It involves management of Integration, Scope, Time, Cost, Human Resource, Communication, Procurement, Risk, Quality & HSE
Saturday, August 05, 2006
Kepada rakan yang membawa insan kepada kebaikan
Kepada sahabat yang mengejutkan orang lain dari kelalaian
Terima kasih....
Moga Allah mengasihi kalian, dan meredhai kalian..
Mudah-mudahan, Allah hidupkan kita bersama iman...
Moga Allah matikan kita bersama iman...
Moga Allah mengumpulkan kita bersama iman..
Moga Allah memasukkan kita ke dalam jannah bersama iman....
Kepada rakan, taulan dan teman....
Terima kasih, jasamu tak dapat ku balas....
Hanya Allah yang mampu membalas...
Dan moga Allah sentiasa bersamamu...
-Tribute to Akhawat Fillah-
Thursday, July 27, 2006
O Allah, make him a precursor, a forerunner and a treasure for his parents and an answered intercessore.
O Allah, make him weigh heavily in their scales (og good) and magnify their reward.
Make him join the righteous of the believers.
Place him in the care of Ibrahim.
Save him by Your mercy from the torment of Hell.
Give him a home better thann his home and a family better than his family.
O Allah, forgive those who have gone before us, our children lost (by death) and those who have preceded us in faith.
-Ibn Qudamah, Al Mughni 3/416 & Ad-Duroosul-Muhimmah li-`Aammatil-`Ummah, p.15 by Sheikh 'Abdul 'Aziz bin Baz
Tuesday, July 25, 2006
Monday, July 24, 2006
Min "Malbun" ila "Adilayd"
....Qalbi ma'akum....
Pertemuan kita kali ini
Bukan sekadar kawan lama tak jumpa
Tapi kita bertemu ada satu makna
Kita punya satu perjuangan
Andai ada kasih antara kita
Kita kembalikan kepada Yang Esa
Agar ia suci tulus dan ikhlas
semoga Alloh memberkati
Sambutlah tangan sahabat saudaramu
Pimpinlah ia melangkah bersama
Satukan hati kita teguhkan ia
Berdiri bersama untuk kebenaran
Perjuangan itu artinya berkorban
Berkorban itu artinya terkorba
Janganlah gentar untuk berjuang
Demi agama dan bangsa
Inilah jalan kita
Min "Malbun" ila "Adilayd"
....Qalbi ma'akum....
Pertemuan kita kali ini
Bukan sekadar kawan lama tak jumpa
Tapi kita bertemu ada satu makna
Kita punya satu perjuangan
Andai ada kasih antara kita
Kita kembalikan kepada Yang Esa
Agar ia suci tulus dan ikhlas
semoga Alloh memberkati
Sambutlah tangan sahabat saudaramu
Pimpinlah ia melangkah bersama
Satukan hati kita teguhkan ia
Berdiri bersama untuk kebenaran
Perjuangan itu artinya berkorban
Berkorban itu artinya terkorba
Janganlah gentar untuk berjuang
Demi agama dan bangsa
Inilah jalan kita
Saturday, July 08, 2006
I hope I will never do that to anyone...
Mendoakan si zalim mendapat hidayah dan memaafkannya, adalah lebih baik daripada mendoakan supaya dia mendapat balasan azab.....
To all the hearts that I've scuffed
forgive me for my vulgar words...
Tuesday, June 20, 2006
Malah menjadi kewajipan anda agar derma tersebut disumbangkan tanpa berlengah-lengah lagi.
Ini kerana Aman Palestin Berhad benar-benar wujud bagi memastikan setiap ringgit yang didermakan oleh rakyat Malaysia tidak sahaja sampai, malah semua bantuan tersebut telah dimanfaatkan sebaik mungkin di Palestin.
Sebuah banglo di Bandar Baru Bangi adalah manifestasi keprihatinan seorang korporat Islam yang membenarkan Aman Palestin menjadikan banglo tersebut sebagai ibu pejabatnya.
Mereka baru sahaja berpindah di situ walaupun Aman Palestin telah bergerak sebagai NGO sejak akhir 2004. Pada Januari lalu, ia berjaya didaftarkan sebagai satu yayasan bagi membantu rakyat Palestin secara lebih kolektif, terancang, berterusan dan berkesan.
Malah ketika penulis menemui Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman, beliau baru sahaja pulang dari sebuah kem pelarian Palestin di Lebanon bagi menyampaikan bantuan RM150,000 yang terkumpul bulan lalu serta menyelia beberapa projek kebajikan dan kemanusiaan yang dianjurkan oleh Aman Palestin di sana.
Sejak tahun 2005 hingga kini, Aman Palestin menyumbang RM500,000 kepada rakyat Palestin hasil kutipan daripada orang ramai.
Aman Palestin, menurut Abdullah Zaik, ialah satu sekretariat yang dibentuk khusus oleh rakyat negara ini bagi menangani secara terus masalah Palestin berdasarkan tiga isu yang utama.
“Pertamanya faktor kemanusiaan kerana apa yang berlaku di Palestin merupakan satu perlanggaran hak asasi manusia yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah kemanusiaan. Malah ia berlaku pada saat manusia dikatakan semakin moden dan tahu erti nilai nyawa dan kemanusiaan,” katanya. Terlalu banyak kemalangan jiwa dan harta benda berlaku di wilayah itu sehingga hampir 400 kampung dihancurkan oleh rejim Israel. Mereka bertindak meruntuhkan kediaman milik rakyat Palestin dengan penghuni masih berada di dalamnya.
“Namun yang paling menyayat tentulah nyawa rakyat Palestin itu sendiri. Dalam serangan baru-baru ini satu keluarga rakyat Palestin yang sedang berkelah di tepi pantai hancur berkecai seluruh tubuh badan mereka akibat diserang dari sebuah kapal marin Israel. Hanya seorang anak perempuan keluarga itu yang terselamat.
