It involves management of Integration, Scope, Time, Cost, Human Resource, Communication, Procurement, Risk, Quality & HSE
Friday, April 08, 2005
Manusia ada satu benda yang dalam badan dia... Yang tak diketahui lokasinya.. Di mana, kalau ada something wrong ngan benda tuh, abes la something wrong otak dia.. something wrong seluruh badan dia jugak...
Ape lah payah2 nak describe guna ayat sendiri... Ada hadith, Rasulallah cakap, "ketahuilah dalam jasad manusia ada seketul daging. Kalau baik daging tu maka baiklah seluruh jasad, tapi kalau rosak daging tu maka rosaklah seluruh jasad"
Jeng jeng.. Jom berteka-teki...
Apakah daging itu....??
Heheh....
H.A.T.I
Adakah hati itu "liver"? Kalau dalam English, orang cakap "heart" .. Ait, jantung lah pulok... Adakah "qalb" itu sejenis organ manusia?
Adeh..deh.. Boleh tanya budak2 medic... Doktor ke..
Ape pasal kalau kita rasa marah giler (uish, tak baik guna perkataan giler ni.. kang jadi doa, gila betul2 kang.. patut ler ana ni gila2.. Nauzubillah)... Ulang balik, ape pasal apabila kita rasa marah sungguh, kita rasa our chest area yang sakit? Ape pasal apabila kita rasa sedih sangat, kita rasa our chest area jugak yang sakit?
Kenapa kah bukan otak kita yang terasa perit, bukan ker kat otak yang mentafsir segala benda...
Uhuk..Uhuk...
Berbalik pada hadith tu.. Kalau rosak hati, rosak lah orangnye... Tapi, kenapa orang lebih suka jaga badan, daripada jaga hati?
Nak membelai hati, nak didik hati, nak ambil hati... Sangatlah sukar.. Tapi nak melukakan hati.. Mudah aje...
Ini adalah kisah benar.
Ade sorang laki nih, kita namakan dia Encik A (bukan nama sebenar). Dia ni sangat jahat, subhanallah, Allah aje yang tahu. Suka berzina, minum arak, judi.. Jahat lah kesimpulannya... Oleh keran terlalu banyak kemungkaran yang dia buat, ahli keluarga Encik A sangat benci pada dia. Adalah sorang Pak cik ni... Kita namakan Pak Cik B (bukan nama sebenar), Pak Cik B merupakan salah seorang realtif kepada Encik A. Pak Cik B seorang yang beriman dan bertaqwa, alim dan wara'. Sangat penyabar. Merupakan seorang daie yang baik juga. Pak Cik B pun approach Encik A slowly, mengajak Encik A supaya mengenali hakikat kehidupan yang sebenar... Iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah. Pak Cik B perlahan-lahan menyedarkan Encik A, bahawa dunia memang indah tetapi hanyalah sementara. Encik A keras kepala, membantah dan memekakkan telinga. Pak Cik B terus tabah dan sabar melayan karenah. Katanya, Kalau hidup tanpa Islam, pasti akan merosakkan jiwa, akhirat juga jadi sengsara.
Sehinggalah suatu hari...
Encik A, diketuk pintu hatinya... Hidayah Allah menjenguk jendela jiwanya.. Encik A, menyambut ketukan pintu itu.. Taufiq Allah menjengah dirinya. Encik A, berubah menjadi lelaki yang soleh. Barakah usaha Pak Cik B, teringat kata Nabi Muhammad SAW, sesiapa yang berusaha sehingga seseorang itu mendapat hidayah Allah, maka itu lebih baik daripada dunia dan seisinya.
Pada suatu hari, Allah takdirkan, Pak Cik B jatuh sakit lantaran usianya yang telah tua. Satu hari di hospital, tempat Pak Cik B terlantar, semua ahli keluarga datang menziarah. Termasuklah Encik A yang dah berubah jadi soleh tu. Tapi, selama ni family member yang lain tak sedar akan perubahan Encik A. Mereka memang anti habis lah ngan Encik A sebab kejahatan dia di masa lampau.
Jadi, masa Encik A datang ziarah jugak, ada sorang mamat C (bukan nama sebenar) yang merupakan salah seorang ahli keluarga terus datang melulu ke arah Encik A dan menyepak dengan brutal muka Encik A sehingga berdarah hidungnya dan bibir juga menitiskan darah(exaggerate ni..). Mamat C kata, "Kau si pembuat maksiat, tak layak nak berada bersama-sama ahli keluarga ni, pergi nyah kau dari sini!!!" Encik A sangat terkejut, sangat terkilan dan sedih.. Kerana dia telah berubah pun jadi orang baik...malah lebih baik daripada Mamat C. Encik A, terus berubah. Dia berlari keluar dari wad hospital... Dan berubah menjadi dirinya yang dahulu.. Kembali melakukan kemungkaran seperti dahulu.
Tu kisah betul.
Betapa sukar nak merubah... Betapa senang nak menghancur..
"Rabba laa tuzigh qulubana, ba'daiz hadaitana wa hablana min ladun karahmah"
Peliharalah hati kita.. Hati kawan2 kita.. Hati ahli keluarga kita..
Wallahua'lam
Wednesday, April 06, 2005
Cuti easter ku pun bermula,
Ku mulakan per‘cuti’anku di M
Merentasi lautan ilmu, mengatur strategi
Kitalah daie, kitalah rijal, kitalah mujahid dan mujahidah Islam!
Usai sudah 2 hari bertanam
Ku teruskan perjalananku ke W
Betapa ku terpegun dgn keramahan dan smgt sahabat baruku
Inilah ukhuwwah fillah yang diberkati
Kami bersama menuntut ilmu
Belajar cara mengubah dunia yang kini dipegang oleh umat kuffar
Ayuh sahabatku yang sudah memahami!bangunlah!
Mari kita tegakkan Islam di bumi ini!
Moga tsabat di jalan ini demi mencari keredhaan Ilahi
Berlalulah 3 hari di situ,
Ku kembali sebentar ku bumi S
Petangnya ku teruskan perjalanan ke daerah lain
Ku rasakan spt ada tanggungjawab di situ
Untuk berkongsi kefahaman dan mengetuk hati2 sahabatku
Sambutan mesra mendahului kedatangan kami
Program yang singkat memberi laluan untuk kami memulakan langkah seterusnya
Walaupun aku tidak berpeluang, sahabatku yang lain pantas bertindak
Hati sahabat2 diketuk pintunya
Mencungkil sejauh mana kefahaman mereka
Inilah sejarah kita!inilah peranan kita!
Perjuangan kita masih jauh lagi
Bukan setakat di lembaran ilmu sihir
Tapi bumi dahagakan semaian benih Islam
Benih yang akan mencambahkan tanaman yang subur
Supaya Islam tertegak kembali
Telah Allah janjikan, Islam bakal tertegak juga satu hari nanti
Tidakkah kita ingin menjadi mujahid dan mujahidah yg menaikkannya?
Segalanya terletak pada usaha kita!
Ku lihat masa depan di situ sungguh cerah
Ada segelintir yang memahami, yang mahu bersama kami
Kami bersyukur ya Allah, peluang ini takkan kami siakan
Akan kami teruskan langkah yang sudah bermula
Kami takkan berpaling! Akan kami siram tanaman di situ sentiasa
Supaya mereka memahami dan sedar utk bergerak dgn izin-Mu
Monday, April 04, 2005
Ramai yg masih leka dgn dunia
Dunia yang hanya menjadi tpt persinggahan
Yang Allah pinjamkan pd kita utk sementara
Diri ini hanyalah seorang insan kerdil
Yang satu masa dahulu turut sama leka dgn bayangan dunia
Tapi akhirnya ku bersyukur pada-Mu ya Allah,
Kau berikanku peluang utk merasai kemanisan nikmat-Mu
Telah kuucapkan selamat tinggal pd zaman silamku
Ayuh!aku akan bangun semula!
Di sini langkahku bermula, di bumi ini..
Walau ku tercampak jauh di sini
Tapi ku rasakan apa yg kucari telah kutemui
Bersama sahabat seperjuanganku..
Ukhuwwah yg kutemui di sini sungguh manis
Ayuh sahabat2ku!mari kita ubah dunia ini!
Bersama menegakkan syahadah yang haq di bumi Allah ini!
Walau sebanyak mana pun bilangan kita
Walau kita hanya seorang sahaja
Kita jangan menoleh lagi!jangan berpatah lagi!
Inilah jalan kita!inilah perniagaan kita!
Untung ruginya hanya Allah yang tahu
Hanya keredhaan-Nya yang kita cari
Kita hanya mampu berusaha hingga ke akhirnya
Teruskan perjuangan sahabatku!
“Wahai orang-orang yang beriman!Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yan pedih?(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.” (61:10-11)
Sunday, April 03, 2005
Lame betul tak update.. Ehe.. Patutnya, kalu ana tak update, ni tugas Laili untuk update kan.. Kih kih...
My easter break ends today... Tomorrow school starts already.. =( Astaghfirullah, patutnya senyum lah kan... Bermaksud, sekolah bermula, kita dapat belajar... belajar ilmu yang dapat membina ummat Islam jugak.. Insya-Allah... =) Ok , mulakan hidup ceria...
Baru balik dari Sunshine State.. Bandar yang terbina di atas 7 bukit... Sukanya saya... Sampai tertinggal hati kat sana... Jasad balik Melb... Dah lama sket, baru hati terbang balik kat Melb bila tengok muka sisters yang dirindui....
7 hari kat sana.. Banyak pengalaman baru yang ditimba.. Ilmu yang tak dapat diperoleh melalui buku.. Atau lectures.... Ukhuwah / persaudaraan... Yang sangat tak ternilai..
Walau sahabat di sana terasa bahawa ana banyak memberi.. Ana rasa ana lebih banyak menerima... Tautan hati yang selama ini berkala-kala, kini menghunjam ke hulu hati... Indah betul apabila friendship for the sake of Allah..!! Friendship tu terlalu kecil perkataannya... Sisterhood... =) Lagi best!
Jalan2 kat banyak tempat... Sume tempat kat Brissy cantik.. Tapi, yang lebih cantik dan molek adalah orang2nya.. Especially, orang2 yang berada dalam kembara yang sama seperti diri tuan hamba..
Thanks for the wonderful ukhuwah.. Powerful words, although I know that you did not mean to give me any advice, but every single thing you've said, really meaningful! What you give, you get back.. I get more :D
Thank you very much.. Sebab rela diheret ke hulu ke hilir oleh saya dan bodyguard Mar kuasa dua.. ehe..
Dunia untuk cari keredhaan Allah.. tiada sempadan...
Sharing experience and thoughts with you... Sangat2 best... Tak terungkap dek kata2... Tak mampu dipelajari oleh orang2 yang berkawan kerana dasar dunia.... Kita berkawan kerana Allah...
