Monday, November 28, 2005

Ahaa... This is what I wrote somewhere around the same time of the year, last year...
Saje muhasabah balek eek...
"A new beginning" - sounds like the name of The Moffats first album. Hirk? What a "poyo" introduction.Well, it's been a looooooooonngggg time since I didn't post my entries in this blog... busy with the exams, then 'balik kampung', 'raya', bla..bla...walau rasa cam tak de orang baca, tapi.. insya-Allah, moga ada hati yang tersentuh utk mempelajari sesuatu.... Pena (ke keyboard?) itu lebih tajam daripada pedang :)
ON THE OTHER SIDE ... translation : "Di sebelah sana" .. (Cam tak sedap je..) Ok, tak pe, abaikan.. I'm going to share with all the readers about "ON THE OTHER SIDE"..What is "on THIS side" and what is "on THE OTHER side" ??
Imagine ... A river, flowing calmly and oftenly as well flowing "ganas"ly.... There are 2 river banks... We can choose to walk on either side of the banks...on THIS side, nampak cantik laa... ade banyak shopping complex ade Mega Sale, ade Bintang Walk.. best la kalu nak lepak2... unknowingly, behind the buildings, the land is actually striked with draught... Scorching sun cracks the soil, not a single plant able to grow.. No single drop of water to break the thirst...on THE OTHER side, there is a high voltage electrical fence, where to overcome this fence, you have to wear safety gears such as rubber boots, rubber glove with thickness more than 5cm, helmet (Argh..stop exaggerating..huk huk!!) Behind the fence.... the land is green, with fresh air where "all is for the best in the best of all possible worlds" (did I sound like Voltaire?..hehe..)Which one will you choose?Many will choose THIS SIDE....Less will take, the OTHER SIDE....atau lain kata, ramai yang nak bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian....
I would like to share one of my favourite poem....
TWO roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel bothAnd be one traveler,
long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally layIn leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood,
and I—
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
-ROBERT LEE FROST
I learnt this in my literature subject during form 4.. And when I read it again and again, each time when I read it, I would have different perspectives ...Until at one time, this poem seems to really make sense to me and I never changed my interpretation on it anymore...ON THE OTHER SIDE ..... Bak kata Robert Frost"the one less traveled by", hehe.. where Islam lies.... Islam, ghuraba'.. Sapelah nak pilih jalan yang pelik... Islam itu dagang, datang dalam keadaan dagang... Dan kembali dalam keadaan dagang... Dan beruntunglah orang yang dagang...Saya bercita2 nak menulis kupasan tentang THE OTHER SIDE ... dan THIS SIDE... Penting nak kenal jahiliyah, bak kata2 Umar, "ikatan islam akan terungkai satu2, kalau tak kenal jahiliyah"..Rasulallah pun cakap, "angkatan yang terbaik masa jahiliyah, adalah angkatan yang terbaik masa Islamnya"...ON THE OTHER SIDE : A new beginning ... Insha-Allah, during this holiday... Nak buat penulisan bersiri lah konon insha-Allah...Dalam proses gak, nak buat kartun bersiri kisah Yusuf.... Tapi, baru buat trailer dia aje.. Hehe...OK lah, keep on tuning to me ..Muahaha... Rindu kengkawan, huhu...Wassalam
Di sini... Kita pernah bertemu...
Mencari warna seindah pelangi...
Ketika kau menghulurkan tanganmu..
Membawaku ke daerah yang baru..
Dan hidupku kini ceria...
Rindu sama kawan2 lah..
Everyone gone home already..
I'm counting my days to go back too..
Ahaa.. There is an aquarium in my head again...
There are fish, starfish, cuttlefish swimming...
I wonder how home would be this time :-0
Workloads never reduced as
our fight for this cause has not yet heed victory
I choose the path less travelled by
And that makes all the difference
For my friends, or even foes...
Which sky will protect you..
Which earth will you step on..
If you speak nothing but lies...
Hidup berprinsip insya-Allah..
Allahu ghayatuna

Sunday, November 27, 2005

Lalalala.... (annoyed abes lah ni)
Hidup kiter.. Perjuangan kiter..
Takat 2020 je ke?
Sebab wawasan sampai situ je...
Sian...

Bumi tempat semai amal..
Untuk hidup di akhirat...
Akhirat kan selamanya..
Itu lah wawasan kite...


