Tuesday, January 17, 2006

DIA TAKKAN MENZALIMI KITA....

Kita selalu ada nature to comfort ourselves whenever kita hadapi masalah, atau ditimpa suatu malapetaka…

Bagi orang yang kurang percaya qada' dan qadar Allah, dengan pantas akan merasakan dirinya ditimpa celaka, lalu putus asa dengan Allah….

Bagi orang yang memahami takdir Allah, lantas berbaik sangka kepada Allah, bahawa itulah yang terbaik yang ditetapkan untuknya…

Yang terbaik ditetapkan untuknya…. Memang Allah tak akan menzalimi diri kita.. He will always set the best for his believing servants…

Tapi, bagi seorang mukmin.. Jangan sewenang meng"comfort"kan diri, menyatakan itu yang terbaik untuk dirinya.. Memang Allah set is for the best, jangan lupa hukuman juga adalah baik untuk kita.. Mungkin kecelakaan atau masalah yang timbul disebabkan kecuaian kita dan kelalaian kita terhadap Allah… Mungkin ada amal yang kurang.. Akhlak yang belum sempurna.. Niat yang tidak ikhlas….
Lalu Allah menguji kita atau "menghukum" kita sebagai peringatan….

Bergembiralah kepada orang2 yang diuji…..
Itu tanda Allah masih mahu memberikan peringatan kepada mereka.. Dan masih memberi taufiq dan hidayahNya…
Janganlah mengeluh wahai orang yang beriman….

Bermuhasabahlah.. Hitung hari mu.. Adakah telah dimanfaatkan untuk mencari ganjaran untuk hari kiamat….

Wallahua'lam…

Sunday, January 08, 2006

MUS'AB
Dia pernah dipakaikan dengan pakaian, buatan kain terbaik seantero jazirah Tanah Arab. Wangiannya memikat sesiapa yang lalu, itulah minyak wangi terbaik yang diimport dari luar negara, Yaman. Segak bergaya, sekali pandang mata akan terlekat. Budi luhur bicaranya bagaikan syair bersulam lagu, ada satu gaya yang mampu memikat qalbu. Ibunya mengasihinya melebihi saudaranya yang lain.

Mus’ab.
Nama yang menjadi pujaan.

Apabila tiba saat paling mahal, bermula getaran kalimah “Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu Pesuruh Allah”. Lembut pada lidahnya namun mengalun ombak nafas di dada, bukan sebaran getaran. Getaran yang mampu menggegar dunia. Mus’ab tetap dirinya.

Namun kini Mus’ab lebih yakin melangkah, kerana kali ini langkahnya tidak silap, langkahnya bukan kerana menjadi ekoran mata-mata wanita yang menggilainya, tetapi menyebabkan manusia tertunduk rasa malu pada Allah, hebatnya peribadi makhluk Allah ini. Apatah lagi Al Khaliqnya.

Justeru ibunya jatuh histeria. Tidak menyikat rambut dan menyinga. Menjerit-jerit di daun pintu. Kenapa anak yang paling dikasihinya melukakan hatinya. Kenapa anak emasnya itu meninggalkan agama nenek moyangnya. Kenapa anak intan permatanya itu mengasihi seorang lelaki, bernama Muhammad melebihi kasih kepada ibunya.

Ibunya sedih, mogok lapar menjadi umpan untuk memesongkan kembali aqidah anaknya. Protes. Tak cukup itu, Mus’ab tidak lagi diberi pakaian terbaik, minyak wangi terbaik. Namun, anak muda itu cukup syukur untuk memakai iman dan taqwa. Anak muda itu telah pun diwangikan semerbak keharuman aqidah mengtauhidkan Allah. Aqidah yang memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama makhluk.

Namun, hati anak mana yang tak terguris. Apabila ibunya mula lemah longlai, kelaparan, kekusutan, kesedihan. Mus’ab dengan sayu mendekati ibunya, lantas dengan lembut tetapi tegas dia berkata, “Ibu… andai Tuhan memberi ibu 100 nyawa, dan Tuhan mencabut nyawa ibu satu persatu……..”

Ibunya mendengar teliti. Menanti barisan ayat seterusnya. Menaruh harapan, anaknya akan kembali seperti dulu.

Mus’ab menyambung, “.....nescaya aku tidak akan tinggalkan agama ini.”

Ummu Mus’ab longlai. Mati akal. Cinta yang bertapuk pada hati anaknya itu, pastinya bukan cinta biasa. Cinta luar biasa itu juga yang mengundang Mus’ab akhirnya tergolong sebagai salah seorang daripada syuhada’.




Pasti ramai yang mahu menjadi seperti Mus’ab. Ramai pada abad ini jua melalui pengalaman yang hampir sama. Walau tak sehebat sahabat Rasulallah. Namun, masih ku ingin merrakam kisah, sebagai pendokong semangat kepada “Mus’ab abad ini.”