang menghembuskan pada ikatan, dan dari hasad dengki orang.

pada saat kamu terasaka takabbur, terasa diri hebat.
ketahuilah pada saat itu, kamulah yang paling dha'if di sisi Allah

Sunday, February 11, 2007

"Wahai saudaraku,
Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya putus asa itu bukanlah dari akhlak kaum muslimin. Impian semalam adalah realiti hari ini, dan impian hari ini adalah realiti esok…"
-Hassan Al Banna
:: POSITIVE REACTION ::
Smile o lips.
Grin o face.
Work o hands.
Run o legs.
Sensible o mind
Calm o soul.
Heal o heart.

“verily, for every hardships there are reliefs”
-hasbunallahu wa ni'mal maula wa ni'mal naseer-

Imam Ahmad recorded from `Amr bin `Abasah that the Prophet said,

«مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِيُذْكَرَ اللْهُ فِيهِ بَنَى اللْهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ وَمَنْ أَعْتَقَ نَفْسًا مُسْلِمَةً كَانَتْ فِدْيَتَهُ مِنْ جَهَنَّمَ وَمَنْ شَابَ شَيْبَةً فِي الْإِسْلَامِ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَة»

(Whoever builds a Masjid so that Allah may be remembered in it, Allah will build a house for him in Paradise; and whoever frees a Muslim person, then it will be his ransom from Hell; and whoever grows grey in Islam, then it will be a light for him on the Day of Judgement.)

1. Membina masjid supaya Allah diingati di dalamnya
Kita lihat, masjid di Malaysia tumbuh bagaikan cendawan, walaupun orang yang mengunjunginya tidaklah begitu berpusu-pusu. Masjid kini memainkan peranan yang "pelbagai", seperti pusat tarikan pelancongan, tempat kursus kahwin, tempat menguruskan jenazah, tempat solat jumaat etc.

Alangkah rindunya kita dengan masjid yang mana mempunyai pengunjung yang tetap. Yang mencintai untuk sujud di dalam masjid itu, sujud kepada Allah. Yang akan berlumba-lumba menuju ke masjid untuk bersolat fardhu secara jemaah. Yang pasti, supaya di dalam masjid itu, Allah diingati. Yang mana, orang-orang yang selalu ke masjid yang sama berukhuwah fillah. Saling pesan berpesan, saling nasihat menasihat.

Tetapi kini, masjid sebagai... Seperti yang disebut dalam perenggan pertama. Pembinaan batu lebih di'emphasize'kan berbanding dengan pembinaan insan. Jarang ada masjid yang dapat melahirkan generasi yang faham islam dan insan-insan yang soleh dan solehah serta mengadakan islah.

Teringat suatu dokumentari, tentang satu masjid di Palestin, sederhana sahaja binaannya. Tetapi masjid ini menjadi madrasah mendidik anak-anak kecil yang faham dakwah serta jihad.

Masjid oh masjid. Ikut hadith ini, untuk mendapat satu syurga di akhirat, bukanlah sebarang pembina masjid yang akan dapat kelebihan ini. Tetapi, hanya mereka yang membina masjid, dan me'mantain'kan masjid sebagai tempat menghayati mempelajari makrifatullah. Yang mana Allah diingati di dalamnya. Bukannya untuk melahirkan orang yang hanya tahu berkata "waa... cantiknye masjid ni". Lalu mereka melangkah keluar tanpa bertambah pun iman mereka.

2. Orang yang beruban kerana sibuk dengan perihal islam

Huhu
... Zaman sekarang, orang banyak beruban sebab pening fikir masalah kat ofis, beruban kerana banyak tukar jenama syampu, beruban kerana banyak dye rambut. Susah nak jumpa manusia yang beruban kerana sibuk denga perihal islam.

Kaum muslimin dan muslimat, moga terus berusaha memikirkan tentang ummat ini. Teringat Nabi Syuai'b berkata dalam Surah Huud:88, "Aku tidak mau melakukan sesuatu melainkan islah sedaya upayaku"... (bace ye ayat ni sampai habis). Sedaya upaya.. huhu.. "mastato'tu "

Mungkin juga aku lalai begitu. Huhu.