Yang best.. huh, ana balek umah pagi2 semalam..
Blessed =D

Sunday, November 20, 2005

BOUVERIE CLOSE
now open
23rd November 2005
8.00 p.m

Tuesday, November 08, 2005

THE PRICE OF GIVING AN ADVICE

1. Nabi kena caci

2. Nabi kena baling dengan najis

3. Nabi kena baling dengan batu di Taif

4. Nabi kena cederea teruk dalam Perang Uhud

5. Nabi kena kutuk dengan saudara mara sendiri

Tapi....

6. Nabi menjadi manusia yang paling Allah sayang

7. Nabi dijanjikan syurga Allah

8. Nabi dihormati, Muslimin Muslimat berselawat ke atasnya setiap kali nama baginda disebut

9. Nabi dijanjikan dengan ganjaran dan kemenangan.. Sehingga sekarang kita melihat Islam terus wujud...

“Verily Man is in loss. Except those who believe and do good, and enjoin on each other truth, and enjoin on each other patience.” Surah Al Asr.
And thus I know, I am not a loser :-)

Monday, November 07, 2005

[11] Katakanlah lagi (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya;
[12] Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah).
[13] Katakanlah lagi: Sesungguhnya aku takut jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar (soal jawabnya).
[14] Katakanlah lagi: Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya
Az Zumar
Moga belum terlambat nak ucapkan Salam Aidilfitri untuk sahabat2 di mana jua anda berada..Eid Mubarak!Taqabbalallahu minna wa minkum..moga Allah menerima amalanku dan amalanmu. Raya,raya jugak..ziarah2 jugak..jom kita puasa 6 skali kawan2!=)

Teringat satu hadis dalam Riyadhus Shalihin Bab 45:Ziarah..

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi S.A.W. bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya: "Ke mana engkau mahu pergi?"
Orang itu menjawab: " Saya hendak ke suatu tempat seorang saudaraku di desa ini."
Malaikat bertanya lagi: "Adakah suatu kenikmatan yang hendak engkau perolehi dari saudaramu itu?"
Ia menjawab: "Tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah."
Malaikat lalu berkata: "Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu dan memberitahukan bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah." (Riwayat Muslim)


Sambil2 ziarah kawan2 tu..sentiasalah kita betulkan niat..ziarah kerana Allah..kerana kita menyayangi sahabat kita tu kerana Allah..uhibbukifillah abadan abada..

Di kesempatan ini juga saya nak ucapkan selamat menempuh peperiksaan buat sahabat2 di OZ & NZ..dan adik2 yang nak menduduki SPM lagi seminggu termasuk adikku..moga Allah mudahkan yang terbaik...bit taufiq wan najah..=)

Saturday, November 05, 2005

Kek Coklat Lembap Tanpa Kolestral
Bahan-bahannya:
4 biji putih telur
Bahan-bahan A:
450 ml air160 ml minyak masak tanpa kolestral11/2 camca besar Quick 752 camca besar cuka2 camca teh esen vanila
Bahan-bahan di ayak dua kali:
360 gm tepung gandum300 gm gula hangus100 gm koko2 camca teh soda bikarbonat1/2 camca teh garam
Cara membuatnya:
1.Putar putih telur sehingga tidak mengalir bila di terbalikkan mangkuknya.2.Putar bahan-bahan A di dalam mangkuk besar.Masukkan bahan-bahan di ayak dan putar lagi 20 minit dengan pengadun kecil menggunakan kederasan maskimum.3.Apabila elok sebati dan kembang,masukan secamca besar putih telur.Kuap balikkan hingga rata sebelum memasukan baki telur.4.Bakar di dalam acuan 20 cm x 20 cm pada suhu 200 darjah celcius selama 11/4 jam atau hingga masak.Apabila sejuk,hiaslah mengikut suka.

Have you ever wonder, with the cost of less than ten dollars to buy the ingredients of the cake, and time less than 1 hour, can pay you a ticket to jannah?
How?
Conditions do apply
1. Make a little more effort, visit your friends and give the cake to them
2. Do not forget, be sincere because of Allah
3. And of course, with an affectionate heart and love towards your friends

Macam Saidina Abu Bakar dan susu dan roti, dan mak cik tua :-)

Wednesday, November 02, 2005

Salam Aidilfitri to all Muslimin dan Muslimat....
Wherever you are...
I seek forgiveness from Allah, and I apologise to all,
for all my wrong-doings..
May Allah guide us..