“Yang lain termasuk ibu bapa, malah adiknya yang masih bayi, turut terkorban. Tidakkah sasaran tembakan seharusnya kepada tentera musuh? Tetapi mengapa orang awam turut menjadi sasaran?” katanya.
Disebabkan tidak mahu menjadi mangsa kekejaman seperti inilah kira-kira 6 juta rakyat Palestin kini menjadi pelarian dan hidup dalam suasana yang penuh dengan kedaifan di kem-kem pelarian.
Di kem-kem pelarian tersebut hidup, rakyat Palestin tidak ubah seperti anai-anai membina busut. Mereka membina rumah berlapis-lapis, daripada setingkat kepada bertingkat-tingkat tetapi bukan rumah dalam erti kata yang sebenar.
Selain itu, Aman Palestin ditubuhkan kerana persaudaraan sesama Islam. Apa yang berlaku di Palestin seharusnya turut ‘dideritai’ bersama oleh rakyat Malaysia kerana tidak ada apa yang membezakan antara rakyat negara ini dan mereka. Rakyat Malaysia dan penduduk Palestin menyembah Tuhan yang sama dan mengamalkan ajaran Islam yang sama.
“Tetapi apalah maknanya semua ini sehingga menyebabkan rakyat Palestin terpaksa merayu-rayu meminta bantuan, sedangkan kita di sini hanya sekadar menonton dan tidak melakukan apa-apa untuk meringankan bebanan mereka. Jadi di manakah persaudaraan Islam kita yang sebenarnya?” katanya.
Abdullah Zaik berkata, Aman Palestin juga menetapkan matlamat membebaskan Masjid Al Aqsa.
“Selama mana kita mahu membiarkan kiblat pertama umat Islam, tempat berlakunya Peristiwa Besar Israk dan Mikraj, Kota Islam Ketiga Terbesar dan Negeri Kenabian ini terlepas ke tangan Yahudi?
“Tidakkah kita mempunyai hubungan sentimental dan spiritual yang kuat terhadap Masjid Al Aqsa yang strukturnya kini semakin goyah dan menanti saat sahaja untuk roboh dan runtuh berikutan usaha-usaha puak Yahudi membuat dan menggali berpuluh-puluh terowong bagi mencari apa yang mereka maksudkan sebagai Kuil Mount Temple atau Haykal Nabi Sulaiman itu,” katanya.
Atas kesedaran yang begitu tinggi Aman Palestin ditubuhkan dengan Penasihat utamanya pada masa itu bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Rahman Yaacob dan dianggotai barisan sukarelawan yang begitu komited menjayakan pelbagai program membantu rakyat Palestin.
Pertubuhan itu kini mempunyai 15 petugas sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan profesion. Bagi melatih sukarelawan itu, Aman Palestin juga mengadakan kursus-kursus untuk mempersiapkan mereka dengan pengetahuan mengenai perkhidmatan sukarela.
Aman Palestin juga melancarkan program mengambil anak-anak yatim piatu Palestin sebagai anak angkat. Di bawah program yang mendapat sambutan positif ini, rakyat Malaysia boleh menyalurkan derma sebanyak RM130 sebulan untuk menaja kehidupan anak-anak Palestin.
Surat
“Setiap enam bulan kita akan menyampaikan tajaan itu kepada anak-anak angkat Palestin di kem-kem pelarian. Keluarga angkat di Malaysia boleh menghubungi kanak-kanak itu melalui surat,” katanya.
Menurut Abdullah Zaik, sumbangan berbentuk kewangan rakyat Malaysia sebenarnya amat sedikit berbanding jumlah derma yang dihulurkan oleh negara-negara Islam lain yang angkanya mencecah berbilion dolar Amerika.
Namun Palestin sangat mengharapkan agar rakyat Malaysia dapat membantu dari aspek teknologi dan lain-lain kepakaran dalam pelbagai bidang. Mereka menganggap Malaysia sebuah negara Islam yang maju dan terkehadapan.
“Mereka mengharapkan agar kita dapat memberikan mereka ‘joran’ bagi membolehkan mereka tidak ketinggalan dalam mengejar kemajuan dan menguatkan lagi kedudukan dan kehidupan mereka.
“Justeru, jika ada kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama ingin berkongsi kepakaran dan kemahiran menerusi Aman Palestin, mereka boleh menyumbangkan bakti kepada pelarian-pelarian ini,” katanya.
Utusan Malaysia juga sempat menemui salah seorang daripada lapan jurulatih Aman Palestin iaitu Dr. Zainur Rashid Zainuddin. Beliau merupakan sukarelawan yang begitu komited dalam mengendalikan pelbagai misi Aman Palestin.
Walaupun bertugas di Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) selain berkhidmat sebagai Pakar Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Seremban, Dr. Zainur sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengadakan road show dari satu negeri ke satu negeri yang lain, menulis buku dan melakukan pelbagai kajian mengenai isu Palestin.
“Walaupun saya belum berkesempatan untuk membantu rakyat Palestin itu di kem atau di tanah air mereka sendiri, namun tugas menyedarkan rakyat Malaysia mengenai isu Palestin ini merupakan satu tugas yang mencabar.
“Ini kerana ramai orang menganggap isu ini tidak lebih satu konflik Arab Israel yang berebutkan tanah semata-mata. Ia kononnya tidak ada kaitan dengan Islam, jauh sekali sehingga boleh menggugat akidah.
“Sedangkan jika isu ini tidak diketengahkan, mungkin ramai anak muda kita tidak mengetahuinya langsung,” jelasnya.
Menurut Dr. Zainur, respons orang ramai terhadap road show yang diadakan amat menggalakkan terutama dalam membangkitkan kesedaran tentang penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin.
“Mereka begitu terkejut dan tidak menyangka betapa isu Palestin sebenarnya soal maruah umat Islam di seluruh dunia. Perkara ini tidak dapat diceritakan oleh guru-guru di sekolah mahupun majikan-majikan, jadi Aman Palestin bertanggungjawab ‘mengajar’ isu Palestin supaya ia menjadi satu subjek pelajaran yang penting untuk rakyat negara ini,” katanya.
