It involves management of Integration, Scope, Time, Cost, Human Resource, Communication, Procurement, Risk, Quality & HSE
Sunday, November 20, 2005
Tuesday, November 08, 2005
1. Nabi kena caci
2. Nabi kena baling dengan najis
3. Nabi kena baling dengan batu di Taif
4. Nabi kena cederea teruk dalam Perang Uhud
5. Nabi kena kutuk dengan saudara mara sendiri
Tapi....
6. Nabi menjadi manusia yang paling Allah sayang
7. Nabi dijanjikan syurga Allah
8. Nabi dihormati, Muslimin Muslimat berselawat ke atasnya setiap kali nama baginda disebut
9. Nabi dijanjikan dengan ganjaran dan kemenangan.. Sehingga sekarang kita melihat Islam terus wujud...
Monday, November 07, 2005
[12] Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah).
[13] Katakanlah lagi: Sesungguhnya aku takut jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar (soal jawabnya).
[14] Katakanlah lagi: Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya
Teringat satu hadis dalam Riyadhus Shalihin Bab 45:Ziarah..
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi S.A.W. bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya: "Ke mana engkau mahu pergi?"
Orang itu menjawab: " Saya hendak ke suatu tempat seorang saudaraku di desa ini."
Malaikat bertanya lagi: "Adakah suatu kenikmatan yang hendak engkau perolehi dari saudaramu itu?"
Ia menjawab: "Tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah."
Malaikat lalu berkata: "Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu dan memberitahukan bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah." (Riwayat Muslim)
Sambil2 ziarah kawan2 tu..sentiasalah kita betulkan niat..ziarah kerana Allah..kerana kita menyayangi sahabat kita tu kerana Allah..uhibbukifillah abadan abada..
Di kesempatan ini juga saya nak ucapkan selamat menempuh peperiksaan buat sahabat2 di OZ & NZ..dan adik2 yang nak menduduki SPM lagi seminggu termasuk adikku..moga Allah mudahkan yang terbaik...bit taufiq wan najah..=)
Saturday, November 05, 2005
Kek Coklat Lembap Tanpa Kolestral
Bahan-bahannya:
4 biji putih telur
Bahan-bahan A:
450 ml air160 ml minyak masak tanpa kolestral11/2 camca besar Quick 752 camca besar cuka2 camca teh esen vanila
Bahan-bahan di ayak dua kali:
360 gm tepung gandum300 gm gula hangus100 gm koko2 camca teh soda bikarbonat1/2 camca teh garam
Cara membuatnya:
1.Putar putih telur sehingga tidak mengalir bila di terbalikkan mangkuknya.2.Putar bahan-bahan A di dalam mangkuk besar.Masukkan bahan-bahan di ayak dan putar lagi 20 minit dengan pengadun kecil menggunakan kederasan maskimum.3.Apabila elok sebati dan kembang,masukan secamca besar putih telur.Kuap balikkan hingga rata sebelum memasukan baki telur.4.Bakar di dalam acuan 20 cm x 20 cm pada suhu 200 darjah celcius selama 11/4 jam atau hingga masak.Apabila sejuk,hiaslah mengikut suka.
How?
Conditions do apply
1. Make a little more effort, visit your friends and give the cake to them
2. Do not forget, be sincere because of Allah
3. And of course, with an affectionate heart and love towards your friends
Macam Saidina Abu Bakar dan susu dan roti, dan mak cik tua :-)
Wednesday, November 02, 2005
Tuesday, November 01, 2005
Dari Abi Mas'ud Al-Ghifari r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, " Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan, nescaya umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan." (Riwayat Ibnu Khuzaimah)
Ramadhan akan berakhir...mungkin hari ini akhir puasa..atau esok..sedih berpisah dgn bulan rahmat dan keampunan Allah..solat kt masjid mlm td pun..imam baca doa yg sgt panjang..imam pun sebak..walaupun faham sket2 je arabic..saya pun rasa sebak sama..Adakah aku akan bertemu lagi dgn Ramadhan..Moga Allah ampunkan segala dosa..moga berjaya buang kelemahan diri,insyaAllah..
Tazkirah in between tarawih kt masjid smlm..pengisian dia..dun give up until the end point of Ramadhan..u'll never know when the mercy from Allah will come..bykkan amal dan doa..teruskan usaha!jangan buat amal dlm bulan ramadhan je..moga istiqamah..=)
Ya Muqallibal qulub,thabbit qulubana 'ala deeniq,wa'ala to'atiq..
Ramadhan..moga bertemu lagi..
Monday, October 31, 2005
Dah lame lion cub xmenulis..kesian kodomo lion je yg update entry..=) InsyaAllah,diam2 mengaum...