Tuesday, November 01, 2005

OZ-EIRE
Kepada orang jauh...
Yang meneleponku..
Di pagi hari....
Terima kasih atas ingatan....
Semoga menjadi
anak singa yang mengaum..
gigi tajam.. kuku tajam.. bulu tebal...
boleh terkam..
tahan sejuk...
pandai berenang...
Kata daie terdahulu...
Lesu sesudah mujahadah adalah kerana rosak langkah pertama...
Awasi muntalaq mu :)
Sama2 jadi anak singa!
Ramadhan jangan kau pergi...

Dari Abi Mas'ud Al-Ghifari r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, " Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan, nescaya umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan." (Riwayat Ibnu Khuzaimah)

Ramadhan akan berakhir...mungkin hari ini akhir puasa..atau esok..sedih berpisah dgn bulan rahmat dan keampunan Allah..solat kt masjid mlm td pun..imam baca doa yg sgt panjang..imam pun sebak..walaupun faham sket2 je arabic..saya pun rasa sebak sama..Adakah aku akan bertemu lagi dgn Ramadhan..Moga Allah ampunkan segala dosa..moga berjaya buang kelemahan diri,insyaAllah..
Tazkirah in between tarawih kt masjid smlm..pengisian dia..dun give up until the end point of Ramadhan..u'll never know when the mercy from Allah will come..bykkan amal dan doa..teruskan usaha!jangan buat amal dlm bulan ramadhan je..moga istiqamah..=)

Ya Muqallibal qulub,thabbit qulubana 'ala deeniq,wa'ala to'atiq..

Ramadhan..moga bertemu lagi..

Monday, October 31, 2005

Assalamualaikum wbt..

Dah lame lion cub xmenulis..kesian kodomo lion je yg update entry..=) InsyaAllah,diam2 mengaum...
Lion cub rase xsbr nk tunggu rakan sebaya kami yg sorg lagi jd family lion..tunggu ye semua!KAMI KELUARGA LION..LION CUB IS GROWING UP...=)

Walaupun duduk jauh2..along lion nun jauh di benua sana..angah lion di sini..bakal alang lion kat seberang..tp insyaAllah..kami disatukan oleh aqidah yg satu iaitu ISLAM..ISLAM yg syumul..ISLAM satukan kami..manisnye ukhuwwah itu..baru xsmpi sethn kenal along lion..and lebih 2 thn kenal alang lion..rakan sebaya 3 negara dh jd satu family...beberapa bulan yg lepas..angah n alang 1st time jumpe along kt benua sane...rindu kt along...teruskan usaha mengaum kt sane along!!Allahuakbar!!=)
Even zahirnya tak duduk sebelah2..hati kami bersatu..gelombang minda anak2 singa yg sama..matlamat yg satu nk mengaum kt dunia ni!=)

"Jom jadi anak2 singa Islam yang faham & kuat mengaum!Bukan jadi kijang yg pengecut!Allahuakbar!"
aku mencari kekuatan di sebalik perkataan yang tidak aku fahami bahasanya..
tetapi faham itu terletak pada hati...

Ya Allah, fahamkan aku terhadap kalimahMu

Saturday, October 29, 2005


Money can buy you a bed
But not sleep..


Money can buy you a house..
But not security…


Money can buy you food…
But not appetite…
Money can buy you jewels..
But not joy..
Money can buy you a holiday package…
But not tranquilty..

Money can’t buy..
Money can’t give..

But YOU can buy..
Buy from Allah…
Allah is the source of provider…
Allah is the fairest trader..

“Surely Allah has bought of the believers their persons and their property for this, that they shall have the garden; they fight in Allah's way, so they slay and are slain; a promise which is binding on Him in the Taurat and the Injeel and the Quran; and who is more faithful to his covenant than Allah? Rejoice therefore in the pledge which you have made; and that is the mighty achievement.” At-Taubah : 111

Wednesday, October 26, 2005

BUKAN ANGKA KOSONG
Aku ingin ajarkan pada mereka
Betapa sujud pada Mu itu mendamaikan
Betapa hati terlerai dari kegelisahan
Lantas menjadikan diri tidak takut, tidak sedih
Bukan sujud kosong

Aku ingin tunjukkan pada mereka
Betapa membongkok di hadapan Mu
Tidak merendahkan diri
Tetapi mengangkat diri ke martabat yang tinggi
Bukan ruku' kosong