Aman Palestin, kata Dr. Zainur, mengadakan penerangan mengenai Palestin tanpa sebarang batas sempadan dan politik.
“Kami pergi kepada sesiapa sahaja, baik di peringkat sekolah, universiti dan mana-mana sektor pekerjaan, masjid mahupun surau bagi memastikan semua orang memahami isu sebenar di sebalik isu Palestin ini,” tambahnya.
Sehubungan itu, Abdullah Zaik berkata, umat Islam negara ini tidak harus berlengah lagi untuk membuat sumbangan.
“Sedikit atau banyak bukan soalnya, tetapi derma yang berterusan bukan sahaja menolong rakyat Palestin namun yang lebih penting kita menolong agama Allah. Jangan sampai semuanya sudah terlambat. Ketika itu menangis air mata darah sekalipun tidak akan berguna lagi kecuali Yahudi akan terus bermaharajalela,” katanya.
Senarai Misi Kebajikan dan Kemanusiaan Aman Palestin di Kem-kem Pelarian Palestin di sekitar Lubnan,Syria dan Jordan
1. Pembiayaan Anak-anak Yatim dan Projek Anak Angkat Yatim Palestin
2. Pembiayaan Ibu Tunggal
3. Bantuan Pelajaran
4. Projek Pusat Jahitan
5. Pembinaan Rumah Anak-anak Yatim Palestin
6. Projek Wakaf Palestin
7. Projek Hospital
8. Projek Bantuan Ubat-ubatan
9. Projek Korban Aidil Adha
10. Projek Bantuan Pakaian dan Beg Sekolah
11. Projek Berbuka Puasa Ramadan
12. Projek Pembinaan Pusat Al Quran
13. Projek Pembangunan Sekolah Untuk Anak-anak Pelarian dan Yatim Palestin
14. Wakaf Kenderaan Aman Palestin
15. Projek Pakaian Musim Sejuk
16. Wakaf Bangunan Aman Palestin
Saturday, June 17, 2006
Wednesday, June 14, 2006
Depart from Manchester at 1000hrs arrived at Doha at 1800hrs. Pengalaman menarik naik Qatar Airways. Lagi best dari MAS. Alhamdulillah, berjaya berazam utk tak tgk screen yang kt depan seat. Hanya tgk utk tau kiblat dan pukul brape jek utk solat. Nekad utk habiskan pembacaan walaupun syahid separuh jalan.. :|
Masa kat Doha, bertembung dengan saudara2 yang baru balik umrah. Rindunya nak pegi Mekah lagi lepas 14 thn lalu pegi sane. Transit 4 jam pun best. Negara arab, announcement pun dalam arab. Pastu bila die translate dlm english, dapatla tangkap ape maksud die. Terus terblaja arab sket2. Warming up untuk KIBAR..:) Moga Allah mudahkan nak pegi.
Depart from Doha at 2235hrs arrived at KL at 1245hrs. Flight yang penuh dgn saudara2 yang baru blk umrah. Alhamdulillah, flight yg ni xde screen kt depan seat. Terpelihara dari perkara2 lagha. Something happened menyebabkan ana terpaksa tukar seat dan terduduk sblh sorg arab ni. Petroleum engineer nampak cam baya ayah ana. Peramah la pulak orang ni. Macam orang yang ade fikrah. Hm, banyakla die ajak discuss pasal islam. Hm, tapi diri ini yg agak kurang terer utk explain terms in english [kalau BM insyaAllah asda..:) ] menyebabkn ana byk diam and mengangguk dari berckp.
In the end, pakcik arab tu pusing ke blkg utk discuss dgn kakak2 ana di blkg. Mmg rancak dan seronok ana dgr. Dapat pengisian pulak sepjg perjlnn 7 jam dalam flight. Tapi apa yang mengetuk kepala, pakcik arab ni ckp..
why am i being so talkative now..it's because during the day of judgement, when Allah asks me, what i did when i sit beside u in this flight, have i been talking about islam with my sister? or i just sit down and keep quiet.
Hm, ana tergamam. Betul, kalau difikirkan peluang dakwah tu mmg ade je kt mane2. Tinggal kite nak bukak mulut je. Kan Nabi kate.."Sampaikanlah dariku walau sepotong ayat."
Setiap saat,minit,jam, hari dan waktu..Allah akan hitung apa amalan yang kite buat. Dah abis ke kita cerita pasal islam kat semua orang? Lepas dah tabur benih, kita jaga elok2, siram slalu dan tuaila pokok tu bile dah masak. Nabi dan para sahabat dulu bertungkus lumus sebarkn islam. Dah banyak contoh2 yang boleh kite tgk.
Teringat 'Utbah bin Nafi' yang bwk kuda die masuk laut lepas semua orang dah dgr pasal islam. Dia ckp.."Kalau ada lagi orang yang belum dgr pasal islam di seberang sane, nescaya aku akan bawa kudaku menyeberangi lautan ini utk aku sebarkn islam pada mereka."
Subahanallah, begitu skali pengorbanan para sahabat.
Pengalaman pulang ke Malaysia kali ni sgt2 berharga. Moga Allah mudahkan perjalanan di Malaysia nanti.
Thursday, June 08, 2006
Abis exam je, terus terbang ke Ireland dgn akhawat2 seperjuangan..berkobar2 memulakan jaulah akhawat..bermulalah "kembara identiti" kami...
Tugas pertama..driver..hati rasa nervous+gembira..lama xdrive manual ni.Sewa keta kecik,dpt keta besar..(driver paling kecik,dpt keta paling besar..)..ya Allah,mudahkanlah perjalanan ini..=)
Jaulah bermula di pagi hari..9 kereta bergerak ke Cliff of Moher (tempat yg ala2 12 apostles kat bumi kangaroo tu..ehe,teringat jaulah kt sane..)..Perjalanan yang mencabar..setiap kereta ade tugasan masing2..hafazan,kisah sahabat..tp driver kene concentrate driving..co-driver memainkan peranan..dari motorway,masuk national road,terus ke jalan kampung2 yg kecik..byk truck besar2...alhamdulillah,Allah mudahkan perjalanan..