Thursday, February 01, 2007

:: FENOMENA MUZIK HARAM ::

Hehe.. Masa online YM hari tu, nampak status seseorang.... Yang merupakan link kepada salah satu kumpulan nasyid "terkemuka" tanah air... Saya tak de pulak berinitiatif nak klik ke situ, kerana sudah pasti tidak ada berita terkini tentang ummat islam di dalam web tersebut :-P

Kadang-kadang pelik, arus dunia muzik di Malaysia... Sekarang memang hot tentang nasyid. Pelbagai jenis. Kadang-kadang confuse pun ada juga. Heeh. Ni nasyid ke lagu chen-ta... Ingatkan cinta Allah, pergh! Rupanya manusia. Kalau kawan pasal ukhuwah ke ok lagi. Ni pasal kawan yang opposite gender. Huhu~

Banyak juga event that I've came across, masyarakat nak benda baik. Tapi tak mampu tinggal benda jahiliyah (baca: opposite Islam). Sebut "jahiliyah" cam extreme sangat ek :-P Contohnye, ada sorang budak skolah agama (perempuan) ni, tampal poster kumpulan nasyid "xxxx" kat bilik.. Hemm.... Adakah tindakan ini lebih islamik daripada menampal poster Back Street Boys?

Dulu, pernah kumpulan nasyid Raihan.. Antara kumpulan nasyid yang still saya boleh accept lah.. Raihan datang ke Melbourne buat konsert... And then, ada audience melontarkan soalan. "Apa pendapat Raihan tentang industri nasyid yang guna rentak terhape-hape, dan lirik terhape?" (ni ayat saya, ayat orang yang bertanya tu lebih proper lah)... Raihan cakap, bermaksud lebih kurang, "apa-apa pun bergantung kepada niat masing-masing. Ada juga pihak yang nak mengambil untung lalu tak kisah tentang sama ada dapat beri mesej atau tidak kepada masyarakat."

Dan saya ingat lagi, Raihan cakap, "kami tak kisah kalau jualan album kami tak laku, asalkan orang dapat mesej dakwah yang ingin kami sampaikan." Lebih kurang begitulah.

Hmm... Pelik.. Pelik..... Lagi tu, kalau tengok kat cover album kumpulan2 nasyid di Malaysia, "beli yang original, cetak rompak haram" dan pelbagai lagi slogan. For me, source utk mendapatkan nasyid of course lah download secara free dari internet. Tiba-tiba sejak kebelakangan ni, rasa cam tak sedap hati pulak. Hmm.. adekah aku telah melakukan perkara yang haram? Iaitu mendengar nasyid yang bukan dibeli dari kaset atau CD original. Maka dengan itu, saya cuba (sedang berusaha gigih) uhu.. Untuk tidak mendengar nasyid daripada mereka-mereka ini.

Tapi pelik, kalau benar nasyid itu kerana dakwah, bukan kah there is no copyright in Islam, bak kata Soldiers of Allah.

Tapi, huhu.. Lagu-lagu sampah lagi carca merba sangat berlonggok (baca: muzik haram) dapat diperolehi secara free dari internet. Lagu nasyid pula, haram pula nak didownload dari internet... (nasyid pun boleh jadi muzik haram)Huhu~


Tadi masa naik kereta dengan "Miss Nicholsons" dan "Miss Arden", hmm.. Tak pelah.. Dengar Al Quran lagi best dok? Ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa jadi tenang~

Huhu... Orang-orang nasyid? Sila respon!!

Thursday, January 25, 2007

:: WAKTU ADALAH SEBAHAGIAN RAWATAN ::

:-) Senyum lagi hari ini. Tapi, hati agak sedih. Banyak benda yang telah berlalu yang pernah berlaku dalam hidup kita, benda2 yang tak best lah.... Tu semua atas kelemahan diri sendiri...
Kadang2 rasa tak best kat hati, sebab banyak perkara yang kita pernah buat di masa lampau yang masih "uncured". Contoh peristiwa, saya pernah tersakitkan hati seorang kawan, yang merupakan seorang yang sangat baik. Last time jumpe dia, tak sempat nak selesaikan masalah yg berlaku.

"Rabbana la tuakhizna innaseena au akhto'na" (Wahai Tuhan kami, jangan hukum kami sekiranya kami terlupa dan tersalah)...

Hmm... Maklum lah, diri kita ni terlalu banyak complexity... Atas tarbiyah jahiliyah yang terlalu lama.. Terima kasih kepada musuh Islam yang menjauhkan kami dari Al Quran dan Sunnah >:-(
Kini mengharap, masa adalah sebaik-baik rawatan. Semoga Allah mengubati segala luka-luka dan kerosakan yang pernah kita timbulkan.
Tak de sape yang sengaja nak buat salah.. Tak de sape yang sengaja nak sakitkan hati orang lain.. Dan tak de sape juga sebenarnya yang boleh puaskan hati kita all the time.. Even kadang2, kita pun boleh rasa marah kepada ibu kita hanya kerana suatu perkara remeh berlaku.
Kalau diberi pilihan, kalau boleh, kita tak mahu berada dalam posisi di mana kita kena buat keputusan.. Sebab most of the decisions yang kita buat, akan affect orang lain.. Ya Allah! Kalau lah saya tahu sesuatu keputusan yang saya buat itu buruk, nescaya aku tidak akan membuat keputusan tersebut!

