:: SABAR ::
:: SABAR ::
:: SABAR ::
dipetik dari Konsep Penguasaan Dakwah, Ustaz Fathi Yakan
Saya mengenali seorang dai' yang mendapat taufiq dari Allah, yang menghampirkan diri kepada Allah dengan kesabarannya menanggung kesusahan kerana orang lain, terutama apabila keadaan itu merupakan untuk membawakan mereka mendapat hidayah dan membimbing mereka ke dalam Islam. Dai' yang saya maksudkan ini mempunyai seorang ahli keluarga yung telah menjadi penagih arak lebih dari betasnya . Penagih arak ini tidak diterirna lagi oleh keluarga dan masyarakat disekelilingnya, sehingga beliau tidak mendapat tempat tinggal untuk bernaung, malah tidak ada orang yang sudi bertegur sapa dengannya kecuali orang-orang yang sama dengannya.
Pada satu ketika penagih arak telah mengetuk pintu rumah dai' yang saya maksudkan. Dai' itu pun membuka pintu, berdepan muka dengan pemabuk yang telah tersingkir, dan yang lebih tua darinya. Dengan kasih sayang orang yang mendapat hidayah dai' berkenaan telah menjemput pemabuk itu masuk. Lelaki pemabuk itu pun masuk dengan langkahnya yang teragak-agak dan kehairanan terhadap sikap dai' itu, kerana sebelum ini beliau telah biasa menerima tendangan di luar pintu rumah dan mukanya diludahi bertubi-tubi.
Si pernabuk telah masuk, dan sejak dari itu bermulalah pengembaraan penuh sabar yang panjang, hari demi hari hingga mencapai minggu dan seterusnya menjangkau bulan, sehinggalah cahaya iman semarak bernyala dalam hati si pemabuk, dan mulalah hasil hidayah menunjukkan buahnya dengan izin Allah.
Lelaki tersebut telah menjadi seorang salih. Islamnya juga telah sempurna. Beliau terus berdamping dengan dai' tersebut, jarang sekali berpisah dengannya, hingalah berlaku sesuatu yang tidak diduga, dai' berkenaan telah dimasukkan ke Rumah Sakit untuk satu pembedahan segera. Pembedahan telah dilakukan. Dalam masa pembedahan itu lelaki berkenaan, dengan rasa kebimbangannya memanjat doa kepada Allah, beliau terlalu bimbang tentang keselamatan orang yang telah menjadi sebab beliau mendapat hidayah. Beliau telah bersumpah dengan dirinya yang beliau akan terus di sisi dai' tersebut siang dan malam, memberikan khidmatnya dan menyempurnakan sebarang permintaan dai'. Akhirnya berlakulah apa yang tidak diingini apabila lelaki itu tidak dibenarkan memasuki bilik dai' itu setelah pembedahan dilakukan. Sewaktu beliau datang minta penjelasan dan menghujah tindakan menghalangnya itu beliau telah ditempeleng dengan kuatnya oleh salah seorang sahabat dai' itu. Perbuatan menempeleng beliau itu telah cukup untuk meruntuhkan segala-galanya sehingga dalarn sekelip mata telah mengubah perasaan dan sensitifnya memusuhi Islam dan umat Islam.
Dengan penjelasan ini nyatalah bahawa jalan untuk memberi hidayah kepada manusia adalah jalan yang amat sukar bagi mereka yang berjiwa lemah, iradah yang tidak kuat dan tidak anugerah Allah dengan sifat sabar yang tinggi.
Oleh kerana itulah ayat-ayat al-Quraan da n hadis-hadis Rasulullah s.a.w. telah menggalakkan sifat sabar dan menceritakan kedudukan tinggi bagi orang-orang yang sabar.Di antara firman Allah yang menyangkut dengan sabar ialah:
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. "
Al-Baqarah: 45
"Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan. "
Thaha: 130
"Dan berilah kabar gembira kepada orang-orczng yang tunduk patuh (kepada Allah) (iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka. "
A1 Haj: 34 - 35
"Hai orang-orang yang beriman bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (diperbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, mudah-mudahan kamu berjaya. "
Alimran : 200
"Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
Al Baqarah : 153
"Dan berikanlah berita gembira kepuda orang-orang yang sabar. "
AI-Baqarah: 155
“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahala mereka tanpa batas.”
Az Zumar : 10
"Mereka itu diberi pahala dua - kali disebabkan kesabaran mereka. "
Al-Qashash: 54
"Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar. "
As Sajdah: 24
"Dan sesungguhnya kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan. "
An-Nahl: 96
Dari petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang sabar pula Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Sabar itu tempat pergantungan muslim. "
"Allah tidak memberi rezki kepada hamba-Nya lebih baik dan lebih luas dari (sifat) sabar. "
Hadis riwayat al-Hakim.
"Sesiapa yang cuba bersabar Allah akan memberinya kesabaran. Allah tidak memberikan kepada seseorang satu pemberian yang lebih baik dan lebih luas dari (sifat) sabar. "
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
"Orang yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar (menghadapi perbuatan mereka) yang menyakitkan lebih baik dari orang yang tidak bergaul dengan orang ramai dan tidak sabar (menghadapi perbuatan mereka) yang menyakitkan. "
"Sabar itu sebahagian dari iman. "
Diriwayatkan dari Ibnil-Musaiyib radiallahu-anhu, beliau mengatakan:
"Sedang Rasulullah s.a.w duduk bersama para sahabatnya, seorang lelaki telah memperkatakan sesuatu ke atas Abu Bakar radiallahu-anhu. (perkataannya itu) telah menyakiti Abu Bakar (tetapi) Abu Bakar terus berdiam diri darinya. Kemudian beliau menyakiti Abu Bakar buat kali ketiganya (tetapi)Abu Bakar terus menang. Baginda Rasulullah s.a.w. pun bangun, lantas Abu Bakar berkata: Apakah kau mendapati sesuatu kesalahan padaku wahai Rasulullah? Rasulullah s.a.w. bersabda: Malaikat telah turun dari langit mendustakan apa yang diperkatakannya (lelaki berkenaan) terhadapmu. Apabila engkau telah menang malaikat itupun pergi, lantas syaitan pun duduk (pula). aku tidak sekali-kali akan duduk bersama-sama syaitan."
Hadis riwayat Abu Daud.
"Tidak ada tegukan yang lebih besar bagi Allah dari tegukan kemarahan yang dipendarnkan oleh seorang hamba semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. "