It involves management of Integration, Scope, Time, Cost, Human Resource, Communication, Procurement, Risk, Quality & HSE
Tuesday, May 23, 2006
Monday, May 22, 2006
Wednesday, May 17, 2006
ibarat kolam...
yang mana, dasar kolam itu adalah hati...
Tuesday, May 16, 2006
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.
Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui.
Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.
HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.
Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?
Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.
Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?Umat Islam di Malaysia sekelian,Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.
Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.
Umat Islam di Malaysia,Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...Allah Akbar!!!
Saudaramu,Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,14 Mei 2006.
Thursday, May 11, 2006
......................................................................
The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) added " If the people took their way through a valley and the Ansar took their way through a mountain pass, then I would choose a mountain pass of the Ansar. "Anas also narrated that when it was the day of the Conquest of Mecca Allah's Messenger (peace and blessings of Allah be upon him) distributed the war booty amongst the people of Quraish, which caused the Ansar to become angry, So The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said,"Won't you be pleased that the people take the worldly things and you take Allah's Messenger (peace and blessings of Allah be upon him) with you. "They said, "Yes" The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said,"If the people took their way through a valley or mountain pass I would take my way through the Ansar's valley or mountain pass. "
Friday, May 05, 2006
At Taubah:128
Allah utuskan Nabi Muhammad untuk membawa manusia kembali kepada cara hidup yang benar dan diredhai oleh Allah.
Allah utuskan Nabi Muhammad untuk meringankan penderitaan manusia.
Penderitaan ini sebenarnya dicipta sendiri oleh manusia, iaitu
perhambaan sesama makhluk,
tunduk kepada tuntutan hawa nafsu,
manusia hidup dalam keadaan yang sempit, kerana fikirannya hanya nampak dunia, tidak menyedari wujudnya alam yang lebih kekal, iaitu kampung akhirat. Jadi manusia, bermati-matian untuk
Lalu, Islam membebaskan manusia dan membawa fikiran manusia kepada ketenanangan.
Surah At Taubah:128 di atas, Rasulallah diutuskan untuk membebaskan manusia daripada penderitaan tersebut.
Andainya semua manusia tahu betapa amannya serta bestnya apabila berada di bawah naungan hidayah Allah, nescaya semua akan bersegara sujud kepada Allah. Memohon rahmat dan keampunan daripadaNya.
Tapi, tak ramai manusia yang menyedari hakikat ini.
Ramai manusia yang berkata,
“Kami percaya Allah..”
“Kami bersolat…”
“Kami membaca Al Quran..”
“Kami berselawat ke atas Nabi Muhammad…”
Tetapi mereka sebenarnya kurang percaya kepada Allah…. Buktinya, apabila Allah timpakan kecelakaan.. Dia berkata Allah tidak adil terhadap dirinya.. Dan apabila Allah memberikannya nikmat. Dia lupa langsung bersyukur kepada Allah.
Walaupun gerakan tubuh mereka mengikut cara bersolat. Tetapi hati langsung tidak terikat kepada Allah. Atau mungkin khusyu’ semasa solat, tetapi di luar solat, dirinya kembali lupa kepada Allah.
Apabila dia membaca Al Quran. Dia tidak langsung mengerti apakah yang disampaikan melalui Al Quran. Dia tidak mengamalkan Al Quran.
Apabila dia berselawat, mendoakan serta memuji Nabi. Tetapi dia lupa cara hidup yang paling selamat adalah dengan mengikut sunnah baginda SAW.
Sahabatku,
Andai kamu mengerti bahawa Allah sangat mencintaimu... Kamu pasti bersegera mengingatinya dan mematuhi perintahNya serta meninggalkan laranganNya.
Tetapi, kamu rasa kamu tidak memerlukan cinta Allah. Kamu lebih mendambakan cinta manusia, cinta makhluk. Sedangkan manusia dan makhluk lain tidak mampu memberikan kebahagiaan sebenar kepada dirimu.
Manusia hanya mampu memuji kamu, memberikan kamu hadiah yang terhad nilaiannya. Lalu kamu tertipu, dan kamu rasa itulah bahagia.
Moga Allah memberikan kita taufiq dan hidayahNya…
Dan kembalikan kita kepada fitrah kita.