Tisya, Mas2ra, Rabit a.k.a Freedom Fighter, "Mak Busu", Fuzzly Logic, Leen, Salwa, Nadia QUT, Fatin, Kak Ros, Kak Sue, Kak Asma ... waaa.. going to miss all of you lah..
Fawathiqillahumma rabitotaha...
Tuesday, March 01, 2005
Allahu Akbar!!! Kekentalan semangat ‘Utbah bin Nafiq bagaikan mengejutkan insan kerdil seperti aku yang telah lama terlena di dalam buaian dunia. Tidak dapat aku bayangkan kesungguhan yang sebegitu akan meniti di hati seorang yang bernama manusia. Kalau tidak, Islam pasti tidak akan singgah hingga ke pesisiran pantai utara Afrika. Deruan angin membawa bersama beliau dan seruan shahadatul haq ke bumi bertuah itu. Nikmat kalimah Allah yang telah berakar umbi di sanubari tidak hanya disimpan untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya kalimah itu adalah untuk seluruh umat manusia. Maka dengan kesedaran itulah, para mujahid berkekang mata, memerah segala keringat dan mempertaruhkan nyawa di jalan dakwah. Cukupkah dengan usaha mereka sahaja? Di manakah peranan kita di dalam penyebaran risalah Islam?
Kalimah ini untuk perkongsian, bukan untuk perahsiaan! Kita semua perlu bergerak berkongsi kalimah Allah di era siber kini!
Masih segar di ingatanku tentang sejarah Islam di mana Rasulullah SAW telah menghantar surat kepada raja-raja di sekitar tanah Arab untuk mengajak mereka kepada Islam. Utusan-utusan dihantar bergerak ke Byzantium, Alexandria dan Parsi, mengajak mereka beriman kepada Allah yang satu. Di waktu itu masih belum ada internet dan broadband tetapi Islam tetap berkembang dengan meluasnya, malah lebih maju lagi. Perjuangan Rasulullah SAW dan para mujahid Islam menyedarkan diriku bahawa masih ada tanggungjawabku yang belum selesai. Masih ramai lagi yang belum mendengar tentang Islam di zaman siber ini! Usaha para sahabat utk menulis dan mengumpulkan semula Al-quran adalah bukti bahawa kalimah Allah mesti diteruskan. Pernah ku terbaca sejarah Islam mencatatkan di zaman kerajaan Abasiyyah, wujudnya sasterawan dan ahli falsafah Islam yang mencipta syair-syair dan meluaskan ilmu untuk menyebarkan Islam. Islam berada di kemuncak pada zaman itu. Nah!Inilah perjuangan kita!Menyebarkan kalimah Allah hingga ke seluruh pelosok dunia!
Aku rasakan wasilah dakwah boleh diperluaskan di era siber kini. Seperti ku katakan tadi, tiada internet dan broadband di zaman Rasulullah SAW, tetapi bagaimana Islam boleh tersebar dengan meluasnya? Semangat jihad yang berumbi dari hati itu yang kita mahukan! Kemunculan platform di alam maya seperti laman web dan video islamik, blogspot, sodeeq, messenger, online conference dan sebagainya boleh kita jadikan sebagai platform dakwah. Itulah ‘cyber’ dakwah! Aku sebagai daie alam siber mesti menjadi lebih kreatif dalam menyebarkan risalah Allah. Inilah tanggungjawab kita!Tidak wajar bagiku untuk terus berada di takat lama di zaman jalur lebar ini; di mana apabila semua orang sudah mencapai 1GB , aku masih dengan ‘dial up’ yang asyik ‘disconnect’. Macam mana nak jadi mujahid Islam kalau asyik ‘disconnect’ je? Hatiku mesti sentiasa ‘broadband’ kepada Allah. Aku mahukan sahabat-sahabatku juga memiliki hati yang ‘broadband’ kepada Allah; bersama berjuang menyebarkan shahadatul haq ke seluruh umat manusia!
Semangat jihad ‘Utbah bin Nafiq boleh kujadikan contoh di zaman siber ini. Sekarang aku tidak perlu lagi membawa kuda menyeberangi lautan demi menyebarkan Islam. Hanya dengan teknologi yang ada pada masa kini, dakwah Islam boleh tersebar dengan meluas. Asalkan kita bijak mengenalpasti ruang yang ada dan bertindak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Bila wasilah ini berjaya, kita mesti terus bergerak dengan lebih pantas lagi! Ibarat anak singa yang sudah tahu berjalan; pantas berlari mengejar mangsanya!
“Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan satu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11)
Semoga dengan perkembangan teknologi yang rancak ini akan menemukan kita dengan ‘Utbah bin Nafiq zaman moden:
“Jikalau aku tahu di seberang sana ada lagi manusia yang masih belum dengar tentang Islam, nescaya aku akan menggunakan messenger, membuat video dan laman web islamik, mengadakan usrah, edarkan bahan tarbiyyah, forwardkan email, website dan blog serta bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuanganku; menyeberangi lautan maya ini untuk menyebarkan Islam! Allahu akbar! "
Thursday, February 17, 2005
Wallahua'lam....
Monday, February 07, 2005
Given 3 types of people..
1st person..badan dia normal..tp kepala besar..kesian sgt…doktor2 dh diagnose ke ape penyakit dia?kate doktor..penyakit hydrocephalus..
2nd person..badan dia normal..tp hati dia sgt besar…sampai terkeluar dr badan..=)
3rd person..badan dia normal..tp kaki dia amatlah panjang..sampai nk tersepak org..hehe
Marilah kita ikuti kupasan seterusnya, “Misteri 3 Manusia Unik”.
Kenapa saya cite bende ni?sbbnya..saya nk share dgn semua yg manusia ni adalah daie..so,dlm memastikan kerja2 dakwah berjalan lancar..para daie mestilah ada 3 komponen dirinya yg penting..
Pertama, fikrahnya..meaning..daie mesti pastikan otaknya dpt berfikir dgn baik..akalnya..
Kedua, ruhiyahnya..meaning jiwa seorang daie mesti bersih..emosinya..
Ketiga, harakahnya..meaning pergerakan dan fizikal dia mesti cekap..pantas bekerja..
Bila kita kaitkan dgn 3 org tadi tu…org yg kepala besar tu,ibarat daie yg hanya ada fikrah besar dan fikiran dia sgt meluas…org yg hati besar tu, ibarat daie yg sgt tinggi kerohaniannya…hati yg bersih..then org yg kaki panjang tu..daie yg pantas..mantap bekerja…walaubagaimanapun, ketiga2 org tu takkan dpt bergerak dgn efektif dan seimbang…
Bayangkan!Org yg kepala besar tu..besar sgt2..bila jalan mesti terhoyong hayang…org yg kaki berkaki panjang tu..panjang sgt..bila jalan mesti dia sng jatuh or tersepak org…org yg hati besar tu..susah jugak..mesti sensitif..emotional..xleh jd camtu..susah daie nk bergerak nanti..
So, dalam mendidik diri menjadi daie yg sempurna, ketiga2 aspek ini perlu ditarbiyyah dgn selari. Aset fikrah tu penting, yang mana di situlah terletaknya kebijaksanaan nak menyampaikan bahan tarbiyyah..bagaimana nk berkomunikasi dgn jelas.Bagi seorang daie yg berkepala besar, dia mengabaikan aspek ruhi dan harakahnya. Dia sekadar memenuhkan masanya dgn membaca buku2 fikrah, mengkayakan ilmu pengetahuan dalam fikh dakwahnya dan pengetahuan2 Islam yg lain ditambah utk mantapkan dirinya. Namun, jiwanya kosong. Tak dpt dinafikan, ramai org yg dh mengenal fikrah islam..ibarat robot..tanya apa sahaja tentang islam, pasti mudah dijawab. Tapi hatinya tak terasa keakraban dgn Rabbnya..indahnya ukhuwwah fillah dgn rakan2 daie yg lain..jiwanya tidak basah…hanya fikir utk mantapkan diri sendiri tetapi tak berfikir utk menyampaikan kpd org lain..(nauzubillahi minzalik..peringatan utk diri saya sendiri…)
Sebagaimana Rasulullah pernah bersabda,
“Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat”.
Orang yg berkepala besar tu, alhamdulillah,byk pengetahuan tp sekadar gedung ilmu untuk dirinya, harakahnya tidak pantas. Sesungguhnya sebaik2 amalan adalah amalan yang bermanfaat untuk manusia lain dan selemah2 amalan adalah hanya untuk manfaat dirinya. Daie perlulah bekerja secara kolektif. Sebab tu manhaj Rasulullah SAW menunjukkan kita perlu amal jamaie. Even Rasulullah pun, seorg yang memang diyakinkan akan mendapat pertolongan Allah dan wahyu terus turun ke dadanya (asset fikrah), tetap bergerak..Rasulullah tak duduk dlm masjid je..pintu rumah Abu Jahal dalam satu hari ntah berapa kali diketuk walaupun sah2 Abu Jahal tolak Islam. So, seorang daie kena pantas jugak bergerak dan aspek ruhiyah nya pun perlu mantap!
Bagi seorang daie yang ruhiyah nya saja terlalu tinggi..bagus kalau ada jiwa yg sensitif, mudah menangis bak khalifah Umar Abdul Aziz bila nampak rakyatnya mula leka dengan harta. Walaupun rakyat masih menunaikan zakat, hatinya keluh resah gelisah. Juga ibarat Nabi Yusuf, apabila teringat akan kematian, dia akan menangis sehingga ada bekas air mata mengalir di bwh matanya. Tetapi, daie janganlah sehingga terlarut dlm kancah emosi kerana ia akan merencatkan harakahnya, melambatkan pergerakannya dan dia tak akan dapat menambahkan keupayaan fikrahnya. Contohnya, daie yg sensitif, sedih bila terkenang masalah ummat, tp sekadar duduk tak buat apa2 dan sekadar doa, tetap tak mengubah apa2. Bila larut dalam pemikiran dan emosinya sahaja, daie akan lupa sikit demi sikit, betapa pentingnya utk membaca fikiran org lain, baca bahan bacaan fikrah hasil penulisan du’at yg berpengalaman,bertadabbur dgn Al-Quran..tp dia akan hanya layan emosi dan cara berfikirnya.
Bagi seorang daie yg berkaki panjang, fuh, pantas bergerak, petah berckp, rajin ke program, ziarah sahabat..berdakwah..tapi, dia terlupa bahawa dirinya juga perlu bekalan. Andai ruhinya tidak diisi, jiwanya akan kering. Dia tidak akan sensitif akan sesuatu masalah ummat yg melanda. Dia lupa untuk muhasabah dirinya kerana terlalu sibuk bergerak dan berdakwah dgn org lain. Fikrahnya juga tidak diisi lantas ilmunya sekadar berlegar dgn apa yg ada padanya. Dia akan tertinggal untuk mengetahui cara kerja du’at yg lebih dahulu menjadi asbab kepada hidayah Allah.