Sesampainya di Cliff of Moher..traffic jam!atas bukit securam 60 degrees..saya terstuck kat bukit tu dgn kereta akhawat ade 4 lagi kt blkg..ya Allah,mudahkanla nk control keta besar ni..jalan sket,stuck lagi..kesiannya akhawat kt blkg..huh..mencabar..alhamdulillah,dpt masuk gear yg btol dan smpi ke Cliff..jalan2 di Cliff..subhanallah,mmg cantik..
Lepas tu,kami bergerak ke Cribb River utk solat,pengisian n BBQ..usai solat..semua kene pk ape ayat Allah yang terdetik dalam hati sepanjang perjlnn sehari ni and cerita pada semua..
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur,mereka seakan-akan satu seperti suatu barisan yang tersusun kukuh."(As-Saff:4)
Allah mudahkan perjalanan 9 kereta dalam satu barisan di hari pertama jaulah kami...betul,bila kerja secara jamaie,itu lebih mudah..bila satu kereta terlepas dari kumpulan..agak susah lebih2 lagi driver nye orang uk yg mmg xtahu jalan ireland..mulalah sesat di perjalanan..tapi sesat itu mmg satu tarbiyah juga..=) mase tula Allah test kesabaran kita..bila stuck kat bukit curam..Allah test kesabaran lagi..kembara ini mmg penuh dgn tarbiyah..bina kekuatan diri..
Bila berjalan2,teringat Allah cerita dalam surah Ar-Rahman..betapa banyak nikmat yang Allah bagi kat dunia ni.."Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
Bila bertebaran di bumi Allah,betapa keciknya kita ni..tgk laut,tgk langit..terasa Allah banyak bagi kebaikan pada kita..kebaikan apa yang kita dah bagi balik pd Allah? =)
End of day 1
Mulakan hari kedua dgn segarnya..teruskan jalan ke Killarney..lagi jauh jalan arini..dalam kereta,tadabbur surah Furqan..
"Dan Dialah yang menjadikan malam untukmu sebagai pakaian, dan tidur untuk istirehat dan Dia menjadikan siang untuk bangkit berusaha.Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa kabar gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya..."(Al-Furqan:47-48)
Sampai di Mucross House..tgk waterfall,naik keta kuda..tadabbur surah As-Saff..
Hampir kpd penghujung kembara..refleksi diri sebelum pulang..muhasabah..
alhamdulillah,semua seronok dgn jaulah kali ni..membina tautan hati..memantapkan ukhuwwah..pengisian Ghazwul Fikr di hari sebelumnya membuka minda..kita mesti izzah sebagai muslim..lawan serangan2 pemikiran yang ada..tegakkan islam di bumi Allah..mmg Allah dah janji islam akan tertegak..kita akan rugi kalau tak berada dalam jalan ni..hadiah yg tak ternilai utk dapat redha Allah..janji yang mmg pasti...moga Allah thabatkan hati2 kita atas jalan-Nya..berakhirlah kembara identiti..tapi ukhuwwah ini kekal selamanya..
Refleksi:
-Bila Allah uji kesabaran..kita akan nmpk sejauh mana kita sabar..jadilah orang yang sabar..jangan jadi orang tidak sabar..=)
-Ukhuwwah..berlapang dada dgn saudara..terima seadanya..semua itu yang terbaik..moga dapat capai setinggi2 ukhuwwah..
-Motivation..boost up gear tinggi dalam bekerja setelah 2 minggu imtihan..kerja ikut putaran jam..=)
Wednesday, May 31, 2006
Tuesday, May 30, 2006
Sunday, May 28, 2006
"Rahimah… erm.. Ana nak tanya something bleh?" Huda yang tadinya khusyuk menatap screen laptopnya, tiba2 mencelah kesunyian malam.
"Ape dia?" Rahimah yang tadi sedang sibuk membaca bukunya tersentak.
"Hehe… Ana ni, tak de lah kiranya dah lama kenal enti… Kira2 guna jari, less than 2 years that we knew each other kan? Tapi alhamdulillah, Allah perkenalkan kita dalam suasana kita dah faham Islam.." Huda mula membuka kata.
"Alhamdulillah, hehe tu lah.. Rasa cam lama dah kenal…. Ehe.. Ada2 saje enti ni… Enti punya "antenna" ada detect something wrong ke ngan ana ni?" Rahimah mula cuak2 sikit.
"Hehe.. Kata2 orang alim.. Takutlah kamu dgn pandangan orang mukmin, kerana mereka melihat dengan cahaya Allah… Hehe.. Tapi ana ni bukan ler alim sangat…" Huda mula loyar buruk seperti biasa.
Rahimah tunduk, gurauan Huda sentiasa bagaikan menampar dirinya. Lawak-lawak Huda sentiasa solehah belaka, walau kadang-kadang Huda suka merapu.
"Huda… Cakap je lah ape benda yang enti nak cakap.. Ana tak larat dengan teka-teki enti nih…" Rahimah mula tak sabar nak tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran temannya itu…
"Tak pe lah.. Tak pe lah… Jom2 study… Ana nak sambung buat programming ana ni.. Enti gi lah baca Anatomy ke apo bondo tu….." Huda terus tiba2 buat muka serius dan sambung menatap laptopnya.
"Alaaa.. Huda ni.. Kang ana dah tak leh concentrate belajar… Baik enti cakap.. Tak baik cakap separuh2…." Rahimah semakin tidak sabar….
"Ayaa!! Jangan jadi orang tidak sabar.. Terus bersabar.. Tetapkan bersabar" Huda tersengih sambil bernasyid lagu Sabar oleh Alarm Me.