Sesungguhnya kita sangat memerlukan keimanan dan ketaqwaan.
Tuesday, May 02, 2006
Monday, May 01, 2006
Wednesday, April 26, 2006
Monday, April 24, 2006
Thursday, April 20, 2006
kerana memberi keizinan...
untuk....
memenatkan kita..
memenuhkan masa kita....
menguji ukhuwah kita...
membusukkan pakaian kita..
menyejukkan kita..
membasahkan kita dalam hujan..
melenguhkan kaki...
menyakitkan belakang...
digigit serangga...
dihanyut ombak..
takut dan mengantuk...
Harapan Tidak Buta - Alarm Me
Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh
Dan tersungkur di persimpangan
Perhati tika di jalanan
Bimbang datang ujian menduga keimanan
Sudah menjadi suratan
Setiap sesuatu bersifat sementara
Jerit perit di dunia
Terungkai dek pawarna
Hembusan ketakwaan
Pilu melihat mereka
Dihimpat kemiskinan dan serba kekurangan
Berkat walau sedikit
Terukir keredhaan di wajah ketenangan
Masih ada harapan
Ubah nasib kehidupan
Bekalan ilmu yang berguna
Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh
Dan tersungkur di persimpangan
Perhati tika di jalanan
Bimbang datang ujian menduga keimanan
Masih ada harapan
Ubah nasib kehidupan
Bekalan ilmu yang berguna
Berjalan di jalan yang terang
Agar tiada jatuh
Dan tersungkur di persimpangan
Perhati tika di jalanan
Bimbang datang ujian menduga keimanan
Berusaha hindar keculasan
Waspada kefakiran
Jerumuskan kekufuran
Maruah dibela dijaga
Tidak meminta-minta
Hanya Tuhan segala
Mereka fakir di dunia
Namun hatimu dan berakhlak mulia
Namun hatimu dan berakhlak mulia
Thursday, April 06, 2006
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkah ku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh qalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tikaku kealpaan diri
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan
Tika aku diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmatNya mengatasi segala
Menitis air mata ku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih oh Tuhan
TItisan air mata penyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
damainya hati yang dulu resah keliru
CIntaku takkan pudar
Diuji dugaan mengharung dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba yang kerdil dan hina.
Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Penunjuk jalan dekatinya tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti cinta ilahi yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasihMu Tuhan
Yang terbias pada ketelusan
Sekeping hati seorang insan bernama teman
Kadang-kadang, seseorang tidak perlu melahirkan kata-kata indah untuk beri sokongan untuk lift-up sahabatnya…
Cukup dengan berada di sisi apabila saat temannya berada dalam kebuntuan.. Dengan mendengar attentively.. Dengan tidak bersikap prejudis… Dengan tidak bersikap masam mencuka…
Teringat kata2 seorang kawan ku tahun lepas, lebih kurang cam ni “kenapa kamu sibuk membaca Al Quran, sehingga hubungan kamu dengan orang lain menjadi dingin.”
Apa yang hendak dia maksudkan adalah, kadang2 kita sibuk ingin “meningkatkan” diri, sehingga kadang2 terlupa untuk toleh ke kiri dan kanan, apakah ada manusia yang memerlukan kita memberinya muka yang manis sebagai sokongan…
Rakan yang baik, dia sama-sama mengajak sahabatnya bertafakur untuk mencari sinar hidayah Allah…. Dan melayan manusia sesuai dengan kefahamannya…
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah, masih ramai teman-teman ku yang begitu….
Thursday, March 30, 2006
Terima kasih kepada mereka yang pernah mengembara bersamaku.... Hanya mereka yang berfikir dan bersyukur pada Allah akan dapat merasai kemanisan permusafiran.. Bagiku, jaulah dan pemusafiran seringkali membuka tirai baru ukhuwah dengan seseorang...
Tatkala di menempuh perjalanan, atap kita langit, lantai kita bumi.. Benar2 terasa ingin dinaungi Allah... Andai sesuatu terjadi di dalam perjalanan, siapakah yang sanggup nak membantu? (RACV? heh...) Yang pastu saat waktu susah di dalam permusafiran, tawakal sepenuhnya hanya kepada Allah....