Jadi, pentinglah bg seorang daie utk mengisi ketiga2 komponen ini dgn selari dan seimbang. Ingat!yang utama ialah Al-Quran dan Sunnah. Berpeganglah pada keduanya dan itu adalah bekalan ketiga2 aspek fikrah, ruhiyah dan harakah. Contohnya, apabila disebut satu masalah ummat, seorang daie tu akan buka formula Al-Quran dan Sunnah, minta pertolongan Allah dan bertaqarrub dengan-Nya bagi mendapat solution. Tapi juga, dirinya pantas merujuk buku2 fikrah atau alim ulama’ untuk mencari jalan terbaik..aset fikrah..dan dia juga akan terus bergerak..bertindak utk selesaikan masalah tu.
Wallahu’alam.
p/s:jazakillah cik kodomo, menarik analogi 3 org unik awak nih..hehe
Sunday, February 06, 2005
Tapi, Allah sentiasa memerhatikan kita....
Adakalanya.... Tanpa kita sedari, kita membina dinding antara kita dan Allah... Maksiat dan dosa kita buat.. Sehinggakan terbina dinding untuk kita mendapat barakah dan rahmat daripada Allah....
Adakalanya... Kita terasa Allah sangat mencintai kita... Hingga kita lupa untuk merasa takut dan harap kepada Allah... Itulah cinta zindik... Kita terus melakukan perkara terlarang tetapi masih merasakan Allah mencintai kita....
Adakalanya... Kita mahu meminta pertolongan Allah.. Tapi, sebahagian tawakkal kita adalah kepada makhlukNya... dan hanya tinggal sebahagian lagi tawakkal kepada Allah.. Bukan kah cukup Allah sebagai penolong dan hanya dia kita bertawakkal.....
Adakalanya.. Kita sangat inginkan sesuatu... Kita cuba sedaya upaya.. Tapi kita lupa untuk meminta daripada Pemilik segala benda...
Allah.... Bantuilah kami untuk mengingatiMu.... dan untuk mensyukuri nikmatMu... dan memperbaguskan ibadah kami kepadaMu...
Friday, February 04, 2005
1) extremely busy with duties & responsibilities
- because they always have something to do,
- and when they have a job, they are determined to complete it, and after finishing with one, they yearn to do more
- that's why, if you want a task to be done, just give it to a busy person
2) self-critisizing
- they are never satisfied with their own achievements, it's always not successful enough.
- they regret about the (or their) past, and always think they can do better
- there are sayings that go like this: " he who not remember the past is condemned to repeat it", and "A believer does not sunk in the same hole twice"
3) perseverence
- never give up, despite the obstacles
- tools and the surroundings might change, but their goals never do
eg, walau ombak tsunami menimpa, they can still move forward. (ala rawahil, bersungguh2 dalam buat sesuatu)
4) making full use of opportunities around him
- they try to manipulate the situations in an efficient and effective way
- they always think of how to improve situations
eg, in dakwah, people with high himmah always think and find the interesting ways to spread the message of Islam.
5) self-discipline, self analytical
- we have Islam that have trained us to be disciplined
eg solat jemaah, galakan muhasabah diri sokmo, etc
6) work, work, work, work, work, and always leaves the results to Allah
- that's why, everything has to be done because of Allah
- and what we perceive as victory/good results, might not actually be good for us
eg kita berusaha sungguh2 dan niat kerana Allah, doa dan bertawakkal moga Allah kurniakan segala yg terbaik utk kita.
7) not satisfied with average results
- always seeking for the best (in everything, dakwah, work, studies, family, etc)
- always seeking for the best reliable tools
8) always complaining lack of time
- hmmm, kalo berlengah2 tak termasuk dlm category nih
9) very HIGH stamina
- full of 'azimah (keazaman?)
- this gives a picture of a strong tough rijjal, semue bende boleh
(tambahan to sisters: rijjal is not a term special for brothers alone, it refers to the internal strength i.e semangat, motivasi tinggi, always have momentum bekerja etc and not the physical capabilities)
10) decisive
- once decision has been made, the actions come straight away
- firm with what they choose (tp, pandai2 la tolerate with other people's decision, dont be confused with keras kepala ) --> tambahan: ciri choleric nih
- and I like this bit : the person who 'fluctuates' easily, has a weakened heart ( heart of low himmah)...istiqamah lah slalu..=)
Thursday, February 03, 2005
(Pengembaraan ke seberang mmg xkn dilepaskan..insyaAllah..byk ‘mknn ruhi’ disediakan utk anak2 singa..)
Flight FR554 ke seberang akan berlepas sebentar lagi. (Alhamdulillah, ade jugak flight yg bg anak singa naik..huhu..teringat iklan bluehyppo xdpt balik raya naik flight..no pets allowed..) Anak singa kembara solo2 je nih..bismillahi tawakkaltu a’lallah…=)
Tiga hari berlalu..anak singa masih kelaparan..(lapar mknn bermanfaat) dan hari ini saya akan berjaulah ke satu tpt lagi. Pengembaraan masih diteruskan! Kali ini dgn suasana yg berbeza..spt yg ku cari2 selama ini…setiap mehnah pasti ada hikmah..sesuatu kebaikan tidak akan diperolehi dgn mudah…sblm memulakan perjalanan, Allah mengujiku..balik ke rumah kak H sorg2..hari pun dh gelap..kak H pesan naik bas 191 turun depan SPAR…insyaAllah..pesanan tu ku ingat…posisi di tepi tingkap memudahkan saya utk melihat kalau2 dh sampai SPAR yg dituju…bas melepasi SPAR pertama..xmungkin yg ni sbb masih lagi dlm city centre…perjlnn diteruskan…SPAR kedua dihdpn..hm..yg ni kot…dgn penuh yakin saya menekan loceng dan turun..bas pun cepat je jalan lps tu…pusing kiri, pusing kanan…Ya Allah, saya dh salah SPAR…bukan yg ni..mcm mane ni..hp dh abis battery…xkenal sape2..lg 15 minit saya kene sampai umah sbb dh nk bertolak…kwsn tu cukup asing bagiku…(maklumlah name pun first time dtg seberang..heh)..Ya Allah,permudahkanlah jalanku…hm,carik public phone la dlm SPAR tu..sambil berjln ke SPAR..tetibe ternmpk kak N..alhamdulillah..syukur sgt…Allah membantu…kak N pelik nape saya jln sorg2..isk2..sesaaattt…kami pun berjln balik same2..alhamdulillah..akhirnya aku sampai di SPAR yg sepatutnye…dan A pun menjemputku di situ..
Alhamdulillah, tepat jam 8.45mlm..anak2 singa pun memulakan perjalanan diketuai oleh kak H sebagai driver, kak NUH sebagai co-driver, saya, H dan A. Subhanallah, jaulah penuh misi ini mmg sgt2menyeronokkan…penuh matlamat!untuk Islam!
A & H: meh kitorg tgk signboard!
Subhanallah..sahabat2ku semua sgt bersmgt..semua org ade peranan penting dlm misi ni..seorang daie mmg kene bekerja sentiasa!(rehat seorang daie adalah bukti kelalaiannya) walaupun hari dh larut mlm..mata anak2 singa masih segar!Secara ikhlas saya katakan..perjlnn kali ini mmg cukup berbeza..satu pengalaman yg sgt manis…kalau slalu,kita berjln ke satu tpt..mesti dgn niat nk melawat tpt baru, duit lebih sikit nk shopping…mane pegi niat ke suatu tpt tu nk sbb nk tawan dunia?Nak sebarkan risalah Islam?Itu kan tanggungjawab kita sbg khalifah kat muka bumi ni..(peringatan utk diri saya sendiri..^_^)Teringat kata2 pakcik, sape pegi Cordova tu,kalau tak menangis, mmg takda smgt jihad…Kat situla tapaknya di mana Islam sgt gemilang suatu masa dulu..tp disebabkan penjajahan..umat Islam ditindas…dan akhirnya jadilah tpt yg dulunya di bwh pemerintahan Islam yg agung...tp skarang dh jd Spain yg ‘kosong’…tak lagi gemilang dgn pemerintahan Islam…Jika sejarah tu dikenang dgn hati..kita akan sedih melihat kejatuhan Islam..sbb itu skarang kita mesti bergerak!ayuh anak2 singa!Allahuakbar!
Lebih kurang 3 jam selepas memulakan perjalanan..Allah takdirkan kereta yang kami naiki pancit tayarnya..bunyi tayar meletup tu mmg mengejutkan kami..nk kata langgar lubang takde..atas jalan tu pun rata je..Allah menguji ketabahan kami dalam perjalanan tu..dan Allah Maha Pemurah…kereta kami pancit elok2 je bila kami memasuki sebuah bandar kecil…bygkan sblm tu jalan mmg sunyi…lampu jln pun takda..kiri kanan hutan je…alhamdulillah..setiap mehnah pasti ada hikmah…kami berhentikan kereta di kwsn perumahan berhampiran utk menukar tayar yg pancit walaupun sume xde pengalaman, kita cuba apa yg termampu…nikmat Allah mmg tak terhingga…Allah takdirkan ada kereta polis lalu dan ade sorg pakcik ni baru nk masuk umah dia…bagaikan formula 1 kami bekerjasama utk menukar tayar…dan alhamdulillah…tak sampai 10 minit lepas tu, kami menyambung perjalanan semula..subhanallah…saya xdpt bygkan perasaan saya waktu tu..wallahu a’lam…tp bile kita bersama sahabat2...ukhuwwah fillah…segalanya akan Allah permudahkan…it depends on how we face it…selalulah ingat Allah dan redha dgn segala kurniaan-Nya…=)
Alhamdulillah, akhirnya kami sampai di tempat yg dituju..tinggal nk carik rumah je…kwsn sekeliling mmg sgt gelap..subhanallah…angin pun sgt kuat mlm tu…kata kak H, kalau terlepas stereng kereta tu..mmg kereta tu bergerak ke mana2la..alhamdulillah…Allah kurniakan kepandaian kpd kak H utk control kereta dgn berjayanya…jalan yg gelap menyukarkan kami utk carik umah kak E..kami teruskan je ikut direction yg kak E bg…tp hari yg gelap menyukarkan kami utk carik landmark yg diberi…ditakdirkan Allah, kami sampai ke seafront…depan tu tembok..blkg tembok tu dh laut…subhanallah..masa tu hanya Allah yg tau gugupnya perasaan saya…dalam kelam mlm..saya nmpk ombak pantai memukul sampai ke jalan…Tsunami!(seminggu sblm tu kita dikejutkan dgn kejadian Tsunami kat Acheh...Allah hendak menguji hamba-Nya..) serta merta saya suruh kak H stopkan kereta…apa yg saya fikir masa tu adalah…jika Allah cabut nyawa saya masa tu..ya Allah, ku impikan syahid di jalan-Mu...