Rahimah tergelak, dia bingkas bangun dari tempat duduknya dah berjalan ke arah Huda lalu mencubit-cubit pipi kawannya itu. Rahimah gagal mengorek isi minda Huda. Huda, walaupun nampak seperti orang yang peramah dan mudah bercerita, namun tetapi dia adalah sangat misteri dan penuh berteka-teki orangnya. Kadang-kadang, sehinggakan apabila Huda sekadar bertanya soalan2 biasa, Rahimah mengambil masa yang lambat untuk menjawab, takut2 kalau ada "trick" di sebalik pertanyaan2 kawannya itu.
"Huda, ana nak tido dulu… Kang pukul 3.00 pagi kejut ana. Enti jangan teruja pulak tengok ana tertidur.. Enti teruskan study tau…" kata Rahimah..
"Enti ni pulak, tak teruja ke tengok ana study dengan tekun nih?" Huda perli lagi.
Rahimah dah malas nak layan, dia sengih sahaja dan berjalan ke arah katilnya.
"Ingat tau, kejut pukul 3.00 pagi…" Rahimah pesan lagi.
Huda angguk kepala, dan terus khusyuk menatap screen laptopnya, tangannya terus laju menaip code programmingnya. Rahimah semakin lentok, akhirnya lenyap dibuai mimpi.
Huda memang banyak perkara nak disampaikan kepada temannya itu. Tapi, Huda sangat2 takut andai pertanyaannya terlalu berat untuk diterima oleh sahabatnya itu. Huda dan Rahimah sama2 mempunyai latar belakang yang agak sama, latar belakang yang konon2nya "Islamik", tetapi sebenarnya sudah lama mereka tertipu dengan kehidupan yang sekular. Islam dan kehidupan dipisahkan. Solat, puasa dan ibadah2 dan syari'at2 yang khusus konon-konon sudah cukup untuk melabel remaja seperti mereka sebagai "orang baik". Lalu, tertipulah mereka dengan title tersebut.
Segala puji bagi Allah, taufiq dan hidayah Allah amat luas. Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dia kehendaki, dan menarik petunjukNya daripada sesiapa yang Dia kehendaki.
Peluang untuk belajar di luar negara, menjadi muntalaq (langkah bermula) kepada Huda dan Rahimah untuk mengenal deen Islam dengan lebih syumul, dan memahami Al Quran sepertimana ia diturunkan, dan cuba mengikut jejak langkah profesion Muhammad SAW.
Di bumi asing itulah, kedua-dua teman baik itu mendapat hujan emas. Malah lebih baik daripada hujan emas. Mereka mendapat hidayah Allah. Ya, benar. Hidayatullah. Itulah sebenarnya yang didambakan oleh semua insan, kalaulah mereka mengerti betapa manisnya berada dalam nikmat iman dan islam.
Setiap detik langkah kehidupan adalah tarbiyah. Huda berpeluang ke bumi asing ini lebih awal daripada Rahimah. Syukur ke hadrat Allah dan terima kasih kepada tangan orang-orang yang soleh dan musleh, yang telah mentarbiyah diri Huda. Daripada seorang yang berfikiran complicated dan berperwatakan keras, Huda sepertimana namanya, dikurniakan petunjuk Allah. Daripada seorang yang hanya memikirkan dunia, yang hanya memikirkan kepentingan dirinya, Huda merasakan lebih manis hidup di bawah naungan Al Quran.
Huda mengimbau zikraayat dia menghadiri majlis ilmu yang tak disangka-sangka mengubah kehidupan dirinya. Bagaikan MP3 file yang tersimpan rapi di dalam otaknya. Huda mengimbas isi-isi ta'alim…….
“Hidup di bawah naungan Al Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja”
-Syed Qutb
Hidup di bawah naungan Al Quran, sepanjang usia manusia dapat mencapai kenikmatan meluhur, memberkati dan membersihkan kehidupannya.
Diri manusia mustahil untuk hidup dalam lingkungan suasana atau keadaan yang sama sahaja. Lumrah hidup manusia, peringkat2 dalam kehidupannya pasti menghadapi pengalaman yang berbeza. Mungkin di waktu muda dia kaya, kemudian menjadi miskin. Mungkin pada suatu kala, dia cantik, kemudian berubah menjadi tua mengerekot dan tidak cantik lagi. Tapi, andainya hidup manusia itu pada setiap masanya di bawah naungan Al Quran, dia akan merasakan hidup yang luhur, kerana hanya terdapat SATU garis panduan kehidupannya, justeru merasakan setiap detik hidupnya terasa barakahnya. Dia akan rasa tenang, kerana menghadapi hari-hari hidupnya dalam suasana yang bersih, jiwa dan tubuhnya.
Huda yang tadinya sibuk menatap laptop, kali ini laptopnya pula menatapnya. Fikiran Huda terus melayang. Mengimbas saat-saat dahulu, apabila dia bersama teman seperjuangan yang lain menadah dan disuap dengan ilmu merapatkan diri dengan Allah.
Huda dahulunya jarang merasa 'izzah menjadi seorang Muslim. Kalau di negara Barat tempat dia belajar ini, sering kali dia terikut-ikut cara Orang Barat. Jarang kali dia terasa bahawa dirinya telah diberi penghormatan oleh Allah Azzawajalla kerana telah terpilih untuk jadi orang yang beriman. Huda teringat lagi isi-isi majlis ilmu yang pernah dihadiri olehnya dahulu...
"Hidup di bawah naungan Al Quran, di mana Allah seolah-olah berkata-kata kepada diri hambanya. Bayangkan, itulah suatu penghormatan tidak terhingga bagi seorang manusia yang kerdil.
Seorang pekerja pasti merasa amat gembira apabila bossnya berkomunikasi dengannya, sedangkan dirinya hanya pekerja bawahan. Apatah lagi, sebagai hamba Allah, kalamullah berlegar dalam segenap pelosok kehidupannya, di telinganya, di lidahnya, di hatinya apabila hidup di bawah naungan Al Quran. Itulah sesi “chit-chat” yang paling bermakna bagi suatu ciptaan dengan penciptanya. Allah bercakap dengan kita!"