Kenangan manis... Sydway, NC, peristiwa Nhile, Cbr, Ade, GOR, P.I, W.Prom, Brsb, M'ton Pen, Baw2, Buller.. you name it ;-) Setiap satunya ada meninggalkan kesan manis dalam jiwaku.. Terima kasih kepada insan2 yang sudi mewarnai hidupku....
Hari ini aku akan bermusafir lagi.. Moga Allah memberkati pemusafiran kali ini... Moga kita teruskan pemusafiran di atas dunia, moga Allah izinkan kita bertemu di destinasi jannah, insya-Allah. Ameen ya Rabb!!!
Sedar tak sedar, semua manusia di dunia ni adalah musafir kan? Moga sepanjang kita bermusafir, cukup bekalan kita, mudah2an sampai ke tempat yang nak dituju.. Dan bukan terdampar di tengah jalan...
Sabda Rasulallah....
"Hiduplah kamu di atas dunia seolah-oleh kamu seorang pedagang atau musafir lalu"
-H. Sr (supir)
Tuesday, March 28, 2006
Take home message:
1. Be thankful to what Allah has grant us - ingat Allah, syukuri nikmatNya!
2. When Allah gives us opportunity (e.g. intelligence, abundance of energy, money, pangkat etc), do not neglect our obligations.
3. Imlplore Allah not to deviate us after giving us His guidance (hidayah).
Week5 of uni, our noses stuck to our books... Me and my Robocup. However, Allah has provide us 24 hours per day not to be waste, but to be spend wisely! Heh.. Harap2 masa yg ada tak disia-siakan ngan benda2 lagha... Ingat sokmo, kalu terasa bosan .. rasa cam nak baca novel cintan je, ingat! Al-Quran tak habes lagi cover! Ingat sokmo, kalu terasa blank .. rasa cam nak nengok TV, ingat! banyak lagi rancangan ilmiah yang tak tertengok....
SPEAK NO EVIL, HEAR NO EVIL, SEE NO EVIL!!
OK lah, nak cerita sedikit sebanyak pasal 2 ayat daripada Surah AL-Jaatsiyah tu....Allah memang dah kurniakan kepada Bani Israel (org Yahudi) beberpaa keistimewaan... Mereka mendapat makanan dari syurga (manna-wa-salwa) .... [..Kami berikan kepada mereka rezeki2 yang baik..] dan derang ni pepandai belaka, terrer lah gitu! [..Kami lebihkan mereka atas bangsa2 (lain pada zamannyz)...]Tapi, derang ni jadi sombong plak.. Sebab dah pandai, berlagak sket ah... Dengki kat Utusan ALlah yang membawa ajaran Islam ... Macam tak bleh accept opinion orang lain, perasan dah terrer banget... [rujuk ayat 17] Allah turunkan Al-Quran supaya jadi panduan kepada manusia sehingga ke akhir zaman.. Contents Al-Quran adalah applicable, boleh guna pakai untuk sapa2 saje, di mana2 saje, bila2 saje supaya jadi petunjuk kepada jalan mencari keredhaan Allah.. Macam citer kat dalam Surah AL-Jaatsiyah ni, although citer pasal orang Yahudi, pengajarannya bukanlah semata2 untuk org Yahudi.. But also for us to learn, and might as well kena pada batang hidung kita... MErujuk kepada surah ni, kalu nak relate kan ngan kita.. Allah dah kurniakan kita dengan kepandaian, kelebihan menguasai ilmu berbanding orang lain... Lalu Allah takdirkan kita belajar di bumi overseas ni..... Itu adalah rezeki yang Allah tetapkan utk kita... Bukan kerana kita pandai atau best student sekolah atau kerana result gempak, maka dengan itu kita belajar di overseas, tetapi kerana Allah menetapkan macam tu... Semuanya dengan izin Allah.... Kalu nak cakap pasal orang pandai, berlambak lagi orang yang lagi terer dari kita kat M'Sia tu.. tapi kenapa juga kita yang terpilih datang ke oversesas.. Bila Allah dah beri peluang macam ni... Kenalah bersyukur.. Dan gunakan kesempatan dengan sebaik2nya.. BUkan sekadar mencari dunia.. Tapi, kita cari akhirat.... Masa muda kita sekejap aje... Masa hidup pun seketika cuma... Kalau kita terhegeh-hegeh mencari kelazatan dan ke"masyuk"an melayan nafsu yang tak pernah puas, kita akan rugi... Serugi-ruginya....