Skali lagi Allah permudahkan jalan kami mlm tu..kami berhenti kat satu stesyen minyak utk tanya direction yg btol…alhamdulillah..akhirnya kami sampai juga ke rumah kak E, waktu tu jam menunjukkan pukul 1.30pagi..Can’t wait to meet all my sisters in Islam next morning…teruskan perjuangan wahai anak2 singa sekalian!=)
Subhanallah..it was a FRUITFULLL experience travel to seberang..…can’t explained it with words…ukhuwwah itu sgt2 manis…bila kita travel bersama…satu kereta…tidur sebantal…masak bersama..makan sedulang…ukhuwwah tu lebih rapat…that’s the BEAUTY of SHARING..hati2 ini telah diikat bersama di jalan-Nya..alhamdulillah..Allah beri kesempatan utk saya merasai suasana itu dan insyaAllah, saya akan berkongsi pengalaman itu dgn sahabat2 saya yg lain..all my beloved sisters in Islam…=)
Apa yg saya nk share kt sini…alhamdulillah,yg saya dpt sepjg di seberang..
bila kita buat sesuatu..kita kena ada matlamat utk Islam..even study pun..niat fillah…bukan setakat nk dpt degree…jd accountant,doctor,engineer etc…jgn kecikkan scope matlamat kita hanya utk diri sendiri…tp ni semua jd wasilah utk kita sebarkan risalah Islam...kan anak2 singa sume nk tawan dunia!Niatkan segalanya kerana Allah..dr situlah pertolongan Allah tu akan dtg…kita kena kuat berusaha sbb kita xtau bila pertolongan Allah tu akan dtg..waallahu’alam..tp Allah dh janjikan…kalau kita berusaha kerana Allah..Allah akan bantu kita..high himmah!anak2 singa mesti sentiasa bersmgt!
“Sesungguhnya Allah tidak mengubahkan keadaan sesuatu kaum hingga mereka sendiri mengubah keadaan yang ada pada diri mereka.” (Ar-Ra’d:11)
Wallahu wa’lam.
Wednesday, February 02, 2005
Seharian semalam...
Sampai la pagi tadi...
Melbourne hujan...
Never experience hujan sangat lama cam ni...
Hujan lebat...
Subhanallah, hujan rahmat...
Saya suka hujan..
Hujan best...
The rain wash all the dirts...
Even the van merah pun bersih :P
Langit pun tahu menangis...
Manusia je susah nangis kan...
Nangis tengok citer Hindustan ramai ler.. (not me...aaa..)
Tapi nangis sebab takutkan Allah...?
Sunday, January 30, 2005
Liyaghfiralakallahu maa taqaddama min zanbika wa maa ta-akhkhar... Wayutimma ni'matahu 'alaihim .......
My current favourite surah is echoing the empty atmosphere...
I miss all my friends... My parents...
Physically exhausted... Kemas2 rumah.. Packing barang.. Lusa is final day of my lease in CS, bye2 CS... I'm moving out to Bouverie Close...
Must get back to work... No time to rest.... Yesterday is gone... Tomorrow may not be ours... So, NOW is our asset....
I watched 1/4 part of movie about Umar Mukhtar... Briefly, he is a mujahid yang memperjuangkan Islam di Libya.. It was around 1930, hmm.. about 6 years after our final Islamic caliphate crushed by the enemies of Islam... Italy came to invade the land, but they couldn't acquire after trying so hard for 20 years.. Underating the capabilites of Umar Mukhtar and the Libyan mujahideen with their so-called modern weapons, the Italian soldiers had for themselves few bashes on their high noses... General Graziani, was the army officer who is responsible to put him to the death trial...
On the 16th September 1930, Umar Mukhtar was hanged by the kuffar government, Italy.
I was touched with some of the phrases that he spilled from his mouth...
"My live is longer than my hanging"
"Thank God for letting me die in the hand of Your enemy"
A syaheed, and his soul now, freely to choose which heaven he wants...
Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar..
Friday, January 28, 2005
Semalam suda anta satu esainmen..
Ari selasa ada 2 weekly esainmen..
Jumaat ade esainmen 40 % lagi
Ari ni mak cik nak datang umah...
Ari ni kawan2 nak datang umah...
Umah lama blum kosongkan lagi...
Umah baru blum kemas....
Ari selasa dah kena kosongkan umah lama...
Rasa cam tak cukup masa..
APa yg tak cukup sbnr nya..
Masa ataupun barakah?
Barakah.. benda sket jadi banyak..
Cam makan pil... Pil kecik, tapi dapat vitamin banyak..
Kalu makan sayur sekilo blum sama vitamin cam sebiji pil..
Kalu ari2 disibukkan ngan benda2 kecil
Kita akan rasa sempit..
Kalu kita rasa sume benda adalah kecil...
Ada benda lain lagi beso...
Insya-Allah, kita tak kan disebokkan dgn benda2 kecil...
Allah... Tolong daku agar tak disebokkan dgn benda2 yg remeh...
Monday, January 24, 2005
Minggu pertama
Tiba hari yang dinanti-nanti. Aku akan menghadiri program bersama anak2 singa di sebuah pekan kecil di sebelah utara, sesuatu yang mmg ku cari selama ni, yang xdpt aku pegi semasa di tempat asalku.(maklumlah..imigresen ketat..^_^) Dengan semangat yg ku kumpul selama ini..berbekalkan niat kerana Allah..aku berdoa agar Allah mudahkan perjlnnku ke sana. Alhamdulillah, akhirnya aku sampai juga ke tempat itu walaupun kami sesat pd awalnya. Seronok berjumpa dgn sahabat2 lama…sahabat2 baru..Subhanallah, walaupun baru pertama kali berjumpa korg sume..tp rase mcm dh lame je kite kenal..indahnya ukhuwwah fillah…suatu perasaan manis yg xdpt kugambarkan bile bersama sahabat2 di ‘jalan’ ini..Alhamdulillah..syukur kerana diberi peluang merasai nikmat-Nya..
Petangnya, kami bergerak ke tpt penginapan anak2 singa yg jauhnya lebih kurang 2 jam dr tpt kami berkumpul td. Alhamdulillah, akhirnya kami sampai ke destinasi yg dituju.
Bermulalah titik perjuanganku….
Program utk anak2 singa berjalan lancar. Alhamdulillah, sahabat2ku bersmgt skali..kak H yg jd fasi kami pun sgt2 bersmgt membawa group kami. Pakcik pun akan memberi ‘mknn ruhi’ kpd anak2 singa yg lapar dan dahagakan ilmu2 Allah. Perjalanan kita masih pjg dan kita harus tahu apa matlamat akhir kita dalam hidup ni…The most important thing, apa sahaja yg kita lakukan mestilah didahului dgn niat yg ikhlas kerana Allah. Niat penentu syurga atau neraka..destinasi akhir kita..
Firman Allah dalam Al-Quran, “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali‘Imran:185)
Segalanya bermula di hati..Kita adalah rawahil!Lakukan ibadah dgn bersungguh2!Suntikan2 ruhi yg menyentuh hati dan membakar smgt anak2 singa utk berjuang! Ayuh sahabat2ku!
Firman Allah dalam Al-Quran, “Sesungguhnya orang2 yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerana) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.”(Al-Anfaal:2)
Wallahu a’lam
p/s: afwan, masih berimtihan..to be continued in one week time…'Kembara ke Seberang'…minggu kedua..=)
Wednesday, January 19, 2005
Semoga surat ini menemui semua orang dalam afiyah iman dan islam…
Sunyi sepi.. Tak mendengar khabar daripada korang… Iye la, kalu idak, sure riuh rendah sakan.. senang je kita nak ziarah-menziarah antara satu sama lain… Bila dah balik Malaysia, semua orang start masuk “kandang” masing2…. Dunia kita sesame sendiri dah jadi “berbeza”… ada antara kita yang dok rumah sama2, aktiviti harian dan mingguan pun almost sama, pergi study grp sama2, pegi kelas sama2… Pendek kata, kita hidup dalam “dunia yang sama”… Hidup kat obersi sangat ideal kan? Tapi, kita kena menghadapi reality, lambat laun akan balik Malaysia.. Dan situasinya, sama yang seperti kalian hadapi sekarang… Cuba tepuk dada tanya iman… Susah kan nak beristiqamah??
Benarlah firman Allah..
Katakanlah: "Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.
Surat At-Taubah : 24
Ayat ni yang selalu kita dengar dan baca , yang selalu menjadi peringatan kepada kita, bagaimana mudahnya elemen2 dunia menguasai hati kita… Semoga ayat ini terus menjadi peringatan buat kita…
Manusia, mempunyai seketul daging dalam tubuhnya.. Bak kata Rasulallah, kalu baik daging itu, maka baiklah seluruh jasad.. Kalau rosak daging itu maka rosaklah seluruh jasad… Ketahuilah bahawa, itu adalah hati….
Hati… Qulub dalam Arabnye.. Maksud lain, berbolak-balik…. Fitrah memang Allah jadikan manusia, imannya sentiasa turun naik…. Tetapi, terpulang kepada manusia nak jadikan hati nya bolak balik semakin merudum.. atau bolak balik semakin menaik….
Apabila kita berada dalam satu bi’ah (environment) yang solehah, kita akan tertarik menjadi solehah juga… Tapi, kalau persekitaran kita hampeh… iman kita turut tergolek jadi hampeh… Betul kan?
Surah Al Kahfi : 7, Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.
Teringat Kisah Ashabul Kahfi… Pemuda2 yang hidup dalam zaman sebelum Bani Israel (that means, they lived somewhere before zaman Nabi Ishak).. Zaman tu Raja yang zalim dan kufur memerintah… Hanya mereka sahaja (7-9 orang pemuda tu) yang beriman.. Bayangkan, dalam satu negeri, ramai penduduklah kan.. Tapi, derang aje yang beriman… Dah ler masa tu nak beramal dengan Islam pun susah… Apatah lagi nak mengaku diri sebagai Islam… Tetapi mereka tetap teguh beramal dan Islam, dan declare diri lagi tuh, dan siap gi dakwah kat raja tuh…. Padahal, mereka tau Raja tu for sure akan tolak…. Tapi, mereka berusaha juga! (Lagi susah, bila kita memikirkan, macam mana lah derang bleh beristiqamah!! Sedangkan mudah aje, kalu mereka ikutkan persekitaran mereka yang kufur, mereka tentu selamat dari ancaman raja…)
Cuba tengok Surah Al Kahfi ayat 14 nih…
“…dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri lalu mereka berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".
Nah, itulah apa yang mereka katakana depan raja mereka yang zalim tuh.. Mereka mengambil risiko nyawa, utk menegakkan keimanan mereka..
Lantas, Allah ikatkan hati mereka!! Tetap kan hati mereka.. “Warabatna”..
Surah Al Kahfi ayat 13 pulak….
“..Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”.. Ashabul Kahfi, mereka adalah org yang sanggup menanggung kesusahan utk jaga keimanan dan hidayah yang mereka telah miliki daripada Allah…. Mereka ini dah sedia ada hidayah, dan mereka memelihara hidayah itu, lantas Allah terus menjaga hidayah mereka.