Aku ingin tayangkan pada mereka
Apabila wajah dihadapkan kepada Mu
Satu pandangan yang tersangat indah
Menenangkan hati, walau tiada apa yang kelihatan
Bukan tawajjuh kosong

Aku ingin perdengarkan kepada mereka
Bisikan dalam taqarrub kepadamu
Bukan bisikan kerana gelisah
Tetapi suatu pengaduan yang mengalun kekuatan jiwa
Bukan bacaan kosong

Maafkan aku kerana aku tidak
Mengajarkan, menunjukkan, menayangkann memperdengarkan
Betapa hidup ini indah
Apabila hidup kerana Mu
Bukan cita-cita kosong
"Hai orang2 yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka....." At Tahrim:6

Monday, October 24, 2005

JIWA 'ABID, AKHLAK ISLAMI
(rentetan jiwa daie, otak fiqh)

Alhamdulillah, Ramadhan Kareem datang lagi. Anda berasa sangat gembira kerana sekali lagi Allah memberi peluang kepada Anda untuk melalui taman tarbiyah Ramadhan. Setiap detik dalam Ramadhan ada barakahnya kepada mereka yang mencari-cari dengan hati yang ikhlas.
Anda bersemangat bangun untuk sahur, lalu boleh bertahajjud, boleh ke masjid untuk Solat Subuh berjemaah. Usai itu, boleh memulakan kehidupan lebih awal berbanding orang lain. Siang Anda urusannya seperti biasa, cuma tahan lapar dan dahaga. Hati lebih terjaga, pandangan dan pendengaran pun kena puasa juga. Lalu, tibalah waktu berbuka, didahului doa, kerana mustajab berdoa sebelum berbuka, insya-Allah. Tamar pembuka selera. Anda bersama teman makan bersama merapat ukhuwah. Solat maghrib dilaksana segera, kerana kaki perlu melangkah segera ke masjid ataupun musollah. Solat Isyak dan Solat Tarawikh berjemaah banyak ganjaran bagi yang menunaikannya.
Lalu, Anda membersihkan diri, bersugi, berwudhu' lantas mebuka langkah ke masjid. Di sepanjang perjalanan lidah dan hati Anda terus berzikir, mengingati Allah. Ditakdirkan Allah, Anda bertemu dengan satu keluarga, seaqidah dengan Anda. Sedang berada dalam kesulitan. Rosak keretanya, ada orang lain yang ingin membantu mereka tetapi dia kurang upaya. Anda melihat jam tangan, sudah hampir sangat masuk waktu Isyak. Keluarga Muslim itu dengan wajah penuh harap tangan dihulurkan. Anda dalam dilema, nanti lewat ketinggalan tarawikh 20 rakaat, baca 1 juzu' penuh Al Quran.
Anda terus membuka langkah. Menuju ke masjid. Pahala Solat SUNAT tarawikh perlu dikejar. Mereka yang ditinggalkan terkebil. Kerisauan.
Dikisahkan Saidina Ali R.A bergegas untuk ke masjid untuk turut serta solat fardhu berjemaah. Dalam perjalanan, ada seorang tua juga sedang menuju ke masjid. Langkahnya amat perlahan lantaran usia memakan kudratnya. Saidina Ali gelisah, ingin dipintas sahaja orang tua itu, tetapi Islam mengajarkan akhlak, jangan memintas jalan orang yang lebih tua. Lalu, dalam kegelisahan takut lewat solat FARDHU berjemaah, Saidina Ali terus menjaga akhlaknya, jalan perlahan2 tidak memintas orang tua tersebut. Apabila tiba di masjid, Saidina Ali segera masuk ke dalam masjid untuk menyertai jemaah. Kelihatan jemaah sahabat lain masih duduk. Mereka berkata, "Kami tidak boleh bangun, terasa sesuatu yang menahan kami daripada bangun untuk meneruskan solat." Lalu, apabila Saidina Ali datang, baru lah solat jemaah dapat dimulakan. Ali tidak ketinggalan solat fardhu secara berjemaah.
Lihatlah, Islam tidak pernah memberikan kita 2 pilihan yang menyebabkan kita menganiaya salah satu pilihan yang lain. Pasti bagi setiap urusan kita, ada yang lebih utama. Dan Allah lebih adil, dia akan membantu menguruskan urusan kita yang lagi satu itu.
Wallahua'lam. Ikhwah akhawat sekalian. Kisah benar untuk teladan. Jiwa 'abid, tak violate akhlak islami.