Ingat! Kita hendaklah kembali kepada fitrah kita yang putih dan suci.... Sesungguhnya dah banyak titik hitam atas hati kita... Berusahalah mencucinya! Takut nanti, terlalu banyak titik hitam sehinggakan lebih hitam drpd belakang kuali.... Dan, tak boleh dicuci lagi nanti... Macam citer org Yahudi tu, Allah menyesatkan mereka berdasarkan ilmu yang mereka ada... Ilmu yang kita ada, gunalah sebaik2nya.. Blajar = ikhlas kerana Allah.. Nak buat apa dengan ilmu kita tu? Setakat nak jadi engineer? Setakat nak jadi biotech? Huhu.... GUnalah ilmu itu untuk membina kembali kegemilangan Islam.... Jadilah individu muslim yang mantap!!
Rindukanlah syurga Allah... Rindukanlah pertemuan dengan Allah....Bersama mencari redha Allah, insya-Allah... kita akan bertemu nanti di Jannah!
Thursday, March 16, 2006
Blog tentang kisah peribadi... Blog tentang hiburan.. Blog tentang cara2 memasak ;-)
Dan juga.. Alhamdulillah, banyak blog hasil penulisan golongan muda yang cintakan Islam....
I hope, that we (the youth of Islam, syabab.. fatayat) ... bukan sekadar menulis hasil karangan.. Tetapi... tulislah manusia....
Monday, February 27, 2006
Mr. Mohamed Mahdi Akef, theChairman of the MuslimBrotherhood, interviewed bya Greek Newspaper
Q #1. Do the 88 Muslim Brotherhood parliament members represent the true strength of the Brotherhood in the People’s Assembly?
A #1. It is well-known that widespread manipulations have tarnished the latest Egyptian legislative elections, as witnessed by numerous judges and officials supervising the elections, neutral election observers and the media. The purpose was to curtail the success of candidates of the Muslim Brotherhood (MB), following their outstanding performance in the first stage of the elections when the rate of their success was 75 per cent. The MB deserved more than that number in the light of the strong support they had received from the electorate.
Q #2. Political Islam, or what could be called “Islamic politics” is now considered the main system in countries like Iran and Palestine and has even extended to the United States of America, can you explain why?
A #2. Islam knows no borders between religion and politics. When Muslims engage in politics, they do so in application of their religious teachings, which require them to worship Almighty God, the Creator, while, at the same time, require them to deal positively with the political, economic and social issues that face them and their societies. Islam rejects isolationism even when it is intended to enable someone to consecrate himself entirely to worship. Some societies have achieved a certain progress in this regard, while others have not: this is only natural. But I don’t understand the meaning of the statement that “Islamic politics” has become the main system in a country like the United States of America, unless it is intended to mean that the major preoccupation of the U.S. administration is to fight Islam and Muslims, which is a factual statement.
Q #3. What do you think about the alleged “clash of civilizations”?
Q #3. God has created mankind in the form of peoples which are different in cultures, customs, traditions. etc, No one people or state can force others to relinquish their cultures, customs and traditions. what happens is that a superpower like the United States of America attempts to impregnate the whole world with the American culture in everything, from beliefs to eating and drinking habits to the way of pronunciation. This raises sensitivities. We can speak of European countries which suffer from U.S. attempts to extend its cultural hegemony. It is more so when it comes to Muslims or to Islamic beliefs, to which the U.S. administration is hostile and which it is keen to uproot from the hearts of Muslims. This is the source of the clash of civilizations. For their part, Muslims are interested in having a world living in peace so that they may carry out their duty toward their Lord, their peoples and their message vis-à-vis the entire world, i.e. to convey the message of Islam to it.
Q #4 How do you assess Erdogan and his government in Turkey since he took over as prime minister?