Dari situ, kita bleh derive satu formula yang sangat penting utk jiwa kita..
Keimanan sudah sedia ada + Berusaha jaga keimanan = Allah akan tambahkan keimanan
Ashabul Kahfi adalah orang yg mencari hidayah Allah, thus Allah beri hidayah kepada org yang mencari. This is the system of circulation hidayah.. Allah only grant to those who works very hard to get it.. Then barulah Allah akan tambah hidayah.. Lihatlah Ashabul Kahfi, org yang tanggung kesusahan utk jaga hidayah mereka…. Mereka ini ada hidayah, jaga hidayah, lantas Allah jaga hidayah mereka.
Sesungguhnya kisah2 dari Al Quran, adalah santapan untuk kita di mana jua kita berada… Ia adalah releven kepada setiap saat kehidupan kita..
Cuba kita kaitkan dengan diri kita yek…
Bukan kah kiter ni cam Ashabul Kahfi jugak…. Kalau ancaman kepada keimanan mereka adalah raja yang zalim, apa pula ancaman kepada iman kita?
• Ancaman kepada keimanan kita adalah apabila kita mula rasa selesa untuk meninggalkan perkara2, amalan2 yang boleh menambah dan memelihara keimanan kita..
Andai dulu, kita rasa “kekosongan” kerana tidak menghadiri majlis ilmu.. Tetapi apabila tiba satu masa, kita rasa tak kisah untuk mencari majlis ilmu… Berhati-hatilah, cuba check iman kita….
• Ancaman lain kepada keimanan kita adalah, apabila kita tak kisah siapa yang berada di sekeliling kita, mukmin ke, munafiq ke, musyrik ke….
Andai dulu, kita rasa kerinduan apabila tak berjumpa dengan sahabat kita yang solehah,walau sehari dua, tetapi apabila kita rasa tak kisah utk tidak bertemu dengan orang2 yang solehah… Berhati-hatilah, cuba check iman kita….
• Ancaman keimanan kita lagi, apabila kita malas dan berputus asa utk mencari sumber2 meningkatkan keimanan kita…
Andai dulu, biar susah macam mana pun, tak de masa ke, penat ke, kita tungkus lumus memperelokkan ibadah kita, mempertambahkan amalan kita, baca buku2 Islami, hadir majlis2 zikrullah.. Tapi bila rasa tak kisah nak mencari dah, hati2, cuba check iman kita….
Berdoalah kepada Allah.. Berdoa apa sahaja agar Allah terus mengurniakan keredhaan dan rahmatnya ke atas kita.. Yang penting, agar Allah tidak menarik nikmat2 yang telah dikurniakan kepada kita, terutama sekali nikmat Iman dan Islam..
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Surah Al Baqarah : 186
And lastly, marilah kita jadi orang buta
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa ia mendengar Nabi saw. bersabda: Sungguhnya ada tiga orang Bani Israel, seorang berkulit belang, seorang berkepala botak dan yang lain matanya buta. Allah ingin menguji mereka, maka Dia mengirim malaikat. Malaikat ini mendatangi orang yang berkulit belang dan bertanya: Apa yang paling kamu sukai? Orang itu menjawab: Warna (kulit) yang bagus, kulit yang indah dan sembuhnya penyakit yang membuat orang jijik kepadaku. Malaikat tersebut mengusap tubuhnya, maka penyakitnya sembuh dan ia diberi warna yang bagus dan kulit yang indah. Malaikat bertanya lagi: Harta apa yang paling kamu senangi? Orang itu menjawab: Unta. Atau: Ia menjawab: Sapi. (Ishak ragu-ragu tentang itu). Lalu ia diberi unta yang hampir melahirkan lalu malaikat berkata: Semoga Allah memberkahinya untukmu. Kemudian ia mendatangi orang yang botak lalu bertanya: Apa yang paling kamu sukai? Orang itu berkata: Rambut yang indah dan sembuhnya penyakit yang membuat orang jijik kepadaku. Malaikat mengusapnya, maka penyakitnya sembuh dan ia diberi rambut yang indah. Malaikat bertanya lagi: Harta apa yang paling kamu senangi? ia menjawab: Sapi. Maka ia diberi sapi bunting lalu malaikat berkata: Semoga Allah memberkahinya untukmu. Kemudian malaikat mendatangi yang buta, lalu bertanya: Apa yang paling kamu sukai? Ia menjawab: Allah mengembalikan penglihatanku, sehingga aku dapat melihat manusia. Maka Malaikat mengusapnya, sehingga penglihatannya kembali normal. Malaikat itu bertanya lagi: Harta apa yang paling kamu sukai? Ia menjawab: Kambing. Maka ia diberi kambing yang beranak. Selanjutnya semua binatang yang diberikan itu beranak-pinak sehingga orang yang berpenyakit belang dapat mempunyai unta satu lembah, yang botak mempunyai sapi satu lembah dan yang asalnya buta memiliki kambing satu lembah. Pada suatu ketika malaikat kembali mendatangi orang yang berpenyakit belang dalam bentuk dan cara seperti ia dahulu lalu berkata: Aku orang miskin yang telah terputus seluruh sumber rezeki dalam perjalananku, maka pada hari ini tidak ada lagi pengharapan, kecuali kepada Allah dan kamu. Demi Tuhan yang telah menganugerahimu warna yang bagus, kulit yang indah serta harta benda, aku minta seekor unta untuk membantuku dalam perjalanan. Orang itu berkata: Masih banyak sekali hak-hak yang harus kupenuhi. Maka malaikat itu berkata kepadanya: Aku seperti mengenal kamu, bukankah kamu yang dahulu berpenyakit kulit belang yang manusia jijik kepadamu, serta yang dahulu fakir lalu diberi harta oleh Allah? Orang itu berkata: Aku mewarisi harta ini secara turun-temurun. Malaikat berkata: Kalau kamu berdusta, semoga Allah menjadikan kamu seperti dahulu lagi. Setelah itu malaikat tadi mendatangi orang yang dahulu botak dalam bentuknya seperti dahulu lalu berkata kepadanya seperti apa yang dikatakannya kepada orang yang berkulit belang, dan orang itu menjawabnya seperti jawaban orang yang belang tadi. Maka malaikat berkata: Jika kamu berdusta, semoga Allah menjadikan kamu seperti dahulu lagi. Kemudian sesudah itu malaikat mendatangi orang yang dahulu buta dalam bentuk dan cara seperti dahulu lalu berkata: Aku orang miskin yang mengembara dan telah terputus seluruh sumber rezeki dalam perjalananku, maka pada hari ini tidak ada lagi pengharapan, kecuali kepada Allah dan kamu. Demi Tuhan yang telah memulihkan penglihatanmu, aku minta seekot kambing untuk membantuku dalam perjalanan. Orang itu berkata: Dahulu aku buta, lalu Allah memulihkan penglihatanku, maka ambillah apa yang kamu inginkan dan tinggalkanlah apa yang tidak kamu inginkan. Demi Allah aku tidak akan membebani kamu untuk mengembalikan sesuatu yang telah kamu ambil untuk Allah. Maka malaikat berkata: Peganglah hartamu itu semua, karena kamu sekalian hanya sekedar diuji, kamu telah diridai Tuhan, sedangkan kedua sahabatmu telah dimurkai Allah
Kita datang ke dunia dengan pakaian pun tiada, berbadan kecil dan lemah, tak mampu berdiri mahupun menyuap makanan ke mulut sendiri…. Bersyukur kepada Allah dengan apa yang kita ada sekarang, dan hargai nikmat Allah dengan menjaga imann kita… Doa agar Allah menetapkan kita di atas jalan Islam.. Istiqamah dan thabat.. Izzah dengan islam. Tajarrud !
“ya muqallibal quluub, thabbit qulubana ‘ala deenik wa ‘ala to ‘atik”
Tangan... ikhlaslah untuk menulis..
Kerana hasil tangan orang yang ikhlas, berjaya menulis hingga ke hati...
Tangan... ikhlaslah untuk menulis..
Kerana tiap baris kata, pasti ada barakah daripada Allah...
Tangan... ikhlaslah untuk menulis...
Kerana pena mu itu untuk mengajak manusia kepada Allah, bukannya mengajak kepada dirimu...
Tangan.. ikhlaslah untuk menulis...
Agar tulisanmu jadi pendorong manusia kepada Allah, bukannya mendorong manusia meminatimu...
Tangan... ikhlaslah untuk menulis...
Agar kau menghasilkian air mata manusia, bukannya lebih banyak gelak ketawa...
Tangan... ikhlaslah untuk menulis..
Bukan omong-omong kosong atau hiburan, tetapi pesanan nasihat yang menusuk jiwa..
Tangan... ikhlaslah untuk menulis...
Agar tidak ternukil riya', 'ujub, takabbur dan nifak, sebaliknya mengukir iman dan taqwa..
Tanganku menulis..
Tanganku melukis...
Tanganku menconteng...
Biar apa pun yang tanganku karyakan...
Moga Allah terima kerana keikhlasan...
Tuesday, January 18, 2005
"Assalamualaikum....Umat islam segeralah bersembahyang hajat kerana Pintu kaabah tidak dapat dibuka untuk dibersihkan oleh keluarga diraja arab saudi dan pembesar-pembesarnya. Maklumat ini didpti dari mereka yang tinggal di arab saudi ( al sulaimaniah ) malam tadi dan juga dari seorang penghulu di kampung yang sedang mengerjakan haji. Perkara ini julung² kali berlaku. kalo x percaya cuba call umat2 yg buat haji skang nie. Sama-samalah kita berdoa dan sembahyang hajat agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini keatas umat islam. Adakah pertanda ini menunjukkan bahawa dunia kita telah sampai ke penghujung?."
Jom analisa!
"Bersembahyang hajat kerana Pintu Kaabah tidak dapat dibuka"
Sedangkan Palestin terjajah dek Yahudi, umat Islam di Palestin dibunuh dan terseksa, jarang di kalangan umum nak meminta kita semua bersolat hajat supaya Allah menetapkan iman mereka, serta memberikan bantuan ke atas mereka dalam jihad menentang kuffar...
Atau, banyak lagi perkara yang lebih utama untuk kita memohon kepada ALlah
"untuk dibersihkan oleh keluarga diraja arab saudi dan pembesar-pembesarnya."
Firman Allah dalam Al Quran, "Apakah (orang2) yang memberi minuman kepada orang2 yang mengerjakan haji dan mengurus masjidil haram, kamu samakan dengan orang2 yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaumm yang zalim" Surah At Taubah : 19
"Sama-samalah kita berdoa dan sembahyang hajat agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini keatas umat islam. Adakah pertanda ini menunjukkan bahawa dunia kita telah sampai ke penghujung"
Berita mengenai pintu kaabah tidak dapat dibuka kecoh menggusarkan umat Islam.. Sedangkan, bukanlah menjadi ibadah untuk membersihkan dalam Kaabah.. Nampaknya umat Islam lebih menggusarkan perkara2 remeh. Apa kaitannya bala Allah dengan pintu Kaabanh tak boleh dibuka... Umat Islam sepatutnya merisaukan aqidah dan akhlak umat Islam yang rosak, itulah yang sebenarnya mengundang murka dan azab Allah..