Huda menatap Rahimah yang sedang lena diulit mimpi. Rasa kasih dan sayangnya terhadap temannya itu, hanya Allah sahaja yang tahu. Ingin Huda luahkan segala apa yang dia rasa kepada Rahimah. Tapi takut pula Rahimah rasa "overwhelmed". Takut andai apa yang dia cuba sampaikan luar kefahaman dan kemampuan perasaan Rahimah. Huda rasa dadanya membuak-buak ingin menghamburkan segala apa yang dia fahami dan alami, alangkah seronoknya bercinta dengan Allah dan Rasul! Alangkah seronoknya hidup di bawah naungan Al Quran. Alangkah seronoknya berjalan mengikut jejak langkah Rasulallah SAW.
Rahimah masih baru-baru belajar. Tetapi peningkatannya dalam kefahaman Islam sangat cepat. Huda sangat kagum dengan Rahimah, memang Rahimah pelajar cerdik. Di kolej persediaan pun, memang Rahimah terkenal sebagai antara pelajar paling cemerlang. Huda kagum Rahimah mampu meninggalkan jahiliyah luarannya dengan sangat cepat. Tetapi, Huda sangat2 takut, andai dirinya ataupun diri temannya itu tergopoh-gapah, tertipu dengan semangat dan takut andainya tidak istiqamah. Hanya kerana rosaknya langkah pertama.
Teringat kata2 orang alim,
"kelesuan sesudah mujahadah adalah kerana kerosakan langkah pertama"
Rasulallah SAW mengambil masa 13 tahun untuk membina generasi Sahabat yang mantap di Makkah. Huda khuatir andai dirinya "lost" dan tidak dapat mencari "the right balance". Takut terlalu cepat langkah, tetapi hati dan emosi kecil. Takut terlalu tinggi fikrah, kaki pula lambat bergerak. Takut pula jiwa raga terlalu besar, sampai melembabkan amal.
Huda melihat Rahimah lagi. Huda teringat pula kawan-kawannya yang lain.
"Antunna mesti rasakan, tanggungjawab ini…..seolah-olah kalau antunna berhenti di sini, perjalanan dakwah dan tarbiyah di tempat ini, berhenti di sini sahaja" kata-kata mu'allim yang pernah mengajar Huda tersentak, ingin pengsan dirinya. Lalu Huda gelabah sendirian. Nak diikutkan hati, rasa tak mampu. Dengan ilmu yang sedikit, akhlak belum cukup mantap.
Namun, Huda dan teman-teman yang lain terus meneruskan langkah. Walau pincang dan cacat pada awalnya. Walau nampak serong pada mata orang-orang yang memandang remeh usaha mereka.
Islam telah menukar cara pemikiran mereka. Huda terus mengimbau ta'alim, halaqah yang mereka pernah lalui.
"Hidup di bawah naungan Al Quran, memberikan manusia teropong baru dalam melihat dunia pada perspektif yang berbeza. Jahiliyah berkecamuk merosakkan bumi, tetapi manusia terus memuja-muja dan berbangga dengan jahiliyah. Ilmu, pengetahuan dan kefahaman mereka terjerumus kepada kebodohan.
Manusia yang hidup jauh daripada naungan Al Quran, ibarat kanak2 yang merebutkan permainan, sedangkan manusia yang hidup di bawah naungan Al Quran ibarat orang dewasa yang kelakar dan tersentuh melihat kebodohan kanak2 yang sanggup bercakaran demi permainan yang tidak memberi manfaat barangpun sedikit.
Hidup di bawah naungan Al Quran, menganugerahkan seorang insan dengan kefahaman yang tidak ternilai, serta tanggapan yang sempurna, iaitu nikmat kefahaman tentang alam al-wujud, matlamat al-wujud itu dan juga matlamat kehidupan manusia sendiri.
Manusia sedang lalai dengan kefahaman yang sesat dan menyesatkan, di mana2 pelosok dunia Timur, Barat, Utara mahupun Selatan manusia memahami kefahaman yang mereka sendiri tidak memahaminya. Lantaran tubuh mereka merasakan ‘nikmat’ apa yang mereka fahamkan itu, jiwa mereka meronta terseksa inginkan ketenangan."
Itulah nikmat ukhuwah kerana Allah, Rasulallah telah wariskan budaya saling memperingatkan kepada kebenaran dan kesabaran sesama orang2 beriman. Kerana budaya yang kuat inilah, telah melahirkan bi'ah solehah di tempat belajar Rahimah dan Huda. Ramai teman2 yang lain juga mendapat "enlightenment" mereka di sini.
Lama juga Huda mengelamun, akhirnya tengok2 jam dah menunjukkan pukul 3.15 pagi. Huda cepat2 pergi kejutkan Rahimah.
Rahimah menggosok-gosokkan matanya.
"Wah, enti tak tido lagi dari tadi ke?" kata Rahimah.
Huda sengih.
"Rahimah, eleh.. Konon2 tadi kata tak bleh tido sebab memikirkan pernyataan ana tadi. Tido sedap je ana nengok.." Huda menyakat kawannya lagi.
Rahimah sengih. "Hehe…. " Rahimah bingkas bangun utk mengambil wudhu'. Huda dengan nakal meluru masuk ke dalam bilik air terlebih dahulu, memotong Rahimah.
"Eyy.. Huda ni…." Rahimah mengetap giginya.
Huda yang dah masuk bilik air, menjengahkan kepalanya ke luar pintu bilik air, sambil menyanyi "jangan jadi orang tidak sabar…"
Rahimah kemballi tersengih.
Awal pagi itu berlalu, dua susuk tubuh itu sibuk ruku' dan sujud serta berdoa kepada Allah.
"Hidup di bawah naungan Al Quran, roh akan sentiasa berhubung dengan Allah.