A #4 The Justice Party took over power in Turkey under difficult circumstances. For so many years, Turkey had suffered from internal subversive efforts both in terms of Turkey’s Islamic attachment, where the objective was to separate it from its Islamic frame of reference, and in terms of its political and economic life, where corruption had permeated party structures and state institutions.
It is clear that the Erdogan government is determined to combat corruption and develop the country. Nejmeddin Erbakan had tried to do that and had succeeded but he was soon removed from his post. We hope that the Erdogan government will be able to continue its reform plans without obstacles.
Q #5. What is your comment on the political success of Hamas in the Palestinian elections?
A #5.What Hamas achieved is not only a political victory. Its political victory was but the outcome of its successes over the past two decades in social and humanitarian fields as well as in its legitimate resistance of the occupation. It has emerged as one of the resistance factions that has sacrificed the souls of its sons in the face of the illegitimate occupation of the occupied territories.
Q #6. What is your comment on the events related to the Danish newspaper’s cartoons depicting the Prophet, peace be upon him, and what is your attitude with regard to the apology presented by the Danish prime minister?
A #6. The Danish prime minister didn’t present any apology. On the contrary, his attitude was a reason for the escalation that has taken place, because he didn’t contain the crisis from its outset on the pretext that he didn’t interfere in the freedom of the press. Of course, the Danish government, like any government, has at its disposal various means and ways to solve emerging problems, at least by resorting to dialogue and encouraging it and to mediation so as not to endanger the national interests, which has actually taken place.
We are now witnesses to the fact that the newspaper in question has refused to publish cartoons about the Holocaust. When the cultural editor who had published the cartoons denigrating the Prophet Muhammad, peace be upon him, announced that he would publish the cartoons related to the Holocaust, the management of the newspaper intervened and gave him a leave of absence. Doesn’t that mean imposing limits on the freedom of expression of the same journalist?
Furthermore, the newspaper itself had refused to publish cartoons on Jesus, peace be upon him, for fear of hurting the feelings of those who believe in him. We, Muslims, do refuse the publication of any cartoons about him, but why then is this discrimination? Does the Holocaust have for them a higher sanctity than that accorded to messengers and prophets?
Q #7. If Muslim Brothers take the reigns of power, what will be their attitude towards the Israeli policies?
A #7. So far, Muslims Brothers haven’t reached the seats of power and we don’t seek to be in power at present.
Q #8. What is your opinion about resistance in Palestine and Iraq?
A #8. In general, any people under occupation is entitled to resist occupation. This is a right that can not be denied to any people for whatever reason. In Europe, there was resistance against occupation and those carrying it out were considered national heroes. Why then should the Palestinian or Iraqi people be deprived from that right? Resistance, however, has limits designed not cause harm to innocent civilians.
Q # 9. If Muslim Brothers continue their political success, do you expect the Egyptian government and the United States of America to create problems to prevent them from taking power?
A # 9. Difficulties are already existing and have been there for many years. Creating obstacles on our road is a continuous process that has not stopped, but we keep going ahead toward reform regardless of the question of taking power.
Tuesday, January 17, 2006
Kita selalu ada nature to comfort ourselves whenever kita hadapi masalah, atau ditimpa suatu malapetaka…
Bagi orang yang kurang percaya qada' dan qadar Allah, dengan pantas akan merasakan dirinya ditimpa celaka, lalu putus asa dengan Allah….
Bagi orang yang memahami takdir Allah, lantas berbaik sangka kepada Allah, bahawa itulah yang terbaik yang ditetapkan untuknya…
Yang terbaik ditetapkan untuknya…. Memang Allah tak akan menzalimi diri kita.. He will always set the best for his believing servants…
Tapi, bagi seorang mukmin.. Jangan sewenang meng"comfort"kan diri, menyatakan itu yang terbaik untuk dirinya.. Memang Allah set is for the best, jangan lupa hukuman juga adalah baik untuk kita.. Mungkin kecelakaan atau masalah yang timbul disebabkan kecuaian kita dan kelalaian kita terhadap Allah… Mungkin ada amal yang kurang.. Akhlak yang belum sempurna.. Niat yang tidak ikhlas….
Lalu Allah menguji kita atau "menghukum" kita sebagai peringatan….