I don't mean to offend anyone.. But, really our ummah has already had enough craps..
Jangan sebarkah dakyah dan info yang tak membina iman.. Sebaliknya, sebarkanlah ilmu yang berguna dan bermanfaat...
Wallahua'lam...
"Allahumma zakkrina min huma naseena, 'allimna min huma jahilna"
Friday, January 14, 2005
Internal uneasiness which result in losing control of rationale.
Symptoms of Anger
1. Feeling uncomfortable on the chest.
2. Heart beats faster and faster.
3. The rate of blood flow increase until
4. Feel hot, might as well, sweating.
5. Feeling like throwing things to others.
6. Tendency to speak loudly, or shout.
7. Everything seems to be ugly.
P/s : Patient may suffer from other symptoms as well. Please consult the nearest doctor* to be diagnosed thoroughly.
Prescription for Anger
1. Forgiveness
Definition of Forgiveness
Not hurting back for being hurt.
2. Wudhu'
3. Du'a
4. Solat Sunnat
*Doktor yang berdekatan boleh ditemui pada lokasi lebih dekat daripada urat leher anda.
Monday, January 03, 2005
This is one of my friend's entries in her private, unheard blog.. Heeh.. But, dengan jahatnye, saya meng"unprivate"kan... serta menjadikan entry nye "heard" by people.. It is always worth to share others' experience.
Assalamualaikum wbt…
Dua paper dah berlalu.. tinggal 2 sahaja lagi. Suatu coretan hamba Allah yang ingin dikongsi bersama. Seminggu yang telah berlalu telah banyak mengajar ana tentang hazad deen. Ana mengaku masih banyak lagi ana perlu belajar di jalan ini. Seminggu yg lepas merupakan tarbiyyah yg hebat buat diri ana. Persediaan untuk subjek kritikal pada masa yg begitu singkat, merupakan lumrah seorang daie. Masanya lebih banyak diluangkan kepada mad’u2nya. Dgn pertolongan Allah swt, insya allah, semuanya akan berjaya.. namun, hanya setelah kita melakukan persediaan yang rapi, pertolongan Allah akan tiba.
Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Ali-Imran:200
Ada sesuatu yg ana perasan. Pertolongan Allah swt selalu tiba apabila sesorang mukmin berada dlm keadaan yg teramat sesak, dan kepada Dia sahajalah dia bertawakkal. Dan pada waktu itu Allah swt menunaikan janjiNya.
Teringat ana pada kisah Saad b Abi Waqqas, apb khalifah Umar menghantarnya utk mengetuai pasukan tentera masa Perang Qadisiyyah, melawan kerajaan Parsi. Setelah menghantar utusan ke Parsi, untuk memberi pilihan kepada pemerintah sama ada memeluk Islam, atau tunduk kepada kerajaan Islam dan membayar jizyah, atau bersedia untuk berperang, utusan kaum muslimin pulang dgn rasa hampa. Perang sudah tidak dapat dielakkan lagi. Saad b Abi Waqqas amat sedih apabila diberitahu berita berkenaan, Pada waktu itu, beliau sakit tenat, dan hampir2 tidak boleh bergerak. Alangkah baiknya kalau perang dapat ditangguhkan seketika sehingga beliau pulih kembali ataupun ia berlaku lebih awal. Namun, ketetapan Allah telah pun berlaku dan Saad , dalam kesakitan yang teramat, memaksa diri bangkit dan memulakan ucapannya dengan ayat
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan di warisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih". (Al-Anbiya’ 21:105)
Kemudian beliau solat zuhur dgn pasukan tentera pimpinannya, dan melaungkan “Allahu Akbar” empat kali, dan mengarahkan pasukan tenteranya dengan lafaz “Hayya ‘ala barakatillah, Mara, dengan barakah Allah”. Setelah pertempuran yg begitu hebat sekali, pasukan muslimin akhirnya menang.
Berbalik kepada cerita ana. entah mengapa, apabila tiba sahaja musim peperiksaan, ana sudah tentu jatuh sakit. Sahabat2 medic ana yg lain mendiagnose ana dgn immune system yg lemah, sesuatu yg ana akui. Peperiksaan kali ini bukan suatu exemption , sehinggakan ana tidak dapat puasa utk 3 hari disebabkan kurang sihat. Alangkah eloknya kalau ia dapat ditangguhkan sehingga ana benar2 pulih. Teringatkan kisah Saad bin Abi Waqqas, ana teruskan juga peperangan ana, dihiburkan oleh kalam Allah
“Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang yang beriman.” As-Saff : 13
Mungkin kerana terlalu memaksa diri, sakit ana lambat pulih, namun peperangan perlu diteruskan jua. Beberapa hari sebelum memasuki dewan peperiksaan, ana sempat mengadakan discussion dgn beberapa coursemate, dan subhanallah.. persediaan yg ana lakukan dlm masa yg singkat itu, mampu mengatasi persediaan mereka yg telah mereka lakukan, singguhpun keadaan mereka tidaklah begitu sesesak ana seawalnya. Dan beberapa jam sebelum memasuki exam hall, Allah telah menggerakkan hati seorang sahabat yg ana kurang kenali utk contact ana dan discuss beberapa soalan tahun2 lepas. Dan subhanallah, kebanyakan daripada soalan seakan-akannya keluar dlm paper.
Sesungguhnya janji Allah itu pasti.
Jazakillah ukht.. That's really inspiring...
Ada seorang hamba Allah, setelah melihat permasalahan umat Islam di Palestin. Dia dengan berkobar-kobar pun melaungkan, "Aku nak pergi berjihad di Palestin.. Aku nak mati sebagai salah seorang syuhada'"
Lalu, seorang lelaki yang lebih berusia pun berkata... "Kalau kamu nak mati, mati dari sekarang!"
Maksudnya, tak perlu tunggu nak ke Palestin baru nak berjuang habis-habisan.. Medan perjuangan menegakkan Islam terbentang luas kat mana sahaja kaki kita berada... Terus-meneruslah mengajak manusia mencari redha Allah.....
Kesimpulannya, "MUT MINAL AAN" ---->MATI DARI SEKARANG
Saturday, January 01, 2005
[63] Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
[64] Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,
[65] Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan.
[66] Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk;
[67] Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
[68] Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
[69] Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan;
[70] Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Wednesday, December 29, 2004
VERSUS
Katak vs Rama2
Sape lagi cantek?
Ramai orang will say the butterfly lah... OBVIOUSLY..... Kalo katak tu tau, sure dia kecik ati...
These 2 pictures, I got them from 2 differnt sites... Satu site pasal Frogs and Toads Lovers... Orang2 yang suka sangat ngan katak dan kodok... Satu lagi daripada Butterflies Lovers.. Iaitu orang2 yang minat sangat ngan rama2...
So, it is always not right to generalise everything that we see.. Lumrah manusia, we tend to look at beauty at one side.. See, we may say butterfly is beautiful and katak is ugly.. But, when I went through the website, I was quite surprised of how those people adore and love katak very much....
Kalu orang2 perempuan Cina zaman raja berdinasti dulu2, bagi mereka "beauty is pain" ... Diorang sanggup bengkung kaki sejak kecil dan pakai kasut ketat supaya saiz kaki kecil (to potray that they don't have to do a lot of walking, anak orang kaya, they just sit aroung lah)... Kerana, kaki besar hanya dimiliki oleh golongan hamba dan orang suruhan...
Bagi orang2 Afrika kat sebelah mana ntah, wanita berleher panjang, lagi panjang lagi cantek... So, derang pakai gelung2 logam kat leher, untuk jadikan leher lebih jinjang..
The main point is, kecantikan itu terletak pada orang yang melihatnya..
Bagi generasi beriman, rugilah kalau fizikal menjadi penentu utk kita menyukai sesuatu.. Kerana ia tak kekal dan sentiasa berubah... Even manusia, every 120 days, sel2 akan mati dan terbentuknya sel2 baru.. THat means, the Hidayah that you saw 120 days ago is no longer the same like Hidayah that you see today...
Bagi mukmin, kat mana terletaknya kecantikan?
Al Hujuraat [13] Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Al Mulk [2] Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
Ingat tak kisah, syaitan disingkirkan dari syurga kerana enggan tunduk kepada Nabi adam Alaihissalam.. Ini kerana syaitan terasa dia lebih hebat kerana dia dijadikan oleh ALlah daripada API sedangkan Adam, TANAH... Tetapi, syaitan telah lupa hakikat bahawasanya Allah memandang entiti spritual dan bukannya fizikal... Lantas kerana terasa gah dengan kehebatan fizikalnya, Allah memberi penghinaan yang besar kepada syaitan...
Kalau kita merasakan bahawa kecantikan itu dari jasad.. Maka berlumbalah manusia memperelokkan tubuhnya... Maka laku lah produk2 kosmetik Loreal, Maybelline, Gucci, Versace semata2 nak menempel jasad yang terasa kurang cantik tanpa kehadiran produk2 mahal dan berwarna-warni tu...
Sedangkan... Allah memandang.. ketaqwaan dan iman... Mari kita pandang, apa yang ALlah pandang... Mari kita perelokkan, apa yang Allah pandang....
P/S : tapi that doesn't mean kena jadi selekeh dan selebet... Kebersihan, kekemasan.. Islam anjurkan jua! Bercantik tak salah tapi janganlah berlebihan dalam hal yang mubah.
CUBA TENGOK BALIK GAMBAR KATAK TU, CANTIK TAK?
P/s : Thanks to Kak Idah for teaching me how to post up pics in the blog :D
I received few comments, tanya mana entry, takkan merajuk kot... Cess.. Kewajipan lebih banyak dari masa.. So, do you think I have time to "merajuk".. This is my blog, I spent almost 1 1/2 years filling my entries here... And, I want to make it my life-long blog.. Sharing knowledege, experience, opinions and thoughts.. Not paragraphs with full of sentences but yet empty with something useful for others...
To be a "printer", you must have "ink" in order to print... In order to fuel up the ink tank, a lot of reading is a must, I guess maybe it's time for me to reduce writing and increase my reading... But, who knows... Whos heart will be touched by a simple short writing.. Pena (ke keyboard?) lebih tajam dari mata pedang... Right? So, isk.. I musn't stop writing lah gitu?
"I don't want to compose articles... I want to compose human" -Hassan Al Banna
Yesterday, I went to Bangi...
Before that, I was thinking... How..how..how... could I get permission from Abah to go out... Kepala ligat pusing.. Heh, I got an idea..