Friday, October 21, 2005

Lakaran Minda
Album : Saujana 5 BintangMunsyid : Saujana

Betapa inginku diami sebuah daerah seindah lakaran minda
Dunia anganan yang damai terlalu sempurna
Bagaikan gambaran syurga
Kesantunan murni menjadi wiritan
Segalanya tunduk dalam ketaatan
Semua manusia merasa dirinya bersalah
Dan lantas memohon ampun
Mendermakan harta sehingga tiada siapa yang sudi menrimanya
Tiada terdengar tangis kelaparan
Tiada sengketa peperangan
Kupadamkan mentari kehangatan
Kunyalakan bulan kegelapan
Bebintang kusentuh kupetik
Kutabur di jalanan
Menjdi lampu alam
Berkelip kelipan
Anak-anak minta dipukul
Kerana merasa sakitnya ibu melahirkan
Para isteri memukul diri
Kerana merasa diri derhaka pada suami
Keluarga bagai syurga disegerakan
Para suami rela akui kelemahan
Begitu indahnya dunia mimpiku
Dapatkah kubawa dalam realitiku
this is the Book, no doubt in it, a guidance to the godfearing, (2) who believe without seeing, establish the Prayer and expend of that We have provided them; (3) who believe in what has been sent down to thee and what has been sent down before thee, and they are sure about the Hereafter. (4) Those are upon guidance from their Lord, and those are the ones who shall prosper.(5)
Surah Al Baqarah

Kita, Al Quran, Islam dan Tarbiyyah, Dakwah....

Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelang
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya

It is reported on the authority of Anas that the Prophet of Allaah (may peace and blessings be upon him ) said: There are three qualities for which anyone who is characterised by them will relish the sweetness of faith: he to whom Allaah and His Messenger are dearer than all else; he who loves a man for Allaah's sake alone; and he who has as great an abhorrence of returning to unbelief after Allaah has rescued him from it as he has of being cast into Hell. -Riwayat Sahih Muslim

Wednesday, October 19, 2005

Alhamdulillah fi kulli haal....
Allah stated in the Al Quran, there will be no hardship against a person that will be beyond his or her ability to cope with it. This ayah should be a constant reminder to me.
There are many times in our lifes. we've been through a lot of hardships... The difficulties of making decisions.. The complicatedness in dealing with human being... One will think that his or her hardships never been experienced by anyone else.. Friends and families come to sooth the pain, but often we think how far they can be emphatic to us.. And, all that we found out, things could never be better just by hearing "sikit saje.. sabar lah" from others...Wallahua'lam..
But Allah stated in Al Quran, "berpesan2 kepada ... kasih sayang.. kesabaran... kebenaran..." in various surah in the Kitabul Kareem.
Well, everyone has been set to face their own challenges, and ALlah knows best although we oftenly think that it should not happen to us... Hardships will strengthen our faith, if we really believe that Allah set everything with good reasons... The best way to defeat the uneasiness of confronting the unpredictable disturbances, is through going back to the roots where all started. Allah, He's the one who creates everything, who arranges every event, who controls every activities in the universe...... We know, to Him shall we return.. SO, why not everytime when we face anything, kesenangan atau kesusahan.. we return back to Him... Consult Him... Ask for His help... Indeed He is the Great Helper..
I'm now wearing the same brain that I wore about 20 years ago.... But, how amazing how the same brain develop..Looking at the same thing, but interprating it in different ways thorughout the time... I learnt to read the AL QUran since I was a small kid... Never understood it really until when Allah poured His guidance on me, to understand it and as well to convey it...O Allah, accept our deeds... And make us the asbab of hidayat... And do please retain the iman in our hearts, and increase the iman through the hardships that we went through..