Bergembiralah kepada orang2 yang diuji…..
Itu tanda Allah masih mahu memberikan peringatan kepada mereka.. Dan masih memberi taufiq dan hidayahNya…
Janganlah mengeluh wahai orang yang beriman….
Bermuhasabahlah.. Hitung hari mu.. Adakah telah dimanfaatkan untuk mencari ganjaran untuk hari kiamat….
Wallahua'lam…
Sunday, January 08, 2006
Mus’ab.
Nama yang menjadi pujaan.
Apabila tiba saat paling mahal, bermula getaran kalimah “Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah”. Lembut pada lidahnya namun mengalun ombak nafas di dada, bukan sebaran getaran. Getaran yang mampu menggegar dunia. Mus’ab tetap dirinya.
Namun kini Mus’ab lebih yakin melangkah, kerana kali ini langkahnya tidak silap, langkahnya bukan kerana menjadi ekoran mata-mata wanita yang menggilainya, tetapi menyebabkan manusia tertunduk rasa malu pada Allah, hebatnya peribadi makhluk Allah ini. Apatah lagi Al Khaliqnya.
Justeru ibunya jatuh histeria. Tidak menyikat rambut dan menyinga. Menjerit-jerit di daun pintu. Kenapa anak yang paling dikasihinya melukakan hatinya. Kenapa anak emasnya itu meninggalkan agama nenek moyangnya. Kenapa anak intan permatanya itu mengasihi seorang lelaki, bernama Muhammad melebihi kasih kepada ibunya.
Ibunya sedih, mogok lapar menjadi umpan untuk memesongkan kembali aqidah anaknya. Protes. Tak cukup itu, Mus’ab tidak lagi diberi pakaian terbaik, minyak wangi terbaik. Namun, anak muda itu cukup syukur untuk memakai iman dan taqwa. Anak muda itu telah pun diwangikan semerbak keharuman aqidah mengtauhidkan Allah. Aqidah yang memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama makhluk.
Namun, hati anak mana yang tak terguris. Apabila ibunya mula lemah longlai, kelaparan, kekusutan, kesedihan. Mus’ab dengan sayu mendekati ibunya, lantas dengan lembut tetapi tegas dia berkata, “Ibu… andai Tuhan memberi ibu 100 nyawa, dan Tuhan mencabut nyawa ibu satu persatu……..”
Ibunya mendengar teliti. Menanti barisan ayat seterusnya. Menaruh harapan, anaknya akan kembali seperti dulu.
Mus’ab menyambung, “.....nescaya aku tidak akan tinggalkan agama ini.”
Ummu Mus’ab longlai. Mati akal. Cinta yang bertapuk pada hati anaknya itu, pastinya bukan cinta biasa. Cinta luar biasa itu juga yang mengundang Mus’ab akhirnya tergolong sebagai salah seorang daripada syuhada’.
Pasti ramai yang mahu menjadi seperti Mus’ab. Ramai pada abad ini jua melalui pengalaman yang hampir sama. Walau tak sehebat sahabat Rasulallah. Namun, masih ku ingin merrakam kisah, sebagai pendokong semangat kepada “Mus’ab abad ini.”
Sunday, December 25, 2005
How do you shake hand with others?
Are you the one who grab the other's hands or the one who's being grabbed?
Are you the one who's controlling or being controlled?
My enemy is taking control on me..
They are able to manage the way I think..
Thus, was I invaded?
Allah,
They are shaking my iman..
I leave myself under Your control..
18/12/05 2.45 p.m
AKU
membazir iman ku
dengan gelak tawa yang
tak kena pada tempatnya
Sedangkan Rasul bersabda,
"Kalau kau faham apa yang aku faham,
kau akan lebih banyak menangis
daripada ketawa"
Ternyata aku dapati...
Aku masih belum faham?
18/12/05 lagi-lagi lepas itu
Mereka menyuruh kamu menulis pengajaran daripada
permainan mereka. Ternyata pengajaran tidak mengajar
kerana hanya tertulis di kertas dan bukan pada hati.
18/12/05 more after that..
How Culture Is Formed?