Lion cub rase xsbr nk tunggu rakan sebaya kami yg sorg lagi jd family lion..tunggu ye semua!KAMI KELUARGA LION..LION CUB IS GROWING UP...=)
Walaupun duduk jauh2..along lion nun jauh di benua sana..angah lion di sini..bakal alang lion kat seberang..tp insyaAllah..kami disatukan oleh aqidah yg satu iaitu ISLAM..ISLAM yg syumul..ISLAM satukan kami..manisnye ukhuwwah itu..baru xsmpi sethn kenal along lion..and lebih 2 thn kenal alang lion..rakan sebaya 3 negara dh jd satu family...beberapa bulan yg lepas..angah n alang 1st time jumpe along kt benua sane...rindu kt along...teruskan usaha mengaum kt sane along!!Allahuakbar!!=)
Even zahirnya tak duduk sebelah2..hati kami bersatu..gelombang minda anak2 singa yg sama..matlamat yg satu nk mengaum kt dunia ni!=)
"Jom jadi anak2 singa Islam yang faham & kuat mengaum!Bukan jadi kijang yg pengecut!Allahuakbar!"
Saturday, October 29, 2005
But not appetite…
Money can buy you jewels..
But not joy..
Money can buy you a holiday package…
But not tranquilty..
Money can’t buy..
Money can’t give..
But YOU can buy..
Buy from Allah…
Allah is the source of provider…
Allah is the fairest trader..
“Surely Allah has bought of the believers their persons and their property for this, that they shall have the garden; they fight in Allah's way, so they slay and are slain; a promise which is binding on Him in the Taurat and the Injeel and the Quran; and who is more faithful to his covenant than Allah? Rejoice therefore in the pledge which you have made; and that is the mighty achievement.” At-Taubah : 111
Wednesday, October 26, 2005
Betapa sujud pada Mu itu mendamaikan
Betapa hati terlerai dari kegelisahan
Lantas menjadikan diri tidak takut, tidak sedih
Aku ingin tunjukkan pada mereka
Betapa membongkok di hadapan Mu
Tidak merendahkan diri
Tetapi mengangkat diri ke martabat yang tinggi
Bukan ruku' kosong
Aku ingin tayangkan pada mereka
Apabila wajah dihadapkan kepada Mu
Satu pandangan yang tersangat indah
Menenangkan hati, walau tiada apa yang kelihatan
Aku ingin perdengarkan kepada mereka
Bisikan dalam taqarrub kepadamu
Bukan bisikan kerana gelisah
Tetapi suatu pengaduan yang mengalun kekuatan jiwa
Maafkan aku kerana aku tidak
Mengajarkan, menunjukkan, menayangkann memperdengarkan
Betapa hidup ini indah
Apabila hidup kerana Mu
Monday, October 24, 2005
(rentetan jiwa daie, otak fiqh)
Alhamdulillah, Ramadhan Kareem datang lagi. Anda berasa sangat gembira kerana sekali lagi Allah memberi peluang kepada Anda untuk melalui taman tarbiyah Ramadhan. Setiap detik dalam Ramadhan ada barakahnya kepada mereka yang mencari-cari dengan hati yang ikhlas.
Anda bersemangat bangun untuk sahur, lalu boleh bertahajjud, boleh ke masjid untuk Solat Subuh berjemaah. Usai itu, boleh memulakan kehidupan lebih awal berbanding orang lain. Siang Anda urusannya seperti biasa, cuma tahan lapar dan dahaga. Hati lebih terjaga, pandangan dan pendengaran pun kena puasa juga. Lalu, tibalah waktu berbuka, didahului doa, kerana mustajab berdoa sebelum berbuka, insya-Allah. Tamar pembuka selera. Anda bersama teman makan bersama merapat ukhuwah. Solat maghrib dilaksana segera, kerana kaki perlu melangkah segera ke masjid ataupun musollah. Solat Isyak dan Solat Tarawikh berjemaah banyak ganjaran bagi yang menunaikannya.
Lalu, Anda membersihkan diri, bersugi, berwudhu' lantas mebuka langkah ke masjid. Di sepanjang perjalanan lidah dan hati Anda terus berzikir, mengingati Allah. Ditakdirkan Allah, Anda bertemu dengan satu keluarga, seaqidah dengan Anda. Sedang berada dalam kesulitan. Rosak keretanya, ada orang lain yang ingin membantu mereka tetapi dia kurang upaya. Anda melihat jam tangan, sudah hampir sangat masuk waktu Isyak. Keluarga Muslim itu dengan wajah penuh harap tangan dihulurkan. Anda dalam dilema, nanti lewat ketinggalan tarawikh 20 rakaat, baca 1 juzu' penuh Al Quran.
Anda terus membuka langkah. Menuju ke masjid. Pahala Solat SUNAT tarawikh perlu dikejar. Mereka yang ditinggalkan terkebil. Kerisauan.