"Rabbana la tuakhizna innaseena au akhto'na" (Wahai Tuhan kami, jangan hukum kami sekiranya kami terlupa dan tersalah)...

Teringat nabi Nuh, berdoa pada Allah supaya selamatkan juga anaknya, dia kata "my son is of my family".. Tetapi Allah kata, "he is not of your family sebab dia kufur.." Dan Allah kata, "don't ask something that you don't have knowledge of"... Lepas tu, Nabi Nuh memohon ampun kepada Allah, kerana telah meminta sesuatu yang dia tidak tahu baik atau buruknya.

Semoga Allah memberikan kita taufiq dan hidayah untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa..

Masa adalah sebahagian rawatan..
Saya memohon maaf kepada semua atas salah silap yang sengaja atau tidak...

Allahua'lam..

Tuesday, January 23, 2007

:: BUKAN NEGERI DONGENGAN ::

Anda pernah baca buku tajuk kat atas ni? Kisah tentang para dhu'at di Indonesia. "Bukan negeri dongengan".... Kita pernah baca kisah sahabat dan sahabatiyah Rasulallah SAW, yang berjuang habis-habisan untuk menegakkan syiar Islam. Kita pernah juga baca kisah-kisah para tabi'in, serta tabi' tabi'in, serta kisah tokoh-tokoh dakwah yang telah pergi meninggalkan kita, tetapi jasa mereka masih dapat dirasai sehingga hari ini.

Aku ingin kisahkan... Bahawa, orang sebegitu, iaitu yang mengikuti jejak langkah mujahadah para dhu'at yang rabbani masih wujud zaman sekarang. Oleh kerana itulah, kita lihat, bagaimana islam terus berkembang, dan bagaimana muslimin dan muslimah terus berusaha menjadi golongan rabbaniyyun seperti mana yang tertera dalam Ali Imran:79.

Kadang-kadang, terasa terlalu ideal betul kisah ukhuwah, kisah mujahadah, kisah ithaar, kisah etc.. golongan terdahulu. Tetapi alhamdulillah, Allah izinkan aku untuk duduk bersama, berkenalan dengan orang-orang yang berusaha mengikuti jejak langkah mereka yang telah pergi itu (moga mereka diredhai Allah).

Mereka adalah...
Orang-orang yang memberi tanpa meminta balasan atau ucapan terima kasih...
Orang-orang yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk membuat orang lain bahagia...
Orang-orang yang dadanya lapang seluas lautan, biar datang tohmahan dan ujian, mereka sabar dan terus memaafkan... Tiada dengki, tiada hasad...
Orang-orang yang mendahulukan kepentingan orang lain, berbanding dengan kepentingan sendiri...

Aku pernah lihat, ada seorang ukhti ada 2 sleeping bags.. satu nipis, satu tebal... Dia bawa 2 sleeping bag, sebab tempat yang kami menginap tu sangat2 sejuk pada musim winter... Ada seorang ukhti lain, tak bawak sleeping bag... Aku lihat, ukhti yg ada 2 sleeping bag tersebut menghulurkan dengan pantas sleeping bagnya yang tebal.... Lalu aku lihat dia tidur agak kesejukan malam itu.. tanpa merungut...

Aku pernah lihat, seorang ukhti yang berkata, "saya tak bercadang untuk tidur", kerana nak siapkan assignment dan study, kerana ada program islam dan aktiviti dakwah yang sangat pack... Alhamdulillah aku saksikan, Allah tunaikan janjiNya.. Allah berikan dia kejayaan dalam study dan juga dia masih thabbat dalam dakwah...

Aku pernah lihat, seorang ukhti yang keluarganya sangat memerlukan bantuan kewangan, tetapi dia orang pertama mendahulukan infaqnya utk dakwah..

Aku pernah lihat, seorang ukhti yang sibuk membasuh pinggan mangkuk, tatkala orang lain sedang bersantai-santai selepas makan...

Ya Allah... Kau menunjukkan aku orang2 yang menerima taufiq dan hidayahMu..... Allahummahdini fi man hadait.....

Ameen ya Rabb...