Desire --> Knowledge --> Skills --> Attitude --> Habits --> CULTURE !!
Tapi.... Kebudayaan Islam tidak bermula daripada nafsu.. tetapi wahyu yang mengawal nafsu ;-)
18/12/05 lagi tu
Aha..
I want borders..
We have borders..
I am rebelling
I am a victim of my own inability to stand up for my own principles
19/12/05
Bahasa buat lebih kuat daripada bahasa cakap...
I won't tighten my jaw with useless laughters anymore..
Non-sense --> Nonsense
Mata bersinar is not equivalent to mata berair sebab tahan marah aaa....
Pertembungan yang sangat menarik mengukir pengalaman hidup.... Ini realiti.. Malah lebih real daripada reality show yang mengarut ntah hape2.. This riverside versus the other riverside.. Anyhow, "udkhulu fissilmi kaffah" .. enter in islam perfectly! Masakan kau tidak akan bertembung apabila kau telah memilih salah satu daripada 2 angkatan yang wujud di dalam dunia ini.. Angkatan Islam mahupun angkatan Jahiliyah.... Moga aku ada tinggalkan tapak kaki ku di tebing sebelah sana untuk dijejaki supaya mereka tiba ke tebing sini.. Moga Allah pegang kaki ku untuk terus berdiri di tebing sini.. Walau kadang kaki goyah berdiri akibat selut dan lumpur...
catatan teralter sedikit... nukilan baru hidupku....
Tuesday, December 13, 2005
Salam to all... I hope everyone is in the greatest state of iman..
Holiday.. Dah masuk 2 minggu duk kat Msia... As usual, there are plenty of tasks to be handled since naik pangkat secara mendadak bila dah balik Msia.. When back in Aussie, just sebagai student, kawan... Sini, bertambah jawatan sebagai anak + cucu + mak sedara + adik + niece + adik ipar lalala.. dan banyak lagi..
Tapi kerja asasi.. Cam biasa :D Drebar!!
Herm... Auto or Manual vehicle? Which one do you prefer? Since I am a conservative type person who likes to do work in old and traditional ways, I prefer manual...
- Pikap (pick-up) lagi cepat.. tak tersengguk-sengguk masa lalu bumper... senang nak pecut masa lampu kuning...
- Konsentrasi lebih tinggi.. Lebih fokus.. Driving auto vehicle makes you prone to sleepiness.. Aha...
- Kalau kereta rosak.. tak banyak masalah.. lagi murah kot dari segi maintenance
- Generally, manual vehicles are cheaper compared to auto...
Kereta auto.. Tak yah tukar gear.. Memang lebih mudah... Tapi, pikap tak smooth..
Kereta manual.. Orang kena tukar gear.. (Manusia kena kerja lebih sket nak memandu) tetapi pemanduan lebih baik....
Man is always better than machine ;-)
Cuba nyatakan satu machine yang dapat beroperasi selama 70 tahun tanpa henti...? Manusia yang ALlah takdirkan hidup 70 tahun, mempunyai jantung yang tidak pernah gagal dalam terus berdegup dan beroperasi..
Cuba nyatakan, robot mana yang dapat menerima multi-instructions dan melaksanakan dengan penuh ketaatan... Manusia yang diberi taufiq dan hidayah oleh Allah, mampu untuk tunduk kepada Allah dan melaksanakan amal ibadah yang pelbagai dengan penuh ketaatan.
Wallahuha'alam...
Thursday, December 01, 2005
Monday, November 28, 2005
And sorry I could not travel bothAnd be one traveler,
long I stoodAnd looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,
And both that morning equally layIn leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!Yet knowing how way leads on to way,
I doubted if I should ever come back.I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood,
and I—I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
-ROBERT LEE FROST
Sunday, November 27, 2005
Sunday, November 20, 2005
Tuesday, November 08, 2005
1. Nabi kena caci
2. Nabi kena baling dengan najis
3. Nabi kena baling dengan batu di Taif
4. Nabi kena cederea teruk dalam Perang Uhud
5. Nabi kena kutuk dengan saudara mara sendiri
Tapi....