Dikisahkan Saidina Ali R.A bergegas untuk ke masjid untuk turut serta solat fardhu berjemaah. Dalam perjalanan, ada seorang tua juga sedang menuju ke masjid. Langkahnya amat perlahan lantaran usia memakan kudratnya. Saidina Ali gelisah, ingin dipintas sahaja orang tua itu, tetapi Islam mengajarkan akhlak, jangan memintas jalan orang yang lebih tua. Lalu, dalam kegelisahan takut lewat solat FARDHU berjemaah, Saidina Ali terus menjaga akhlaknya, jalan perlahan2 tidak memintas orang tua tersebut. Apabila tiba di masjid, Saidina Ali segera masuk ke dalam masjid untuk menyertai jemaah. Kelihatan jemaah sahabat lain masih duduk. Mereka berkata, "Kami tidak boleh bangun, terasa sesuatu yang menahan kami daripada bangun untuk meneruskan solat." Lalu, apabila Saidina Ali datang, baru lah solat jemaah dapat dimulakan. Ali tidak ketinggalan solat fardhu secara berjemaah.
Lihatlah, Islam tidak pernah memberikan kita 2 pilihan yang menyebabkan kita menganiaya salah satu pilihan yang lain. Pasti bagi setiap urusan kita, ada yang lebih utama. Dan Allah lebih adil, dia akan membantu menguruskan urusan kita yang lagi satu itu.
Wallahua'lam. Ikhwah akhawat sekalian. Kisah benar untuk teladan. Jiwa 'abid, tak violate akhlak islami.
Friday, October 21, 2005
Album : Saujana 5 BintangMunsyid : Saujana
Betapa inginku diami sebuah daerah seindah lakaran minda
Surah Al Baqarah
Kita, Al Quran, Islam dan Tarbiyyah, Dakwah....
Di sini kita pernah bertemu
Mencari warna seindah pelang
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ingatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkanku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
Mungkinkah kita terlupa
Tuhan ada janji-Nya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasih-Nya Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah gelita hadirlah cahaya
It is reported on the authority of Anas that the Prophet of Allaah (may peace and blessings be upon him ) said: There are three qualities for which anyone who is characterised by them will relish the sweetness of faith: he to whom Allaah and His Messenger are dearer than all else; he who loves a man for Allaah's sake alone; and he who has as great an abhorrence of returning to unbelief after Allaah has rescued him from it as he has of being cast into Hell. -Riwayat Sahih Muslim
Wednesday, October 19, 2005
Thursday, October 13, 2005
Wallahua'lam.
Thursday, October 06, 2005
Biar apapun nama yang diberi,
hanya satu sahaja yang ingin disampaikan,
mengapakah mereka tidak mengerti?
Lalu Allah dengan quwah Nya yang Maha Kuat, merosakkan bumi ini..
Bukankah itu yang mereka mahukan?
Mereka melakukan kerosakan, lalu Allah rosakkan mereka...
Ghadab Allah ke atas mereka yang melakukan fasad di atas muka bumi..
Ana teringat, dulu kat internet, berlegar satu flash presentation tentang doa seorang Sheikh, Imam Masjidil Haram, yang berdoa agar negara berbelang dan berbintang (cam negara aku jugak je..) dilanda dengan semua bencana yang pernah dialami oleh kaum Nabi Nuh, Nabi Saleh, Nabi Syu'aib, Nabi Luth.... Kemudian, Sheikh tu ditangkap....
Hanya kerana seorang mukmin dan doanya...
Dia ditakuti oleh musuh Islam.....
Doa itu senjata mukmin..
Itu lah senjata yang paling kuat yang memang ditakuti oleh musuh-musuh Islam....
Surah AL Imran : 193 - 194
3:193 "Our Lord! we have heard the call of one calling (Us) to Faith, 'Believe ye in the Lord,' and we have believed. Our Lord! Forgive us our sins, blot out from us our iniquities, and take to Thyself our souls in the company of the righteous.
3:194. "Our Lord! Grant us what Thou didst promise unto us through Thine messengers, and save us from shame on the Day of Judgment: For Thou never breakest Thy promise."
Wednesday, October 05, 2005
Ramadhan is coming.. Someone is leaving.. Guess who? Encik S.. Hehe...
To all of my folks,
I would like to mintak maaf banyak2 kalau ada salah silap..
And for those who detected some uncommon lines on my face,
I seeked forgiveness from Allah, and I apologise to all..
It is just around this time of my life...
And everyone I believe has a moment of lagness..
And do not lag too much,
for responsibilites are far much more a lot than the time that we have...
Sunday, October 02, 2005
mereka dengan gembira (di syurga)" Surah Al Insyiqaq