Manusia terdiri daripada komponen aqliyyah, ruhiyyah dan jasadiyyah (akal, roh, dan jasad). Manusia tidak pernah puas menyuap makanan kepada jasadnya dengan pelbagai jenis makanan yang enak dan lazat. Manusia juga memberi santapan kepada akalnya melalui ilmu2 yang dipelajari untuk mendapatkan kemahiran2 di dunia ini. Apabila memahami nikmat hidup di bawah naungan Al Quran, manusia tidak dijanjikan akan kenyang perutnya tetapi rohnya akan terisi dan kenyang. Akalnya tidak ketinggalan, mempunyai pemikiran yang jauh lebih luas daripada manusia yang hanya berkisar dalam dunia material sahaja. Tubuhnya sujud menyungkur dan spiritualnya akan sentiasa bertawajjuh (dihadapkan) kepada Allah, dengan penuh khusyu’.
“Hanya kepada Allah jua sujudnya sekalian penghuni langit dan bumi sama ada dengan sukarela atau terpaksa dan bayang2 mereka (juga turut sujud) di waktu pagi dan petang”
Surah Ar-Ra’d : 15
Sebelum masuk waktu subuh, Rahimah bertanya lagi kepada Huda.
"Huda…. Bagitau lah… Insya-Allah ana tak marah, walau enti nak cakap apa2 pun"
Rupa-rupanya Rahimah memang betul2 "terganggu" dengan kenyataan Huda…. Walaupun Huda buat macam gurau2 sahaja.
Huda senyum. Senyum penuh bermakna. Ditenung wajah sahabatnya itu sedalam-dalamnya.
"Adakah diri enti masih terikat dengan sesuatu yang menjauhkan enti daripada Allah?
Boleh ana tahu? Kerana ana terasa sesuatu….."
Rahimah terasakan bagai ada batu besar menimpa kepalanya. Dia melarikan pandangannya, menatap sejadah. Air mata mengalir deras.
"Jangan tanya ana soalan macam ni Huda. Ana segan" Rahimah mengesat air matanya.
"Ana tak minta enti mencela diri di depan ana." Huda mukanya tetap tegas tetapi lembut.
"Ana Cuma nak bantu enti get through apa yang sedang terjeruk dalam hati enti tu, dan apa yang menyerabutkan kepala enti tu", Huda cakap lagi dengan steady. Huda tarik nafas panjang, sangat berat baginya untuk menyampaikan.
Rahimah berkata "Enti tahu sesuatu ke?"
Huda sambung, "Ana tak tahu.. Tapi ana dapat rasa.. Ada la sikit2 jigsaw puzzle yang ana sambung2, macam dah nampak clue"
Huda macam polis yang meng"interrogate" penjenayah… Dia bertanya lagi..
"Masih ada sesuatu ke yang enti masih sukar tinggalkan?"
Rahimah senyap.
"Enti nak selesaikan tak masalah yang bersarang dalam diri enti ni?" Huda bertanya.
"Rahimah, enti masih teringatkan "dia" kan?" Huda mula bertanya soalan cepu mas.
Rahimah senyap. "Erm, mana enti tau ni? Ana tak pernah langsung pun citer kat enti apa2 pasal hal ni.."
Huda senyap. Betullah apa yang dia sangkakan.Bukan Huda ingin su'u dzan pada sahabatnya itu. Tetapi dia rasa kurang selesa dengan beberapa tindak-tanduk sahabatnya itu. "Sebenarnya soalan ana tadi sekadar cuba-cuba."
Rahimah mula merah wajahnya, "Tolong ana Huda….."
Huda berkata, "Ana tak dapat tolong enti. Enti kena tolong diri sendiri."
Huda sambung lagi...
"Macam ni lah Rahimah… perjalanan kita masih jauh.. Kita nak berjalan kepada Allah… Sama macam kita tengah jungle tracking dan bawa beg isi bekalan digalas kat bahu. Kalau beg kita penuh dengan sampah, ia akan memperlahankan kita, dan memenatkan kita, walaupun kita tahu jalan ke destinasi kita. Walaupun kita faham peta utk menuju ke destinasi kita"
Huda membacakan ayat suci Al Quran. Al Insyiqaq : 6
"Hai manusia, Sesungguhnya kamu Telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, Maka pasti kamu akan menemui-Nya."
Rahimah tunduk.
"Sebenarnya Rahimah……. Orang tu tak layak pun untuk enti sayangi"
Rahimah tunduk semakin tunduk.
"Kasihan ummat ini… Ummat ini perlukan orang-orang yang banyak mengingati tentang nasib ummat ini. Kalau kita sibuk dengan masalah peribadi, sampai bila masalah besar Islam nak selesai?"
Rahimah mula angkat kepalanya.
"Walaupun dari segi fizikal, enti dah tak lagi berkawan dengan orang tu, tapi kenapa nak biarkan dia reside dalam hati enti. Adakah dia itu mendekatkan lagi enti kepada Allah?"
Rahimah terasa pedang menghunus jantungnya. Tapi entah mengapa, kata-kata Huda sentiasa boleh diterima oleh dirinya walaupun Huda sentiasa "laser". Tapi Rahimah masih ada coping mechanism nya.
"Huda, ni tak adil.. Tak de ke sahabat brothers kita yang ikut tarbiyah dapat approach kawan ana ni. Ana pun mahukan dia mengenal islam…" Rahimah menaruh harapan.
"Rahimah….. Dakwah Islam adalah kepada semua orang. Tiada siapa yang boleh dilabel sebagai orang yang tidak layak dapat hidayah Allah.. "
"..ini bukan masalah ada brothers yang dapat approach kawan enti tu atau tidak… tapi ini masalah enti, mind set enti… Enti telah mendahulukan rasa sayang enti semasa jahiliyah itu, dan mahukan perubahan kepada kawan enti tu, supaya untuk apa? Supaya untuk enti dan dia dapat bersama-sama di dalam "islam" pula?"