Pakai baju lelawa siap (bukannye lawa literally lah, means bersiap sebab nak kluar), pegang kunci kereta kat tangan siap2 "Bah, nak gi umah kawan kat Bangi.."
Hehe.. I knew he's going to nag me.. "Heish... Kamu ni.. Merayap aje.. MErayap..Merayap..Merayap...!"
Hehe.. When he said "merayap", I felt that I am a little insect that likes to "merayap" ... Small but annoying... hehe...
"Dah, jangan balik lelambat, bawak kete baik2.."
Yayay! I drove to Bangi!! Alone!! *Applause*
With countable driving experience in Klang Valley and KL area, added with zero sense of direction, alhamdulillah, I managed to reach Bandar Baru Bangi within about 45 minutes from Cheras.. What a joyful day, Allah gave me another chance to see to faces that I missed so much.. Kak Ummu! And, Usu, Kak Ulfa and Kak Idah were there as well...
Then, we had our lunch.. Kak Ummu cooked... Yummy, indeed! After for so long I had not eat nasi putih and lauk-pauk, I ate like Oreo (my little fat-overweight-obese cat).. Ye lah.. Asyik makan nasi minyak, pulut kuning... Due to Angah's wedding.. Akad on Saturday, walimah on Sunday... Hermm..
Should be grateful cause there's still food for me to eat.. After the tsunami shock, many Malaysians felt they fairly "cheated death"... Although few parts of the West Coast swept away by the high waves which claimed forty lifes so far... Everyone interviewed by the TV reporters will say, "Nasib baik, sempat lari.." .."Nasib baik".. How many survived people said "Nasib baik"....
It seems "Nasib baik" who saved them.......
Wednesday, December 22, 2004
Assalamualaikum wbt,
Hehe, Lion Cub muncul akhirnya!Alhamdulillah, dpt offer men ‘conteng’ entry kat blog conteng. Jazakillah kpd cik kodomo lion kite..=) (ana lion_cub baru blaja, kalau salah, tolong tunjukkan)
Sedar tak sedar, tinggal lagi 8 hari je dah nak masuk tahun 2005. Berapa banyak dah amalan kita ni? Subhanallah, cepatnya masa berlalu. Soalan yang selalu ditanya menjelang tahun baru, “Apa azam tahun baru?”. Sahabat2ku, marilah kita perbaharui niat kita, lakukan segala ibadah kerana Allah. Tetapkan hati di jalan-Nya. Tanamkan semangat untuk usaha buat yang terbaik dalam segala ibadah kita, duniya wal akhirah, insyaAllah. Allah knows the best for us. Uzkurillah.
Selamat Tahun Baru semua!=)
Tuesday, December 21, 2004
Sunday, December 19, 2004
Di saat Usamah, sahabat Rasulullah saw, membunuh orang yang
sedang mengucapkan, "Laa ilaaha illallaah," Nabi
menyalahkannya dengan sabdanya, "Engkau bunuh dia, setelah
dia mengucapkan Laa ilaaha illallaah." Usamah lalu berkata,
"Dia mengucapkan Laa ilaaha illallaah karena takut mati."
Kemudian Rasulullah saw. bersabda, "Apakah kamu mengetahui
isi hatinya?"
Assalamua'laikum to all...
Eyy.. I'm so tired but I just couldn't resist my computer... It just look so delicious that I hurried to it, to update my blog...
My friend, Aliya suggested to me to read Fiqh Al-Awlawiyat (Fiqh Prioritas in Indon) .. I've been searching for the book all over KL (not yet really all over :P) .. But, the all the booksellers will say
Saturday, December 18, 2004
untuk mendidik jiwa yang telah lama direndam dengan serabut dan serabai jahiliyah umpama seorang pekerja dobi yang ingin membasuh kain sutera putih yang tertumpah kopi..
kekotoran memburukkan dan membusukkan kain, perlu ditonyoh agar tertanggal kotoran.. namun jangan terlalu kuat gosokan, perlu berhati-hati, khuatir nanti kain akan terkoyak..
gunakanlah sabun yang wangi, lembut pada tangan si pendobi dan berkesan pada kain yang hendak dicuci.....
ada kalanya, kotoran terlalu degil... tonyohan yang lembut tak berkesan.. perlu menggunakan berus, namun apabila memberus ikutlah urat kain agar tidak terkoyak.. beruslah dengan lembut, biarpun terpaksa mengambil masa yang lama utk menanggalkan...
Dalam kitab Al-Muwatha', Imam Malik ceritakan dari Abu Idris Al-Khaulani, masa Abu Idris pegi sebuah masjid kat Damaskus, tetiba dia nampak seorang pemuda yang murah dengan senyuman, dan dia dikelilingi oleh org ramai.. Jika ada orang tgh berselisih faham tentang sesuatu, org2 tu akan gi jumpa and consult pemuda tu... Abu Idris pun tertanya, sapekah lelaki misteri tu.. Orang kat masjid pun cakap ler, tu lah die Mu'adz bin Jabal.. Early in the morning, the next day, Abu Idris went to the mosque again, he saw Mu'adz performing his prayer nd Abu Idris waited for him until he finished. Pastu, Abu Idris terus menerpa kepadanya dan cakap, "Inni uhibbuka fillah" .. Mua'dz tanya balik, "Apakah Allah tidak lebih kamu cintai?" Abu Idris replied, "Yup..yup.. Allah I love the uttermost". Mua'adz said to him, "Bergembiralah, kerana sesungguhnya aku pernah Rasulallah bersabda, "Alah berfirman : Pasti akan endapati cintaKU org2 yg saling mencintai krn Aku, saling mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku".
Kisah yang lain pula, Imam Malik meriwayatkan dari Thufail bin Ubay bin Ka'ab ... Citer tentang Thufail suka gi jumpa Abdullah ibn Umar... Kalu Thufail dan Abdullah pegi pasar sama2, Abdullah suka kasi salam kat semua orang, tak kira la, penjual barang buruk ke, penjual barang mahal ke, orang miskin ke... Bila Thufail tanya, "Ko ni cam tak de keje lain, gi pasar tapi tak beli barang pun, bukan nak meniaga jugak pun" .. Abdullah pun cakap, "Wahai Abu BAthn (sbb perut Thufail besar :D) Kite gi pasar ni just nak sebarkan salam. Kita harus beri salam kat sape2 yg kita jumpe"
TU lah.. kisah para sahabat dan tabi'... Benda yang nampak mudah dan simple....
*in the mood of intense feeling of happiness and pleasent excitement
inside the MH 148 plane.... seat number 36F (middle seat, urgh!!) around 2.00 a.m.... 26th November 2004.. Pagi Jumaat yang mulia... Sedang terawang di langit.....
I am your child Born of blood, of pain, and dust
A child born a man
Forged by the hands of the unjust-I am your child
Tanks and bombs cannot shake me
Far more than a man
Your soldiers will never break me-I am your child
Injustice makes me stronger
Stronger every day
Blood just increases my hunger-I am your child
The song of justice will appease me
A song you wont singI
n your prison, death just frees me-I am your child
With every mother's tears
My thirst increases
You have created your worst fears- I am your child
A phoenix from the ashesI will rise again
Pour the gas, I light the matches
I am your child
Never did you understandall my suffering
Now the child has become a man
I am your child
I am-------------INTIFADA
Lazimnya, apabila diperdengarkan dengan bacaan ayat2 Al-Quran ... Kita tunduk... sama ada ada yang tertunduk kerana insaf mendengarkan kandungannya.. Ataupun tunduk tertidur? .... Atau pun mungkin tertawa?Sahabat2 Rasulallah hidup dalam suatu tempoh "aneh" yang mana dalam 23 tahun mereka mendapat bimbingan yang "direct" daripada Allah... Hidup bersama-sama Rasulallah... Setiap langkah mereka, benar2 terasa berada di bawah pengawasan Allah... Setiap langkah mereka, bersedia untuk menerima perintah baru daripada Allah... Berdebar-debar bilakah saatnya turun wahyu kepada Rasulallah lagi? Hati mereka penuh dengan pengharapan untuk mendapat bimbingan daripada Yang Maha Agung.. Mereka gentar andainya ada langkah mereka yang tersalah daripada hukum yang Allah turunkan... Berhati-hati mereka menyusuri kehidupan, pengabdian sepenuhnya kepada Allah... Satu demi satu suruhan melekap di dalam dada.... Mereka gentar apabila dikisahkan mengenai kiamat.. Mereka gembira apabila diceritakan tentang kemenangan Islam... Mereka akur apabila turun hukum itu dan ini... Mereka benar2 dibimbing dengan Al-Quran.. Tambahan pula, Rasulallah di hadapan mereka untuk menunjukkan sunnahnya... Kuat benar tautan hati mereka dengan iman... Sehinggakan mereka umpama Al-Quran yang berjalan di atas bumi.. Tangan mereka benar2 dipimpin Allah... Mereka dilihat, orang dapat melihat Islam itu sendiri....Kita generasi akhir zaman, Al-Quran tersedia 30 juzuk di hadapan mata.... Kita hidup dalam zaman di mana telah ada panduan lengkap di hadapan mata.. Tetapi ada yang tidak merujuknya...Ada yang membacanya tetapi tidak memahami pengertiannya...Ada yang mendengarnya, masih jua tidak memahaminya.....Ada juga yang membaca, ingin memahami pengertiannya tetapi masih dialih tumpuan dengan perkara remeh? Lalu dalam cubaan untuk menghayati, kita ketawa? Adakah Al-Quran itu menyampaikan hiburan untuk kita ketawa?
Search in googlism your name or others..
Googlism for: hidayah
hidayah is rectangular in shape and occupies an area of 837 sq
hidayah is more or less the same as that of takwa
hidayah is hidayah is a resettlement programme for families of very low socio
hidayah is to prepare a resource file of her teaching material and programme for dr saadeddin hidayah is the first mission of a foreign nation sent
hidayah is very important to him as a guidance to know the commandments of god and to practice this in his deedshidayah is the word "adab" which literally means "ethics"
hidayah is the gift of allah to his creation
hidayah is a book writ ten in the arabic language by imam khomeini may allah sanctify his honourable soul explaining some truths knowledge
hidayah is to describe
hidayah is a book written in the arabic language by imam khomeini
hidayah is rectangular in shape and occupies an area of 837 square meters
hidayah is from allah
hidayah is god's
hidayah is a blessing
hidayah is as follows
"Hidup di bawah naungan Al Quran adalah suatu kenikmatan yang tidak dapat diketahui mealinkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja"-Syed Qutb
Hidup di bawah naungan Al Quran, sepanjang usia manusia dapat mencapai kenikmatan meluhur, memberkati dan membersihkan kehidupannya.Diri manusia mustahil untuk hidup dalam lingkungan suasana atau keadaan yang sama sahaja. Lumrah hidup manusia, peringkat2 dalam kehidupannya pasti menghadapi pengalaman yang berbeza. Mungkin di waktu muda dia kaya, kemudian menjadi miskin. Mungkin pada suatu kala, dia cantik, kemudian berubah menjadi tua mengerekot dan tidak cantik lagi. Tapi, andainya hidup manusia itu pada setiap masanya di bawah naungan Al Quran, dia akan merasakan hidup yang luhur, kerana hanya terdapat SATU garis panduan kehidupannya, justeru merasakan setiap detik hidupnya terasa barakahnya. Dia akan rasa tenang, kerana menghadapi hari-hari hidupnya dalam suasana yang bersih, jiwa dan tubuhnya.