6. Nabi menjadi manusia yang paling Allah sayang
7. Nabi dijanjikan syurga Allah
8. Nabi dihormati, Muslimin Muslimat berselawat ke atasnya setiap kali nama baginda disebut
9. Nabi dijanjikan dengan ganjaran dan kemenangan.. Sehingga sekarang kita melihat Islam terus wujud...
Monday, November 07, 2005
[12] Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah).
[13] Katakanlah lagi: Sesungguhnya aku takut jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar (soal jawabnya).
[14] Katakanlah lagi: Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya
Teringat satu hadis dalam Riyadhus Shalihin Bab 45:Ziarah..
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi S.A.W. bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya: "Ke mana engkau mahu pergi?"
Orang itu menjawab: " Saya hendak ke suatu tempat seorang saudaraku di desa ini."
Malaikat bertanya lagi: "Adakah suatu kenikmatan yang hendak engkau perolehi dari saudaramu itu?"
Ia menjawab: "Tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah."
Malaikat lalu berkata: "Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menemuimu dan memberitahukan bahawa sesungguhnya Allah itu mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu kerana Allah." (Riwayat Muslim)
Sambil2 ziarah kawan2 tu..sentiasalah kita betulkan niat..ziarah kerana Allah..kerana kita menyayangi sahabat kita tu kerana Allah..uhibbukifillah abadan abada..
Di kesempatan ini juga saya nak ucapkan selamat menempuh peperiksaan buat sahabat2 di OZ & NZ..dan adik2 yang nak menduduki SPM lagi seminggu termasuk adikku..moga Allah mudahkan yang terbaik...bit taufiq wan najah..=)
Saturday, November 05, 2005
Kek Coklat Lembap Tanpa Kolestral
Bahan-bahannya:
4 biji putih telur
Bahan-bahan A:
450 ml air160 ml minyak masak tanpa kolestral11/2 camca besar Quick 752 camca besar cuka2 camca teh esen vanila
Bahan-bahan di ayak dua kali:
360 gm tepung gandum300 gm gula hangus100 gm koko2 camca teh soda bikarbonat1/2 camca teh garam
Cara membuatnya:
1.Putar putih telur sehingga tidak mengalir bila di terbalikkan mangkuknya.2.Putar bahan-bahan A di dalam mangkuk besar.Masukkan bahan-bahan di ayak dan putar lagi 20 minit dengan pengadun kecil menggunakan kederasan maskimum.3.Apabila elok sebati dan kembang,masukan secamca besar putih telur.Kuap balikkan hingga rata sebelum memasukan baki telur.4.Bakar di dalam acuan 20 cm x 20 cm pada suhu 200 darjah celcius selama 11/4 jam atau hingga masak.Apabila sejuk,hiaslah mengikut suka.
How?
Conditions do apply
1. Make a little more effort, visit your friends and give the cake to them
2. Do not forget, be sincere because of Allah
3. And of course, with an affectionate heart and love towards your friends
Macam Saidina Abu Bakar dan susu dan roti, dan mak cik tua :-)
Wednesday, November 02, 2005
Tuesday, November 01, 2005
Dari Abi Mas'ud Al-Ghifari r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, " Jikalau para hamba itu mengetahui apa dia Ramadhan, nescaya umatku berangan agar setahun itu kesemuanya Ramadhan." (Riwayat Ibnu Khuzaimah)
Ramadhan akan berakhir...mungkin hari ini akhir puasa..atau esok..sedih berpisah dgn bulan rahmat dan keampunan Allah..solat kt masjid mlm td pun..imam baca doa yg sgt panjang..imam pun sebak..walaupun faham sket2 je arabic..saya pun rasa sebak sama..Adakah aku akan bertemu lagi dgn Ramadhan..Moga Allah ampunkan segala dosa..moga berjaya buang kelemahan diri,insyaAllah..
Tazkirah in between tarawih kt masjid smlm..pengisian dia..dun give up until the end point of Ramadhan..u'll never know when the mercy from Allah will come..bykkan amal dan doa..teruskan usaha!jangan buat amal dlm bulan ramadhan je..moga istiqamah..=)
Ya Muqallibal qulub,thabbit qulubana 'ala deeniq,wa'ala to'atiq..
Ramadhan..moga bertemu lagi..