Thursday, October 13, 2005

Lelakiajnabi bersama Teman, serta Kawan, dan Taulan dan orang sewaktu dengan mereka, beria-ia menyambut bulan Ramadhan. Alhamdulillah, masya-Allah! "Mari kita buka puasa dekat rumah Wanitabukanmahram," Teman pun berkata. "Bagus2, kita boleh tarawikh sekali. Kawan menambah, " Buat secara jemaah pahala pun banyak." Wanitabukanmahram bukan kepalang gembira nak menyambut tetamu. Persiapan buka puasa tak menang tangan nak menyediakannya, bubur hitam, nasi beriani, punch cordial semua ada. Mudah-mudahan banyak pahala, mengundang tetamu ke rumah, bukankah mengundang malaikat juga. Wanitabukanmahram mungkin menghayati salah satu hadith dalam compilataion hadith 40 Imam Nawawi, "sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, hendaklah dia memuliakan tetamunya." Gadisgatal turut membantu, menghamparkan kain saprah untuk letak makanan, boleh buat halaqah duduk bersila sama2 sambil menikmati juadah rezeki daripada Allah. Wanitaajnabiah menelefon Lelakiajnabi, "Kenapa tak datang2 lagi ni, magrib dah nak masuk, tak elok lewat2kan buka puasa, nanti solat maghrib jemaah pun jadi lambat pula," Lebih kurang hampir waktu maghrib, Lelakiajnabi serta Teman, Kawan, Taulan dan orang2 sewaktu dengan mereka sampai ke venue rumah untuk diimarahkan dengan pelbagai ibadat sunat bulan puasa. Teman berseloroh, "Banyaknya makanan, semoga Allah murahkan rezeki korang." Lalu PC Wanitaajnabiah mengumandangkan azan. Semua orang dah ada kurma di tangan, ikut sunnah Nabi makan makanan yang tak dibakar atas api, dan dahulukan makanan yang manis2. Kawan mendahului dengan baca doa lalu diaminkan bersama2. Doa yang minta barakah pada rezeki mereka, dan meminta dijauhkan daripada api neraka. Gadisgatal memperi nasihat, "Jangan kotorkan saprah ni ye, nak buat alas solat kejap lagi, sejadah tak cukup, ramai pula orang datang nak berjemaah. Sempit rumah ni, takut berselisih pula saff lelaki dan perempuan semasa sembahyang nanti." Semua orang angguk2 sahaja, sambil terus makan juadah. Taulan mendahului orang lain untuk mengambil wudhuk, serentak dengan itu Wanitabukanmahram pula baru keluar bilik air. Terlanggar pula dengan Taulan, "Awak ni, habis batal air sembahnyang saya tau. Dah kena ambil sekali lagi," Wanitabukanmahram mencebik. Taulan sengih. Usai semua orang bersedia untuk bersolat, Lelakiajnabi beriqamat, Teman menjadi Imam. Sedap bacaannya, tak rugi dia menghafal semasa sekolah. Tajwid semua lengkap, siap taranum 7 lagu. Pernah menang pertandingan musabaqah juga agaknya. Semua khusyuk tunduk bersembahyang. Selepas solat maghrib jamaie, Gadisgatal bingkas bangun, "Kita makan desert pulak ye, sambil2 dengar tazkeerah, siapa punya turn nak kasi tazkeerah?" Teman tersengih, di tangan ada helaian kertas yang baru retrieve dari internet. Tazkeerah mengenai "fadhilat solat tarawikh malam ke 9". Lelakiajnabi berkat pengalaman pernah belajar dekat sekolah agama agaknya, menegur Teman, "Ni fadhilat2 ni bida'ah kau tau tak." Teman sengih memanjang, "Tak pe lah tak de tazkeerah malam ni." Sementara tunggu isyak, mereka menjamah dessert, sambil merapatkan ukhuwah, ta'ruf lilin dalam rumah yang memang cahayanya malap2, berkongsi kisah hidup pengalaman lalu. PC mengumandangkan azan lagi. Taulan pula jadi muazzin, semua yang lain akur menyahut iqamat. Lelakiajnabi pula jadi imam. Usai isyak terus tarawikh, ikut nabi 8 rakaat sahaja yang dibuat berjemaah, kemudian witir. Selesai solat, mereka bersalaman, Wanitaajnabi bersalam dengan Teman dan bertukar2 semua orang sehingga sempat bersalaman dengan semua orang, sama2 mengikhlaskan memohon maaf andai ada salah silap. Bulan baik ni, sama2 cari pahala kata mereka. Taulan bingkas berkata, "Tak de moreh ke?" Gadisgatal bersorak, "Jom pergi makan aiskrim dekat Lay-Gone". Wanitabukanmahram, "Saya belanja!" Nak dapat pahala lebih katanya, ikut sunnah Nabi lebih banyak bersedekah di bulan puasa. Semua setuju belaka, kopiah tak tertanggal. Berjalan bersama2, secara berjemaah, mengakhirkan malam ke 9 bulan Ramadhan mereka dengan liqa' rapatkan ukhuwah.

Wallahua'lam.