Hidup di bawah naungan Al Quran, di mana Allah seolah-olah berkata-kata kepada diri hambanya. Bayangkan, itulah suatu penghormatan tidak terhingga bagi seorang manusia yang kerdil.Seorang pekerja pasti merasa amat gembira apabila bossnya berkomunikasi dengannya, sedangkan dirinya hanya pekerja bawahan. Apatah lagi, sebagai hamba Allah, kalamullah berlegar dalam segenap pelosok kehidupannya, di telinganya, di lidahnya, di hatinya apabila hidup di bawah naungan Al Quran. Itulah sesi "chit-chat" yang paling bermakna bagi suatu ciptaan dengan penciptanya. Allah bercakap dengan kita!
Hidup di bawah naungan Al Quran, memberikan manusia teropong baru dalam melihat dunia pada perspektif yang berbeza. Jahiliyah berkecamuk merosakkan bumi, tetapi manusia terus memuja-muja dan berbangga dengan jahiliyah. Ilmu, pengetahuan dan kefahaman mereka terjerumus kepada kebodohan.Manusia yang hidup jauh daripada naungan Al Quran, ibarat kanak2 yang merebutkan permainan, sedangkan manusia yang hidup di bawah naungan Al Quran ibarat orang dewasa yang kelakar dan tersentuh melihat kebodohan kanak2 yang sanggup bercakaran demi permainan yang tidak memberi manfaat barangpun sedikit.
Hidup di bawah naungan Al Quran, menganugerahkan seorang insan dengan kefahaman yang tidak ternilai, serta tanggapan yang sempurna, iaitu nikmat kefahaman tentang alam al-wujud, matlamat al-wujud itu dan juga matlamat kehidupan manusia sendiri.Manusia sedang lalai dengan kefahaman yang sesat dan menyesatkan, di mana2 pelosok dunia Timur, Barat, Utara mahupun Selatan manusia memahami kefahaman yang mereka sendiri tidak memahaminya. Lantaran tubuh mereka merasakan ‘nikmat’ apa yang mereka fahamkan itu, jiwa mereka meronta terseksa inginkan ketenangan."Mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang2 yang bersih, tempat2 ang tinggi dan cahaya yang terang benderang"-Syed Qutb
Hidup di bawah naungan Al Quran, keseimbangan di antara manusia dan alam buana diperolehi. Bagi manusia yang masuk ke dalam islam sepenuhnya, sedangkan alam buana ini pula memang sentiasa tunduk dan patuh pada Allah, kedua2 mereka saling patuh dan tunduk pada Tuhan yang sama. Berharmonilah mereka, keseimbangan yang mendamaikan.Kenapa ada manusia yang ingin melanggar keseimbangan yang selesa itu? Mengapa jalan yang bersimpang-siur yang dituruti sedangkan ada hampir dengannya suatu jalan yang lurus.Alangkah ruginya manusia!
Hidup di bawah naungan Al Quran, alam al-wujud ini kelihatan lebih besar daripada saiz sebenarnya. Alam al-wujud bukan sekadar yang dapat dikesan oleh pancaindera (alam syahadah) tetapi jua mencakupi alam ghaib, yang tidak dapat dikesan.Bandingkan, saiz bebola biji mata dan saiz planet bumi ini. Sangat kecil bukan? Bagaimanakah, secara logiknya suatu yang sangat kecil dapat melihat secara keseluruhan sesuatu yang lain yang lebih besar daripada saiznya sendiri? Ibarat seekor ulat yang meliat sebiji epal yang berkali-kali gandan besar dari dirinya sendiri. Sehinggakan ia pun tidak ketahui manakah bahagian epal yang paling sedap, ataupun bagaimana untuk melihat epal itu secara keseluruhannya jua.Itulah dia, apabila manusia melihat alam ini hanya menggunakan matanya sahaja, nescaya dia tidak dapat memahami alamini keseluruhannya, lantaran tidak dapat melihat pun gambaran keseluruhannya kerana keterhadan dari segi saiznya.Tidak mustahil sebenarnya bagi suatu yang kecil ingin melihat suatu yang sangat besar daripadanya, tetapi yang kecil itu hendaklah mempunyai kedudukan yang sangat2 jauh untuk mendapatkan perspektif keseluruhan bagi melihat yang besar itu. Seperti ahli kaji cuaca yang ingin melihat atmosfera bumi. Terpaksa menggunakan satelit yang dilancarkan jauh beribu batu jauh daripada planet bumi supaya dapat melihat permukaan bumi secara menyeluruh!Bagi manusia, untuk pergi jauh, ia hanya perlu memandang sesuatu melalui wahyu daripada pencipta alam semesta ini, iaitu Allah SWT. Yang semestinya Sang Pencipta itu adalah jauh lebih besar daripada apa yang Dia ciptakan. Melihatlah dengan Al Quran, iaitu lihatlah alam ini dengan teleskop agung, iaitu Al Quran Al Karim. Nescaya manusia tidak merasa kerdil untuk melihat alam semesta ini keseluruhannya kerana dia melihat dengan pandangan Penciptanya. Manusia akan dapat berfikir sejauh dan seluasnya!
Hidup di bawah naungan Al Quran, manusia dapat memahami bahawa maut bukanlah penghabisan perjalanan kehidupannya, sebaliknya ajal itu sekadar pertengahan jalan yang menghubungkan dunia dan akhirat.
Hidup di bawah naungan Al Quran, manusia dapat memahami dunia ini bukannya tempat untuk mencari habuan.Bagi orang yang tidak yakin terhadap hari kebangkitan selepas kematian, dunia ini baginya adalah tempat untuk bekerja dan juga tempat untuk mendapat gaji/habuan.Bagi orang yang beriman kepada hari kiamat, dunia ini hanyalah tempat untuk bekerja, dan untuk memperoleh gaji adalah di akhirat kelak.Jadi, siapakah yang akan lebih kerja kuat dan bersungguh-sunguh?Sudah tentu bagi orang yang beriman, dia akan kerja dengan lebih kuat lagi kerana dia memahami hakikat bahawa sekiranya dia alpa di dunia, nanti dia tidak peroleh habuannya! Sedangkan bagi orang yang tidak beriman, hidupnya bermatian hanya untuk dunia, jadi plan yang dilakukan adalah untuk jangka masa pendek sahaja.Apabila memahami hakikat ini, manusia akan memandang jauh. Memperluaskan fikiran dan penglihatannya, untuk merancang dan bekerja sesuatu adalah untuk jangka masa yang panjang, yang penting ila mardhatillah!
Hidup di bawah naungan Al Quran, roh akan sentiasa berhubung dengan Allah.Manusia terdiri daripada komponen aqliyyah, ruhiyyah dan jasadiyyah (akal, roh, dan jasad). Manusia tidak pernah puas menyuap makanan kepada jasadnya dengan pelbagai jenis makanan yang enak dan lazat. Manusia juga memberi santapan kepada akalnya melalui ilmu2 yang dipelajari untuk mendapatkan kemahiran2 di dunia ini. Apabila memahami nikmat hidup di bawah naungan Al Quran, manusia tidak dijanjikan akan kenyang perutnya tetapi rohnya akan terisi dan kenyang. Akalnya tidak ketinggalan, mempunyai pemikiran yang jauh lebih luas daripada manusia yang hanya berkisar dalam dunia material sahaja. Tubuhnya sujud menyungkur dan spiritualnya akan sentiasa bertawajjuh (dihadapkan) kepada Allah, dengan penuh khusyu’.
"Hanya kepada Allah jua sujudnya sekalian penghuni langit dan bumi sama ada dengan sukarela atau terpaksa dan bayang2 mereka (juga turut sujud) di waktu pagi dan petang"Surah Ar-Ra’d : 15
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian penghuninya sentiasa bertasbih kepada Allah dan tiada suatu kejadian pun melainkan seluruhnya bertasbih memuji Allah".Surah Al Isra’ : 44
ON THE OTHER SIDE ... translation : "Di sebelah sana" .. (Cam tak sedap je..) Ok, tak pe, abaikan.. I'm going to share with all the readers about "ON THE OTHER SIDE"..
What is "on THIS side" and what is "on THE OTHER side" ??Imagine ... A river, flowing calmly and oftenly as well flowing "ganas"ly.... There are 2 river banks... We can choose to walk on either side of the banks...on THIS side, nampak cantik laa... ade banyak shopping complex ade Mega Sale, ade Bintang Walk.. best la kalu nak lepak2... unknowingly, behind the buildings, the land is actually striked with draught... Scorching sun cracks the soil, not a single plant able to grow.. No single drop of water to break the thirst...
on THE OTHER side, there is a high voltage electrical fence, where to overcome this fence, you have to wear safety gears such as rubber boots, rubber glove with thickness more than 5cm, helmet (Argh..stop exaggerating..huk huk!!) Behind the fence.... the land is green, with fresh air where "all is for the best in the best of all possible worlds" (did I sound like Voltaire?..hehe..)Which one will you choose?Many will choose THIS SIDE....Less will take, the OTHER SIDE....atau lain kata, ramai yang nak bersenang-senang dahulu, bersusah-susah kemudian....
I would like to share one of my favourite poem....
I learnt this in my literature subject during form 4.. And when I read it again and again, each time when I read it, I would have different perspectives ...Until at one time, this poem seems to really make sense to me and I never changed my interpretation on it anymore...ON THE OTHER SIDE ..... Bak kata Robert Frost"the one less traveled by", hehe.. where Islam lies.... Islam, ghuraba'.. Sapelah nak pilih jalan yang pelik... Islam itu dagang, datang dalam keadaan dagang... Dan kembali dalam keadaan dagang... Dan beruntunglah orang yang dagang...Saya bercita2 nak menulis kupasan tentang THE OTHER SIDE ... dan THIS SIDE... Penting nak kenal jahiliyah, bak kata2 Umar, "ikatan islam akan terungkai satu2, kalau tak kenal jahiliyah"..Rasulallah pun cakap, "angkatan yang terbaik masa jahiliyah, adalah angkatan yang terbaik masa Islamnya"...
ON THE OTHER SIDE : A new beginning ... Insha-Allah, during this holiday... Nak buat penulisan bersiri lah konon insha-Allah...Dalam proses gak, nak buat kartun bersiri kisah Yusuf.... Tapi, baru buat trailer dia aje.. Hehe...OK lah, keep on tuning to me ..Muahaha... Rindu kengkawan, huhu...Wassalam