"Remember what did Allah said in the Al Quran? In Surah An Nur verse 26, Bad women .are for bad men and bad men are for bad women. Good women are for good men and good men are for good women "
"Kenapa enti sibuk nak mempersiapkan dan memperbaikkan orang yang konon2 enti nak jadikan pasangan hidup. Sedangkan Allah suruh kita memperbaikkan diri kita. Diri kita. Dan kemudian, insya-Allah, Allah akan tolong kita dapatkan orang yang sepadan dengan kita."
"Doa pada Allah, Rahimah. Andai ada jodoh enti. Allah akan temukan enti dengan seseorang yang lebih baik daripada keadaan begini"
Azan daripada laptop Huda berkumandang menandakan waktu Subuh telah masuk.
Rahimah terasa otaknya lebih lapang. Dia memandang Huda. Huda menghulurkan sesuatu kepada Rahimah. Sekeping kad kecil bertulis….
Sekiranya kita cinta kepada manusia
Tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya kita cinta kepada manusia
Kita akan cemburu kepada orang yang menyintai mereka yang kita cintai
Tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah
Kita akan turut menyintai mereka yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu
Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku kepadaMu
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling padaMu
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindu syahid dijalanMu..
Amin Ya Rabbal Alamin..
This is a poem written by Aminah Qutb dedicated to her husband
"Huda… Jazakillah." Rahimah memeluk Huda seerat-eratnya.
"Cepat, enti kena jadi imam" Rahimah menolak enti. Dia mendahulukan Huda untuk jd imam solat subuh.
Huda senyum.. Di dalam solat mereka.. Huda membaca….
Surah Az Zumar : 53-56
53. Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
54. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).
55. Dan ikutilah sebaik-baik apa yang Telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu
56. Supaya jangan ada orang yang mengatakan: "Amat besar penyesalanku atas kelalaianku dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang Aku Sesungguhnya termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah ),
Tuesday, May 23, 2006
Monday, May 22, 2006
Wednesday, May 17, 2006
ibarat kolam...
yang mana, dasar kolam itu adalah hati...
Tuesday, May 16, 2006
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.
Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui.
Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.
HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.
Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?
Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.
Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?Umat Islam di Malaysia sekelian,Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.
Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.
Umat Islam di Malaysia,Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...Allah Akbar!!!
Saudaramu,Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,14 Mei 2006.
Thursday, May 11, 2006
......................................................................
The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) added " If the people took their way through a valley and the Ansar took their way through a mountain pass, then I would choose a mountain pass of the Ansar. "Anas also narrated that when it was the day of the Conquest of Mecca Allah's Messenger (peace and blessings of Allah be upon him) distributed the war booty amongst the people of Quraish, which caused the Ansar to become angry, So The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said,"Won't you be pleased that the people take the worldly things and you take Allah's Messenger (peace and blessings of Allah be upon him) with you. "They said, "Yes" The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said,"If the people took their way through a valley or mountain pass I would take my way through the Ansar's valley or mountain pass. "
Friday, May 05, 2006
At Taubah:128
Allah utuskan Nabi Muhammad untuk membawa manusia kembali kepada cara hidup yang benar dan diredhai oleh Allah.
Allah utuskan Nabi Muhammad untuk meringankan penderitaan manusia.
Penderitaan ini sebenarnya dicipta sendiri oleh manusia, iaitu
perhambaan sesama makhluk,
tunduk kepada tuntutan hawa nafsu,
manusia hidup dalam keadaan yang sempit, kerana fikirannya hanya nampak dunia, tidak menyedari wujudnya alam yang lebih kekal, iaitu kampung akhirat. Jadi manusia, bermati-matian untuk
Lalu, Islam membebaskan manusia dan membawa fikiran manusia kepada ketenanangan.
Surah At Taubah:128 di atas, Rasulallah diutuskan untuk membebaskan manusia daripada penderitaan tersebut.
Andainya semua manusia tahu betapa amannya serta bestnya apabila berada di bawah naungan hidayah Allah, nescaya semua akan bersegara sujud kepada Allah. Memohon rahmat dan keampunan daripadaNya.
Tapi, tak ramai manusia yang menyedari hakikat ini.
Ramai manusia yang berkata,
“Kami percaya Allah..”
“Kami bersolat…”
“Kami membaca Al Quran..”
“Kami berselawat ke atas Nabi Muhammad…”
Tetapi mereka sebenarnya kurang percaya kepada Allah…. Buktinya, apabila Allah timpakan kecelakaan.. Dia berkata Allah tidak adil terhadap dirinya.. Dan apabila Allah memberikannya nikmat. Dia lupa langsung bersyukur kepada Allah.
Walaupun gerakan tubuh mereka mengikut cara bersolat. Tetapi hati langsung tidak terikat kepada Allah. Atau mungkin khusyu’ semasa solat, tetapi di luar solat, dirinya kembali lupa kepada Allah.
Apabila dia membaca Al Quran. Dia tidak langsung mengerti apakah yang disampaikan melalui Al Quran. Dia tidak mengamalkan Al Quran.
Apabila dia berselawat, mendoakan serta memuji Nabi. Tetapi dia lupa cara hidup yang paling selamat adalah dengan mengikut sunnah baginda SAW.
Sahabatku,
Andai kamu mengerti bahawa Allah sangat mencintaimu... Kamu pasti bersegera mengingatinya dan mematuhi perintahNya serta meninggalkan laranganNya.
Tetapi, kamu rasa kamu tidak memerlukan cinta Allah. Kamu lebih mendambakan cinta manusia, cinta makhluk. Sedangkan manusia dan makhluk lain tidak mampu memberikan kebahagiaan sebenar kepada dirimu.
Manusia hanya mampu memuji kamu, memberikan kamu hadiah yang terhad nilaiannya. Lalu kamu tertipu, dan kamu rasa itulah bahagia.
Moga Allah memberikan kita taufiq dan hidayahNya…
Dan kembalikan kita kepada fitrah kita.
Sesungguhnya kita sangat memerlukan keimanan dan ketaqwaan.